Anda di halaman 1dari 28

PENGISIAN KURIKULUM

KBSR /KSSR

Pengisian Kurikulum terdiri daripada elemen


yang menggabungkan perkembangan terkini
dalam pendidikan yang meliputi aspek ilmu,
nilai,kewarganegaraan,
peraturan
sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah
iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara
belajar, kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan
pelbagai ,pembelajaran konstruktivisme, dan
kontekstual. Tambahan KSSR ialah Sains dan
Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Kreativiti
dan Inovasi, Keusahawanan dan TMK.

ILMU
Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan
disiplin . Contohnya ilmu dalam bidang sains,
geografi dan lain-lain yang dapat digunakan
untuk memperkembang ilmu bahasa dan
kemahiran bahasa.
Ilmu juga termasuk perkara semasa yang boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran
dan pembelajaran.

Tujuan penyerapan ilmu


Meningkatkan daya kreativiti murid
Menambahkan pengetahuan sedia ada murid
Mendorong minat murid dalam bidang ilmu
yg khusus
Sebagai bukti Bahasa Melayu merentas
kurikulum
Melahirkan murid yang mahir dalam pelbagai
bidang ilmu

CONTOH PENYERAPAN ILMU


1) HP 8.4 : Membina dan menulis ayat topik dan ayat
huraian berdasarkan sesuatu perkara.
Aras 3 : i.
Menulis karangan dengan menggunakan
ayat topik dan ayat huraian yang lengkap
Aktiviti:

Membina satu karangan lengkap berkenaan


alam

sekitar .

Ilmu: Kajian Tempatan, Geografi

HP 7.1 : Membaca dan menerangkan maksud


kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 2 : i. Menjelaskan maksud tersurat dan tersirat
berdasarkan bahan grafik dan bukan grafik
Cth Aktiviti: rantaian makanan

Maksud tersirat:
Walaupun ular berbisa tetapi dapat dikalahkan dan dimakan
oleh helang.
Ular akan bertambah banyak dan mengancam kehidupan
kerana bisanya, jika tidak dimakan oleh helan

Ilmu: Sains

NILAI
Nilai bermaksud sifat baik dan adab mulia
dalam diri manusia.
Penyerapan nilai murni dalam pendidikan
Bahasa Melayu adalah untuk melahirkan
insan yang baik serta memiliki akhlak
yang mulia.

Berdasarkan kepada aspek-aspek utama dalam FPK tersebut, nilai-nilai


murni yang hendak diterapkan dalam rancangan Kurikulum Bersepadu SR
(KBSR) ialah:

Baik hati

Rasional

Berdikari

Kesyukuran

Berhemah tinggi

Kerjasama

Hormat-menghormati
Keadilan
Keberanian
Kebebasan
Kejujuran

Kebersihan
Kerajinan
Semangat bermasyarakat
Patriotisme
Kesederhanaan
Kasih Sayang

CONTOH PENYERAPAN NILAI


HP 1.1 : Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan
kehidupan seharian dengan menggunakan
kata, ungkapan,
ayat, sebutan, intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 3 (i) : Menerima teguran dengan hati yang terbuka dalam perbualan.
Contoh Aktiviti : 1. Menyatakan keakraban hubungan yang terjalin
antara saudara mara.
2. Membuat rajah salasilah keluarga.
Nilai : 1. Hormat Menghormati
2. Kerjasama

HP 1.5 : Memberikan penjelasan tentang sesuatu perkara yang


tersurat dan tersirat dengan menggunakan kata, ungkapan
dan ayat yang sesuai.
Aras 1 (i) : menjelaskan isi yang tersurat dan tersirat
berdasarkan sesuatu topik yang dibualkan.
Contoh Aktiviti : 1. Meneliti dan menceritakan tentang
gambar permainan tradisional.
2. Menulis karangan mengenai permainan
tradisional yang diminati.
Nilai : baik hati, patriotisme dan kerajinan.

HP 7.2 : Membaca dan mengenal pasti perkataan,


pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada teks sastera dan
bukan sastera yang dapat kesan tertentu kepada pembaca.
Aras 3 (i) : Mengklasifikasikan pelbagai jenis ayat
yang memberikan kesan dengan mengemukakan alasan.
Contoh Aktiviti : Membaca dan menghayati teks Cerita kanakkanak :
1. Pak Pandir
2. Si Tanggang
Nilai : hormat-menghormati dan kesyukuran.

Peraturan sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam pendidikan
Bahasa Melayu meliputi kesantunan
berbahasa, laras bahasa, dan peribahasa
yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini
mencerminkan falsafah dan keperibadian
masyarakat Malaysia.

Kesantunan Berbahasa
Kesopanan
dan
kehalusan
dalam
menggunakan
bahasa
ketika
berkomunikasi sama ada melalui lisan
atau tulisan kepada orang yang dihormati,
setaraf atau lebih rendah kedudukannya.

Contoh Aplikasi Kesantunan Berbahasa


HP 1.1 : Berbual tentang sesuatu perkara dengan
menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan,
intonasi dan nada yang sesuai.
Aras 1: Menggunakan kata panggilan yang sesuai
mengikut situasi dalam perbualan.
Cth aktivti : berlakon dengan menggunakan
kata panggilan yang sesuai ikut situasi:
- Majlis perhimpunan ( Yang berusaha,Yang
berbahagia, Yang Amat Berhormat)

HP 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu


perkara secara bertatasusila.
Aras 1 : - Menjawab untuk menjelaskan sesuatu
perkara yang dikemukakan dengan
menggunakan bahasa yang santun.
Cth. aktiviti : Memberikan penjelasan yang
sesuai berdasarkan soalan
yang
dikemukakan.

Laras bahasa
Asmah (1987) Laras bahasa ialah ciri-ciri
khusus dalam penggunaan bahasa menurut
bidang penggunaanya. Ia mencakupi pemilihan
kata, frasa, dan ayat sama ada yang dituturkan
atau ditulis bergantung kepada siapa kita
berhubung, cara kita berhubung dan bidang
pengkhususan.

Contoh Aplikasi Laras Bahasa


HP 5.2 : Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan
sebutan dan intonasi yang betul dan lancar serta
memahami perkara yang dibaca.
Aras 3 : Membaca teks pelbagai laras degan sebutan,
dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai.
Cth. Aktiviti : Menyebut diksi yang sesuai dengan laras
teks yang dibaca.
Contoh :
Laras Sains : Kondensasi, pola
Laras Matematik : mengumpul semula, membundarkan
Laras Sastera : Hikayat (bermaksud cerita)

HP 6.2 : Membaca dan mengenal pasti pelbagai


genre penulisan.
Aras 2 : Menyatakan perbezaan penggunaan
laras bahasa yang terdapat dalam
pelbagai genre.
Cth. Aktiviti : - Membandingkan sajak dengan
pantun.
- Mengesan penggunaan laras
bahasa dalam sajak yang
dibaca.

Kewarganeraan
Penyerapan
unsur
patriotisme
dan
kewarganegaraan dalam pendidikan Bahasa
Melayu mengutamakan pemupukan semangat
cinta dan taat akan tanah air. Pemupukan unsur ini
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang
baik dan meningkatkan komitmen terhadap
bangsa dan negara.

Contoh Aplikasi Elemen


Kewarganegaraan
HP 7.0 Membaca, menaakul, dan menghayati
kandungan teks yang dibaca
7.1 Membaca dan menerangkan maksud
kandungan teks yang tersurat dan tersirat.
Aras 1: Membuat andaian tentang sesuatu perkara
yang tersirat berdasarkan maklumat yang
tersurat.
Cth. Aktiviti : Membuat inferens berdasarkan
maklumat tersurat atau data yang terdapat dalam teks
yang berkaitan dengan kemerdekaan.

Cth aktiviti lain:


1) Penulisan karangan yang boleh
meningkatkan semangat patriotisme
seperti karangan yang bertajuk
Keranamu Malaysia.
2) Penghasilan sajak-sajak yang
mempunyai nilai patriotisme.
3) Membaca puisi-puisi yang mempunyai
nilai patriotisme.

Sains dan Teknologi


Penerapan empat unsur sains dan teknologi
dalam mata pelajaran lain dilaksanakan
melalui kandungan, aktiviti dan bahan atau
prasarana.
Antara
unsurnya
ialah
pengetahuan sains dan teknologi. kemahiran
saintifik dan penggunaan teknologi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Alam Sekitar


Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk
menanam sikap mencintai dan menyayangi
alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti
berkaitan dengan alam sekitar boleh
memberikan kesedaran dan membentuk
etika murid untuk menghargai alam.

Kreativiti dan Inovasi


Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan
dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi
membangun dan mengembangkan tahap potensi
kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Selain
itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan
idea, pendekatan atau tindakan baharu. Inovasi pula
ialah proses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta
kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi
perlu
digandingkan
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang
dihasratkan.

Keusahawan
Elemen keusahawanan merentas kurikulum
merupakan satu pendekatan membudayakan
keusahawanan.
Proses
ini
melibatkan
pembentukan sikap keusahawan serta amalan
nilai moral dan etika dalam keusahawanan.
Penerapan elemen keusahawanan bertujuan
membentuk
ciri-ciri
dan
amalan
keusahawanan sehingga menjadi satu budaya
dalam kalangan murid.

Teknologi Maklumat dan


Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya
murid dapat belajar mengenai perkakasan dan
perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan
TMK sebagai alat untuk mengajar dan belajar.
Murid juga
belajar melalui TMK untuk
mengakses maklumat dan ilmu pengetahuan
menggunakan media TMK seperti internet dan
lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu
pengetahuan dalam urusan kehidupan.