Anda di halaman 1dari 2

Hari:

Tarikh:
Kelas Pemulihan
Khas:

.4
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid berupaya :
Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam
situasi harian.
Langkah-langkah Pengajaran :

Matapelajaran:
Masa:
Bahan Bantu Mengajar :
1. Papan tulis
individu.
2. Pen marker.
3. Kad manila.
4. Dadu.

1. Murid duduk secara berpasangan. Edarkan papan tulis individu dan


pen marker kepada setiap pasangan.
2. Lekatkan kad manila yang mengandungi pernyataan masalah pada
papan tulis. Contohnya :
Pak Ali memetik 233 biji buah betik dan 245 biji buah jambu
dari dusunnya. Berapakah jumlah buah-buahan yang telah
Pak Ali petik kesemuanya?
3. Minta murid menuliskan ayat matematik bagi pernyataan masalah
tadi pada papan tulis masing-masing.
4. Ulangi langkah 2 dan 3 dengan memberikan contoh-contoh lain.
5. Edarkan sebiji dadu kepada setiap pasangan. Minta seorang murid
malambung dadu sebanyak tiga kali untuk membentuk nombor tiga
digit. Seorang murid lagi melambung dadu untuk membentuk 2
digit.
6. Minta murid membina membina cerita daripada kedua-dua nombor
tersebut dan mencari hasil tambahnya.
7. Bimbing murid menggunakan ayat-ayat mudah berdasarkan
pengalaman mereka sendiri.
8. Edarkan Lembaran Kerja 2.4.