Anda di halaman 1dari 1

JUMAAT, 7 OGOS 2015 @ 3:59 PM

Ternipis, teringan taruhan Galaxy Tab S2


Oleh Alzahrin Alias
DUNIA teknologi terutamanya teknologi telefon pintar semakin banyak persaingan
dan pembaharuan dalam menampilkan teknologi telefon pintar yang terbaharu dan
sesuai dengan kehendak pengguna. Boleh dikatakan setiap minggu terdapat telefon
pintar baharu di pasaran. Terbaharu adalah Samsung yang mempertaruhkan Galaxy
Tab S2, tablet premium yang dilabel sebagai ternipis dan teringan. Galaxy Tab S2
didatangkan dengan kemasan bingkai besi menjanjikan prestasi penggunaan yang
berkuasa ditampilkan dalam saiz paparan 8 inci. Tablet ini yang hanya setebal 5.6
milimeter dengan berat 392 gram (model 9.7 inci) dan 272 gram (model 8 inci) serta
sangat mudah dikendalikan. Disamping peningkatan dari segi kemudahan
penggunaan, ia juga menawarkan kelebihan dwifungsi iaitu untuk membantu
meningkatkan produktiviti dan sebagai alat hiburan yang mudah dibawa ke mana
saja. Tablet ini turut menawarkan teknologi Super AMOLED yang menyempurnakan
dan mengoptimumkan paparan apa juga jenis visual digital. Galaxy Tab S2 mampu
memenuhi pelbagai kemudahan penggunaan mudah alih paling berkesan bagi
memaksimumkan produktiviti dengan dilengkapi perisian Microsoft Office dan
kemudahan simpanan data 100 gigabit secara maya melalui OneDrive yang
diberikan secara percuma selama dua tahun. Model 9.7 inci juga boleh digunakan
bersama papan kekunci Book Cover Keyboard bagi memudahkan urusan menaip
seumpama menggunakan komputer peribadi. Samsung turut tidak lupa
memasukkan fungsi keselamatan dengan melengkapkan peranti itu dengan sistem
pengenalan cap jari pada butang pemula (home key) dan perisian anti-malware.
Begitu juga dengan hiburan, tablet ini didatangkan bersama perisian TV internet Iflix
diberikan secara percuma selama setahun buat pembeli Galaxy Tab S2 selain Milk
Music yang menawarkan radio internet percuma dengan sembilan pilihan genre
muzik. Tablet ini yang didatangkan dalam tiga warna iaitu emas, putih dan hitam
akan mula berada di pasaran pada 14 Ogos dengan harga RM1,699 dan RM1,999
(saiz 9.7 inci).
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/73011

Anda mungkin juga menyukai