Anda di halaman 1dari 8

HUBUNGAN GURU-MURID

Pengenalan:
Bab

ini

mengupaskan

hubungan

guru

dan

murid

dan

juga

kepentingan hubungna tersebut dalam proses pengajaran dan


pembelajaran(P&P) serta suasana di dalam bilik darjah.Selain
daripada itu bagaimana untuk membina hubungan yang positif dan
berkesan antara guru dan murid dengan boleh meningkatkan
komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak.
Guru perlu mengawasi murid-murid dan peka terhadap kesukaran
yang dihdapi oleh murid-murid. malahan guru perlu memahami
masalah yang dihadapi murid, ketakutan dan kekeliruan supaya
guru dapat membantu murid menangani masalah. Komunikasi yang
berkesan

antara

guru

dan

murid

akan

meningkatkan

iklim

pembelajaran kepada yang lebih baik. Interaksi yang berpanjangan


berlaku antara mereka akan membantu memahami murid, sekaligus
akan meningkatkan prestasi mereka.
Komunikasi yang berkesan, guru yang mesra bersama murid dan
suasana

kelas

yang

demokratik

membawa

kepada

sebuah

hubungan yang erat antara guru dan murid. Bila mana wujudnya
suasana demokratik semasa murid bersama dengan guru dalam
membuat keputusan tentang proses aktiviti

p&p atau suasana

pembelajaran akan membuatkan murid berasa dihargai dan lebih


bertanggungjawab.

KEPENTINGAN MEMBINA HUBUNGAN GURU-MURID


KEBAIKAN KEPADA GURU
Menaikkan motivasi kepada guru
untuk
mengajar
lebih
bersemangaT
Murid lebih senang dikawal oleh
guru dalam setiap aktiviti yang
dilaksanakan

KEBAIKAN KEPADA MURID


Murid akan lebih berminat untuk
belajar
Murid lebih memberi kerjasama
kepada guru-guru

Kerjasama murid akan memberi Meningkatkan


pencapaian
kesan kepada pengajaran dan akademik murid
pembelajaran guru
Menaikkan imej guru
Murid lebih bermotivasi untuk
belajar
Faktor yang mempengaruhi hubungan guru-murid
FAKTOR
Penampilan dan
bahasa badan
guru
Tingkah laku guru

HURAIAN

Tunjukkan contoh
teladan yang baik

Persekitaran
pembelajaran di
dalam bilik darjah

Menjadi tumpuan murid (berpakaian


kemas)
Memberi persepsi baik kepada murid
Menjadi role model
Mencerminkan perwatakan guru
Sikap guru yang kasar akan dibenci oleh
murid-murid
Menggunakan perkataan yang baik dan
sesuai
Berhemah tetapi tegas
Menunjukkan minat supaya murid juga
akan minat untuk belajar
Sentiasa ceria dan tenang
Mengamalkan komunikasi yang berkesan
Ikhlas dalam mengajar
Mengambil berat tentang murid
Bilik darjah yang kelihatan bersih, ceria
dan teratur
menarik perhatian murid untuk belajar
bilik yang dilengkapi dengan alat bantu
mengajar
bilik yang dapat memotivasikan murid

Strategi membina hubungan positif guru-murid


Bahan dipetik daripada buku Pengurusan
Tingkahlaku tulisan Shamsina Shamsuddin

Bilik

Darjah

1. Bertindak selaku ketua pegawai eksekutif (CEO)

dan

Murid akan mencari sebab untuk menghormati dan mematuhi guru.


Oleh itu guru perlu menyampaikan mesej bahawa gurulah yang
sebenarnya mempunyai kuasa untuk mengawal bilik darjah dan
tingkahlaku murid serta layak dihormati. Walau bagaimana pun
mesej ini tidak seharusnya disampaikan kepada murid dalam nada
menyombong atau bongkak, autoritatif atau menggunakan
pendekatan yang tidak telus. Untuk mendapatkan keseimbangan
antara boleh didekati tanpa menjadi kawan merupakan satu
cabaran dan ia merupakan satu seni dalam bidang pengajaran. Guru
perlu memaklumkan kepada murid tentang hak mutlak dirinya
sebagai guru. Wujudkan sempadan hubungan tanpa kesediaan
untuk melanggarnya. Guru perlu menggunakan peluang untuk
membentuk peraturan perhubungan sejak awal sesi persekolahan
setiap tahun.
2. Menerima keindividualan murid
Sekiranya guru bersikap jujur terhadap diri sendiri pasti guru akan
mengakui bahawa dengan menerima murid sebagai dirinya dan
sebagai individu merupakan satu lagi cabaran yang sukar. Setiap
seorang murid mempunyai ciri unik yang tersendiri dan guru tidak
seharusnya membuat generalisasi untuk mengatakan bahawa
semua murid adalah sama. Guru boleh cuba memahami dan
menerima
murid-murid
melalui
pengumpulan
maklumat
menggunakan borang profil pada awal tahun. Maklumat yang
dikumpulkan meliputi hobi, keluarga, impian, bakat, minat, perkara
yang disukai dan tidak disukai. Gunakan masa untuk membaca
profil murid dan gunakan maklumat yang diperolehi untuk
mewujudkan hubungan dan berbicara secara casual dengan murid.
Dengan cara menunjukkan minat untuk mengenali kehidupan
murid, kebiasaan mereka serta membenarkan mereka menari
mengikut paluan gendang sendiri merupakan strategi paling
berkesan yang boleh digunakan untuk sampai dan membuka pintu
hubungan dengan murid.
3. Wujudkan komuniti di dalam bilik darjah.
Bantu murid untuk mengenali rakan mereka dan juga diri guru
sendiri. Semakin cepat guru dapat memberi kesedaran tentang
banyaknya ciri kesamaan berbanding perbezaan di antara ahli kelas,
semakin selesa pula murid dengan keadaan serta suasana bilik
darjah dan kelas mereka.

4. Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru.


Sesetengah guru tidak bersetuju dengan konsep ini kerana khuatir
persamaan mungkin menyebabkan murid dan suasana jadi lebih
tidak berdisiplin di dalam bilik darjah. Faktanya ialah semakin murid
merasa selesa dengan gurunya, mereka akan merasa lebih selesa
dan bersifat lebih terbuka dan boleh menerima.Beri peluang kepada
murid untuk mengemukakan soalan yang mereka ingin tanyakan
tentang guru. Pilih soalan-soalan yang boleh dikongsikan
jawapannya. Gunakan sedikit waktu sebelum waktu pembelajaran
tamat untuk menjawab soalan-soalan secara rawak. Guru boleh
berseronok dengan aktiviti ini dan murid akan melihat guru sebagai
seorang manusia sebenar dan bukan berpura-pura.

Tidak menjadi kesalahan sekiranya guru dapat meluangkan sedikit


waktu untuk bersama dalam aktiviti kokurikulum seperti
perkhemahan, bermain bola di padang, menghias sekolah dengan
bunga-bungaan dan pokok hiasan sambil berhibur, berbual atau
berbincang atau memasukkan isi kandungan pelajaran secara
santai. Bagi sesetengah murid, aktiviti bersama di sekolah menjadi
pendorong untuknya hadir dan terus belajar di sekolah.

5. Ingat nama kesemua murid dalam kelas dalam tempoh 48


jam.
Kebanyakan murid merasakan diri mereka seumpama tidak wujud
semasa berjalan di koridor sekolah tanpa berkomunikasi dengan
seseorang. Lazimnya apabila berselisih dengan guru, muridlah yang
memulakan komunikasi. Bagi murid yang pemalu, komunikasi
permulaan ini tidak mungkin berlaku. Apabila guru boleh menegur
murid, khususnya mereka yang pemalu dan pendiam dengan
menggunakan nama mereka dan menunjukkan hubungan yang
baik, murid akan merasa diri mereka wujud dan dihormati. Murid
pula tidak akan merasakan guru sebagai seorang superior yang
sombong atau autoriti yang menakutkan mereka. Setelah mengenali
dan menghafal nama-nama murid, guru boleh gunakannya di manamana dan tidak lagi menggunakan gantinama ketika memulakan
komunikasi seperti Hei awak! boleh tolong cikgu angkatkan buku
ini tak? Sebaliknya penghormatan akan wujud apabila guru
mengatakan Qatratun Nada, boleh tolong saya bawakan buku ini ke
kelas?. Sesetengah murid akan merasa sungguh seronok apabila

guru berupaya memanggil mereka menggunakan nama-nama


mereka setelah dua hari berjumpa. Kesannya adalah amat besar
terhadap perhubungan yang positif dan harga diri murid-murid.

6. Perhatikan dan perbaiki elemen komunikasi bukan lisan.


Kita semua tahu bahawa betapa lemah dan mengecewakan apabila
seorang penceramah atau pembentang gagal menggunakan
komunikasi bukan lisan dan bercakap umpama sebatang tiang yang
tidak menarik minat serta terasing dan tidak ada hubungan dengan
pendengar. Seorang guru yang mengajar dan memberikan
penerangan umpama sebatang tiang yang tidak menimbulkan rasa
ingin tahu, motivasi dan minat untuk memberikan perhatian kepada
murid adalah seorang guru yang gagal dalam profesionnya. Bahasa
badan, nada dan intonasi suara, kekuatan volume suara, mimik
wajah dapat menyampaikan mesej tentang kesungguhan,
keseronokan dan kepuasan murid. Sesetengah gerak bahasa badan
dapat memudahkan kefahaman tentang perkara yang dibincangkan.

Senyuman adalah sedekah dan tenaga yang digunakan untuk


senyum adalah lebih kecil berbanding tenaga yang digunakan untuk
menunjukkan
raut
wajah
marah,
bermuka
masam
dan
merunsingkan. Senyuman merupakan satu petanda kesediaan
untuk menerima dan bertenaga. Murid, khususnya mereka yang
datang dari latar belakang sosioekonomi yang rendah, bergantung
tinggi kepada komunikasi bukan lisan dan akan mendapatkan
isyarat bukan lisan di sekeliling mereka.

7. Layan semua murid dengan hormat sepanjang waktu.


Apakah yang akan dirasakan oleh guru sekiranya bilik darjah
menjadi sebuah tempat yang bebas daripada bising, jeritan dan
laungan? Sebagai seorang dewasa yang matang guru boleh
berperanan sebagai rol model kepada murid-muridnya. Walau
bagaimana kecewa sekali seorang guru di dalam bilik darjah, guru
tidak seharusnya menjerit atau merendah-rendahkan martabat
murid dengan suara yang lantang dan tinggi. Apabila seorang guru
menyelitkan adab dan akhlak yang baik dalam bilik darjah dan
mengekalkan sikap secara konsisten, guru sebenarnya menunjukkan

rasa hormat dan membantu murid untuk memahami kuasa positiviti


dan interaksi yang sihat.

Amalan budaya penyayang


Menurut Larrivee(2005), budaya penyayang terbentuk apabila ahliahli dalam sesebuah komuniti itu mengutamakan kebajikan ahliahlinya, bersikap dan berkomunikasi secara terbuka antara satu
sama lain dan jujur semasa berhubungan. Dalam komuniti yang
mengamalkan budaya penyayang, ahli-ahlinya saling hormatmenghormati, berkongsi emosi/perasaan secara jujur dan saling
ingat-mengingati.
Terdapat 4 ciri utama dalam menerapkan budaya penyayang di
dalam bilik darjah iaitu,

hormat
autentik
ingatan
integriti emosi

Guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam


mempromosikan amalan budaya penyayang ini selari dengan
kepentingan akademik murid-murid. malahan guru juga harus bijak
dalam mentransformasikan budaya bersaing dalam bidang
akademik sahaja dan budaya kasih-sayang dan saling bantu
membantu dalam bilik darjah.
CIRI UTAMA
Hormat

Autentik

Ingatan

HURAIAN
Konsep asas hormat ialah penerimaan
Interaksi dua hala (guru murid)
Memberi perhatian dan mengambil berat
tentang diri murid
Guru akan mendapat kepercayaan dari murid
Autentik menjadi diri sendiri
Memberi maklum balas dengan jujur
Tidak
takut mengaku
kesalahan yang
dilakukan
Bertanggungjawab atas tingkah laku sendiri
Menyedari emosi orang lain dan diri sendiri
dan mengawalnya
Keprihatinan
gru
rasaterhadap muridnya

akan

bertimbang

Intergriti
emosi

Mengambil
berat
dan
mewujudkan
persekitaran yang kondusif
Saling berkongsi masalah
Sentiasa bekerjasama
Peka akan kehendak dan emosi orang lain
Ia
berkaitan
dengan
kejujuran
dalam
meluahkan pendapat dan emosi serta
mempunyai akauntabiliti atas tingkah laku
tersebut.

DINAMIKA BILIK DARJAH


Dinamika bilik darjah merupakan sesuatu kumpulan rakan sebaya
berupaya menggerakkan ahli-ahlinya bertindak mengikut matlamat
yang sama.Terdapat beberapa pola dalam kumpulan yang perlu
guru ketahui antaranya ialah:
Bintang

Untuk murid yang popular dan 10 undian dari kawankawaN


Bentuk persahabatan dua orang ( a b ) (b a)
Bentuk kumpulan (dua atau lebih untuk menjadi
kawan yang disukai)
Pola rantaian (a b) (b c)
Tidak memilih sesiapa sebagai kawannya
Murid yang disukai, tetapi mengatakan dia sebagai
orang yang tidak disukai

Dyad
Klik
Rantai
Pencilan
Singkiran

FAKTOR YANG MEMBENTUK DINAMIKA


KUMPULAN:
i.

jantina

ii.

agama/bangsa

iii.

status ekonomi

iv.

pendidikan akademik

v.
vi.

personaliti
gaya pembelajaran

PERANAN GURU DALAM DINAMIKA KUMPULAN


i.
ii.
iii.
iv.

guru perlu mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam


bilik darjah
guru harus memberi perhatian kepada kumpulan murid yang
disingkirkan dan tidak disukai
menggunakan
kuasa
pemularan(role
model
untuk
mempengaruhi murid)
guru boleh membantu dinamika kumpulan untuk membentuk
ciri yang boleh membawa kebaikan guru bertindak sebagai
ketua kumpulan dinamika