Anda di halaman 1dari 14

Maksud Etika

1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti


dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.

Skop Etika Profesional


1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa
dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.

Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion


perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:

1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam


profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.

3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi

Tanggungjawab guru

1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh


mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan
jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak
kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,
tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,
intelek, daya cipta dan lain-lain.

10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau
'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau
cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau
ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati


berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab

Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.

Nilai-nilai itu adalah:


Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang

Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan

Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara
yang mempunyai perkaitan dengan guru.

2.0 Konsep Akauntabiliti


Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan

justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan


yang telah diambil.

3.0 Akauntabiliti keguruan.


Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah,
masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.

Akauntabiliti guru terhadap

3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid
berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap
adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani,
emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang
demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di
benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.

3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di
kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang
boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru

juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan


peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya
mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh
melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang
boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.

3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.

3.4 Masyarakat dan Negara


Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut
berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga
perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat,
serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat .

3.5 Profesion Keguruan

Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan


berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara

maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan tepat.

4.0 Penutup
Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami
tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati
sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi.
Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya
terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat
ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan
tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan
dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang
juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga
dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi
sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap kerjayanya. Kesedaran kepada
akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab
terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian,
akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu
mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka
tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal
melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan
menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak
bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.

http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/07/etika-profesion-keguruan.html

PENGENALAN Selain menyebar ilmu segala tingkah laku guru akan menjadi
contoh teladan
kepada pelajar selain mereka dapat membina masyarakat yang mempunyai
budaya yang
bertamadun tinggi. Seseorang guru yang baik seharusnya mempunyai sifat dan
kualiti
peribadi seperti baik hati, pandai berjenaka, sabar, bertanggungjawab, yakin
pada diri dan mempunyai sifat
kepimpinan (Mok Soon Sang, 1988)
2.

KONSEP ETIKA Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic.


Perkataan ethic itu pula
dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap atau adat yang
menentukan tingkah laku
sesuatu golongan Etika ialah satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu
kumpulan manusia atau
organisasi yang meliputi aspek-aspek tertentu. Contoh yang dimaksudkan ialah
aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah,
dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Masyarakat
pula menggunakan etika itu untuk menganalisis, menilai dan menentukan sama
ada tingkah laku manusia telah mengikut peraturan yang ditetapkan. 3.

KONSEP PROFESION Menurut Kamus Dewan, profesion ialah suatu bidang


pekerjaan khasnya
yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan yang khas. Contohnya, perundangan, perubatan, perguruan dan lainlain. Berdasarkan ciri
-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep
profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang
yang mempunyai kelulusan 4.

KOD ETIKAPROFESIONKEGURUAN 5.

KOD ETIKA KEGURUAN Setiap


profesion dalam pekerjaan mempunyai kod etika yang tersendiri. Kod etika ini
juga dipunyai oleh profesion perguruan. Setiap guru dikehendaki mematuhi kod
etikanya sendiri demi menjaga status, akhlak dan maruah dalam profesion
keguruannya. Di
Malaysia, Tatasusila Profesion Keguruan yang disarankan oleh Kementerian
Pendidikan
merupakan landasan dan garis panduan untuk setiap guru menjaga imej
profesionnya 6.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN : IKRARKami, guru


-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke
arah pembentukan warganegara yang berilmu,yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha
menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang, dan
yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsipprinsip Rukun Negara.

7.

dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab mebimbing anak muda


untuk mecapai
kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini, kami menerima Tatasusila
berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya :

Tanggungjawab terhadap pelajar

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan 8.

Tanggungiawab terhadap pelaiar Lebih mengutamakan kebajikan dan


keselamatan pelajar kami
daripada halhal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor
-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan at
au agama. Merahsiakan maklumat
ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya. 9.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam


- darjah sendiri atau dalam matapelajaran lain yang diajar di bilik darjah tanpa
sebaran
g bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku
yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan
membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan
menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

10.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa Menghormati tanggungiawab utama ibu bapa


terhadap anak
anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat
di ant
ara institusi
pendidikan dengan rumah tangga. Menganggap semua maklumat yang
diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepacla mereka yang
berhak mengetahuinya. 11.

Memberikan maklumat kepada ibu


-bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan
maklumat vang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
Mengelakkan diri daripada
menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekon
omi ibu bapa pelajar. Mengelakkan
diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. 12.

Tanggungiawab terhadap masyarakat dan negara Mengelakkan diri daripada


menyeba
rkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Memupuk sikap
dan nilai dalam diri setiap pelajar yang
boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungiawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih
tua dan menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 13.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala


tanggungjawab sebagai
seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan

masyarakat. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan


ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Memberi sumbangan cergas
untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat. Berpegang kepada tingkah laku
yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami
sehari-hari dengan baik. 14.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan Mengelakkan


diri daripada
membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik
seseorang guru dihadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang
boleh menjatuhkan maruah seseorang
guru. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan
rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial. 15.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang


baru menc
eburkan
diri dalam profesion perguruan. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak
rnencemarkan nama baik profesion perguruan. Akan menjadi ahli sesebuah
pertubuhan guru.
16.

KEPENTINGAN KOD ETIKA KEGURUAN Kod etika menyediakan garis panduan


bagaimana
bertingkah laku dalam profesion perguruan kerana kod ini sesuai untuk dirujuk
dan diamalkan oleh
guru. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab
guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Oleh itu, guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka. Dalam kata lain etika keguruan bermaksud
tugas hakiki guru yang menekan kan dua amana hpenting iaitu konsep ibadah
dan pembangunan insan. 17.

Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini


menunjukkan perbezaa

n tertentu berbanding kod etika di negara lain.Guru dapat melihat keunikan etika
yang diamalkan
sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika dalam bentuk
dokumen, usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion
boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etika nya boleh dipertahankan dan
dikuatkuasakan. 18.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan
rasmi. Secara tidak langsung, perkara ini akan membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru
dalam mencapai matlamat
pendidikan dan negara. Etika kerja merupakan nilai
-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.

Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi


dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). 19.

BAGAIMANA IA MEMUPUK KEPADA PERLAKSANAANPERKHIMATAN GURU YANG


KOMPETEN DAN BERKESAN 20.

Umum mengetahui
bahawa kod etika profesion keguruan ini merupakan satu wadah yang mampu
menjadi landasan terbaik bagi menyediakan guru yang cemerlang daripada
semua aspek sesuai
dengan falfasah pendidikan guru iaitu: FALSAFAH PENDIDIKAN GURU (FPG) Guru
yang
berpekerti mulia, berpandangan prograsif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi Negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif dan berdisiplin 21.

Antara perk
ara yang boleh dilihat dalam memastikan perlaksanaan perkhidmatan guru yang
cemerlang ialah : 1. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai
pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang

2. Mempertingkatkan Profesionalisme 3. Berupaya Membuat Keputusan dan


Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif 4. Mahir Menggunakan
IT 5. Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak 22.

Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan


latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjangmenerima latihan dalam
perguruan untuk menjadi seorang guru yang Guru juga mesti mengetahuai
bertauliah, contonhya Sijil mempunyai pengetahuan yang keadah atau cara
penyampaianPerguruan atau Diploma Pendidikandan Ijazah sarjana muda
perguruan mendalam tentang mata dalam pengajarannya supaya yang diiktiraf
oleh kerajaan pelajaran yang hendak diajarnya. murid-murid dapat memahami
Malaysia sebelum dia boleh apa yang disampaikan olehnya. mengajar di sekolah
Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang
guru haruslah mempunyai diharapkan oleh masyarakat. Misalnya sahsiah yang
baik dan dapat guru diharapkan menjadi pengganti dihormati serta dicontohi oleh
ibubapa, menjadi penasihat dan murid. Sahsiah ini termasuklah pembimbing di
dalam pembentukkan tingkah laku dan sikap yang elok, sahsiah murid, menjadi
kaunselor kepada bersabar, bermurah hati dan murid-murid, menjadi pengamal
dan sentiasa bersifat tenang. penyebar nilai kebudayaan yang elok dan
seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 23.

Mempertingkatkan Profesionalisme guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas


dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan
menerajui negara ini. Guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. guru harus
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. 24.

Berupaya Membuat Keputusan danMenyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis


dan Kreatif guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan
sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang
dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan
guru untukmenguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 25.

Mahir Menggunakan IT Ilmu dan kemahiran Sebagai pemangkin, guru IT merubah


dunia pembelajaran dalam teknologi menggunakan teknologi info- umpamanya
muncul pembelajaran infokomunikasi komunikasi bukan hanyamelalui online. Para guru pada hari yang
dikuasai guru untuk
menyampaikan ilmu diini telah bersikap produktif, proaktif dapat digunakan
dunia semata-mata tetapi dan responsive terhadap sebagai pemankin juga untuk
meraih perkembangan kecanggihan kearah kepentingan ilmu akhirat teknologi
yang telah banyak menghasilkan kerana pendidikan berkualiti mengajar anak
bangsa kita supaya pendidikan yang hanya akan dapat dicapai menjadi satu
bangsa yang maju. cemerlang dan melalui keseimbangan dalam berkualiti kedua-

dua ilmu tersebut. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa


Penubuhan sekolah bestari yang satu
http://www.academia.edu/8689555/Kod_etika_perguruan
http://webmastering1.tripod.com/nantha/rank2.html

Anda mungkin juga menyukai