Anda di halaman 1dari 3

BERITA 1

Selepas pembedahan di sebuah hospital swasta ogos lalu bapa kepada seorang murid
13 tahun mendakwa anaknya menderita teruk. Turut meresahkan si bapa,kos rawatan
lebih 50ribu ringgit. Begini keadaan nur fazilah ketika ditemui di rumahnya di taman
melawati ibu Negara. Semuanya bermula sebelum cuti penggal ke 3 sekolah apabila
nur fazilah cedera pada lengan kiri dipercayai kerana jatuh. Rujukan ke klinik
berdekatan dan sebuah hospital swasta di ibu Negara,anaknya hanya diberi pil
penahan sakit. Namun kesakitan tetap berulang,memaksa abdul barr abdul wahid
merujuk anak ke sebuah hospital swasta di jalan ampang 17ogos lalu. Setelah
diperiksa, doktor bertugas memberitahu ada darah beku pada lengan kiri anaknya dan
perlu pembedahan. Ketika dimasukkan ke wad, doktor yang melakukan pemeriksaan
mendapati tiada denyutan nadi pada tangan kiri anaknya. Nur fazilah kemudiannya
dibawa ke bilik pembedahan tergesa-gesa untuk pembedahan kedua di bahagian
sama. Dakwa abdul barr,pada 16 oktober doktor memberitahu anaknya perlu menjalani
satu lagi pembedahan. Kali ini dia dimaklumkan doktor ateri vascular utama nur fazilah
tersepit dan stand perlu dimasukkan. Pihak hospitak ketika ditemui hanya mahu
bertemu pengadu tanpa kehadiran media. Namun jurucakapnya kemudian
menghubungi kami memaklumkan telah berjumpa pengadu dan menyatakan kesediaan
merawat luka nur fazilah.

BERITA 2
Situasi berbeza pula berlaku di bachok,Kelantan.
Lebih 500 penduduk di Kampung Beris Lalang dekat sini mengadakan piket
membantah tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan kampung mereka pusat
pelupusan sampah sejak Mac lalu.
Penduduk mendakwa, tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan seluas 46 hektar
kira-kira 500 meter dari kampung mereka sebagai pusat pelupusan sampah telah
menjejaskan kesihatan mereka selain terdedah kepada ancaman penyakit seperti
demam denggi.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung Persekutuan (JKKKP),
Che Hamid Che Deraman berkata, selain bantahan tersebut, pihaknya turut mengumpul
lebih 1,000 tandatangan penduduk terbabit diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk
Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco berkenaan.
Beberapa pemimpin masyarakat sudah beberapa kali mengemukakan bantahan
kepada kerajaan negeri, namun tidak ada sebarang tindakan diambil bagi
menanganinya, katanya ketika ditemui di sini semalam.

BERITA 3 (PENUTUP)

Keengganan pihak pengurusan ladang ternakan khinzir di Kampong Gagong untuk


menutup ladang tersebut telah menimbulkan kemarahan penduduk kampong. Kami
dimaklumkan bahawa tindakan selanjutnya akan di ambil alih oleh pihak berkuasa
tempatan selepas arahan yang dikeluarkan Jabatan alam sekitar tidak diendahkan.
Sebelum mengakhiri buletin utamam malam ini,kita saksikan keadaan ladang tersebut.
Assalamualaikum dan selamat malam.