Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

ARMAZURIN BIN AB RAZAK


Alhamdulillah,dengan rahmat dan limpah kurniaNya dapat juga kumpulan
kami menyiapkan tugasan yang diberi ini pada masa yang ditetapkan. Pelbagai
pengalaman yang berjaya diperoleh sepanjang menyelesaikan tugasan ini. Pada
sesi taklimat yang diadakan di Dewan Al-Farabi, kami telah mendapat sedikit
gambaran mengenai tugasan yang akan kami lakukan. Kumpulan kami telah
mengadakan perbincangan dan membahagi tugasan untuk mencari maklumat.
Kami perlu merujuk mana-mana sumber sama ada media cetak atau
elektronik tentang keselarasan vokal, diftong dan konsonan rangkap. Saya telah
diberi tugas oleh ahli kumpulan untuk mencari maklumat mengenai diftong. Selain
itu, kami juga dikehendaki untuk menghasilkan satu teks penyampaian berita
televisyen yang memperlihatkan penggunaan sistem ejaan, penulisan kata dan
bahasa yang tepat. Hasil perbincangan bersama ahli kumpulan, saya dikehendaki
untuk menghasilkan satu sesi berita ramalan cuaca.
Dalam mencari maklumat, saya telah memperoleh maklumat mengenai
diftong dengan lebih mendalam. Di sini, saya juga telah menguasai dan memahami
ketiga-tiga tajuk yang perlu dicari hasil daripada perbincangan yang dibuat bersama
ahli kumpulan. Kami saling bekerjasama dalam menyelesaikan tugasan ini. Oleh itu,
maklumat yang kami perolehi dapat dikongsi bersama ahli kumpulan. Disamping itu,
saya

juga

dapat

menjelaskan

peraturan-peraturan

yang

digunakan

dalam

penyesuaian ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa
Eropah yang lain dalam bahasa Melayu. Tugasan ini banyak memberi input yang
baru kepada diri saya. Tambahan pula, saya juga memperolah kemahiran baru iaitu
dapat menganalisis sistem ejaan yang digunakan dalam petikan pilihan yang dibuat
oleh kumpulan.
Justeru itu, setiap pengalaman yang saya perolehi sangat berharga buat saya
kerana pengalaman ini memberikan imu pengetahuan yang tidak ternilai buat diri
saya. Ini telah memberi banyak kesan terhadap diri saya. Seterusnya meningkatkan
kesedaran pada diri saya bahawa ilmu yang ada pada saya hanyalah sedikit dan
saya harus berusaha untuk menambahkan ilmu saya sebagai seorang bakal guru.

Saya juga telah bersedia untuk berubah ke tahap yang lebih baik daripada sebelum
ini dengan adanya pengalaman baru yang saya perolehi.
Setiap pengalaman memberikan sesuatu yang bermakna buat diri saya.
Pengalaman dalam menyiapkan tugasan ini memberikan keyakinan kepada saya
untuk menjadi guru yang hebat dan kompiten. Ini telah meningkatkan keyakinan diri
saya untuk berhadapan dengan orang ramai setelah memperoleh pengalaman
membuat ucapan berita ramalan cuaca. Kesan dari pengalaman ini juga, saya
merasakan satu peningkatan dan perkembangan ilmu dalam profesion keguruan.
Seterusnya, meningkatkan keterampilan diri saya sebagai seorang bakal guru.
Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang
bakal guru kita perlu sentiasa peka kepada keperluan ilmu pengetahuan dalam
menjadi guru yang hebat. Dengan ilmu yang saya perolehi melalui tugasan ini, akan
saya praktikkan segala ilmu ini di dalam pengajaran dan pembelajaran semasa di
sekolah nanti.