Anda di halaman 1dari 2

SKRIP BERITA RAMALAN CUACA

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Semoga anda sihat-sihat dan
ceria selalu disamping orang yang tersayang.
Tinjauan keadaan cuaca pada pagi ini menunjukkan keadaan cuaca cerah
diseluruh negara, Semenanjung Malaysia, Sabah dan juga Sarawak. Untuk butiran
selanjutnya, kita ke paparan imej satelit di Asia Tenggara.
Di

Semenanjung

Malaysia,

pada

ketika

ini,

keadaan

cuaca

cerah

dikebanyakkan kawasan kecuali terdapat kelompok awan di Perairan Selat Melaka
dan keadaan cuaca adalah mendung di kawasan pesisir pantai di negeri Perak dan
juga Selangor.
Sementara itu, di Sabah dan juga Sarawak keadaan cuaca adalah cerah
dkebanyakkan bahagian di kedua-dua buah negeri tersebut pada ketika ini. Jabatan
Meteorlogi Malaysia telah mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora
katogeri pertama di Perairan Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Pantai Barat,
Kudat, Perairan Kondor, Difnot, Layang-Layang dan juga Pahlawan bermula hari ini,
Sabtu , 1 Oktober sehingga Selasa, 3 Oktober 2010.
Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dan
ombak sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada bot-bot kecil dan juga sukan
laut. Seterusnya, kita ke ramalan keadaan cuaca. Di Semenanjung Malaysia, pada
petang ini dijangka keadaan cuaca lembab dengan hujan beserta ribut petir di
kawasan Pantai Barat, di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan,
Melaka dan Barat Johor dan hujan sementara di Selatan Perak.
Sementara itu, pada sebelah malam, dijangka keadaan cuaca lembab dengan
hujan sementara di kawasan Pantai Barat, terutamanya di negeri Perak, Selangor,
Kuala lumpur dan juga Negeri Sembilan. Pada pagi esok, dijangka keadaan cuaca
adalah cerah dikebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia.
Seterusnya, kita ke ramalan keadaan cuaca di negeri Sabah dan juga
Sarawak. Pada petang ini, dijangka di negeri Sabah keadaan cuaca secara amnya
adalah cerah dikebanyakkan bahagian kecuali dibahagian pedalaman, dimana hujan
sementara dijangka di satu dua kawasan.

. dijangka hujan beserta ribut petir pada petang ini di bahagian Kuching sehingga ke bahagian Bintulu dan juga Kapis.Di negeri Sarawak pula. Pada sebelah malam pula. sekian dahulu ramalan keadaan cuaca dari Jabatan Meteorlogi Malaysia. Dengan itu. dijangka keadaan cuaca di kedua dua negeri adalah cerah dan pada pagi esok dijangka keadaan cuaca adalah cerah dikebanyakkan bahagian di Sabah dan juga Sarawak.