Anda di halaman 1dari 23

INSTITUT PERGURUAN

TUANKU BAINUN
Anatomi & Fisiologi

Nama

Ang Wei Chun

I.C.

851231-07-5073

Nama Pensyarah:

Encik Lee Lai Mong

Nama Jabatan

Jabatan Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan
Tahun

Ambilan Januari 2007

Mata Pelajaran

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Nama Kursus

Anatomi & Fisiologi

Kursus / unit

3 Program Perguruan Pendidikan Rendah


Pengajian 4 Tahun

Opsyen

ISI KANDUNGAN

Matematik (C)

Tajuk
Penghargaan

Muka Surat
i

1.0

Pengenalan
1.1 Sistem Rangka
1.2 Sistem Otot

1
3
5

2.0

Objektif

3.0

Pemainan
3.1 Otot utama yang terlibat
3.2 Tulang utama yang terlibat
3.3 Sendi utama yang terlibat

9
10
12
14

Rumusan

15

Refleksi

17

Rujukan

iii

Borang Kolaborasi

iv

Penghargaan
Kita telah dibagikan kerja khusus ini oleh pensyarah Pendidikan
Jasmani kita iaitu Encik Lee dan kita diarahkan hantar kerja khusus ini
beberapa hari selepas cuti tahun Baru Cina. Hati saya masih dalam cuti
ketika rakan saya sedang menyaipkan kerja khusus ini sehinggalah beberapa
hari sebelum tarikh hantar kerja khusus ini barulah saya tergesar-gesar untuk
mencari maklumat di perpustakaan dan internet. Nasib baiknya saya dapat
menyaipkan kerja khusus ini tepat pada masanya.

Kita telah mendapatkan tajuk untuk mengaji sistem otot dan rangka
dalam tubuh manusia ketika menjalankan aktiviti sukan atau permainan. Saya
telah memilih permainan kerana ini adalah permainan yang amat popular di
negara kita. Untuk menyelesaikan kerja khusus ini, saya dengan rakan saya
telah mencari maklumat dari perpustakaan dan laman web. Kita tidak pasti
tentang kerja khusus yang kita perlu lakukan. Selain itu, kebanyakan buku
telah pun dipinjam oleh pelatih kelas lain dan belum dipulang lagi. Hal ini lagi
merunsingkan kita dalam menyiapkan kerja khusus ini.
Sebelum ini, kita tidak pernah belajar tentang topik aatomi & fisiologi
walaupun terdapat Pendidikan Jasmani di sekolah rendah dan menengah.
Jadi terpaksalah kita bersusah payah mengaji topik ini dan mengambil
langkah untuk mengatasi masalah yang kita hadapi ini seperti meminjam
buku rujukan daripada kawan sekelas dan rakan yang belajar di universiti
tempatan. Kita terpaksa menterjemah buku rujukan dan bahan dalam internet
kerana kebanyakan sumber yang saya dapat adalah dalam bahasa Inggeris
manakala kerja khusus ini dikehendaki buat dalam Bahasa Melayu.
Nasib baiknya pensyarah kita telah banyak kali memberi maklumat
yang diperlukan kepada kita. Beliau telah banyak fotostat bahan rujukan
tentang topik ini kepada kita. Beliau telah juga berkali-kali memberi tunjuk ajar
dalam membetulkan kesalahan dan kekurangan dalam kerja khusus ini.
Tanpa beliau, saya mungkin tidak dapat menyiapkan kerja khusus sehingga
hari ini.
Disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka
dalam menjayakan saya menyiapkan kerja khusus ini. Terima kasih.

1.0 Pengenalan
Sebagai manusia yang hidup bermasyarakat, kita harus kenal
mengenali antara satu sama lain sebagai satu keperluan bermasyarakat.
Namun, sebelum kita menjalin hubungan dengan orang lain, kita perlu
mengenali diri sendiri dan kemampuan diri sendiri. Dengan ini, barulah kita
dapat menjaga kesihatan kita dan mengelakkan daripada kecedaraan ketika
melakukan sesuatu aktiviti tanpa melebihi had dan kemampuan kita.

Kebanyakan kita mempunyai gambaran yang kurang jelas tentang


apakah Pendidikan Jasmani sebenarnya. Ada juga yang bersikap prejudis
terhadap bidang ini. Akibatnya terdapat sekolah- sekolah di Malaysia yang
tidak mahu mengetahui langsung mengenainya atau cuma menjalankan
program yang mereka namai Pendidikan Jasmani dengan secetek dan
seringkas yang boleh.
Pada pandangan saya, amat penting bagi kita untuk mengenali
struktur tubuh kita dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan
kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri terutamanya dalam aplikasi di
kegiatan sukan. Negara kita telah bercita-cita untuk menjadikan sebuah
negara yang betul-betul maju dalan Wawasan 2020. Wawasan 2020
menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja dari segi
ekonomi, politik, sosial, kerohian, kejiwaan, kebudayaan, negara kita juga
amat mementingkan dalam bidang sukan. Hal ini boleh dilihat dari kecapaian
yang cemerlang negara kita dalam pertandingan antarabangsa seperti dalam
Piala Thomas.
Sebenarnya apa itu anatomi dan fisiologi? Anatomi adalah pengajian
yang berkaitan dengan binaan tubuh, bahagian susunan organ-organ dan
hubungan sesamanya manakala fisiologi adalah pengajian yang berkaitan
dengan tugas dan fungsi tubuh, organ, sistem dalam tubuh badan manusia.
Pengajian ini termasuklah sistem tulang-tulang, sistem otot-otot, sistem saraf,
sistem pengaliran darah, sistem pencernaan, sistem sel-sel, sistem endokrin
dan sebagainya yang amat penting dalam kegiatan seharian manusia.
Dengan mempelajari topik anatomi dan fisiologi, kita dapat mengaji
setiap pergerakan asas sesuatu permainan dan barulah kita dapat menguasai
permainan itu dengan baik. Hal ini amat biasa bagi negara maju seperi
Amerika untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pertandingan
antarabangsa. Mereka telah mengaji tentang ketahan otot , pemakanan dan
senaman mereka dengan kaedah ini untuk melakukan pretasi yang baik
ketika pertandingan. Jadi amt penting bagi negara kita mengaji dalam bidang
ini. Sebagai contohnya dalam permainan badminton, dengan menguasai

teknik memegang raket yang betul, barulah kita dapat mengelakkan


kecedaraan otot dan sendi di lengan tangan. Disamping itu, kita juga boleh
memukul bulu tangkis dengan tenaga yang minimum. Hal ini amat penting
untuk membolehkan olahraga di negara kita mencapai keputusan yang baik
ketika bertanding di luar negara.
Dalam tugas yang diberikan kali ini, saya telah menitikberatkan pada
sistem tulang dan sistem otot-otot kerana sistem tersebut adalah penting
ketika menjalankan aktiviti permainan atau sukan. Apakah itu sistem rangka
dan sistem otot?

1.1 SISTEM RANGKA


Setiap orang dewasa mempunyai 206 tulang dalam tubuh iaitu 80
rangka paksi (Axial skeleton) dan 126 rangka anggota (Appendicular
skeleton) manakala bayi yang baru lahir mempunyai lebih daripada 300
tulang yang akan bercantum apabila bayi membesar. Tulang-tulang tersebut
membentukkan rangka manusia.Jumlah berat sistem rangka seorang dewasa
merupakan 14% daripada jumlah beratnya. Tulang dihsilkan daripada protein
dan minerel atau kalsium dan posforus. Tulang terdiri daripada 50% air dan
50% bahan pejal. 2/3 Daripada tulang adalah bahan organik seperti sel-sel
tulang, serat dan bahan dasar termasuk glikoprotein glikosaminoglikin

manakala 1/3 adalah bahan bukan organan dan garam mineral seperti
kalsium karbonat dan kalsium fosfat. Kalsium dan fosfurus adalah bahanbahan mineral yang membentuk struktur badan manusia dan gabungan
kedua-dua bahan ini menjadi tulang keras dan tegap.
Terdapat lima jenis tulang di tubuh manusia iaitu tulang panjang (Long
Bone), tulang pendak (Short Bone), tulang lepar (Flat Bone), tulang tidak
tentu bentuk (Irregular Bone), dan tulang bulat (Round Bone). Tulang panjang
berbentuk panjang dan lurus. Kedua-dua hujung tulang membengkak
(epiphysis). Contoh tulang panjang ialah humerus, femurus, radius, ulna dan
tibula. Tulang pendek berbentuk kiub dengan panjang dan lebar hampir sama.
Contoh tulang pendek ialah tarsis carpais, meta tarsal phalanges Tulang lebar
mempunyai permukaan yang lebar seperti scull, scapula, stermum, dan
pelvis. Tulang tidak tentu bentuk adalah tulang yang mempunyai berbagai
bentuk dan bercantum dengan tulang-tulang yang lain seprti veterbrae. Akhir
sekali adalah tulang bulat. Tulang bulat bersaiz kecil seperti patella.
Terdapat lima fungsi utama sistem tulang. Pertama sekali ialah sistem
rangka memainkan peranan yang penting sebagai penyokong. Tulang
membentukkan sistem rangka tubuh, memberi perlekatan kepada otot dan
ligamen, dan menyokong tisu-tisu lembut. Fungsi kedua tulang adalah
sebagai pelekatan otot untuk membantu proses pergerakan dan proses
kontrasi bagi menghasilkan pergerakan seperti memegang, melentur, menarik
dan menolak. Fungsi ketiga tulang adalah sebagai pelindung kepada organorgan yang penting daripada mengalami kecederaan. Sebagai contohnya
skull atau cranium melindungi otak dan ribs melindungi paru-paru dan jantung
dari mengalami kecedaraan.Selain itu, tulang juga berfungsi sebagai tempat
penghasilan sel darah merah. Sel-sel merah serta sebahagian sel darah putih
dihasilkan melalui proses Hemopoiesis atau Hemotopaisis. Akhirnya tulang
juga berfungsi sebagai tempat menyimpankan sumber mineral seperti
fosforus, sodium, kalsium, potessium dan sebagainya dalam tubuh tubuh
manusia bagi menghasilkan ostobasis iaitu sel pembina tulang bagi manusia.
Terdapat beberapa bahagian dalam sistem rangka iaitu tulang, rawan,
ligamen, tendon dan sendi dalam tubuh manusia. Rawan merupakan sesuatu

yang pejal tetapi elastik. Contoh rawan adalah seperti cuping telinga, hujung
hidung, hunjung tulang. Rawan memainkan peranan sebagai rangka
penyokong dalam peringkat embrio untuk menyerap hentakan dari luar.
Ligamen ialah sejenis tisu berfiber kenyal yang berwarna putih dan kuning
puca yang menghubungkan tulang dengan tulang. Ligamen berfungsi
mengekal dan menetapkan tulang pada kedudukannya serta membolehkan
pergerakan pada sendi. Ligamen juga membolehkan pergerakan pada sendi
berlaku. Tendon ialah sejenis tisu berfiber tidak kenyal berwarna putih yang
sangat kuat. Tendon melekatkan otot pada tulang dan juga pada otot yang
lain. Apabila otot berkontrasi, tendon yang terdapat pada hujung otot akan
menarik tulang. Hal ini menyebabkan pergerakan pada tulang-tulang yang
membentuk sendi.
Akhir sekalinya adalah sendi. Sendi adalah tempat pertemuan antara
tulang-tulang atau antara kartijel dengan tulang. Jenis-jenis sendi dibahagikan
berdasarkan fungsi dan struktur. Dari segi fungsi, sendi terbahagi kepada tiga
jenis iaitu sendi tidak boleh digerakkan (sinatrosis) seperti tengkorak, sendi
yang boleh digerakkan sendikit (amfiartrosis) seperti vetebra atau tulang
belakang dan sendi yang boleh bergerak bebas (diartrosis) seperti sendi
lutut,sendi bahu.

1.2 SISTEM OTOT


Sistem otot juga memainkan peranan yang penting ketika kita
mejalankan aktiviti sukan. 40% hingga 50% berat badan mnanusia terdiri
daripada tisu otot. Lebih kurang 600 otot terdapat dalam tubuh
manusia.Terdapat tiga jenis tisu otot dalam tubuh manusia iaitu tisu otot
rangka, tisu ototlicin dan tisu otot kardiak. Tisu-tisu otot ini berbeza daripada
segi struktur sel, lokasi, fungsi dan bentuk kawalan yang boleh dikenakan ke
atasnya.
Otot rangka melekat pada tulang dan meliputi tulang rangka. Fiber otot
rangka merupakan sel otot yang terpanjang, mempunyai jalur yang jelas dan
terkawal. Walaupun otot rangka dikawal oleh sistem saraf tetapi jenis otot ini

sahaja boleh dikawal secara sedar. Otot rangka juga bertanggungjawab


dalam semua pergerakan badan. Halaju penguncapan fiber otot rangka
bergantung kepada jenis fiber sama ada fiber sentak cepat atau sentak
lambat. Fiber sentak cepat digunakan untuk pergerakan yang cepat seperti
larian pecut 100m manakala fiber sentak lambat digunakan dalam
pergerakanyang lebih lambat seperti larian maraton.
Otot licin pula terdapat pada dinding organ viseral seperti perut, pundi
kencing dan saluran penafasan. Fungsi otot ini ialah menggerakkan cecair
atau bahan-bahan di dalam saluran-saluran yang terdapat di dalam badan.
Otot licin tidak berjalur dan dikawal oelh sistem saraf, hormon, bahan kimia
dan regangan. Halaju penguncupan fiber otot licin adalah sangat perlahan
dan kekal. Keadaan ini disebabkan oleh fiber-fiber otot licin di dalam tisu otot
viseral terikat kuat dan membentuk satu jaringan yang berterusan. Apabila
satu fiber otot licin diransang, impuls akan terus bergerak ke fiber lain dan
kontraksi berlaku dalam bentuk gelombang ke fiber-fiber yang berdekatan.
Otot kardiak hanya terdapat pada dinding jantung sahaja. Kontrasi otot
kardiak pada jantung membolehkan jantung mengepam darah ke seluruh
badan melalui salur darah. Otot kardiak berjalur seperti otot rangka tetapi otot
ini di luar kawalan. Penguncupan otot kardiak adalah perlahan dan dikawal
oelh perentak jantung. Kelajuannya boleh bertambah apabila diransang oelh
sistem saraf dan sistem endokrina.
Terdapat 4 fungsi otot dalam manusia. Fungsi yang pertama ialah
menghasilkan pergerakan. Semua pergerakan badan kita dihasilkan oelh
penguncupan otot. Penguncupan otot rangka membolehkan kita berjalan,
berenang dan mengangkat barang. Otot rangka juga membolehkan kita
berupaya bertindak dengan pantas mengikuti perubahan yang berlaku di
sekeliling. Otot rangka juga membolehkan kita melakukan berbagai ekspresi
muka seperti tersenyum dan bermasam muka. Fungsi kedua otot ialah
mengekalkan postur. Kombinasi saling tindakan otot-otot rangka yang
berlainan membolehkan kita mengekalkan postur badan seperti berdiri, duduk

dan menundukkan kepala ketika menulis. Fungsi ini berlaku secara


berterusan supaya kita dapat mengekalkan kedudukan badan tersebut.
Fungsi ketiga otot adalh menstabilkan sendi dalam tubuh badan kita.
Semasa melakukan pergerakan, otot-otot rangka juga menstabilkan sendisendi terutama pada pergerakan yang melibatkan banyak sendi. Sebagai
contoh, lakuan dalam sukan memanah. Fungsi terakhir otot adalah
menghasilkan haba. Tenaga digunakan untuk penuncupan otot. Walau
bagaimanapun, sebahagian besar daripada tenaga ini tidak digunakan untuk
tujuan tersebut sebaliknya terbebas sebagai haba.
Tisu otot rangka mempunyai empat ciri yang tertentu untuk
menjalankan funsi-fungsinya. Ciri pertama adalah kebolehujaan (irriability).
Kebolehujaan ialah kemampuan otot untuk menerima dan bertindak balas
terhadap rangsangan yang diterima. Keupayaan ini akan membolehkan otot
untuk menguncup. Ciri kedua otot adalah kebolehkuncupan (contractibility).
Kebolehkuncupan ialah keupayaan otot untuk menguncup atau memendek
apabila menerima ransangan. Daya dihasilkan apabila otot menguncup. Ciri
ini membezakan tisu otot dengan tisu-tisu yang lain.
Ciri ketiga otot ialah kebolehpanjangan (extensibility).
Kebolehpanjangan ialah keupayaan otot untuk meregang atau memanjang.
Fiber otot akan memendek apabila menguncup tetapi boleh memanjang
melebihi panjang asal apabila otot relaks. Ciri terakhir otot adalah
kebolehhanjalan (elasticity). Kebolehhanjalan ialah keupayaan otot untuk
kembali semula ke panjang asal selepas meregang atau menguncup.

2.0 Objektif
1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan
kesihatan dan perlakuan motor.
2. Menjaga kesihatan kita dan mengelakkan daripada kecedaraan
ketika melakukan sesuatu aktiviti

3. Mengenali struktur tubuh kita dan sistem fisiologi agar kita dapat
memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan
diri terutamanya dalam aplikasi di kegiatan sukan.
4. Mempertingkatkan pretasi ketika menjalankan sesuatu aktiviti
5. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut
kemampuan diri
6. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa
menyertai pelbagai kegiatan fizikal
7. Membentuk sahsiah dan displin diri, dan
8. Membentuk keputusan bijak dalam kehidupan.
9. Mempertingkatkan pengetahuan kesihatan diri, keluarga,
masyarakat dan persekitaran
10. Membentuk sikap yang positif terhadap kesihatan berasaskan
pengetahuan dan pengalaman
11. Berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat
secara keseluruhan.

3.0 Permainan
Pukulan lob merupakan pukulan yang tinggi ke belakang dan digunakan
sebagai pukulan pertahanan. Dalam permainan perseorangan, pukulan lob
sering digunakan. Pemain perlu memukul bulu tangkis tinggi melepasi kepala
pemain lawan. Bulu tangkis hendaklah jatuh seberapa jauh ke bahagian
belakang gelanggang lawan. Pukulan ini akan memaksa pemain lawan
bergerak ke belakang untuk memukul bulu tangkis yang dihantar.

Pemain perlu berundur ke arah bulu tangkis. Jarakkan kedua-dua


belah kaki seluas bahu dengan meletakkan sebelah kaki di hadapan dan
sebelah kaki lagi di belakang. Hayunkan raket ke belakang dengan
membengkokkan siku dan pindahkan berat badan ke hadapan. Hayunkan
raket tinggi dan pukul bulu tangkis pada bahagian tengah raket. Luruskan
tangan semasa membuat pukulan. Pukulan ini paling sesuai dibuat ketika
bulu tangkis berada di atas kepala. Bulu tangkis akan dihantar tinggi ke arah
belakang gelanggang lawan.

Gambar rajah ini menunjukkan aksi pukulan lob

3.1 Otot utama yang terlibat

Manusia dapat bergerak kerana mempunyai otot-otot yang boleh mengecut


dan mengendur melalui kawalan sistem saraf. Otot tidak boleh menolak
selepas pengecutan, oleh itu ia mestilah ditarik semula kepada panjang yang
asal melaui pengecutan otot yang lain. Jadi untuk membolehkan gerakan
berlaku, otot-otot mestilah wujud dalam pasangan antagonis (pasangan yang
berlawan). Ketika melakukan pukulan lob, otot kita mengerak dari keadaan
membengkok ke lurus. Otot-otot utama yang terlibat adalah pergerakan ini
adalah trapezius, deltoid, triceps, biceps, pronator teres, dan brachioradialis.
Trapezius menolong mengangkatkan tangan ke atas. Deltoid yang mengecut
akan mengangkat tangan kerana deltoid mengabungkan tulang humerus dan
skapula. Apabila kita membengkokkan tangan, otot triseps kita mengendur
dan otot biseps kita mengecut untuk menaikkan tangan manakala apabila
kita meluruskan tangan, otot biseps kita mengendur dan otot triseps
mengecut untuk meluruskan lengan. Otot-otot dalam pasangan ini yang
meluruskan lengan tangan dipanggil ekstensor dan yang membengkokkan
tangan dipanggil fleksor.Brakialis bertindak sebagai sinergis yang membantu
biseps dan brakialis menghasilkan pergerakan fleksi pada lengan.

3.2 Tulang Utama yang Terlibat

Setiap orang dewasa mempunyai 206 tulang dalam tubuh iaitu 80 rangka
paksi (Axial skeleton) dan 126 rangka anggota (Appendicular skeleton).
Dalam pukulan lob, tulang-tulang utama yang terlibat adalah skapula,
humerus, radius, ulna, karpus, metakarpus, dan falanks. Tulang tangan
seperti humerus, radius, dan ulna memainkan peranan yang penting sebagai
penyokong dan pergerakan lengan tangan. Apabila seseorang ingin
melakukan pukulan lob, tulang akan bergerak kerana tulang mengabungkan
dengan otot melalui tendon. Apabila otot berkontraksi, tendon yang terdapat
pada hujung otot akan menarik tulang. Hal ini menyebabkan pergerakan pada
tulang-tulang yang membentuk sendi. Selain itu, metakapus dan falanks telah
memainkan peranan yang penting untuk memegang raket badminton dengan
baik. Tanpa tulang, pergerakan tangan adalah lembut dan tidak bertenaga
untuk memukul bulu tangkis dan memegang raket badminton.

3.3 Sendi yang terlibat

Sendi adalah pertemuan antara tulang dengan tulang. Sendi memainkan


peranan sebagai pelicin untuk mengurangkan geseran antara tulang dengan
tulang semasa melakukan aktiviti dan termasuklah pukulan lob yang saya kaji
kali ini. Jenis-jenis sendi yang trelibat dalam aktiviti lob ini adalah sendi yang
boleh bergerak bebas atau dinamakan diartrosis. Antara sendi utama yang
terlibat adalah sendi antara tulang skapula dengan humerus, tulang humerus
dengan ulna dan radius, dan sendi antara ulna dan radius dengan tapak
tangan. Jenis sendi yang terlibat adalah sendi sinovial berdasarkan fungsi.
Sendi sinovial diselaputi olh membran sinovial yang merembeskan cecair
sinovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel
kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara dua tulang. Jenis sendi ini
membernarkan pergerakan berlaku secara bebas antara tulang- tulang.
Dalam pukulan lob, sendi sinovial yang dilibatkan ialah sendi gelungsur (sendi
antara karpal dan tarsal), sendi engsel (sendi siku), sendi paksi (sendi ulna
dan radius), sendi kondil (sendi antara metakarpal dan falang), sendi pelana
(sendi antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal), dan sendi
lesung (sendi bahu).

Rumusan

Selepas menyelesaikan kerja khusus ini, saya baru dapat merehatkan


diri selepas bertugus- lumus dalam beberapa hari ini. Dalam beberapa hari
ini, saya telah cuba mencari maklumat di perpustakaan dalam melalui laman
web. Kita telah menemui pelbagai halangan ketika mencari maklumat.
Pertamanya, buku rujukan yang terdapat di perpustakaan hampir semua
dipinjam oleh orang lain. Tambahan pula, internet line di institut kita juga
lemah dan maklumat yang terdapat dalam laman web tidak sesuai bagi kita
kerana kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
Nasib baik, kita telah jumpai buku rujukan di tempat pulangan buku.
Selain itu, kita juga dapat merujukan daripada nota- nota yang bagi oleh
pensyarah sebelum ini. Kita juga mendapat maklumat dengan berkongsi
dengan kawan-kawan sekelas saya juga. Hal ini telah meringankan ketika
menyelesaikan kerja khusus ini. Disini saya amat kesempatan ini untuk
berucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menolongkan saya.
Dalam proses menyelasaikan kerja khusus ini, saya lebih memahami
apa itu sistem rangka dan sistem otot. Sebelum ini, saya tidak pernah belajar
apa itu anatomi dan apa itu fisiologi walaupun terdapat pendidikan Jasmani di
sekolah rendah dan sekolah rendah. Dengan mengaji toipk ini, saya lebih
mengenali struktur tubuh kita dan sistem fisiologi dan ini menolongkan saya
lebih memahami fungsi dan kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri
terutamanya dalam aplikasi di kegiatan sukan. Dengan ini, saya akan menjadi
lebih berhati hati dan mengelakan daripada melakukan pergerakan yang akan
mencederakan diri sendiri.
Selain itu, dengan mempelajari topik ini kita dapat menjimat tenaga yang
diperlukan untuk melakukan sesuatu aktiviti. Selain itu, kita juga dapat
minimumkan tenaga yang kita gunakan dalam berlaku sesuatu pergerakan
jika dibandingkan dengan orang lain. Sebagai contohnya berlari, kita dapat
menjimatkan tenaga dan dengan lebih pantas jika kita dapat berlari dengan
gaya yang betul.

Selain itu, kita juga dapat menjaga diri sendiri. Dengan mempelajari
topik ini, kita akan faham dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk
menjaga tubuh badan kita. Sebagai contoh, seseorang yang ingin mempunyai
otot yang tegap haruslah makan protein yang banyak dan bukan makanan
yang berlemak. Kita juga faham bahawa minum susu boleh menguatkan
tulang kita kerana tulang perlukan Kalsium dalam pembinaan tulang.
Kesimpulannya, dengan mengaji anatomi dan fisiologi kita dapat
membina seorang yang sihat, cergas dan dapat merealisikan wawasan 2020
di masa yang akan datang.

Refleksi

Kebanyakan kita mempunyai gambaran yang kurang jelas tentang


apakah itu anatomi dan fisiologi termasuklah saya sebelum menyapkan kerja
khusus ini. Ada juga yang bersikap prejudis terhadap bidang ini dan mereka
anggap tpik ini adalah tidak berguna jika dibandingkan dengan topik lain
seperti Sains dan Biologi. Akibatnya terdapat sekolah- sekolah di Malaysia
yang tidak mahu mengetahui langsung mengenainya atau cuma menjalankan
aktiviti-aktiviti atau permainan yang ringkas yang mereka namai Pendidikan
Jasmani dengan secetek dan seringkas yang boleh, Hal ini telah
menyebabkan kita kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang ini dan mutu
sukan di negara kita tidak dapat bertanding dengan negara maju seperti
Amerika.

Pada pandangan saya, amat penting bagi kita untuk mengenali struktur
tubuh kita dan sistem fisiologi agar kita dapat memahami fungsi dan
kegunaannya dalam penjagaan kesihatan diri terutamanya dalam aplikasi di
kegiatan sukan. Semasa menjalankan aktiviti sukan atau permainan, dengan
pengetahuan anatomi dan fiosiologi yang kita mempelajar, dapat kita
mengelak dan mengurangkan kecederaan. Selain itu, kita juga dapat
mengurangkan daya dan pergerakan yang salah ketika menjalankan aktiviti
sukan
Negara kita telah bercita-cita untuk menjadikan sebuah negara yang
betul-betul maju dalan Wawasan 2020. Wawasan 2020 menitikberatkan
pembangunan menyeluruh dan bukan sahaja dari segi ekonomi, politik,
sosial, kerohian, kejiwaan, kebudayaan, negara kita juga amat mementingkan
dalam bidang sukan. Negara lain seperti Singapura, telah pun mendapat
pingat yang lebih banyak jika disbanding dengan negara kita walaupun
penduduk negara itu tidak sampai penduduk negara kita. Hal ini menunjukan
kepentingan topik ini dalam sukan mahupun aktiviti seharian seperti duduk
dan berjalan.
Kesimpulannya, kita tidak boleh abaikan topik ini kerana ia amat
berguna bagi kita terutamanya dalam kegaitan harian kita.

Rujukan

Aminudin Bin Yusof. (2003). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan


Tingkatan 2. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa & Pustaka.
Asas Permainan badminton. Retrieved February 2, 2008, from
http://badminton.bandartasikputeri.com/?p=5
Buku Sumber Sains Sukan. Retrieved February 2, 2008, from
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/bs_ssukan/bs_ssukan_t4_7c.pdf
Gerard J.Tortora, Byan Derrickson. (2006). Principles of Anatomy &
Physiology. U.S.: John Wiley & Sons, Inc.
J.F. Lamb. I. A. Johnston. (2001). Essential of Physiology. U.S.: Sinaran Bros.
Sdn. Bhd.
L. Mahendra. (1989). Siri Fungsi Anatomi Manusia Sistem Rangka. Kuala
Lumpur: Arena Buku Sdn. Bhd.
Tan,B.H. &Ng, S.I. (1992). Impresif SPM Biologi. Selangor Darul Ehsan:
Dewan Bahasa dan Pustaka.