Anda di halaman 1dari 148

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 1 : PERJALANAN DARI KUALA


LUMPUR KE MEKAH
Untuk BAB 1 ini, saya akan berkongsi dengan anda, perjalanan kami dari Malaysia
ke Jeddah sehinggalah menunaikan umrah kami yang pertama.

Saya, Maria dan emak mertua saya tiba di KLIA.


Selepas parking kereta. Kami mengeluarkan beg dan terus menuju ke balai
berlepas. Seperti yang diminta oleh pihak agen, kami semua berjumpa di Aras 5,
Kaunter K & L pada pukul 12 tengah hari.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 1

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Semasa kami tiba di KLIA, dah banyak pun jemaah yang sudah sampai ke KLIA.
Memandangkan perjalanan kami terus ke Mekah, kebanyakan jemaah lelaki
sudah pun berpakaian ihram. Dan jemaah perempuan pun dah siap dengan
telekung masing-masing. Masa ni, saya tak pakai ihram lagi. Gambar di atas ni
menunjukkan beg-be jemaah yang dah ready untuk di check in secara
berkumpulan.

Selepas check in, kami pun masuk la ke terminal berlepas.


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 2

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar Maria and her mother sedang berjalan menuju ke Gate yang telah di
tetapkan. Memandangkan masa ni baru masuk waktu solat fardhu Zohor, kami
semua menunaikan Solat zohor dan Asar sekali di sini.

Di KLIA, flight Saudi Airlines yang kami naik.


Bertolak pada pukul 3 petang. Tempoh perjalanan kami 8 jam di atas flight.
Perghhh. Letih dan memenatkan. Pukul 3 kami berlepas, dan kami sampai pukul
11 malam jam Malaysia.
Memandangkan waktu di Jeddah beza 5 jam dengan waktu di Malaysia, kami tiba
di sana pukul 6 petang waktu Jeddah.
Kami semua berniat mengerjakan umrah semasa berada di dalam kapal terbang.
Iaitu lebih kurang satu jam sebelum mendarat. Masa ni, semua jemaah mesti
berpakaian ihram dan mesti mula menjaga pantang larang ihram sehingga habis
mengerjakan umrah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 3

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Setibanya kami di Lapangan Terbang King Abdul Aziz, Jeddah..

Mak saya semasa keluar dari kapal terbang. Di Jeddah Airport, kita kena turun ke
bawah dengan tangga yang disediakan sebelum dibawa menaiki bas untuk ke
terminal ketibaan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 4

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya sedang menunggu Maria yang masih belum turun dari kapal terbang.

Setibanya kami di terminal ketibaan, first kena lepas dari imigresen. Masayaa
Allah, dugaan yang pertama bermula di sini.
Saya tersalah pilih line. Saya pilih line yang pendek.
Tapi di depan saya jemaah-jemaah dari Oman kalau saya tak silap. Masayaa Allah,
depan kami ada lebih kurang 10 orang sahaja, tapi masa yang diambil untuk
setiap jemaah Oman lepas imigresen lebih kurang 7 minit.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 5

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya pun tak pasti kenapa lambat sangat. Berbanding dengan jemaah yang
berbaris di barisan yang panjang, tapi semuanya jemaah dari Malaysia.
Semuanya lepas dengan pantas. Jemaah Malaysia hanya mengambil masa 1 minit
untuk selesai. Walaupun kami antara yang terawal tiba di imigresen ni, tapi kami
antara yang terakhir keluar dari sini.
Jemaah-jemaah lain semuanya dah lepas awal.
Lagi satu, FYI, di sini akan ada pekerja-pekerja cleaner airport dari Bangladesh
yang akan datang dan offer kita Sim Card dari Mekah, so kita boleh beli di sini.
Tapi kena berhati-hati, biasanya mereka ni jual mahal sket.
Harga yang berpatutan untuk Sim Card adalah 50 Riyal duit dengan nilai 50 Riyal
duit dalam Sim Card.
Selepas itu, bas membawa kami dari Airport ke Hotel Abeer Garden di Mekah.
Jarak hotel ke masjid dalam 300 meter. Boleh tahan la. Selepas habis berkemas
barang di bilik, kami menuju ke Masjidil Haram untuk menunaikan Umrah kami
yang pertama. Untuk memastikan kami tawaf dengan betul dan ini first time saya
bawa jemaah-jemaah lain yang turut serta. Saya tak lah ambil gambar semasa di
hadapan Kaabah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 6

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Bila di Sai, baru start ambil gambar balik. Gambar di atas ni gambar Maria and
mak semasa mengerjakan Sai..

Selepas selesai tawaf, kami menunaikan sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.
Jarak antara dua bukit ni dianggarkan dalam 450 meter. Biasanya, dalan keadaaan
berjalan dengan kelajuan sederhana, mengambil masa 45 minit untuk selesaikan
ibadah sai.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 7

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Itu kalau orang tak ramai, kalau ramai orang. Lebih panjang masa diperlukan
untuk menunaikan sai. Alhamdulillah, seperti yang dijangka, kami tamat
mengerjakan umrah dengan bertahlul lebih kurang pada pukul 3.30 pagi.
Alhamdulillah, kami dapat mengerjakan ibadah umrah. Moga ibadah kami ini
diterima Allah.

Kami selesai mengerjakan umrah yang pertama lebih kurang satu jam sebelum
waktu subuh. Memandangkan waktu subuh sudah hampir, kami decide untuk stay
di masjid dan hanya balik ke hotel selepas solat Subuh. So, lepas umrah saya pun
ambil la gambar Maria ngan mak mertua saya di membelakangkan Kaabah.
Selepas solat subuh, kami terus balik ke hotel untuk bersarapan dan tidurr. Agak
memenatkan sebab semalaman kami tak dapat tidur.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 8

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 2 : GAMBAR SEKITAR MASJIDIL


HARAM
Untuk BAB 2 ini, saya tak berhasrat untuk bercerita panjang. Sebaliknya, saya nak
kongsi dengan anda gambar gambar yang sempat saya ambil di sekitar Masjidil
Haram, Mekah.

Ini gambar pintu masuk utama ke Masjidil Haram yang menjadi laluan kami. Pintu
Gate 1, King Abdul Aziz Gate.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 9

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Hotel Al-Safwah Tower. Antara hotel yang terdekat dengan Masjid. Belakang tu
yang still dalam construction Zam Zam Tower. Bangunan tertinggi di Mekah.

Gambar Masjidil Haram di siang hari. Pandangan dari luar.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 10

10

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar pintu Kaabah dari dekat..

Gambar orang sedang tawaf mengelilingi kaabah di siang hari. Untuk makluman
anda, ini gambar lama. Sekarang, disekeliling Kaabah sudah ada tempat Tawaf
yang baru 2 tingkat. Ini bagi menampung kapasiti jemaah yang lebih besar semasa
musim haji dan bulan Ramadhan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 11

11

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Zam-Zam Tower dalam proses pembinaan..

Pintu King Abdul Aziz di siang hari

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 12

12

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Peniaga-peniaga yang berniaga ditepi-tepi jalan

Kedai-kedai di luar masjid, sepanjang jalan balik ke hotel..

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 13

13

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 3 : MENUNAIKAN UMRAH SUNAT


Assalamualaikum,
Hari Jumaat, 16 April jemaah kami semua di bawa menaiki bas sewa untuk kami
mengerjakan umrah.
Bas membawa kami ke Tanaim. Tempat Miqat yang paling dekat dengan Tanah
Haram. Jarak Tanaim dari Masjidil Haram adalah lebih kurang 6 km. Tapi
disebabkan jalan yang agak jamm, perjalanan sehala mengambil masa hampir 2030 minit.

Kami bergambar di luar hotel tempat menunggu bas. Background belakang adalah
gambar hotel2 baru yang sedang dibina.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 14

14

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria dan Mak dalam bas menuju ke Tanaim

Pintu masuk utama Masjid Tanaim

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 15

15

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria dan Mak bergambar di hadapan masjid

Gambar Masjid Tanaim dari luar

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 16

16

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Selesai berniat di Tanaim, bas bertolak menuju ke Masjidil Haram. Kami terus
memulakan tawaf. Jam waktu ni sekitar 8.30 pagi. Selesai tawaf, kami bergambar
dihadapan Kaabah sebelum menuju ke Bukit Safa untuk Sai.

Saya pun ambil gambar gak. Gambar ni berhampiran Multazam, membelakangkan


pintu kaabah dan menuju ke tempat Sai

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 17

17

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya dan Mak di Bukit Safa. Dulu batu batu bukit ni boleh dipijak, tapi sekarang
dah ada pagar. So, jemaah sekaran dah tak leh nak pijak batu di Bukit Safa.

Ni gambar dari bawah Bukit Safa. Pemandangan ke atas. FYI, Sai sekarang dah
boleh dibuat dalam 5 tingkat, tapi sekarang ni Sai hanya di buka untuk 2 tingkat.
Hanya musim haji semua tingkat akan di buka.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 18

18

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar batu2 di Bukit Safa..

Terus menunaikan ibadah Sai.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 19

19

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Habis Sai, saya bertahlul. Kali ni saya membotakkan kepala. Sekali botak di kedai,
tak sampai 5 minit pun, tapi kena bayar 10 Riyal..
Alhamdulillah, selesai ibadah umrah saya yang kedua. Masa selesai umrah tu, jam
dalam pukul 10 pagi dan saya balik ke hotel untuk berehat. Sebelum kembali ke
Masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Mudah tak nak buat Umrah? Mudahkan. Cuma buat Rukun Umrah dan Jaga Wajib
Umrah sahaja.
Cuba ikuti balik Rukum Umrah yang saya buat :
1. Niat Umrah.
2. Tawaf
3. Saie
4. Tahalul
5. Tertib
Wajib Umrah pulak :
1. Berniat di Miqat
2. Menjaga 13 pantang larang ihram.
Insya Allah, jika anda faham konsep asas ini. Semuanya akan jadi mudah.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 20

20

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 4 : ZIARAH LUAR MEKAH (I)


Hari ke 4 kami di Mekah, pihak travel agen membawa kami menziarahi tempattempat menarik di sekitar Mekah. Kami dibawa dengan menaiki bas dan tempat
ziarah terakhir kami hari tu adalah di Ja'ranah iaitu tempat bermiqat untuk kami
mengerjakan umrah.

Kami di atas bas. Biasalah, lelaki duduk di belakang. Dari kiri, Pak Cik Polis dari
Kelantan, Mortin, Saya dan Thalhah

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 21

21

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Tempat pertama yang kami ziarah, Jabal Thur. Inilah tempat dibawa Rasulullah
dan Saidina Abu Bakar untuk menyorok semasa hendak berhijrah ke Madinah.

Tempat seterusnya, kami dibawa menuju ke Arafah. Tempat para jemaah haji
berwukuf untuk menunaikan haji. Gambar di atas adalah landasan LRT yang
sedang dibina di sana yang menghubungkan Mina, Muzdalifah dan Arafah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 22

22

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Turun saja dari bas di Arafah, berpuluh-puluh ekor unta yang dihiasi bunga
menyerbu bas kami. Pak Arab di sini cari makan dengan kita membayar 5 Riyal
untuk bergambar dengan unta mereka. Kesiannya, banyak sangat unta tapi orang
yang nak bergambar dengan unta tu tak lah banyak sangat.

Kami bertiga bergambar membelakangkan Jabal Rahmah. Jabal Rahmah ni adalah


tempat di mana Nabi Adam dan Hawa bertemu setelah di turunkan dari Syurga ke
dunia. Disinilah juga tempat yang amat mustajab bagi mereka yang nak berdoa
untuk mencari jodoh.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 23

23

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kami mengatur langkah menaiki anak tangga untuk menaiki ke atas Jabal Rahmah

Dalam perjalanan menaiki ke puncak tu, ada berpuluh2 orang yang meminta
sedekah. Ni salah sorang yang minta sedekah tu.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 24

24

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni lagi satu, konon-kononnya tangan dia kudung. Tapi sebenarnya dia lipatkan
tangan dia dan tunjukkan siku dia aja. Tangan dia ada di belakang kepala. Nak
buat cam na, terpaksa menipu untuk cari makan. Sebenarnya di sana ada agen
yang uruskan budak-budak ni untuk minta sedekah.

Kami bertiga sampai di puncak Jabal Rahmah.


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 25

25

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di atas ni banyak orang yang jual souvenier. Dan lebih menarik, penjual-penjual
kat atas ni semuanya dari Bangladesh. Habisla Pak Arab tak leh nak cari makan
dah lepas ni.

Pemandangan turun balik dari Jabal Rahmah

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 26

26

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Perjalanan ke tempat ziarah seterusnya, saya ternampak landasan LRT yang


sedang dalam pembinaan.

Ni gambar khemah-khemah yang didiami oleh mereka yang mengerjakan haji.


Gambar ni di Muzdalifah. Banyak hemah. Sejauh mata memandang..

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 27

27

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar dekat khemah-khemah di Muzdalifah

Tempat terakhir ziarah hari ni adalah Masjid Ja'ranah. Tempat kami berniat untuk
mengerjakan umrah yang seterusnya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 28

28

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni boundary antara Tanah Halal dan Tanah Haram. Kiranya kalau nak berniat
mengerjakan umrah, mesti sebelum sempadan ni.

Saya dan Mortin yang dah berihram atas bas. Baru botakkan kepala semasa
bertahlul dalam umrah sebelumnya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 29

29

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni adalah perkuburan Ma'ala. Di sinilah tempat orang-orang di Mekah yang


meninggal dikebumikan.

Ni gambar semasa di Sai antara Bukit Safa dan Bukit Marwah. Ada lampu hijau. Di
lampu hijau ni lelaki disunatkan untuk berlari lari anak. Untuk nak mengingati
kembali Siti Hajar, Isteri Nabi Ibrahim yang berlari-lari anak antara dua bukit ni
untuk mencari air buat anaknya Nabi Ismail yang menangis kehausan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 30

30

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Sempat lagi ambil gambar di Kaabah lepas mengerjakan umrah.


Se lepas ni, saya akan berkongsi dengan anda gambar-gambar ziarah kami di
Ladang Unta, Hudaibiyah dan Muzium Dua Masjid.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 31

31

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 5 : ZIARAH LUAR MEKAH (II)


Hari ke 5 kami di Mekah, pihak agensi membuat pakej ziarah tambahan. Setiap
jemaah yang nak menyertai ziarah tambahan ni perlu bayar 20 Riyal. Ziarah ni kira
optional. Memang dari awal lagi kami dah dimaklumkan ziarah tambahan ni perlu
di bayar duit.
Antara tempat menarik yang akan dibawa adalah lawatan ke ladang unta,
kemudian ke Masjid Hudaibiyah dimana Perjanjian Hudaibiyah dibuat.
Seterusnya kami di bawa ke Muziam Dua Masjid dimana semua peralatanperalatan yang pernah diguna di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi terdapat di
Muzium ni.
Ni antara gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang program ziarah
tambahan ni.

Kami di dalam bas. Hampir kesemua jemaah menyertai ziarah tambahan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 32

32

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kami tiba di ladang unta. Ingatkan ladang unta ada bumbung, rupa-rupanya,
ladang unta ni open air. Memang unta ni duduk di tempat panas. Hairan bin ajaib,
unta boleh duduk atas pasir yang panas sedangkan kami nak pijak pasir panas tu
pun tak leh. Allah Maha Berkuasa.

Saya dan Maria bergambar di ladang unta

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 33

33

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Untung Tauke unta hari tu. Sebab ramai gila jemaah kami yang beli susu unta
daripada dia. Satu botol kecil dalam 300ml harga 5 Riyal. Senyum aja brother ni.

Hari ni, anak-anak unta kena la berpuasa sebab habis susu ibu unta kena perah
sebab nak jual kepada kami. Sian anak unta ni.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 34

34

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria dan Mak bergambar dengan anak unta yang sedang berehat tak leh minum
sebab susu mak unta dah habis.

Seterunya kami di bawa ke Masjid Hudaibiyah. Di sinilah tempat berlakunya


Perjanjian Hudaibiyah semasa Rasulullah nak memasuki Mekah untuk proses
Fathul Mekah. Rasulullah berjaya masuk ke Mekah tanpa sebarang pertumpahan
darah. Di sinilah segalanya bermula, Fathul Makkah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 35

35

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni pula gambar Masjid Hudaibiyah. Di sini kami berniat untuk mengerjakan


Umrah.

Lawatan seterusnya ziarah ke Masjidi Dua Masjid

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 36

36

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ustaz Iskandar sedang menceritakan mengenai sejarah Masjidil Haram

Replika Masjdil Haram satu ketika dulu

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 37

37

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar Batu Hajarul Aswad

Pintu ini pernah digunakan di Masjid Nabawi

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 38

38

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Replika Telaga Zam Zam yang pernah digunakan satu ketika dulu

Tempat simpan air zam zam pada zaman dahulu


Selepas tamat ziarah di muzium ni, kami terus bertolak ke Masjidil Haram untuk
menunaikan umrah yang seterusnya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 39

39

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 6 : PENGALAMAN MENDAKI GUA


HIRA
Hari ke 6 kami di sana, para jemaah di beri peluang. Sesiapa yang ingin mendaki
dan melihat sendiri Gua Hira', boleh buat ziarah tambahan dengan bayaran 15
Riyal.
Kami yang muda-muda ramai-ramai berpakat untuk mendaki Gua Hira'. Setelah
dikumpulkan, 14 orang jemaah yang ingin melihat Gua Hira' dari dekat. 8 orang
muda dan 6 orang yang sedikit berumur termasuk jemaah wanita.
Bila kami sampai ke kaki bukit, cita-cita murni 6 orang jemaah yang sedikit
berumur terhenti di kaki bukit. Sebabnya, dari bawah kami tengok bukit ni terlalu
tinggi. Frankly speaking saya sendiri pun terasa tingginya Gua Hira' ni.
Boleh sampai ka?
Kami yang muda-muda menguatkan semangat untuk memulakan pendakian.
Kami nak merasai sendiri macam mana dulu Rasulullah mendakit bukit ni.
Cumanya, Rasulullah mungkin mendaki bukit ni pada waktu siang, kami mendaki
waktu malam. Tak lah terasa sangat panas terik matahari waktu siang.
Untuk ziarah tambahan ni, Maria dan Mak tak turut serta sebab dia orang tak
confident boleh naik sampai ke atas. So, saya pun advise la dia orang untuk rehat
saja di hotel. Rehat supaya boleh tumpu ibadah pada keesokan harinya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 40

40

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya memulakan pendakian dengan warming up. Regangkan otot-otot mana yang
perlu. Kami memulakan pendakian pukul 10.45 mlm.

Dengan lafaz Bismillah, kami memulakan langkah untuk mendaki Gua Hira'. Kiri
berjubah tu adalah Mutawif kami. Dia yang bawa kami mendaki sampai ke atas.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 41

41

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Mak aih, mula-mula pun dah nak kena mendaki kaki bukit yang agak curam. Naik
baru sket, dah terasa lenguh-lenguh lutut.

Ni kira pit stop kami yang pertama. 5 minit mendaki, Saya, Mortin dan seorang
brother yang berumur sket dah mula penat. Kami semua berehat seketika.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 42

42

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Nasib baik ada Abg Zul (Tengah) dalam group kami. So tak lah laju sangat kami nak
daki sebab Abg Zul cepat sket rasa letih. Boleh la saya dan Mortin tumpang rest
sekali. Budak-budak muda yang lain semuanya laju aja naik. Langsung tak penat.

Pit stop seterusnya. Saya, mortin dan Abang Zul tinggal bertiga dibelakang. Ustaz
dan budak-budak muda lain semuanya dah laju naik ke atas.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 43

43

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kami di pit stop seterusnya. Masa ni ntah kemana menghilang budak-budak tu..

Kami bernasib baik sebab sekarang ni nak daki Gua Hira' dah ada tangga
bersimen. Tangga bersimen ni baru siap Ramadhan tahun lepas. Kira Alhamdulilah
la. Kalau tak, nak naik ni lebih mencabar la. Ada sesetengah tempat tu siap ada
railing lagi. Lebih mudah nak naik sekarang berbanding masa Rasulullah naik dulu.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 44

44

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

45 minit kami mendaki kami dah sampai ke puncak bukit. Mengejutkan kami bila
kami tengok ada kedai yang jual macam-macam barang kat atas. Semua kami
terkejut, macam mana lah dia orang ni bawa barang naik ke atas.
Kami yang naik kosong pun penat, ni nak naik atas siap bawak barang lagi. Yang
mengejutkan, bila dah sampai punca paling tinggi, kami tertanya-tanya mana dia
Gua Hira'.
Ustaz dan budak-budak muda lain dah hilang ntah ke mana.
Tinggal kami bertiga di belakang. So, kami pun tanya la orang yang jual tu Gua
Hira' di mana?
Dan dia pun tunjuk lah direction yang kami kena tuju. Rupa-rupanya, Gua Hira'
bukan di puncak bukit tu. Tapi, lepas sampai puncak, kami kena turun sket bukit di
arah yang lain. So, kami pun turun lah balik bukit di arah yang lain pulak.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 45

45

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

5 minit lepas turun bukit semula di arah lain, kami sampai di pintu gua. Pergh.
perjalanan turun bukit di arah lain ni betul-betul mencabar. Walaupun bertangga,
tapi jalan agak sempit dan di tepi kami gaung. Kalau jatuh, selamat jalan la.
Kami terpaksa berhati-hati turun. Memang agak menakutkan. Gambar atas ni
adalah pintu gua untuk masuk ke Gua Hira'.

Pintu ni memang sempit, sorang saja boleh masuk at one time. Ni gambar Mortin
masa nak masuk ke pintu gua.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 46

46

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya dan Mortin mengambil peluang untuk bersolat sunat dua rakaat di dalam
Gua Hira', tempat yang Rasulullah pernah menerima wahyu yang pertama dari
surah Al-Alaq. Ayat 1-3.

Antara jemaah yang berjaya sampai ke atas.


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 47

47

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Thalhah bergaya, posing baik punya kat atas bukit ni. Sebelum sampai, saya
sangkakan Gua Hira' ni tempat yang tertutup. Rupa-rupanya, lepas masuk pintu
gua tadi tu. Tempat ni dah jadi gua terbuka. Cumanya lepas masuk ada sket
tempat yang tertutup. Tempat kami bersolat tu. Tempat lain semuanya terbuka.

Mohaimin senyum aja sebab berjaya sampai ke atas.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 48

48

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Inilah yang dinamakan Gua Hira'. Tempat Rasulullah menerima wahyu daripada
Allah. Wahyu yang pertama. Kami semua bersayaukur sebab dpt menyaksikan
sendiri tempat Rasulullah menerima wahyu ni.

Batu yang ditulis dengan "Iqra' Bismirabbikallazi Qalaq.. Qhalaqal insanamin Alaq"
Ghar Hira' yang bermaksud Gua Hira'.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 49

49

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya bergambar dalam Gua Hira'.

Semua yang sampai berehat seketika di atas.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 50

50

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Thalhah posing lagi.

Lagi gambar saya di pintu Gua Hira'. Tasbih besar tu, nak masuk dalam poket
besar sangat, tu yang gantung di leher aja. Tak dak kaitan dengan mana-mana
kumpulan tarekat ok. Hehe.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 51

51

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Lagi gambar saya di sekitar Gua Hira' tu.

Tulisan2 yang terdapat di sekitar gua. Gua Hira' juga dinamakan Jabal Nur.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 52

52

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Close up tulisan2 di batu. Tapi, sayang ramai jemaah yang naik ke atas dan
menconteng batu batu ni.

Setelah berada 30 minit di dalam Gua Hira' tu, kami mula mengatur langkah untuk
turun semula ke bawah. Masa nak naik saya tak terasa sangat sakit kaki. Tapi,
masa nak turun terasa sakit kaki sebab bila turun kami terpaksa nak menghempap
kaki. Terasa lutut bergoyang.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 53

53

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Alhamdulillah, pukul 12.45 malam kami selamat sampai ke bawah. Basically,


perjalanan naik ke puncak bukit mengambil masa 45 minit. 15 minit tengoktengok barang kat kedai di atas tu. Then 30 minit berehat di dalam gua dan 30
minit lagi untuk turun ke bawah.
Kami semua berpuas hati sebab dapat melihat sendiri rupa bentuk Gua Hira'.
Tempat yang Rasulullah selalu "Beruzlah" mengasingkan diri. Untuk bertafakur.
Dan tempat Rasulullah menerima wahyu yang pertama.
Bagi mereka yang pergi ke Mekah. Ambillah peluang untuk mendaki Gua Hira' ni.
Satu pengalaman yang tak mungkin boleh dilupakan. Saya bersyukur sebab inilah
pertama kali saya sampai ke Gua Hira'. Kalau di lihat dari jauh, memang gua ni
tinggi. Tapi kalau kita ada keyakinan dan keazaman. Insya Allah, kita boleh sampai
ke atas.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 54

54

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 7 : LAGI GAMBAR SEKITAR


MASJIDIL HARAM
Untuk Bab 7, saya akan berkongsi lebih banyak gambar-gambar menarik yang
saya ambil di sekitar Masjidil Haram.

Hotel di belakang Maria dan Mak adalah hotel yang paling mahal, paling cantik
dan paling dekat dengan masjid. Jarak masjid dengan hotel ni sekitar 50m. Hotel
Inter Continental. Sebelah hotel ni ada Hotel Hilton dan As Safwah Tower.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 55

55

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar pekerja-pekerja di Masjidil Haram sedang membersihkan lantai di


kawasan Saie.

Mereka akan buat kerja dalam 10 orang dalam satu-satu masa. Curah air, gosok
lantai dengan berus dan keringkan.. Semuanya dilakukan secara serentak. Dalam
masa beberapa minit, semua kawasan tadi siap dibasuh dan dikeringkan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 56

56

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar Maria membelakangkan masjid berhampiran pintu di Bukit Marwah.

Gambar hotel yang berdekatan dengan pintu Marwah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 57

57

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Bangunan putih dibelakang tu adalah tempat kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.


Di tepi sebelah kiri gambar ni pulak adalah tapak rumah Abu Jahal dahulu.
Sekarang tapak rumah ni dibuat tandas setinggi 3 tingkat. Untuk menunjukkan
betapa hinanya Abu Jahal pada mata orang Islam.

Ni adalah gambar Maqam Ibrahim. Nama aja Maqam Ibrahim, tapi bukan kubur
Nabi Ibrahim ada di sini. Di sini hanya ada tapak kaki Nabi Ibrahim. Selepas tawaf,

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 58

58

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

kita disunatkan untuk bersolat dibelakang Maqam Ibrahim ni. Kalau boleh la,
biasanya memang tak boleh nak solat sunat di sini sebab orang terlalu ramai.

Ni pula gambar pintu kaabah dari sisi. Nampak tak sorang polis yang sedang
berdiri tinggi tu, di situlah terletaknya Hajarul Aswad. Polis berkawal disitu bagi
memastikan orang ramai yang berebut untuk mencium batu hajarul aswad tidak
berasak asak.

Pintu King Abdul Aziz. No 1.


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 59

59

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni adalah gambar dalam Masjidil Haram tingkat atas bahagian berhawa dingin.

Dalam masjid, terdapat banyak bekas tong minuman air zam-zam untuk para
jemaah minum. Cawan disediakan semuanya percuma.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 60

60

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni rupa bentuk rak untuk meletak Al Quran dalam masjid. Ada ditiang atau pun
ada di rak-rak berhampiran.

Ni gambar dari tingkat atas. Bahagian berhawa dingin. Tempat ni biasanya para
jemaah yang penat tidur.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 61

61

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar Kaabah dari tingkat 2. Jemaah yang sedang bertawaf agak ramai masa
ni.

Ni gambar Maria dan Mak membelakangkan Hotel Hilton.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 62

62

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar Maria dan Mak di tingkat 2.

Maria dan mak bergambar dalam masjid membelakangkan rak-rak Al Quran.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 63

63

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria dan Mak atas escalator untuk turun dari tingkat 2 ke bawah.

Gambar saya dan Maria di luar Masjidil Haram.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 64

64

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di sini ramai Minah-minah Afrika yang illegal jual barang-barang untuk jemaah.
Agak murah. Yang menarik, tiada meja. Hanya beralaskan sekeping kain.
Kalau polis datang diaorang akan cepat-cepat bungkus balik semua barang tu dan
lari.
Dan yang bagusnya, polis kalau datang pun hanya untuk menakut-nakutkan dia
orang ni, bukannya nak merampas barang pun.
Tu la puncanya makin hari makin ramai orang berniaga secara haram di luar
kawasan masjid.
Bab seterusnya, saya akan ceritakan pengalaman saya mencium Hajarul Aswad
dan berdoa di Multazam.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 65

65

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 8 : PENGALAMAN MENGUCUP


HAJARUL ASWAD
Setiap orang yang pergi menunaikan umrah atau haji pasti ada cerita tersendiri
untuk mencium batu hajarul aswad. Pertama sekali kita kena tahu kenapa kita
perlu mencium batu hajarul aswad ni. Dan apa hukumnya..
Kita mencium batu ini kerana batu ini dikatakan datangnya dari syurga.
Asalnya, batu ini berwarna putih berkilauan. Dan apa bila kita mencium batu ini,
dosa-dosa kita akan diserap oleh batu hajarul aswad ini.
Disebabkan terlalu banyak dosa orang Islam yang mencium batu ini, lama
kelamaan batu ini bertukar menjadi warna hitam.
Hukum mencium batu ini adalah sunat sahaja. Tapi, ramai orang yang tersalah
cara untuk mencium batu ni.
Yang pasti, kalau nak cium batu ni mesti kena berebut dan berasak-asak. Jadi
kalau kita tolok menolak sampai mendatangkan kemudaratan terhadap orang
lain, hukum sunat tadi dah bertukar menjadi Haram.
Sehingga hari ke 5 saya di Mekah, saya masih belum berjaya mencium batu ni.
Setiap waktu orang memang terlalu ramai berebut-rebut nak cium batu ni. Tak
kira, pagi, tengah hari, petang atau malam, orang sentiasa penuh berebut-rebut
untuk mencium batu ni.
Bagi mereka yang nak mencium Hajarul Aswad, saya mencadangkan cara yang
paling mudah iaitu datang awal sebelum solat Asar, dalam 1 jam sebelum solat
Asar, pergi ke Hajarul Aswad dan beratur.
HANYA waktu ini sahaja orang yang nak cium batu hajarul aswad ni kena beratur,
waktu2 lain semuanya kena berebut. Termasuklah jemaah wanita, Alhamdulillah
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 66

66

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria dan Mak dpt mencium batu hajarul aswad kerana datang sebelum waktu
Asar.
Saya mendapat petua ni daripada sahabat saya di Malaysia, dia kata cara paling
senang nak cium Batu Hajarul Aswad adalah dengan beratur sebelum waktu Asar.
Waktu ni kita tak perlu berebut. Cuma kita perlu sabar untuk beratur.
Hari ke 6, saya beratur untuk mencium batu ni.
Tapi, nasib tidak menyebelahi saya, apabila barisan saya sudah hampir ke batu
hajarul aswad, pihak polis menghentikan barisan. Semua orang diminta berhenti
kerana sudah hampir waktu Iqamah solat Asar.
Keesokan harinya, saya beratur lagi. Tapi kali ni lepas 10 minit beratur, barisan
langsung tak bergerak kerana terlalu banyak orang yang potong que di hadapan.
Saya fade up dan keluar dari barisan. Saya sangka tempat saya beratur tu dah tak
sempat nak cium berdasarkan pengalaman hari sebelumnya. Rupa rupanya, kali ni
kalau saya beratur saya pasti boleh mencium batu hajarul aswad.
Hari ke 8 saya di Mekah, sahabat serombongan dengan saya mengajak saya untuk
mencium batu hajarul aswad. Waktu masa tu pukul 11 pagi. Kami berempat pergi
ke Masjid dan membuat tawaf sunat dulu. Kemudian bersolat sunat tawaf.
Sepanjang tawaf, kami berdoa untuk diberi peluang untuk mencium batu hajarul
aswad ni.
Selepas solat sunat, kami berempat masuk ke tempat mencium batu hajarul
aswad ni. Alhamdulillah, dalam masa yang begitu singkat. Tak sampai 1 minit,
kami berempat dpt mencium batu Hajarul Aswad. Kami terpaksa jugak bertolaktolak dengan orang ramai, tapi tolakan kami tak lah kuat sangat, sekadar
mempertahankan ruang untuk kami bergerak ke arah batu tu.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 67

67

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Beginilah keadaan orang ramai yang berebut-rebut untuk mencium batu hajarul
Aswad. Ada sorang polis yang akan menunggu berhampiran batu tu in case
anything happen.

Lagi gambar orang ramai berebut untuk mencium batu..

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 68

68

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ini pula adalah gambar pintu kaabah dari dekat.


Now, let me tell you about Multazam.
Multazam adalah tempat yang paling mustajab untuk kita semua berdoa. Kalau
ikut ranking, di sinilah tempat paling Afdal untuk berdoa dan tempat yang mana
kalau kita berdoa pasti hajat kita akan dimakbulkan.
Insya Allah, berdasarkan pengalaman saya berdoa di sini dalam ziarah2 saya yang
terdahulu, hampir kesemua doa2 saya termakbul. Alhamdulillah. Sebab tu lah
dulu, sebelum saya dtg ke Mekah, saya ada meminta sesiapa yang berhajat untuk
saya minta doa di Multazam, akan saya doakan di sini.
Tempat yang paling mustajab. Mudah2an, doa2 sahabat2 yang kirim kepada saya
dimakbulkan Allah. Amin Ya Rabbal Alamin.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 69

69

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di sinilah yang dikatakan Multazam. Tempat antara pintu kaabah dan batu hajarul
aswad. Nak masuk ke sini bukannya mudah, kita terpaksa bertolak2 untuk sampai
ke hadapan.
Alhamdulillah, untuk ziarah saya kali ni, saya dapat berdoa ditempat First Class 23 kali. Maksud saya, betul betul di dinding Kaabah tersebut.
Di sini, kalau minta doa, entah macam mana air mata akan jatuh secara
automatik. Tak tahu air mata datang dari mana, tapi bila kita berdoa di sini, kita
terasa macam betul-betul kita sedang berdoa kepada Allah dan kita betul-betul
berharap agar Allah perkenankan doa kita.
Mudah2an, Allah memperkenankan semua doa2 saya di hadapan Multazam ni.
Ada sesetengah orang di luar Mekah, kalau mereka ada masalah-masalah besar
yang tak dpt diselesaikan, mereka akan datang ke Mekah dan berdoa di
Multazam. Dan apabila pulang, Alhamdulillah masalah mereka yang sukar-sukar
semuanya diselesaikan Allah.
Kita mungkin tak yakin dengan perkara ni, selagi kita tak merasai sendiri setiap
doa doa kita dimakbulkan Allah. Bagi saya, saya amat yakin dan amat percaya.
Sebabnya, saya dah banyak kali rasa kebenarannya. Bagi yang belum, berniatlah
untuk ke Mekah sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah, insya Allah.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 70

70

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Bila sampai di sana, berdoalah dengan sepenuh hati di Multazam. Dan pulanglah,
anda akan lihat satu demi satu doa anda dimakbulkan Allah.
Percayalah.
Rasanya, cukup dulu untuk entry kali ni. Selepas ini, saya akan berkongsi dengan
anda pengalaman saya pergi makan Nasi Mandi Kambing di Mekah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 71

71

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 9 : NASI MANDI KAMBING


Semasa di Malaysia, saya ada tanya kawan saya yang menetap di Madinah
bertahun-tahun.
Di mana restoran makanan yang sedap ada di Mekah, saya teringin nak makan.
Dan kawan saya jawab, kedai-kedai restoran yang sedap semuanya jauh dari
Mekah, kena naik teksi dalam 15 minit.
Disebabkan agak sukar mencari tempat makan sedap di sana, saya pada mulanya
rasa, tak palah. Makan ajalah makanan yang disediakan oleh pihak travel agen.
Lagipun, makanan yang diaorang sediakan pun sedap-sedap jugak.
Tapi, tu lah bila kita niat sesuatu, Alhamdulillah Allah Maha Mendengar apa yang
kita luahkan dalam hati kita. Di Mekah, hajat saya termakbul.
Ada seorang doktor, Dr Nazri yang agak berpengalaman mengenai selok belok di
Mekah mengajak saya dan beberapa orang lagi untuk makan di luar. Nasi Mandi
Kambing.
Tempatnya di Restoran Mat'amu Riyadh yang terletak di Jalan Madinah Al
Munawwarah, on the way ke Masjid Tanaim.
Alhamdulillah, rezeki bertambah murah bila Dr Nazri kata dia nak belanja kami
semua makan. Alhamdulillah, masa di kaunter, saya agak terkejut la bila tahu
satu kepala makan di situ harga 40 Riyal.
Perghhh, mahal gila.
Tapi, tak pa lah. Makan ajalah, dah ada orang nak buat pahala. Kita tolong dia aja
la dapatkan pahala.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 72

72

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Syahir dan Ustaz Iskandar ditempat duduk sementara menunggu makanan


datang.

Tunggu punya tunggu, makanan pun sampai, agak terkejut kami kerana makanan
dihidangkan didalam talam untuk 4 orang.
Tak pa lah, talam pun talam lah.. Kami memulakan tugasan kami. Selesai baca
doa, serbu...
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 73

73

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Semua makan sampai kenyang.. Tapi, lauk habis nasi tak habis. Tapi, memang
sedap lah.

Dr Nazri yang tak pakai kopiah dan berambut.

Kami bergambar semasa makan.


.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 74

74

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Akhir sekali, kami ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat Dr Nazri yang
berhajat untuk buat 'pahala' malam tu. Moga Allah murahkan lagi rezeki Dr lepas
ni.

Detail Pakej Umrah Ini Ada Di Muka Surat Yang Terakhir

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 75

75

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 10 : PERJALANAN MENUJU KE


MADINAH
Hari ke 10 kami di Mekah, selepas Solat Jumaat kami bertolak menuju ke
Madinah. Pada masa ni, saya nampak pengurusan agensi agak kucar kacir.
Mutawif tak maklumkan kepada kami plan untuk hari tu. Dan mutawif tak
maklumkan suruh kami Jama' kan Solat Jumaat dan Solat Asar.
Kami hanya di minta untuk keluarkan beg dan letak diluar bilik sebelum pukul 11
pagi.
Arahan diberikan, jangan takut hal beg. Beg ni ambil di hotel di Madinah.
Perghhh. Ayat macam simple. Tapi, saya tengok masa bas nak bertolak, ada beg
jemaah yang baru sampai dari Malaysia malam sebelumnya dah bercampur
dengan beg jemaah kami yang nak menuju ke Madinah.
Because of this, perghhh.. Ada kebarangkalian beg jemaah yang baru sampai ke
Mekah terlepas pergi ke Madinah. And that thing happen..
Walaupun plan asal kami bertolak ke Madinah pukul 2.30 petang, tapi pukul 4.30
petang baru bas boleh bertolak. Macam-macam problem happen before that.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 76

76

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Dalam perjalanan ke Madinah, masya Allah. Ujian Allah, penghawa dingin bas
kami rosak. Belting problem. Nasib baik la driver bas pandai repair dan ada spare
part.
So, dalam 30 minit, bas kembali seperti normal. So bad, ramai di antara jemaah
dalam bas yang belum solat Asar, saya ada bagi cadangan masa bas rosak supaya
mereka yang belum bersolat untuk solat di tepi jalan atau solat dalam bas.
Tapi, tak der sorang pun yang belum bersolat buat macam tu. Nak buat macam
mana, pergi Mekah buat Umrah dah cantik dah. Tapi dalam perjalanan boleh
terkantoi solat.
Aduh.
Siap kata, tak pa lah nanti kita Qada lah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 77

77

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Pukul 9.30 mlm, kami sampai di satu tempat perhentian untuk makan. Yaman
Restoran. Sedap gila makan di sini, Nasi Mandi Ayam. Sorang 10 Riyal. Tapi, agen
yang bayar. Kami makan aja lah.

Kali ni, makan dalam talam gak, tapi talam agak kecil. Terpaksalah kami berebutrebut makan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 78

78

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Maria, Mak dan group makan dia orang.

Pukul 12 malam, kami selamat sampai ke Madinah dan masuk ke hotel.


Alhamdulillah, perjalanan kami tadi ambil masa hampir 7 jam setengah.
Meletihkan.. Tapi, hotel di Madinah jauh lebih cantik berbanding hotel di Mekah.
That's all..
Selepas ini, saya akan berkongsi dengan anda gambar sekitar Masjid Nabawi dan
juga Perkuburan Baqi.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 79

79

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 11 : ZIARAH DALAM MASJID


NABAWI
Hari pertama kami di Madinah, pada awal pagi kami di bawa ziarah dalaman
Masjidil Nabawi. Kami dibawa ziarah ke perkuburan Baqi' dan dalam kawasan
masjid.

Tulisan Khat yang terdapat di dinding hadapan masjid. Kira ni dalam 3 saf pertama
di hadapan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 80

80

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar tiang-tiang dalam masjid

Gambar lampu yang tergantung di dalam masjid

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 81

81

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di bawah kubah hijau inilah terletaknya Makam Nabi Muhammad S.A.W

Saya dan Maria bergambar di luar Masjidil Nabawi

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 82

82

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Payung bumbung yang ditutup. Biasanya di buka hanya pada waktu panas. Pada
masa teduh, payung ni akan di tutup.

Payung yang sedang dibuka

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 83

83

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Bumbung Close Up

Kami bergambar di bawah bumbung yang dibuka


Gambar di Madinah tak banyak sangat. Lepas ni saya akan share gambar di
Perkuburan Baqi.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 84

84

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 12 : PERKUBURAN BAQI


Pada sebelah petang hari pertama kami di Madinah, selepas solat Asar saya
berlari ke arah Perkuburan Baqi'.
Saya teringat kawan saya di Malaysia cerita, perkuburan Baqi' akan dibuka untuk
orang awam ziarah selepas solat Asar. So, lepas solat Asar saya cepat-cepat berlari
ke arah tanah perkuburan.
Saya bernasib baik sebab petang tu ada 3 jenazah. Jadi kami boleh menyaksikan
secara langsung pengkebumian jenazah di tempat ni. Saya sebenarnya ada bawa
kamera phone, saya banyak ambil gambar guna phone, sebab di sini tak boleh
ambil gambar. So, kena cover-cover sket.
Entah macam mana, saya pun tak tahu gambar-gambar saya di Madinah dalam
phone semua hilang. Yang ada hanya gambar dalam kamera aja.
So, saya hanya dpt upload gambar dalam kamera aja. Dalam phone saya, ada
gambar betul-betul di hadapan Maqam Rasulullah, Maqam Saidina Abu Bakar dan
Saidina Umar.
Aisey, hilang gambar-gambar menarik. Gambar dalam Raudhah pun hilang. Apa
mau buat. Tak der rezeki tuk saya upload dalam blog ni.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 85

85

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar kubur2 lama di perkuburan Baqi'

Lagi gambar kubur-kubur lama

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 86

86

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar kubur Saad bin Abi Waqas dan Fathimah

Ni gambar kubur Saidatina Aisyah, isteri Rasulullah

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 87

87

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Lagi gambar kubur Saidatina Aishah


Sayang rasanya, gambar kubur Saidina Othman hilang. Dan beberap gambargambar menarik yang lain turut hilang.
Tak pa la, redha aja lah. Insya Allah, selepas ini saya akan kongsi dengan anda
gambar ziarah sekitar Madinah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 88

88

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 13 : ZIARAH LUAR MADINAH


Hari ke 2 kami di Madinah, pihak agen membawa kami ziarah ke kawasankawasan menarik di sekitar Madinah.
Antara tempat menarik dan bersejarah yang dibawa adalah Masjid Quba, Jabal
Uhud, Ladang Kurma, Masjid Qiblatain dan Pasar Kurma.

Maria dan Mak dalam bas

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 89

89

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Tempat ziarah kami yang pertama. Masjid Quba.


Kelebihan Masjid Quba adalah sesiapa yang berwudhuk di rumahnya dan
kemudian menunaikan solat sunat 2 rakaat di Masjid Quba, pahalanya sama
seperti mengerjakan Umrah.
Yang menjadi masalahnya, Mutawif kami tak beritahu kelebihan ni sebelum kami
bertolak. Bila bas dah bertolak dan hampir nak sampai ke Masjid Quba, baru dia
cakap kelebihan ni.
Perghhhh. Alhamdulillah saya tahu fadhilat ni dan dah nasihat jemaah-jemaah
yang duduk berhampiran saya dalam bas untuk berwudhuk sebelum bas
bergerak.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 90

90

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar di luar Masjid Quba

Tempat seterusnya, Jabal Uhud. Tempat dimana berlakunya Perang Uhud.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 91

91

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di belakang Maria dan Mak adalah Maqam Shuhada' Uhud yang berjumlah 70
orang termasuk Saidina Hamzah. Semasa Perang Uhud, tentera musuh diketuai
Khalid Bin Al Walid yang belum masuk Islam.

Perkuburan Shuhada' Uhud

Di belakang adalah gambar Jabal Qubis. Tempat berlakunya Peperangan Uhud.


Di sinilah tentera Islam disuruh untuk tidak meninggalkan bukit ni, tapi mereka
turun juga bukit ni setelah melihat ramai tentera musuh yang terkorban. Dan
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 92

92

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

pada masa itu jugak lah, Khalid Bin Al Walid memimpin tentera musuh dan
menaiki Jabal Qubis ni dan menyerang tentera Islam dari atas.
Pada masa ini, ramai tentera Islam yang terbunuh dan hampir hampir tewas.
Di sini jugalah, semasa berperang Rasulullah mengalami luka dan berdarah.
Rasulullah kemudian berehat sebentar di dalam sebuah gua. Darah Baginda
terkena sedikit pada batu dalam gua ini. Dan kesannya, sehingga hari ini, seluruh
gua itu berbau wangi. Subhanallah..

Jabal Uhud di belakang kami.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 93

93

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Next station, kami di bawa ke Ladang Kurma. Nama aja ladang Kurma, tapi
sebenarnya kedai yang jual kurma dan barang-baran berkaitan kurma.
Maria tengah pilih coklat kurma. Kita orang tak beli pun, Mak aja yang beli. Mahal
sangat, sekilo 40 Riyal.

Lagi gambar di kedai di ladang kurma.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 94

94

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Tempat ziarah kami yang seterusnya adalah Masjid Qiblatain. Di sinilah


bermulanya sejarah untuk umat Islam menunaikan solat berkiblatkan kaabah.
Sebelum ini, Rasulullah menunaikan solat dan berkiblatkan Masjidil Aqsa. Semasa
Baginda sedang menunaikan solat Zuhur, pada dua rakaat pertama, Baginda
berkiblatkan Masjidil Aqsa dan kemudian Baginda mendapat wahyu daripada
Allah untuk menukar arah kiblat ke arah Kaabah. Di sinilah sejarah bermula.
Direction Masjidil Aqsa dan Masjidil Haram adalah 180 Degree.

Masjid Qiblatain dari luar.


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 95

95

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Alamak. Lupa pulak nak ambil gambar di Pasar Kurma. Gambar atas adalah
gambar-gambar kedai yang kami pi shopping on the last day. Nak habiskan duit
riyal..

Mak tengah tengok-tengok kain. Pilih mak pilih..

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 96

96

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Mak dan Maria tengok jubah pulak.

Bazar ni terletak di hadapan Masjid Nabawi. Secara amnya, saya advisekan


jemaah untuk bershopping di Madinah berbanding shopping di Mekah.
Sebabnya di Madinah lebih banyak kedai dan lebih banyak barang pada harga
yang lebih murah. Rasanya, cukup lah dulu entry kali ni. Next entry rasanya dah
nak balik Mesia.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 97

97

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 14: PERJALANAN PULANG KE


MALAYSIA
26 April, kami bertolak pulak dari Medinah ke KL. Penerbangan yang kami naiki
SV836 akan singgah di Riyadh dulu untuk menaikkan penumpang sebelum
bertolak ke Kuala Lumpur.
Kalau dulu, perjalanan direct dari KL ke Jeddah mengambil masa 8 jam, kali ni
disebabkan transit di Riyadh, penerbangan ni mengambil masa hampir 10 jam.

Skrin tempat kami check in di Medinah Airport

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 98

98

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar kenangan dengan Dr Nazri dan Mortin

Air zam-zam dan beg-beg jemaah yang nak di check in

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 99

99

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kami dalam bas dari airport menuju ke kapal terbang

Makanan di atas kapal terbang

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 100

100

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Di atas kapal terbang. Masa ni rasanya di Klang. Baru nak sampai Malaysia

Landing di KLIA

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 101

101

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Naik train dari terminal ke Balai Ketibaan

Jemaah menunggu beg di KLIA

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 102

102

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kak Lang dan Zikrie yang menyambut kami di KLIA

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 103

103

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 15 : TIPS MENUNAIKAN UMRAH


Nasihat-Nasihat Bagi Mereka Yang Bakal Menunaikan Umrah.
1) Bawa bekalan ubat yang secukupnya. Seperti Panadol Active Fast, Ubat
Selsema, Ubat Batuk. Other than that, bawa Multi Vitamin yang kuat. Ni bagi
memastikan kita mempunyai kesihatan yang baik semasa kita berada di sana.
Kebanyakan aktiviti di Mekah memerlukan fizikal yang kuat.
2) Kalau berpeluang, cuba naik Gua Hira'. Gua ni nampak aja tinggi, tapi kalau kita
naik slow-slow, Insya Allah boleh sampai.
Kalau remaja umur 20 tahun, 30 minit dah boleh sampai ke atas. Kalau tak larat
pun, Insya Allah dalam 45 minit boleh sampai ke atas.
Kita naik ke Gua Hira' untuk kita rasai sendiri macam mana Rasulullah naik ke atas
bukit ni untuk beruzlah kepada Allah. Dan kita tengok sendiri di mana Wahyu
pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Biasanya, kita kena minta mutawif uruskan ziarah tambahan dalam hal ni. Dan
mungkin kena bayar dalam 15-20 Riyal seorang.
3) Bila ada di Masjidil Haram, perbanyakkan ibadah tawaf sunat. Kalau boleh,
sekurang-kurangnya 5 kali sehari. Cuba semampu mungkin. Tawaf 7 pusingan
mengambil masa dalam 30 minit tak kalau ramai orang.
Ibadah paling afdhal di Masjidil Haram adalah Tawaf. Setiap hari akan turun 120
rahmat di Masjidil Haram, 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat
untuk orang yang bersolat, 20 rahmat untuk orang yang melihat Kaabah.
So, kalau kita tawaf sunat, then solat sunat tawaf, then tengok kaabah. Kita dapat
semua rahmat yang Allah janjikan.
4) Kalau boleh, cuba semampu mungkin untuk berdoa di hadapan Multazam.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 104

104

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Multazam adalah tempat antara pintu kaabah sebelah kiri hingga ke Hajarul
Aswad. Berdoa di situ banyak-banyak. Berdoa dengan penuh pengharapan, minta
Allah kurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan berjaya di dunia dan di
akhirat.
5) Kalau boleh, tanya sahabat-sahabat yang ingin kirim doa kepada kita untuk kita
doakan di hadapan Multazam.
Ingat, apabila kita doakan untuk sahabat kita atau doa untuk orang lain, Malaikat
akan mendoakan benda yang sama untuk kita. Dan yakinlah, doa para malaikat
untuk kita adalah lebih kuat berbanding doa kita kepada orang lain.
Jadi, bila kita doakan untuk orang lain, dalam masa yang sama kita mendoakan
diri kita sendiri. So, kita tak rugi di mana pun.
6) Apabila tawaf mengelilingi Kaabah, pastikan bahu kiri kita SENTIASA
bertentangan dengan Kaabah. Ramai yang silap dalam hal ni.
Para jemaah terlalu fokus untuk baca doa di dalam buku sehingga BAHU MEREKA
TERABAI dan ini menyebabkan tawaf mereka tidak sah. Kita tak SEMESTINYA baca
doa seperti di dalam buku kalau apa yang kita baca tu kita pun tak faham.
Yang lebih afdhal, kita mendoakan dalam hati kita apa yang kita mahu. Doa itu
lebih ikhlas dan lebih terasa dan menusuk ke dalam hati.
7) Di Masjidil Haram, setiap solat yang kita lakukan pahalanya lebih 100,000 kali
ganda berbanding dengan solat di masjid-masjid lain. Jadi perbanyakkan lah solat
sunat di Masjidil Haram. Kalau dah tak larat nak tawaf dan solat sunat, lihat
Kaabah pun besar pahalanya.
8) Kalau nak bershopping, lebih baik shopping di Madinah. Di Madinah, barang
lebih banyak sebab kedai pun banyak. Di Mekah, kedai banyak jugak. Tapi,
tumpukan lebih ibadah di Masjidil Haram kerana ibadah di sini lebih besar pahala.
9) Duit kalau nak bawa, cukup lah seorang RM1000. Jumlah wang ni cukup kalau
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 105

105

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

kita tak berboros belanja. Kalau kaki shopping. Mungkin tak cukup. Kalau suami
isteri, bawa dalam RM2000 Insya Allah cukup. Ini pun dah lebih rasanya.
Pastikan kita tak bawak semua duit ni ke Masjid semasa menunaikan solat.
Sebab, masa saya pi ada kes jemaah bawa duit RM1000 dan letak dalam beg
galas. Masa solat, dia letak di hadapan tempat sujud, selepas bangun dari sujud
beg sandang dia tu dah hilang. Hilang bersama duit RM1k dan IC serta kad-kad
bank.
Di nasihatkan, duit tinggal dalam beg dalam hotel. Pastikan beg tu berkunci. Duit
untuk bawa ke masjid sekadarnya.
10) IC, Kad Bank, Kad Kredit tak perlu bawa. Lebih baik tinggal di Malaysia.
Semasa ke sana, pihak agen akan bagi kita satu kad yang ada gambar kita, no
phone hotel kita di Madinah dan Mekah, ini ajalah IC kita di sana.
11) Duit tak perlu tukar di Malaysia. Kalau kita tukar duit di Mekah atau Madinah
sekarang, lebih tinggi duit yang kita dapat. Rate sekarang RM100 = 114 Riyal. Bila
tukar, cek nilai tukaran dua-tiga kedai Money Changer. Setiap kedai mungkin
memberi nilai tukaran yang berbeza.
12) Kalau menaiki Saudi Airlines, boleh beli Air Zam-Zam tambahan. Setiap
jemaah akan dibekalkan 10 liter Air Zam Zam oleh travel agen. Tapi, kalau kita nak
beli sendiri sebagai tambahan, boleh. Tapi, mutawif akan kata tak boleh sebab dia
tak mahu kita semua beli Air Zam Zam tambahan.
Tapi, andaikata beli air zam zam tambahan, then kat airport sangkut. Jangan
salahkan saya. Sebab saya bawa dan lepas. Alhamdulillah. Tapi jangan cerita kat
semua jemaah satu group dengan kita, sebab kalau semua orang beli air
tambahan. Problem nanti di airport. Kalau setakat seorang dua yang beli air zam
zam tambahan tu. Tak ada masalah lah.
13) Di Mekah, pastikan kita bawa gunting sendiri masa nak bertahlul selepas
selesai ibadah Umrah. Kalau kita tak bawa gunting, dan tiba-tiba ada budak-budak
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 106

106

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

dalam umur 15 tahun datang ke kita dan offer nak gunting rambut kita untuk
tahlul.
JANGANLAH terima offer dia orang ni. Sebabnya, lepas gunting dia akan minta
kita 50 Riyal sebagai upah gunting rambut tadi. Kalau tak, dia haramkan dia
gunting tadi dan dia akan kata Umrah kita tak diterima. Perghh.. Jangan terkejut,
ada jemaah yang terkena.
14) Kalau nak cium Hajarul Aswad, pergilah secara berkumpulan. Pastikan kita
tawaf sunat dan solat sunat. Minta doa Allah permudahkan untuk cium Hajarul
Aswad ni. Kalau nak lebih mudah, datang awal ke Masjid, dalam sejam sebelum
Azan. Dan berbaris, jangan keluar barisan. Insya Allah giliran kita akan sampai.
Dan perempuan pun masa tu la nak cium senang sket sebab berebut sama-sama
perempuan aja. Waktu lain kalau perempuan nak cium, kena berebut dengan
lelaki. (Saya tak pasti strategy ini masih applicable sekarang ini)
15) Sebelum pergi ke sana, sembahyang solat sunat taubat dan solat hajat. Minta
Allah permudahkan urusan di sana. Dan Allah ampunkan dosa kita. Minta Allah
jadikan kita tetamu Istimewa di Masjidil Haram nanti.
16) Kasut selalu hilang di sana. Kalau tak nak hilang seliper di sana, bawa satu
uncang beg kasut dan bawa ke mana-mana kita solat dalam Masjid. Kalau boleh,
uncang tu warna terang. Senang kita nak cari masa nak ambil. Kalau kita tak bawa
uncang dan main letak ajer seliper, niatkan sedekah dalam hati. Kalau hilang,
jangan salahkan sesiapa. Salahkan diri sendiri. Lagi pun, Masjidil Haram sangat
besar. Anda mungkin masuk pintu lain dan keluar pintu lain.
17) Dalam Masjidil Haram, ada satu tempat dalam masjid yang berhawa dingin.
Kalau dari luar, kita boleh masuk ikut pintu King Fahd. Kalau dari dalam masjid,
kita tengok side yang pintu lampu warna kuning. King Fahd. Kalau tak silap, pintu
no 79 @ 80. Boleh la kita selesa sket kalau diri kita tak berapa selesa di tempat
lain. Tapi, kekurangan kalau duduk di tempat ni ialah kita tak boleh nampak
Kaabah. Kurang lah pahala.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 107

107

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

18) Semasa hari Jumaat, untuk bersolat Jumaat, pastikan kita datang sekurangkurangnyanya SATU jam lebih awal dari waktu solat. Kalau kita datang setengah
jam sebelum azan, alamat susahla nak mendapat tempat untuk solat.
ESPECIALLY PEREMPUAN. Tempat solat perempuan terhad. Lebih baik masuk
melalui pintu khas untuk perempuan (kawasan yang ada aircond) supaya bila nak
keluar masjid nanti tak perlu bersesak-sesak dengan lelaki yang lebih ramai
daripada waktu biasa. Jadi, kalau masa solat Jumaat, pastikan kita datang awal ke
Masjid untuk elak sebarang masalah mencari tempat solat.
19) Semasa solat fardhu 5 waktu, paling elok kita datang awal at least 30 minit
sebelum azan. Baru senang nak cari tempat solat yang first class. Dekat dengan
Kaabah. Kalau tak, susah la sket. Duduk solat dari jauh aja la jawapan dia.
20) Biasanya, kalau pi Solat Maghrib, kita akan terus tunggu sampai waktu
Isayaak. Antara Maghrib dan Isayaak, elok buat tawaf sunat. Walau pun orang
ramai masa ni, tapi itulah seafdhal-afdhal ibadah.
21) Di sana, cuaca agak panas. Jadi, kulit kita akan kering. Bagus kalau kita bawa
krim Vaseline. Kat sana pun ada jual jugak. Boleh sapu di bahagian-bahagian kulit
yang kering. Terutama kaki kita.
22) Jemaah lelaki, elok kalau bawa at least 2 pasang stokin. Semasa tidak
berihram dan bersolat di Masjid, elok pakai stokin supaya. Kalau kita buat ibadah
tawaf sunat banyak kali. Tapak kaki kita tak pecah. Tapak kaki saya masa di Mekah
agak merekah. Sebab tak pakai stokin. Tapi, jangan pakai stokin pulak masa
berihram umrah.
23) Masa di Madinah, boleh bincang dengan Mutawif untuk ziarah tambahan ke
sebuah gua di Jabal Uhud. Kalau dah pergi ke sini, pastikan kita naik sampai ke
dalam gua. Perjalanan naik ke gua mengambil masa 10 minit saja.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 108

108

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Semasa Perang Uhud, Rasulullah berdarah dan kemudian berehat di gua itu.
Darah baginda terkena batu di dalam gua tu, dan sehingga kini Gua tu berbau
wangi walau pun tak dak siapa yang letakkan minyak wangi. Dan kelebihan
tempat tu, banyak kambing yang suka pergi ke gua tu walau pun di situ langsung
tak ada rumput dan air. Nampaknya, kambing pun suka pergi ke tempat yang
Rasulullah pernah pergi.. Ziarah tambahan ni mungkin kena bayar 20 Riyal.
24) Semasa buat umrah, suami isteri dinasihatkan tak berpegang tangan masa
tawaf dan sai. Bukan apa, takut current terlebih pulak. Susah kalau kita sedang
berihram. Tapi, kalau masa tawaf sunat, tak pa lah. No problem.
25) Masa tawaf mesti berwudhuk, tapi kalau kita tersentuh dengan wanita di
sana. Hukumnya tak batal wudhuk. Kalau tersentuh di kira batal, sampai bila pun
kita tak leh nak habiskan tawaf kita sebab pasti bersentuhan.
26) Masa berdoa di Multazam, lelaki boleh sampai dekat terus dengan Kaabah.
Tapi perempuan tak leh rapat sangat dengan kaabah. Lelaki kalau nak sampai
dekat terus dengan kaabah, kena bertolak lah sket dengan orang. Semua orang
berebut.
JANGAN SALAH FAHAM. Multazam adalah antara pintu kiri kaabah dengan batu
hajarul aswad. Di sana nanti, ramai yang berdoa di pintu Kaabah sedangkan di situ
bukan Multazam. Kalau boleh, setiap kali lepas tawaf sunat, pergi ke Multazam
untuk berdoa. Tak payah baca doa ikut buku, baca aja doa ikut hati. Lebih ikhlas
dan kita lebih faham.
27) Ini tips untuk jemaah wanita. Setiap kali setengah jam sebelum waktu azan,
polis akan halang wanita untuk masuk ke kawasan tawaf sebab nak readykan
kawasan tu untuk saf-saf solat berjemaah lelaki. Bila dah dekat-dekat dengan
waktu iqamat, wanita yang sedang tawaf pun akan "dihalau" oleh polis daripada
kawasan tawaf sebab nnti kawasan tu akan penuh dengan saf-saf lelaki.
So wanita kalau nak tawaf especially tawaf umrah, make sure budget timing
betul-betul supaya dapat habiskan tawaf 7 pusingan at least sebelum waktu azan.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 109

109

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kalau tak sempat habis 7 pusingan, agak susah sikit sebab nanti bila kena halau
dengan polis, nak kena keluar dr kawasan tawaf untuk cari tempat solat. Lepas tu
nak kena pergi sambung tawaf balik. Kalau lelaki takpa sbb lelaki boleh tawaf
sampai waktu iqamat then just stop dekat kawasan tawaf untuk solat.
28) Kami dah try different waktu untuk buat umrah. Antaranya pagi, lepas solat
zuhur and lepas solat asar. So based on our experiences, antara banyak waktu ni,
kami lebih prefer untuk start buat umrah lepas solat asar. Lepas solat aja terus
naik bas untuk berniat miqat di Tanaim. Disebabkan lepas asar takda solat sunat,
kami tak buat solat sunat ihram.
Bila sampai je di masjid Tanaim, kami turun bas dan terus naik bas yang nak ke
masjidilharam balik dan niat umrah dalam bas. Ini lebih menjimatkan masa.
Waktu ni biasanya perjalanan dari Masjidilharam-Tanaim-Masjidilharam
mengambil masa dalam 1 jam.
Jadi bila sampai di Masjidil Haram balik, Insyaallah sempat untuk habiskan tawaf
umrah sebelum waktu maghrib and then terus pergi buat sai. Bila masuk waktu
Maghrib, kita boleh berhenti untuk solat Maghrib di kawasan Sai di mana kita
berada waktu tu. Lepas solat, terus sambung sai balik sampai complete.
Then after tahalul, boleh terus stay di masjid sementara tunggu waktu Isyak.
Sempatlah time nih kalau nak pergi toilet ke, nak baca quran ke sementara tunggu
azan Isyak.
29) Dinasihatkan jemaah bawa cermin mata hitam. Sebab lantai di Masjidil Haram
warna putih. Bila kena silauan matahari, menyilau mata dibuatnya.
30) Di Madinah, cubalah seboleh mungkin untuk berdoa di kawasan Raudah.
Berdoa di kawasan Raudhah jugak amat afdhal dan mudah dimakbulkan. Kalau
boleh, carilah masa untuk menunaikan solat sunat hajat, sunat taubat di situ dan
kemudian, berdoalah sebanyak-banyaknya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 110

110

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kalau dah puas berdoa di situ, berilah peluang orang lain pulak untuk berdoa di
situ. Harap maklum, Raudhah adalah kawasan yang karpetnya warna putih. Kalau
karpet warna merah, itu bukan raudhah. Jemaah lelaki lebih mudah untuk dapat
peluang ke Raudhah.
Lagi pun, kawasan Raudhah dibuka 24 jam sekarang. Tapi kena masuk ikut Pintu
No 1, No 2 atau No 41 sahaja. Pintu2 lain akan ditutup waktu malam.
Untuk jemaah wanita, kalau nak ke Raudhah, boleh pergi selepas pukul 7.30 pagi
atau selepas solat Zohor atau selepas Solat Isayaak.
31) Jemaah wanita kalau berkulit putih, dinasihatkan bawa "sunburn cream".
Cuaca di sana agak panas, takut nanti warna muka berbelang nanti. Kalau nak beli
di Mekah, ada di farmasi-farmasi sana. Brand SebaMaid. Harga 64 Riyal.
32) Di Madinah, kita tak banyak sangat aktiviti. So, kalau boleh, setiap kali lepas
solat. Jemaah lelaki kalau mampu pi la ziarah maqam nabi setiap kali lopas solat.
Ini nak menunjukkan tahap kecintaan kita kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Jemaah wanita sekarang dah tak leh nak ziarah maqam nabi. Tapi kalau pi ke
Raudhah, masa tu lah yang paling hampir dengan Maqam Nabi. Setiap kali lalu di
Maqam Nabi, perbanyakkan selawat ke atas Nabi.
33) Semasa kita tiba di airport Jeddah, bila keluar saja dari airport, akan ada
pekerja Bangla yang datang berlumba lumba nak tolong angkat beg kita. Kita
nampak macam bagus la sebab ada orang nak tolong.
JANGAN SESEKALI BENARKAN DIAORANG TOLAK TROLI KITA SEMASA KELUAR
DARI AIRPORT.
Kalau kita bagi dia orang tolak troli tu, walaupun jaraknya dalam 10 meter, dia
akan minta at least 10 Riyal. Kalau jauh sket dia tolak, nanti dia akan minta sampai
50 Riyal. Tolak troli aja pun. So, berhati-hati.
Pendek kata, di sana, kalau ada pekerja2 yang nampak semangat lain macam aja
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 111

111

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

nak tolong kita. Jangan la. Caj diaorang ni bukan-bukan.


34) Semasa tiba di airport Jeddah, jangan sesekali beratur dibelakang warga kulit
hitam (Bukan diskriminasi). Masya Allah, masa yang diambil untuk clear satu
orang hampir 7 minit. Kalau boleh, beratur la di belakang warga Malaysia.
Masa saya beratur hari tu, disebabkan ada mamat-mamat Oman di hadapan,
perghhh. Hampir sejam lebih kena tunggu walaupun yang ada depan saya tak
sampai 8 orang pun. Lagi satu, nanti dia suka-suka saja bagi kawan dia potong line
kita.
Jangan berebut-rebut. Sebab semua orang akan lepas imegresen tu. Tapi, apa pun
berlaku di situ, bersabar dan selawat banyak-banyka. Sebab kan kita sedang
berihram. Allah mungkin nak menguji kita.
35) Bila kita sampai di hotel dari Jeddah, pastikan beg kita diturunkan dari bas.
Kena make sure. Sebab bila kita turun dari bas, mutawif akan suruh kita terus ke
hotel. Dan akan ada pekerja hotel yang angkat beg kita secara percuma.
Tapi, tugas kita MAKE SURE BEG KITA MASUK KE HOTEL. TAKUT BEG KITA
TERTUKAR KE HOTEL LAIN. Masa saya pi, ada dua jemaah yang hilang beg. Di
airport beg dia memang naik bas, tapi bila turun hilang entah ke mana.
Benda yang sama semasa kita nak pindah dari Mekah ke Medinah, dan Medinah
ke Airport. Make sure beg kita masuk beg. Semasa saya pindah dari Mekah ke
Medinah, bangla yang angkat beg ke bas dah 'terambil' beg jemaah yang baru
sampai dari Malaysia malam sebelumnya. Kesannya, beg jemaah yang baru
sampai ke Mekah tu terus pergi ke Madinah.
Di Madinah pulak, ada jemaah saya yang pekerja hotel tu tak angkat barang dia
masuk bas. Bila sampai di airport, cari-cari beg dia hilang. Perghh. Memang dia
orang akan angkat beg untuk kita. Tapi TUGAS KITA, PASTIKAN BEG KITA
DIANGKAT DIA ORANG. KALAU NAK PLAYSAFE, ANGKATLAH SENDIRI. BUKAN
SUSAH PUN.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 112

112

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

36) Kalau nak beli SIM CARD untuk guna di sana. Beli yang line DIL SE atau SAWA.
Jgn beli ZAIN. Saya beli kad ZAIN, dia potong duit ikut block 30 seconds. Setiap call
tak kira berapa second pun kita cakap, dia akan potong ikut block.
Kalau beli sim card lain, dia potong ikut second yang kita guna sahaja. Satu second
satu sen duit sana. Kalau nak call ke Malaysia, call aja terus. Kena guna
+6019578XXXX. Jangan tekan 006019578xxxx. Tak boleh.
Sim Card boleh beli pada mutawif. Atau tanya dia nak beli di mana. Saya rasa,
mungkin setiap jemaah perlu beli sim card 30 Riyal. Kalau tak habis boleh top up
nanti. Kalau beli banyak-banyak, takut tak habis pulak.
Di Airport, akan ada cleaner Bangla yang datang ke kita tanya nak beli sim card ka
tak, biasanya diaorang jual mahal sket. e.g 60 Riyal untuk Sim Card nilai 50 Riyal.
Kalau tanya mutawif, mungkin boleh dapat 30 Riyal duit untuk 30 Riyal nilai sim
card.
37) Kalau nak beli air zam-zam tambahan, beli dari Mekah. Satu tong bernilai 30
Riyal. Tanya mutawif. Kalau nak beli di Madinah, harga 35 Riyal. Siap dengan air +
Plastik beg. Mutawif akan kata air zam2 ni tak boleh lepas sebab susah nak deal
dengan kaunter di airport Madinah.
Mutawif akan cakap tak boleh. Sebab kalau dia kata boleh, nanti semua jemaah
akan beli air zam zam lebih. So, kalau nak beli. Beli aja. TAPI, KALAU TAK LEPAS,
jangan salahkan saya. Ini hanya untuk penerbangan Saudi Airlines. Flight lain
susah sket.
38) Semasa di depan kaabah, akan ada warga Indonesia yang bertindak untuk jadi
agen cium hajarul aswad. Dia akan dtg ke kita dan tanya, "Mahu di bantu pak,
cium hajarul aswad" Kalau kita kata mahu, dia akan bawa kita untuk cium hajarul
aswad tu. Tapi, jgn terkejut kalau lepas tu dia akan minta sehingga 100-1000 Riyal.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 113

113

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kalau kita tak bayar, dia akan ikut kita sampai ke hotel. Kan saya dah kata, kalau
nak cium, tawaf sunat dulu, solat sunat minta doa kepada Allah. Insya Allah, akan
dpt. YAKIN DENGAN PERTOLONGAN ALLAH.
Kalau nak senang, lelaki dan wanita dtg la ke hajarul aswad sejam sebelum azan
asar.
39) Biasanya, orang Malaysia tak minat dengan minyak wangi dari Mekah, sebab
minyak wangi di sana bau agak tengit. So, terpulang la kalau nak beli. Biasanya,
kalau kita bagi pun dia orang tak pakai pun. Kalau nak bagi cenderahati ke
member, lebih baik bagi kurma, kepiah, tasbih ( pun jarang orang pakai sekarang
ni ), kacang pistachio.

Sila Semak Muka Surat Terakhir Untuk Detail

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 114

114

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 16 : KISAH MORTIN SATU


KEINSAFAN BUAT SEMUA
Ramai orang yang memberi seribu satu alasan untuk tidak menunaikan Haji atau
Umrah. Kalau nak disenaraikan alasan untuk tidak ke Mekah, penuh page ni.
Ada yang kata ilmu tak cukup, ada yang kata duit tak cukup, ada yang kata kerja
sibuk, ada yang kata komitmen nak jaga anak, ada yang kata bisness sedang
rancak ni, ada yang kata tunggu lah bila dah berumur nanti baru pergi, dan yang
lebih memelikkan ada yang langsung tak ada alasan tapi masih tak mahu pergi.
Kalau nak tunggu ilmu mencukupi, bila ilmu kita nak cukup.
Kalau nak tunggu duit nak cukup, bila nak cukup kalau kita tak kumpul.
Kerja sibuk. Hmmm. Bila kerja tak sibuk.
Kita memberi alasan anak masih kecil, tak der siapa nak jaga. Hmmmm. Bila anak
kita nak besar. Bila anak sulung besar, anak kedua pulak muncul. Anak kedua dah
besar, anak ketiga pulak muncul dan begitulah seterusnya. Hmmm bila agaknya
nak sampai ke Mekah macam tu.
Dalam hal ni, bukan saya nak mendabik dada sebab saya baru balik. Tapi, saya
sebenarnya pun ada macam-macam masalah sebelum saya nak ke Mekah dulu.
Tapi, disebabkan hati betul2 berhajat nak pergi. Saya cuba solvekan masalah saya
satu per satu. Dan Alhamdulillah. Satu persatu Allah tunjukkan jalan. Semuanya
dipermudahkan.
Yang penting, niatkan dalam hati. Azamkan dalam diri. Insya Allah Lambaian
Kaabah pasti akan sampai kepada kita.
Ada yang kata aku tak cukup wara' untuk ke Mekah. Banyak sangat dosa untuk
nak ke Mekah. So, untuk entry kali ni, saya nak menceritakan sebuah cerita
Penyucian Jiwa di Tanah Suci.. Mekah.. Merubah Sempadan Iman.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 115

115

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Saya nak menceritakan perubahan seseorang sebelum dan selepas menunaikan


umrah.
Sebulan sebelum saya menunaikan Umrah, ada seorang sahabat saya, warga
Bangladesh Mortin Ahmad datang ke reban ayam saya. Dia seorang kontraktor di
sini dan mempunyai pendapatan sekitar RM5k sebulan. Dia memang rapat
dengan saya dan selalu minta tolong saya simpankan duit dia di akaun bank saya.
Sebab dia tak der akaun bank.
Saya pun memberitahu dia yang saya nak ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Lepas dia dengar ayat tu, terus dia cakap.
"Bos, saya mau ikut you. Boleh tak? You guna duit saya yang ada dekat you."
Hmmm. Saya terdiam seketika.
Saya tak tahu apa yang patut saya jawab. Patut saya jawab ya atau pun tak.
To play safe, saya ckp kat dia nanti saya check dengan agen dulu.
Dia pun cakap, "Kalau agen cakap boleh, you register nama saya".
Pada mulanya, saya 50-50 nak bawa Mortin bersama saya. Sebabnya, sekenal
saya dengan Mortin ni dia memang seorang Islam tapi saya tak pernah tengok dia
mengamalkan ajaran Islam.
Saya terfikir dalam hati, kalau la saya bawa Mortin ke sana dan dia buat hal, susah
saya nanti. Dah la dia langsung tak tahu bab sembahyang, dan segala yang basic
about Islam.
Fuhhh!!! Mencabar ni. Susah saya nak jaga dia nanti di sana. ( Fikirkan, kena
saya Italic kan ayat ni )
Saya memikirkan, dah la saya bawa Maria dan Mak mertua saya yang turut first
time mengerjakan Umrah. Dalam masa yang sama saya nak kena pay attention
kepada seorang lagi. Orang luar pulak tu. Saya takut Mortin menjadi bebanan
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 116

116

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

kepada saya pulak nanti. Dah la di sana kita kena berihram, banyak pantang
larang pulak tu. Takut-takut dia terbabas nanti.
Hmm.. Macam mana ni..
Saya call Mortin dan suruh dia datang ke reban ayam saya. Dia pun datang.
Saya tanya dia "Mortin, you cakap saya betul2, apa pasal you mau pi Umrah sama
saya"
Dia pun cakap "Bos, nombor satu, saya mau tengok Kaabah. Saya mau sebelum
saya mati saya tengok Kaabah. Nanti kalau sudah mati, Tuhan tanya saya sudah
pi Mekah, saya boleh jawab sudah pi. No dua, saya sudah banyak dosa. Sekarang
saya mau pi Mekah.. mau pi sorry sama Allah ( minta ampun dari Allah )".
Berpuas hati dengan jawapan dia, saya pun kata ok lah, saya akan usahakan untuk
dia pun pi dengan saya.
Masa ni juga saya ada bincang ngan family, "Kalau saya bawa Mortin, dan dia
buat hal kat sana. Benda ni akan menyusahkan saya. Tapi kalau saya bawa
Mortin ke sana, dan tiba-tiba dia dapat hidayah di sana. Besar juga saham yang
saya dapat nanti. Dan kalau saya tak bawa Mortin pergi bersama saya, dan
ditakdirkan dia sebenarnya betul-betul mahu bertaubat kepada Allah, dan
menjadikan ziarah dia ke Baitullah ni sebagai titik perubahan dalam hidup dia.
Susah saya nak menjawab di akhirat nanti dengan Allah.. Pasti Mortin akan
mempersalahkan saya".
Last-last saya decide, bawa ajalah Mortin. Kalau dia ikut saya dan semuanya ok,
Alhamdulillah. Tapi kalau dia buat hal, saya buat donno aja lah kat dia di sana.
Let me tell you the truth, sebelum apply visa umrah, kita kena ada surat dari
doktor yang kita dah ambil vaksin menagitis. Saya pusing hampir semua klinik di
Parit Buntar tanya pasal vaksin ni, semua klinik tak ada stok.
Saya pi survey semua klinik masa saya nak dapatkan surat untuk saya dan Maria.
Sampai last-last, saya terpaksa minta tolong satu doktor.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 117

117

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Minta dia keluarkan surat dulu untuk saya dan saya akan cucuk bila ubat dah
sampai nanti. Dan saya buat pembayaran terus. Dia tetap tak bersetuju dan kata
sepanjang dia kerja sebagai Doktor, tak pernah dia buat kerja macam ni. Dan dia
menyalahi etika kedoktoran kalau dia buat macam tu.
Perghhhh.. Selepas saya merayu jugak, merayu dan terus merayu.. Doktor ni
nampak saya memang dah betul-betul desperate. Saya kesuntukan masa.
Alhamdulillah, last-last dia bersetuju. Tapi, dia kata dia tolong kami berdua saja.
Masa ni Mortin tak cakap nak pi lagi.
Dan sekarang, saya terpaksa nak cari lagi vaksin di klinik lain untuk Mortin pulak.
Dah la dulu saya tawaf satu Parit Buntar cari vaksin untuk saya, sekarang nak kena
tawaf pulak untuk Mortin.
Doktor yang buat surat untuk saya tak nak buat surat lagi satu. Ok, saya
sebenarnya mcm malas nak gi pusing lagi ke klinik-klinik yang ada vaksin tu.
So to happen, Maria ajak saya ke klinik untuk ambil ubat-ubatan, persediaan ubat
untuk kami ke sana. Masa di klinik. Saya tersebut pasal vaksin. Dan dia kata di
klinik dia ada satu vaksin. Alhamdulilah, terus saya book vaksin untuk Mortin.
Keesokannya terus dia datang dan cucuk.
Before that, saya dah pun contact ngan agen untuk confirm kan status Mortin dan
dia orang cakap Mortin boleh pi sekali asalkan ada Multiple Entry Visa.
Dan saya pun cepat-cepatlah uruskan dokumen yang Mortin perlu berikan kepada
agen. Semuanya saya scan dan emel aja ke pihak agen.
Dan Alhamdulilah, ada rezeki untuk dia ke sana. Inilah yang saya katakan, kalau
kita betul-betul berhajat untuk ke sana, Insya Allah. Allah sendiri yang akan
permudahkan.
Ok. Selesai semua perkara. Dua minggu sebelum berlepas, saya suruh Mortin
datang ke reban saya setiap malam untuk belajar asas-asas solat dan asas-asas
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 118

118

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

agama. Tapi dia agak sibuk dengan business dia. Dia tak sempat nak datang ke
tempat saya untuk belajar.
Lagi seminggu saya call dia dan saya paksa dia untuk datang. Malam tu dia datang.
Itulah satu-satunya malam dia 'berkursus' dengan saya. All in one, dalam masa
sejam. Complete kursus umrah, kursus tawaf dan sai serta kursus solat.
Perghh, saya pun tak tahu dia faham ke tak.
Dan satu dia cakap, "Bos, you jangan takut. Di sana nanti. Saya mesti duduk
sebelah you. Apa you buat, saya mesti buat"
Saya agak tertekan.. Sebab dia mcm tak ambil berat pasal nak gi umrah. Mula
terasa menyesal dalam hati sebab bawa dia sekali.
Saya pun berjumpa dengan sahabat saya yang juga seorang Ustaz dan
menceritakan kes Mortin ni.
Ayat pertama sekali yang dia kata, "Kenapa hang nak takut bila bawa Mortin
sekali?"
Saya pun cakap la, "Susah saya nak jaga dia nanti kat sana"
Terus Ustaz tu kata, "Firdaus, hang jangan silap. Hang jangan ingat bila di Mekah
hang yang jaga dia. Sebenarnya, Allah yang jaga dia. Bukan hang."
Terus saya tersedar. Saya betul-betul sedar. Sebenarnya diri saya sendiri pun Allah
yang jaga, mana boleh saya kata di sana saya yang nak jaga Mortin pulak. Saya
tanya Ustaz pasal solat, dia tak tahu baca Al Fatihah. Ustaz pun kata lah yang
penting dia tahu niat. Yang lain, ikut saja imam sebab bacaan imam adalah bacaan
makmum. Saya lega dengan penjelasan ni.
Ok, pada hari kami nak berangkat ke KL. Tengah hari Mortin datang ke reban saya.
Dengan hanya sebuah beg kecil.
Saya cakap la, "Kenapa bawa beg kecil sangat?"
Terus dia cakap, "Saya pi sana bukan nak pi berniaga, saya pi sana mau pi ibadah"
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 119

119

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Tamparan pertama kena kat saya. Tak sangka Mortin boleh berfikiran macam ni.
On the way to KL from Parit Buntar, mengambil masa 3 jam setengah. Saya
mengambil peluang dalam kereta ni untuk ulang sekali lagi kursus umrah saya
kepada Mortin, dan untuk Maria. Dan Mortin macam faham.
Dan sekali lagi dia kata, "Bos, you jangan takut. Apa you buat saya buat".
Hari Rabu, saya bertolak dari rumah mertua ke airport dan jumpa Mortin di sana.
Saya senyum kat dia sebab dia mula pakai kopiah. Rasa macam pelik aja.
Di sini, baru lah dia betul-betul mula ikut saya. Kami solat zohor dan jamak
dengan asar, saya cakap kat dia.
Niat dalam hati mau Solat Zohor dan Asar, yang lain.Ikut aja saya.
Saya mengimamkan solat dia. Memandangkan surau di KLIA penuh. Kami pun
solat aja di ruang legar berhampiran solat. Dan lebih menyukarkan keadaan, kami
kena tukar pakaian ke ihram di ruang legar tu aja.
Aduh!!! Belasah aja la. Mortin pun pakai Ihram sekali.
Dalam kapal terbang, Mortin duduk selang beberapa kerusi dari saya.. Dan saya
ada beberapa kali pergi ke seat dia untuk tanya keadaan dia.
Dia kata, "Bos, you no takut. Saya all ok".
Bila dah sampai masa nak berniat umrah, saya bagi tau dia. Suruh dia niat dalam
hati nak buat umrah. Dan start jaga pantang larang umrah.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 120

120

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni lah, Mortin Ahmed. Muka pun memang muka Bangla. Tapi join group kami, dah
jadi warga Malaysia seketika. Satu beg kecil aja dia bawa.
Setibanya kami di Mekah, Alhamdulillah. Mortin berjaya ikut saya untuk
menyempurnakan Umrah kami yang pertama. Dia ikut saya semasa tawaf, tapi
tiba-tiba terhilang.
Saya ada pesan kat dia, kalau hilang dah habis pusing 7 pusingan, tunggu di bawah
lampu hijau menuju ke arah tempat Sai.
Apa nak di kata, masa tawaf kami yang pertama. Dia betul-betul hilang dari
pandangan saya.
Saya tak leh nak cari dia lagi, sebab saya nak kena completekan 7 pusingan saya
dulu. Lepas solat tawaf di belakang Maqam Ibrahim. Saya pun menuju lah ke
lampu hijau. Tempat yang saya janji dengan dia kalau hilang tunggu di situ.
Saya tunggu beberapa minit dan lepas tu dia datang ke lampu hijau. Lega rasanya.
Saya tanya dia kenapa lambat sangat. Dia kata dia tawaf 11 pusingan.
Sebab nak make sure tak tersilap buat. Dia takut kalau-kalau ada pusingan yang
bahu dia terlari dari Kaabah. So, dia play safe buat lebih. Ikut low memang tak
salah kalau nak buat lebih, tapi kalau kita dah confident dengan pusingan kita..
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 121

121

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Tak perlulah nak buat lebih-lebih. Yang penting yakin.

Ni gambar Mortin di Masjid Tanaim. Semasa kami berniat umrah yang seterusnya.
Semasa di Mekah, dari segi ibadah. Mortin memang betul-betul ikut saya.
Kalau saya tawaf sunat, dia akan tawaf sunat. Kalau saya solat sunat, dia akan
solat sunat. Kalau saya zikir, dia pun zikir. Dan semua amalan tu adalah first time
bagi diri dia.
Saya tengok, not bad la untuk orang yang first time buat. Dan semasa di Mekah,
saya suka bersolat di ruang bawah berhampiran dengan Kaabah. At least, boleh
tengok kaabah all the time. Kalau waktu zohor, kadang-kadang saya solat di
dataran. Ada kalanya saya ajak Mortin solat di tempat berbumbung.
Tapi, sekali lagi Mortin bagi tamparan hebat kat saya.
Dia cakap, "Bos, ini macam panas pun you tak boleh tahan ka. Akhirat esok apa
macam. Sembahyang kita mesti mau duduk bawah, tempat panas ni. Dekat
Kaabah. Baru kita boleh rasa macam mana Nabi dulu sembahyang panas-panas."
Mortin Mortin Dah lawan tok guru ni. Saya pun bersetuju lah dengan dia.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 122

122

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Kami pun lebih banyak mengambil kesempatan ni untuk bersolat di bahagian


bawah berhampiran Kaabah.
Saya ceritakan kelebihan melihat Kaabah kepada Mortin. Bila dia tahu kelebihan
ni, dia pulak yang make sure setiap kali kami bersolat kami bersolat di tempat
yang boleh melihat Kaabah.
Fuhh.. Mortin macam ada current bila ada di sana.
Dan saya pun menunjukkan Mortin Multazam dan menceritakan kelebihan
berdoa di Multazam. Dan, banyak kali jugak selepas kami bersolat Mortin sendiri
yang ajak saya untuk ke Multazam dan berdoa di sana.
Saya pesan kat Mortin, kalau berdoa di sini biar sampai menangis.
Then dia ckp kat saya, "Bos, doa sini tempat. Saya tak payah buat2 mau nangis,
air mata sendiri turun"
Fuhh.. Saya pun cakap la kat dia, berdoa lah di sini betul-betul. Minta ampun
sama Allah, kasi Allah bagi hidayah, kasi faham Islam betul-betul. Kasi murah
rezeki. kasi projek bagus-bagus.
Mortin betul-betul mudah faham apa yang saya ajar. Bila saya cerita cara-cara
buat sesuatu ibadah, dia senang faham. Bila saya cerita satu-satu kelebihan, dia
akan sedaya mampu untuk buat dan dapatkan kelebihan tu.
Contoh lagi satu, bila saya cakap kat dia. "Mortin, kali ni kita solat tempat ada
aircond la. Panas sket la hari ni."
Terus dia cakap, "Bos, di Malaysia you sudah hari hari aircond, sini site panas sikit
takkan tak boleh
Saya tak tahu, di mana dia boleh cakap semua ni balik kat saya. Tapi, saya dah
mula terasa syukur sebab bawa Mortin sekali gi umrah dengan saya.
Kalau tak, boring jugak saya sorang-sorang. Sebab di Masjid Maria akan duduk
sekali dengan Mak. Nasib baik ada Mortin, boleh juga buat teman.
Alhamdulillah, Allah beri yang terbaik dengan saya bawa Mortin sekali.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 123

123

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Malam ke 5 kami di Mekah, Dr Nazri ajak kami makan di luar. Dia kata makan di
luar sedap. Dia suruh saya ajak Mortin sekali makan luar.
Bila saya ajak Mortin, tahu tak apa yang dia jawab "Bos, apasal you mau makan
luar. Sini hotel makan tak sedap ka? Makan di hotel la. Kalau you makan luar,
nanti portion makanan you di hotel sapa mau makan? Nanti kalau buang itu
makanan, rugi saja. Semua you punya pasal makan luar."
Saya pun cakap la, nak test makanan di luar macam mana. Dia jawab "You mau pi
makan luar, you pi lah, saya tak mau. Sekarang pun sudah pukul 10 mlm, kalau
sekarang baru mau pi, pukul berapa mau balik. Esok pagi saya lagi mau pi awal
masjid. Kalau saya keluar sekali, nanti saya susah bangun. You mau pi, you pi lah"
Tersentak saya. Tak sangka saya Mortin berfikiran macam tu. Tapi, saya tetap pi
la. Mortin tak pi.
Di Mekah, saya tanya Mortin. Nak naik tak Gua Hira'?
Dia cakap "Apa itu Gua Hira?".
Saya pun cakap la, Gua Hira' ni tempat Nabi menerima wahyu dari Allah yang
pertama.
Dia pun tanya "Apa itu wahyu?".
Saya pun cakap la, tempat Al Quran mula-mula turun. Dia pun kata, Kalau Nabi
pernah sampai tempat tu. Saya pun mesti mau pi.
Malam ke enam kami di Mekah, kami mendaki Gua Hira'. Dan hampir sampai ke
puncak, kami tengok ada orang yang secara sukarela menyiapkan tangga dengan
simen untuk memudahkan orang ramai mendaki.
Dan Mortin cakap "Bos, saya ingat saya mau tinggal sini lah. Saya tak mau balik
Malaysia lah."
Saya cakap la kat dia "Mortin, ini Mekah, you jangan cakap macam ni. Apasal you
tak mau balik?"

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 124

124

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Dia cakap "Saya mau duduk sini lah, mau kerja free kasi ini tangga semua siap
sampai atas, sudah siap baru saya balik".
Betapa murni hati dia saya tengok masa ni. Saya cakap, tak pa lah Mortin, kita
buat pahala dengan cara lain la. Semasa mendaki, dia macam tak mau guna
tangga.
Dia macam nak daki guna batu-batu, dia kata Nabi dulu masa naik mana ada ini
tangga. Lagi, Nabi naik masa siang. Panas. Kita naik waktu malam, tarak panas.
Saya pun cakap la, "Tak pa la Mortin, you mau naik siang, esok you sewa teksi
naik lagi satu kali".
Dia pun terus senyap. Dan bila dah sampai betul-betul di Gua Hira', dia tanya
Ustaz. "Di mana tempat Nabi duduk dulu?"
Ustaz pun cakap, sinilah. Semua tempat ni Nabi duduk. Mortin terus pi cium batubatu tu. Walau pun sebenarnya kita dilarang buat macam tu. Tapi, sebab dia tak
tahu.
Dia cium hampir semua batu. Nak pastikan dia cium tempat yang Nabi duduk. Di
atas, dia pun ikut saya solat sunat dua rakaat.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 125

125

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Ni gambar Mortin di Jabal Rahmah. Cakap saja apa aktiviti di Mekah dan Madinah
yang dia tak buat, semua dia buat.

Mortin dan saya dalam bas semasa menuju ke Tanaim untuk berniat Umrah
seterusnya. Mortin memang rajin buat Umrah. Setiap hari, dia akan make sure
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 126

126

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

saya ikut dia pi menunaikan umrah. Bukan dia yang ikut saya, dia akan pastikan
saya yang ikut dia bila dia nak berumrah.

Selepas umrah kami yang kedua, saya menceritakan kebaikkan membotakkan


rambut semasa bertahlul. Terus dia pun membotakkan rambut sama macam saya.
Dan semasa mengerjakan umrah yang terakhir sebab kami dah nak bertolak ke
Madinah, dia membotakkan sekali lagi kepala dia. Sebab dia kata dia mau banyak
pahala. Bila botak dua kali.
Dan hari last kami di Mekah, saya cakap la saya tak larat dah nak buat Umrah.
Mortin kata. "Bos, ini last day bos. You tak ikut saya hari ni, tak tau bila pulak you
boleh mari".
Saya cakap kat Mortin, "Tak pa lah, kalau you nak pi, you ikut Dr Nazri. Dia akan pi
pukul 3 pagi nanti.".
Tengok-tengok, Mortin betul-betul pi mengerjakan Umrah. Dia ikut Dr Nazri.
Hari last kami di Mekah, Mortin kata hari ni dia nak sedekahkan duit dia 50 Riyal
kepada pekerja-pekerja cleaner di dalam Masjidil Haram. Saya pun cakap la kat
dia, mana dia nak cari duit 1 Riyal 50 keping nak bagi kat cleaner di situ.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 127

127

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Dia cakap, "Bos, dalam dunia.. Kalau kita betul-betul mau, mesti ada cara. Kalau
kita tak mau, macam-macam alasan kita bagi."
Tak pa lah, you pi lah cari mana ada orang nak tukar duit dengan you 1 Riyal - 1
Riyal.
Rupa rupanya, Mortin ada bawa duit 10 Riyal 5 keping hari tu. Dan bila dia jumpa
cleaner tu, dia cakap kat cleaner tu dia nak sedekah kat cleaner tu 1 Riyal aja. Tapi
dia ada 10 Riyal. So, dia minta balance balik kat cleaner tu lagi 9 Riyal.
Dan dia guna duit 9 Riyal tu untuk sedekah kepada cleaner-cleaner lain. Macam tu
lah dia buat sampai habis duit dia 50 Riyal.
Di sini, saya nampak satu benda kat Mortin. Hati dia betul-betul ikhlas. Betul-betul
suci bila berada di Tanah Suci.
Yang lebih mengharukan saya, pada hari terakhir, selepas Solat Jumaat.
Kami mengerjakan Tawaf Wida' sebab dan nak meninggalkan bumi Mekah, dan
Masjidil Haram serta Kaabah.
Saya dan Mortin buat tawaf wida' bersama dan lepas tu saya ajak Mortin berdoa
di Multazam.
Saya tengok masa tu, air mata Mortin jatuh berguguran. Dia betul2 menangis. Dia
betul2 berdoa di Multazam.
Di situ, saya turut mendoakan "Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah Mu kepada
Mortin. Berilah yang terbaik kepada dia di dunia dan akhirat".
Masa saya tengok dia, saya bertambah sayu sebab saya melihat seorang yang
dulu agak keras hatinya. Dengan tiba-tiba hari tu saya tengok hati dia betul-betul
lembut dan murni. Saya berharap Allah mengampunkan dosa-dosa dia yang lalu.
.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 128

128

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Mortin ketika di Jabal Uhud, Madinah. Di Madinah Mortin selalu menangis bila
duduk dalam Masjid sebab dia teringat Rasulullah. Dia tak tahu secara mendalam
pasal Rasulullah. Tapi dia tahu pengorbanan yang Rasulullah dan para sahabat
dah buat masa nak sebarkan Islam dulu. Dia kagum dengan Rasulullah dan kagum
dengan para sahabat.
Bila sampai di Maqam Rasulullah, dia akan bertafakur lama di situ. Sambil
menitiskan air mata. Dia pun pernah dengan pasal Saidina Abu Bakar dan Saidina
Omar yang menjadi sahabat baik Rasulullah. Dan dia turut menangis depan kubur
sahabat.
Bila saya tanya kenapa dia nangis. "You ingat senang ka dulu, Nabi sama Abu
Bakar, sama Umar mau fight kasi Islam menang dulu. saya tak boleh bayang apa
macam dulu dia orang fight".
Hmmm aduhai Mortin. Dia betul2 mengsyahdukan hati saya.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 129

129

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Gambar membelakangkan Maqam Rasulullah di bawah bumbung hijau tu.

Di Mekah dan Madinah, Mortin sort of my translator. Dia boleh bercakap Bangla,
dan kebanyakan pekerja-pekerja kedai di Mekah dan Madinah berbangsa Bangla.
So, senang la sket bila operasi tawar menawar.
Semasa kami mengerjakan ziarah wida' ke atas Maqam Rasulullah, Mortin
berjalan slow-slow. Sambil bertafakur. Dia mengucapkan selamat tinggal buat
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 130

130

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Rasulullah dan dia berjanji dalam diri dia, lepas ni dia akan datang lagi dengan
keluarga dia pulak. Untuk melawat Rasulullah.
Sesampai aja Mortin di Malaysia, Alhamdulillah. Saya lihat ada perubahan dalam
diri Mortin. Dia sekarang still tak pandai nak solat sendiri. So, waktu Maghrib dan
Isyak dia pi solat di Surau dekat rumah dia.
Benda yang dia tak pernah buat sebelum ni. Dan Zuhur dan Asar dia solat sendiri.
Saya tanya dia, you apa baca. Dia jawab " Saya tak baca apa, tapi Allah tau saya
mau baca tapi saya tak tau baca".
Janji saya sembahyang.. Hmmmm
Setelah difikirkan kembali, saya rasa betul-betul bersyukur kepada Allah. Sebab
saya sendiri dapat merasakan perubahan dalam diri Mortin, sebelum pergi,
semasa di Mekah dan selepas kembali ke Malaysia.
Inilah yang dikatakan:
Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang meyakini Allah
Maha Esa, Maha Kuasa
Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagaimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa
Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual-beli
Ia tiada di tepian pantai
Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 131

131

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Engkau berentas lautan api


Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah
Baru-baru ni Mortin datang ke reban saya. Dia cakap terima kasih kat saya sebab
bawa dia gi umrah sekali.
Sebelum dia balik ke rumah dia, saya tanya dia.
"Mortin, dalam banyak2 doa you doa di depan Kaabah, apa doa yang you betul2
mau Allah kasi?"
Mortin pun jawab, "Bos, banyak-banyak doa saya doa di sana, saya betul-betul
mau Allah kasi sorry sama saya punya Mak, saya punya Pak, lain doa kalau Allah
tak kasi pun tak pa lah. Tapi, mesti mau kasi doa sama saya punya Mak and Pak.
Saya punya mak n pak sudah mati, saya pun tak tau apa lagi saya boleh kasi sama
dia orang."
Saya cakap kat Mortin, "Mortin, kalau anak sendiri doa sama dia punya mak
dengan pak, CONFIRM sampai. You punya mak sama pak mesti seronok sama you
sekarang. You sekarang jangan takut la, sekarang lagi mau doa. Hari-hari doa
kasi Allah ampun you punya mak pak.".
All reader, kalau Mortin boleh berfikiran macam ni. Kita renung-renunkanlah.
Di mana kita?
Dan semua ni adalah, hidayah daripada Allah.
Saya hanya membantu Mortin sedikit sebanyak sepanjang dia di sana. Tapi,
hidayah tu datang dari Allah juga.
Mudah-mudahan, kisah Mortin ni mengjadi pengajaran kepada kita. Kalau Mortin
boleh pergi ke Mekah, mengapa tidak kita. Kalau Mortin boleh dapat hidayah
daripada Allah, mengapa tidak kita.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 132

132

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Berusahalah, berazamlah untuk menunaikan Umrah @ Haji, Insya Allah, hajat kita
akan dipermudahkan Allah.. Mudah-mudahan, ziarah kita ke Kaabah menjadikan
diri kita lebih dekat dengan Allah. Membuat penyucian jiwa, pembersihan hati di
Tanah Suci.
Moga apa yang saya ceritakan kali ni betul-betul memberi manfaat untuk kita
semua. Mudah-mudahan Allah berkati kita semua. Di dunia dan akhirat.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 133

133

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 17 : BERISTIQAMAHLAH
Setiap hari, ada saja warga Malaysia yang pergi ke Mekah untuk menunaikan
umrah. Mengikut statistik, setiap tahun dianggarkan 80,000 warga Malaysia yang
menunaikan Umrah. Tak termasuk 28 000 orang yang pergi menunaikan haji.
Jika ditanya kenapa kita menunaikan umrah?
Pelbagai jawapan diberikan. Antaranya, memang dah jadi rutin tahunan dia untuk
ke mekah, ada yang kata rindukan suasana di Mekah, ada yang kata nak melihat
sendiri "RUMAH ALLAH" atau Kaabah.
Ada yang kata nak memohon ampun daripada Allah atas dosa-dosa lalu, ada yang
ke sana kerana ada hajat-hajat yang hendak didoakan di hadapan Kaabah. Ada
yang nak mencari keredhaan Allah. Alhamdulillah, apa jua hajat mereka. Mudahmudahan segala ibadah di sana diterima.
2 tahun lepas, saya ada berjumpa dengan seorang mak cik yang baru balik
menunaikan Umrah. Dia kata, Alhamdulillah, dia dah 'buat' banyak pahala di
Mekah.
Dan dia kata mana2 solat dia yang sebelum tu tak terbuat. Dah 'tercover' dengan
solat-solat dia di Mekah selepas balik dari Umrah. Bila saya tanya dia kenapa dia
cakap mcm tu?
Dia kata "Kalau nak dikira pahala dia bersolat di Mekah yang pahalanya 100,000
kali ganda berbanding solat-solat di tempat lain. Kalau dikira-kira, dah cover
habisla mana-mana solat yang dia tak solat macam tu. Sebab dah banyak pahala
yang dapat"
Ini salah satu silap paham oleh orang yang pergi ke Mekah. Dia ingat, dengan
pergi ke Mekah, bersolat di sana yang pahalanya banyak, settel semua yang dia
tak solat masa dulu.
Saya pun cakap la, kalau dia berfikiran macam tu, senang la. Kat Malaysia ni kita
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 134

134

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

tak yah solat. Setahun sekali kita pi Mekah 2 minggu, dan solat banyak-banyak di
sana. So, kira semua pahala dah cover dosa solat yang ditinggalkan. Mana boleh
macam ni. Mak cik ni pun terdiam. Harap tak der la yang tersalah faham mcm ni.
Bagi saya, bila kita pergi menunaikan Umrah selama 2 minggu di Mekah dan
Madinah, biasanya kita akan beribadah lebih berbanding biasa. Seolah-olah, kita
sedang mengecas bateri sepanjang kita berada di sana.
Bagi saya, bukan ibadah yang kita lakukan di Mekah dan Madinah sahaja yang
penting. Tapi apa yang lebih penting adalah bagaimana ibadah-ibadah yang kita
lakukan selepas kita pulang ke Malaysia.
Bagaimana, proses pentarbiahan kita selama 2 minggu di sana untuk kita
istiqamah selepas pulang ke Malaysia.
Misalannya, kes yang begitu obvious saya lihat. Di Mekah, orang perempuan
betul2 menjaga aurat mereka. Hampir kesemua jemaah wanita memakai stokin
all the time. Sebab nak tutup aurat. Hampir kesemua jemaah wanita di Mekah
dan Madinah memakai tudung yang menutup dada mereka.
Hampir kesemua jemaah wanita memakai sarung tangan untuk memastikan
aurat mereka tertutup supaya tidak ternampak tangan2 mereka melalui celah
lengan baju mereka. Alhamdulillah, satu situasi yang menyejukkan mata
memandang.
Tapi, itu di sana. Proses pentarbiyahan selama 2 minggu di sana tak kekal apabila
sebahagian jemaah ni pulang ke Malaysia. Inilah yang saya katakan, apa yang
lebih penting bukan kita fokus ibadah2 di Mekah semata2, tetapi apa yang
penting kita menterjemahkan apa yang kita amal di sana apabila kita pulang ke
Malaysia.
Dan di sana, kita biasanya menunaikan solat secara berjemaah di Masjid. Hampir
kesemua waktu solat kita bersolat di Masjid. Dan setiap kali solat, kita datang
awal ke masjid dan menunaikan Solat Sunat Qabliah dan Ba'diah.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 135

135

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Alhamdulillah, di sana kita mampu mengamalkan ibadah yang sangat-sangat


dituntut oleh Allah.
Tapi, bagaimana bila kita balik ke Malaysia. Mengapa kita tidak menunaikan solat
secara berjemaah. Dan mengapa kita tidak terus menunaikan solat-solat sunat
seperti yang kita lakukan di Mekah.
Saya sebenarnya amat takut. Takut kalau saya tak leh nak terus konsisten dalam
menunaikan ibadah2 seperti yang dilakukan di Mekah dahulu.
Di sana, saya juga berdoa "Ya Allah, bukalah hatiku untuk istiqamah ( melakukan
secara berterusan ) ibadah2 yang aku lakukan di sini bila sampai di Malaysia".
Alhamdulilah, so far ok la walaupun tak sesempurna seperti ibadah di sana.
Mungkin bateri yang di caj kuat lagi. Mudah-mudahanan, saya akan terus
istiqamah mengamalkan ajaran Islam lepas balik dari Mekah ni.
Saya rasa, cukuplah dulu penulisan saya mengenai pengalaman saya di Mekah
dan Madinah. Saya berharap dengan adanya cerita-cerita ini, dapat membantu
sahabat-sahabat yang belum pergi ke Mekah sedikit sebanyak gambaran
mengenai keadaan bila ada di Mekah.
Dan, saya berdoa dengan cerita-cerita saya ni dapat memberi motivasi untuk para
pembaca untuk berazam bagi menunaikan umrah dan haji.
Dan Alhamdulillah, saya dan Maria sekarang dah pun register di Lembaga Tabung
Haji untuk kami berdua menunaikan haji. Daftar tahun ni, kita hanya akan di
panggil pada tahun 2032. Perghhh. 22 tahun lagi.
So, bagi yang belum mendaftar haji, lebih baik pergi daftar segera. Walaupun,
langsung tak dak niat nak ke Mekah lagi sekarang ni. Pergi aja daftar dulu.
At least, kalau di takdirkan Allah kita meninggal dunia sebelum menunaikan haji,
at least kita ada niat untuk ke Mekah, cuma belum sampai masa.
Walaubagai mana pun, kalau kita nak cepat pergi ke Mekah untuk haji, kita boleh
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 136

136

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

merayu untuk dpt pergi awal. Insya Allah, saya dan Maria plan untuk menunaikan
haji pada tahun hadapan. So far, that's the plan.
Kami sekadar merancang. Nak kena kumpul duit dari sekarang. Sebab kalau nak
pergi awal, kena guna pakej. Bukan pakej muassasah yang biasa. Bayaran kalau
pergi dengan pakej, at least RM15k. Tu yang sekarang ni nak kena start kumpul
duit balik ni. Dua orang dah RM30k.
Rasanya, cukuplah dulu setakat ni. Saya memohon maaf kalau ada yang tersalah
dalam cerita saya dalam entri entri sebelum ni. Semoga kita semua dapat
manfaat.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 137

137

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 18 : KESIMPULAN
Sebenarnya, tujuan saya meletakkan gambar-gambar sepanjang perjalanan saya
di Mekah dan Madinah adalah untuk memberi gambaran kepada pembacapembaca yang belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Mekah.
Dan kepada yang dah pernah sampai kesana, gambar-gambar ni pasti
mengingatkan kita kembali dengan saat-saat manis kita semasa berada di sana.
Saya juga sebenarnya nak membangkitkan semangat para pembaca yang belum
pernah menjejakkan kaki ke Mekah untuk berazam dan bercita-cita supaya
dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan untuk sampai ke sana.
Saya sebenarnya plan untuk ke Mekah menunaikan umrah sejak dari tahun 2009
lagi. Bermacam-macam faktor yang perlu diconsider, kewangan, cuti Maria,
timing dengan ayam di reban, Farees yang sedang menyusu ibu dan bermacammacam hal lagi.
Tapi, bila kita dah berazam nak ke Mekah, satu demi satu Allah permudahkan
urusan. Bila niat aja nak ke Mekah, untung ayam Alhamdulillah, tidak pernah
mengecewakan. Allah dah selesaikan masalah kewangan.
Farees yang sedang menyusu pun menjadi halangan jugak. Kami terpaksa mencari
jalan penyelesaian supaya Farees menyusu ibu sepenuhnya walaupun kami
berada di Mekah.
Bila difikirkan masalah ni, Allah jua yang memberi penyelesaiannya. Selepas
bersalin, setiap hari, Maria akan pump susu dan susu ni kami simpan dalam peti
ais. Memang dah plan dari awal, kena ada stok secukupnya kalau kami nak ke
Mekah untuk Farees.
Kalau tak silap saya, sebelum kami ke Mekah dah ada hampir 120 bekas susu,
semuanya stok untuk Farees masa kami di Mekah nanti.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 138

138

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Dan Allah tu Maha Bijaksana dalam mengatur sesuatu perkara. Bila kami
menjejakkan kaki di KL, selepas 14 hari. Stok susu Farees hanya tinggal 1 bekas
saja lagi.
Dan Farees minum susu stok terakhir ni semasa kami on the way back from KLIA
to Parit Buntar. Dan bila kami sampai aja di rumah, Farees terus menyusu badan
balik. Allah Maha Memahami kehendak kita. Kita niat nak make sure Farees fully
breastfeed, Alhamdulillah. Allah makbulkan.
Dari segi date pulak supaya selari dengan ayam saya, Alhamdulillah.
Saya bertemu dengan sebuah Syarikat Agensi yang betul-betul besar. Syarikat ini
menawarkan pakej umrah hampir setiap hari setiap bulan. Jadi, saya boleh pilih
date yang betul-betul sesuai dengan ayam saya.
So that masa saya pi ke sana, saya boleh elakkan time ayam besar. Dan masa saya
ke Mekah, reban ayam sedang di basuh dan bila saya balik ke Malaysia, anak
ayam dah berumur 9 hari.
Mekah adalah satu tempat untuk sesiapa saja yang ingin mencari ketenangan. Di
sana, langsung tak teringat pasal ayam. Pasal ayam di Malaysia, saya serahkan
segalanya kepada Allah.
Lagipun, saya ada minta staf CP untuk tolong datang tengok anak ayam saya masa
masuk. Di Mekah, kita hanya fokus untuk beribadah kepada Allah.
Fokus untuk memohon keampunan kepada Allah atas segala dosa2 yang telah kita
lakukan. Fokus untuk memohon Allah memudahkan segala urusan kita di dunia
dan akhirat. Segala-galanya.
FOKUS KITA HANYA KEPADA ALLAH. Apa yang kita boleh buat untuk mendekatkan
diri kita dengan Allah.
Di Masjidil Haram, ada tempat yang dinamakan Multazam, tempat yang paling
mustajab untuk kita berdoa di atas muka bumi ni. Berdasarkan pengalamanpengalaman saya berdoa di tempat ni pada ziarah-ziarah saya yang terdahulu.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 139

139

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Hampir kesemua doa-doa saya dimakbulkan Allah. Alhamdulilah.


Dan semasa saya di sana kali ni, ada banyak doa yang saya minta ketika di
Multazam. Dan Alhamdulillah. Ada yang Allah dah pun 'bayar cash' lepas saya
balik dari Mekah ni.
Tak perlulah saya bagi tahu kepada umum apa yang saya doakan.. Cukuplah saya
katakana, berdoa di Multazam betul-betul mustajab. Itu aja yang saya nak anda
semua faham.
Dan sekarang, lepas balik dari Umrah ni. Saya mula berazam untuk pergi
menunaikan haji pulak. Insya Allah, perancangan saya dalam 2-3 tahun dari
sekarang. Saya mungkin akan pergi menggunakan pakej.
Dan estimation cost dalam RM20k seorang, so sekarang nak kena kumpul RM40k.
For me and Maria.
So, mulai sekarang ni, kena ada allocation untuk pergi menunaikan Haji. Cumanya,
kena ada perancangan yang rapi dengan ayam, sebab saya akan tinggalkan ayam
satu pusingan terus. Kira-kiranya, pergi Mekah ayam belum masuk, balik Mekah
ayam dah habis jual. Fuhh. Ini memerlukan perancangan yang betul-betul rapi.
Tawakkal kepada Allah pada tahap tertinggi ni.
Pada pemerhatian saya, ada juga segolongan jemaah yang pergi menunaikan
umrah bersama saya dari golongan yang sederhana pendapatan mereka.
Ada makcik dan pakcik yang saya jumpa mempunyai kewangan yang terhad ketika
berada di sana. Tapi mereka sampai juga ke Mekah.
Apa yang saya nampak pada mereka ni, kehidupan mereka ada KEBERKATAN.
Sebab apa saya kata, mereka ni tak da sumber kewangan yang tetap setiap bulan.
Ada yang bekerja sendiri kecil-kecilan. Tapi mereka DIPILIH Allah untuk pergi ke
RUMAHNYA.
Dan bila saya lihat balik, MASIH RAMAI orang Islam di Malaysia yang KAYA,
BERHARTA atau boleh dikatakan MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 140

140

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

KUKUH. Tapi belum DIPILIH oleh Allah untuk kesana. Sama ada belum DIPILIH oleh
Allah, atau pun diri sendiri yang memberikan seribu satu alasan untuk tidak ke
sana.
Percayalah, kalau kita berazam. Insya Allah, Allah sendiri akan berikan jalannya
nanti.
Dan bagi mereka yang belum ke Mekah sama ada menunaikan Haji atau Umrah,
bagi saya eloklah kalau pergi menunaikan umrah dulu.
Sekurang-kurangnya, kita dapat gambaran macam mana yang dikatakan Masjidil
Haram, tempat untuk tawaf dan Sai.
Kita juga akan dibawa ke tempat-tempat penting seperti di Arafah, Muzdalifah
dan Mina, tempat Melontar dan sebagainya.
At least, kalau kita pi Haji nanti, kita dah ada persiapan dari segi ilmu
pengetahuan.
Mak mertua saya yang pergi bersama saya kali ni bersyukur kerana Allah memberi
kesempatan kepada dia untuk pergi menunaikan umrah. Dan sekarang baru dia
faham dan dia rasa lebih yakin untuk pergi menunaikan haji nanti.
Rasanya, cukuplah dulu untuk entry kali ni. Moga apa yang saya tulis dapat
memberi manfaat untuk kita semua. Dan sebar-sebarkanlah link ni kepada kawankawan yang rasa boleh mendapat manfaat bersama.
Yang baik datangnya dari Allah, dan yang lemah datang dari kelemahan diri saya..
Hakikatnya dari Allah jua. Moga kita sama2 berazam untuk membuat PENYUCIAN
ROHANI DI TANAH SUCI.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 141

141

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 19 : ALHAMDULILAH !!!


IMPIAN MENUNAIKAN HAJI TERCAPAI
Alhamdulillah, untuk pengetahuan anda. Saya menunaikan umrah pada tahun
2010. Saya berdoa kepada Allah agar dipermudahkan urusan saya untuk
menunaikan haji pada tahun 2011.
Impian saya ini Allah perkenankan. Pada tahun 2011, Allah menjemput saya,
Maria serta mertua saya untuk menunaikan haji bersama. Terlalu banyak perkara
miracle yang berlaku sehingga kami mendapat tawaran ini.
Seperti yang saya katakan dalam ebook ini, jika kita mempunyai impian untuk
menunaikan haji. Insya Allah, Allah akan perkenankan hajat kita itu.
Tahukah anda, bukan mudah untuk saya dan Maria mengumpul wang sekitar
RM50,000 dalam tempoh satu tahun untuk menunaikan haji.
Selepas pulang menunaikan umrah, kami berjimat dalam semua perbelanjaan
kami. Setiap bulan, kami berdua memperuntukkan RM3,000 untuk tabung haji
kami. Alhamdulillah, Allah mendengar hasrat hati kami. Tahun 2011, kami
menunaikan haji dengan sebuah syarikat swasta.
Untuk pengetahuan anda, saya ada menulis sebuah Ebook Kembara Haji Di
Tanah Suci Pengembaraan Mencari Redha Illahi.
Ebook ini menceritakan dengan detail pengalaman saya menunaikan haji dari
awal sehingga akhir. Saya menulis sebanyak 100 Episod Pengalaman saya
sekeluarga menunaikan haji dalam bentuk cerita.
Ia setebal 820 muka surat. Penuh dengan kisah, tauladan dan pengalaman saya
sepanjang berada di Tanah Suci.
Jika anda rasa Travelog Umrah ini best, percayalah Ebook Kembara Haji ini jauh
lebih best sebab saya menceritakan dengan tersangat detail perjalanan haji saya
dahulu.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 142

142

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

KEMBARA HAJI DI TANAH SUCI


PENGEMBARAAN MENCARI REDHA ILLAHI

Jika anda berminat untuk mendapatkan Ebook ini, sila hubungi Kam Maria di
talian 019-2592731.

Ebook ini untuk dijual. 100% keuntungan akan disumbangkan untuk mereka yang memerlukan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 143

143

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 20 : ALANG ALANG BELAJAR, BIAR


SAMPAI KE LUAR NEGARA
Untuk makluman anda, selepas pulang ke daripada menunaikan haji. Allah telah
mengilhamkan saya untuk menulis pengalaman saya semasa saya belajar dahulu.
Saya berjaya menulis 3 buah Ebook Rahsia Kejayaan Pelajar Cemerlang.
Di dalam ketiga tiga Ebook ini, saya kongsikan pengalaman saya, seorang anak
kampung yang pernah kurang cemerlang dalam pelajaran, kemudian bangkit
semula dan terus berusaha sehingga akhirnya berjaya menjadi pelajar terbaik di
universiti terkemuka di luar negara.
Saya kongsikan pengalaman hidup saya, bagaimana saya memperoleh 9A dalam
PMR, 9A dalam SPM dan First Class Honours dalam Electrical Engineering di
University of Sheffield, United Kingdom.
Semua pengalaman saya ini ditulis agar ia dapat memberi inpirasi kepada anak
bangsa saya hari ini untuk berjaya dalam pelajaran mereka.
Melalui ketiga tiga ebook ini, saya kongsikan rahsia bagaimana saya dan adik
beradik saya yang lain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi
pelajar cemerlang di sana.
Abang sulung, Abang Jan memperoleh First Class Honours dalam bidang Electrical
and Electronic Engineering di University Manchester Institute of Science And
Technology (UMIST). Abang kedua, Abang Arman pelajar cemerlang di Trinity
College Dublin, Republic of Ireland, dan adik saya Mohd Dzuha Master in
Mechanical Engineering, University of Sheffield, (UK).
Segala teknik yang kami gunakan dikongsi dalam ketiga tiga ebook ini agar para
pelajar hari ini dapat mengetahui teknik belajar yang mudah dan terbukti
berkesan.

Dapatkan 3 Ebook Hebat Ini di www.rahsiapelajarcemerlang.com

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 144

144

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Dapatkan Ebook Ini Di : www.rahsiapelajarcemerlang.com

Jika anda orang miskin, tak cukup wang untuk membeli ebook ini, tetapi anda mahu bantu anak
anda untuk menjadi pelajar cemerlang. Sila emel kepada saya di mariafirdausblog@yahoo.com.
Saya akan hadiahkan ebook ini PERCUMA KEPADA ANDA.
Sebahagian hasil jualan Ebook ini akan disumbangkan kepada mereka yang memerlukan.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 145

145

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

BAB 21 : PENUTUP
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan tuan dan
puan puan yang sudi membaca ebook Travelog Umrah ini sehingga akhir.
Saya berdoa agar kisah yang saya kongsikan di dalam ebook ini dapat memberi
inspirasi dan motivasi kepad anda semua untuk mendekatkan diri kita kepada
Allah.
Semoga, apa yang saya kongsikan ini akan menjadi pencen kubur buat saya.
Saya harap, tuan tuan dan puan puan dapat membaca ebook ini sehingga ke
muka surat terakhir. Kerana saya ada tawaran istimewa untuk anda.
Tuan tuan dan puan puan, jika tidak keberatan. Saya mohon kepada anda semua
untuk menyebarkan ebook ini kepada rakan rakan anda yang lain.
Ia percuma dan halal cetak rompak. Anda tidak perlu meminta izin daripada saya
untuk menyebarkan kepada orang lain.
Niat saya hanyalah satu. Mahu lebih ramai ummat Islam terbuka minda untuk
menunaikan umrah dan haji pada usia muda.
Sebelum ini, ramai yang menyangka umrah itu susah. Haji itu susah. Sebenarnya
tidak. Jika kita ada ilmu mengenai haji dan umrah, semuanya akan menjadi
mudah. Sebab itulah, saya harap sangat agar ebook ini dapat di baca lebih ramai
orang lagi.
Jika anda mahu menyebarkan ebook ini kepada rakan rakan anda yang lain, anda
boleh sama ada :
i) Terus berikan ebook ini kepada mereka.
iii) Emel ebook ini kepada rakan rakan sepejabat anda.
Semoga, anda juga akan memperoleh pencen kubur kerana berkongsi ilmu ini
dengan orang lain.
Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 146

146

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Akhir sekali, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf jika terdapat
sebarang kesilapan di dalam ebook ini.
Segala yang baik, datangnya dari Allah. Yang kurang itu datangnya dari kelemahan
dari diri saya sendiri.
Wassalam.
Yang Benar,
Haji Mohd Firdaus Bin Mat Saad
1 Januari 2014

Detail Umrah Sila Baca Di Bawah


Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 147

147

Mohon Anda Sebarkan Ebook Ini Kepada Rakan Rakan Anda Yang Lain

Assalamualaikum,
Saya dan Maria Insya Allah akan menunaikan umrah pada bulan Disember 2014 ini.
Ada sesiapa yang nak join?
Detail adalah seperti berikut :
Tarikh : 10 Disember 2014 - 22 Disember 2014
Masa : 13 Hari 11 Malam
Harga : RM5490 ( 4 Orang Sebilik )
Agen : Asari Murni Sdn Bhd ( Alor Setar )
* Harga termasuk tiket penerbangan, hotel, transportation, makan dan ziarah.
Anda boleh check pakej umrah dengan syarikat lain. Rata rata adalah sekitar RM6500
ke atas.
Di Mekah Hotel Jawharat Misfalah @ Setaraf ( 350m dari Masjid )
Di Madinah Hotel Fayroz Season @ Setaraf ( 200m dari Masjid )
Untuk Tempahan :
Bayar Deposit RM500 sahaja dulu. Bayaran penuh sebulan sebelum berlepas.
Jika berminat, sila hubungi kami segera kerana tempat sangat sangat terhad.
Jom... Tanamkan azam untuk kita ramai ramai pergi umrah. Especially kepada sesiapa
yang masih belum pernah pergi umrah.
Kepada yang belum pernah pergi, pergilah... Nanti anda akan faham apa yang saya
cakapkan ini.
Jangan cakap duit tak ada.. Niat aja, nanti Allah akan lorongkan duit buat kita.
Tempat Terhad. First Come First Serve.
Jom..... Ke Umrah Kita.....
Berminat? Hubungi Maria 019-2592731 Segera. Tempat TERHAD.

Sila Layari Website Penulis : www.mariafirdaus.com.my

Page 148

148

Anda mungkin juga menyukai