Anda di halaman 1dari 1

TEKS BERITA UTAMA

LEGA...!
Susulan kejadian tangki air sebuah rumah runtuh di Taman Kundang Jaya Selangor
yang disiarkan buletin utama 18 disember lalu. Tindakan segera pemaju mengganti
dan memasang semula tangki baru melegakan pemilik rumah. Menurut pemilik
rumah Abdul Barr Abdul Wahid, pemaju membaiki tangki air rumahnya sehari
selepas kejadian sambil berterima kasih kepada tv3 kerana menyiarkan kejadian itu,
dia turut memuji pemaju kerana menunaikan janji menanggung ganti rugi. Pemaju
juga mengambil tindakan membuat pemeriksaan ke kediaman lain bagi memastikan
kejadian sama tidak berulang.

MISKIN
Ini pula langkah menangani kemiskinan bandar menerusi Rancangan Malaysia ke10. Dasar berkaitan akan di gubal disamping mewujudkan e-kasih bagi
mengenalpasti warga kota yang terpinggir dari arus pembagunan. Menteri Wilayah
Persekutuan Dan Kesejahteraan, Dato Amar Aizat Yaseer berkata usaha lebih jitu
bakal digerakkan dalam RMK-10 yang bermula pada 2011. Pelbagai peluang
dijanjikan bagi menangani kemiskinan Bandar. Bank data kemiskinan juga bakal
diwujudkan bagi memastikan tiada pihak yang terlepas pandang daripada sebarang
bentuk bantuan