Anda di halaman 1dari 2

slam di Chechnya, Russia..

Gambar: Presiden Chechnya, Ramzan Kadyrov (kiri), peta Chechnya


dan orang Chechnya..
Pemerintah Chechnya telah melaksanakan undang-undang ini
sebagai antara langkah menegakkan kehidupan Islam di Chechnya..
(1) mengharamkan jualan minuman non-alkohol 'Red Bull' kepada
pelanggan bawah umur 18 tahun dengan alasan minuman ini tak
Islamik dan merbahaya. Rustam Bartyyev, timbalan menteri
kesihatan Chechnya, berkata minuman pemberi tenaga seperti Red
Bull berfungsi seperti arak, maka tak Islamik dan merbahaya kepada
kesihatan..
(2) Membatas atau menghadkan penjualan arak dan minuman
alkohol hanya di waktu pagi dalam sela masa yang sangat pendek,
menjadikan arak dan alkohol sukar dibeli di Chechnya..
(3) Mewajibkan semua restoran/gerai makanan ditutup sepenuhnya
pada bulan Ramadhan..
(4) Mewajibkan semua wanita menutup kepala (dengan scarf) bila
berada dalam bangunan kerajaan/pemerintah..
Tindakan2 ini menerima reaksi perlbagai di kalangan umat Islam.
Ada yang menyokong dan ada yang menentang..
Yang menyokong berkata sudah sampai masa Chechnya
mengamalkan cara hidup Islam memandangkan ia adalah tanah
majoriti Muslim..
Yang menetang pula merungut terlalu banyak undang-undang Islam
akhir-akhir ini yang mereka anggap membelenggu kebebasan
mereka serta menjadikan Chechnya seperti Dubai di Russia..
Presiden sekarang, Ramzan Kadyrov, adalah anak kepad bekas
Presiden yang mati dibunuh, Ahmad Kadyrov. Ahmad Kadyrov
adalah seorang Muslim yang sangat warak dan bekas mufti..
95% penduduk Chechnya adalah Muslim Sunnah mazhab fiqh
Shafie. Identiti Muslim semakin penting kepada penduduk Chechnya
ketika berada dalam negara Russia.
Chechnya berperang dengan Russia dua kali untuk merdeka sejak
keruntuhan Soviet Union pada tahun 1990.

Bagaimanapun, Russia berjaya kekalkan kekuasaan di Chechnya


tapi terpaksa berikan beberapa kuasa autonomi termasuk halehwal
agama Islam kepada rakyat Chehchnya.