Anda di halaman 1dari 5

PENGENALAN

BONEKA adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain
sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda
atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak samaada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang
dialog.
Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita
dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita
dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui
penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak
untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.
Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama
secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya
imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.

Sejarah ringkas
Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat
bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan
Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah
dibuat daripada lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai
mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang
rasmi.
Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain dengan
boneka-boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini. Dulu,
bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanakkanak enggan memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan.
Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahu sebelum
Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk upacara ritual dan
keagamaan.

Boneka Barat
Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat
sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat, kayu, dan lilin serta
diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik
pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang sama dengan
pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan
cenderamata. Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat
digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan
lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini.
Pada tahn 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat
menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.
Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara penghasil boneka
terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II, kilang membuat boneka berjaya
membuat boneka menjadi yang lebih menarik, lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini
telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dan dapat

membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat makan dan
minum sendiri. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang mahal.

Perancangan Boneka Untuk Kanak-kanak


Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan
oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka
sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan
eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar
dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak
langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi,
melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu,
penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan.
Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan
kanak-kanak menjadi andaiannya.

Jenis-jenis boneka
Boneka Sarung Tangan
Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka
jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota
boneka.
Boneka lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada
badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa
menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk
menggerakkan anggota badan boneka tersebut.
Wayang Kulit
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi
halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka
ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang
boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota
boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber
cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Boneka Bertali
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plasterof-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh
bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka
tersebut bergerak.
Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat

sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan
Moral.
Jenis cerita
Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai cerita
haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain lagi.
Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang
dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran
bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.
Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih
dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita
tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita.
Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti
pendengar.
Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip
berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak
perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak.
Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu
pencerita menyampaikan cerita.
Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang
dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan
boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian
sesebuah cerita. Walaubagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas.
Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.
Membuat boneka
Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan,
sarung kaki, kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi.
Contoh Cara Membuat Boneka Sarung Tangan
Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian,
sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung
tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian
bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.
Alat/ bahan:
Kain belacu/ sarung tangan
Pensel
Gunting
Jarum
Benang jahit dan benang bulu
Berus cat
Cara membuatnya:
1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan

bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian
lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan,
2. Gunting garisan pengguntingan.
3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus.
4. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas.
5. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki.
6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya.
7. boneka yang telah siap untuk dilakonkan.
Persekitaran
Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalu boleh dihamparkan sebidang permaidani
untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.
Susun atur
Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan
estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh
menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak
disampaikan.
Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja,
pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas.
Teknik penyampaian
Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang
boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk
di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat
pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka.
Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi
dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak
serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih
menarik.
Aktiviti susulan
Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan:
a) Menggerak lakonkan semula cerita
b) Membina boneka
c) Menyanyi menggunakan boneka
d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka
Contoh cerita
Judul: Mengapa Gagak Hitam
Nilai: Gelojoh membawa padah.
Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak, membezakan pelbagai warna.

Peralatan
- Boneka gagak

- Boneka merak
- Pita rakaman
- Warna
- Prop bingkai (gambar disertakan)
Teks: Merak dengan Gagak
Babak I
Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik.
Gagak : Macam mana caranya?
Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis.
Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi.
Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok.
Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya!
Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga
merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama
dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama
dalam penyediaan bahan.
Hubungan dengan Kurikulum dan bidang
Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat
meningkatkan:
- Daya kreativiti
- Perkembangan komunikasi dan bahasa.
- Sosio emosi
- Menambah ilmu pengetahuan
- Pengalaman
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai
kaedah mempengaruhi kanak-kanak:
- Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan.
- Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan.
- Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak.
- Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.

Rumusan
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan
kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan
untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan.
Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin
kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan
menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan
jalan cerita.

Anda mungkin juga menyukai