Anda di halaman 1dari 1

Trivia: Penaklukan Pakistan oleh Tentera Arab Muslim Bani

Umayyah,,
------Kalau di lihat peta, negara Pakistan kini terbentuk atas wilayahwilayah yang pernah ditakluki tentera Arab Muslim Khilafah Bani
Umayyah yang berpusat di Damascus/Damsyik, Syria..
Pakistan (dianggap India dari persepktif sejarah) adalah bahagin
paling timur taklukan Bani Umayyah, manakala Sepanyol adalah
bahagian paling barat..
Tentera Islam Bani Umayyah berjaya menawah hampir seluruh
Pakistan dan seluruh saliran/lembangan Sungai Indus, dari Multan di
utara hampir dengan hulu sungai itu, hingga ke Sindh di delta dan
hilir sungai itu..
Penaklukan ini dilakukan pada tahun 712 apabila panglima perang
Bani Umayyah, Muhammad ibn Qasim ath-Thakaf, berjaya menakluk
Multan dan Sindh dalam satu jalur tanah di kedua tebing Sungai
Indus dari hulu (Multan) ke hilir (Sindh) yang hari ni merupakan
sebahagian besar negara Pakistan..
Muhammad ibn Qasim dilahirkan di Taif, Arab Saudi dari kabilah
Thakeef. Dia menakluk Pakistan ketika berusia 29 tahun..
Lembangan Sg Indus sebelum penaklukan oleh Muslim Bani
Umayyah merupakan pusat peradaban agama Hindu mengandungi
Mohenjo Daro, Harappa, Mehrgarh dan lain2 kota purba Hindu. Kata
'Hindu' sendiri berasal dari kata 'Sindhu', nama Sg Indus sebelum
kedatangan penakluk Eropah yang memanggil sungai itu
'Indos/Indus').
Selepas penaklukan Muslim, lembangan Sg Indus segera bertukar
menjadi Muslim apabila berbondong-bondong rakyatnya memeluk
agama Islam..
Kini wilayah ini adalah Pakistan. 97% dari 196 juta penduduk
Pakistan adalah Muslim; 92% Sunnah Waljamaah, 5% Syi'ah.
Pakistan negara kedua dengan populasi Muslim terbesar di dunia
selepas Indonesia..
Nama panglima perang Bani Umayyah yang menakluki wilayah ini
pada tahun 712 kini diabadikan pada nama Port Muhammad Bin
Qasim dan Bin Qasim Town, dua buah kota bersebelahan Karachi,
dianggap bahagian Karachi. Port Muhammad Bin Qasim (atau Port
Qasim) adalah sebuah pelabuhan penting negara itu.