Anda di halaman 1dari 8

ETIKA PROFESION KEGURUAN

Maksud Etika
1. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka, 1995)
2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).
3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap
masyarakat.
4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan AlQuran dan ketakwaan kepada Allah.
Maksud Etika Profesional
Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua
aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta
tingkah laku profesion dalam masyarakat.
Skop Etika Profesional
1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang
benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.
2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa
dalam keseluruhan hidupnya.
3. Etika PerguruanBermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru
terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion
perguruan. Kod etika dianggap penting kerana:
1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam
profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.
2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru
terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan
jelas tentang tanggungjawab mereka.
3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini
menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru
dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini
dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi
sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.
5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan
secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati
tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi.
Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi
dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi
Tanggungjawab guru
1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada
jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.

3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan


jujur.
4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid
mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan
atau persendirian.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak
kira bangsa dan agama atau kepercayaan.
7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk
tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua
murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan
politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya
dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi
jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak
berkenaan.
11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang
boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan
murid, masyarakat atau negara.
13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya
supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau
'role model' kepada muridnya.
16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk
pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah
atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik
persendirian terhadap muridnya.
19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau
ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.
20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan)
untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan.
22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan
namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:Niat yang betul
Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi
NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi
fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia.
Nilai-nilai itu adalah:
Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ihklas
Penyayang
Akauntabiliti keguruan
1.0 Konsep keguruan
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh.
Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang
memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada
orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara,
menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai
perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara
yang mempunyai perkaitan dengan guru.
2.0 Konsep Akauntabiliti
Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai
bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu.
Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk
memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi
kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut .
Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan
justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan
yang telah diambil.
3.0 Akauntabiliti keguruan.
Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan
dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa
maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di
atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri,
sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya.
Akauntabiliti guru terhadap
3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik
darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru
juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan muridmurid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah
bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor
jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah
membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang
bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu
memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat
terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan
berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus
juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang

demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di


benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya.
3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat
menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di
kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang
ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru
hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi
pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal
menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang
boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru
juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan
peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik
supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru
juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa
lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal.
3.3 Sekolah
Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga
bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti
terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas
mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti
sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia
mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan
cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun
Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai
dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah
memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian
secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah
mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa
pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala
aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha
untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak
menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat
atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga
hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat
membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab,
menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.
Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru
tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat.
Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan
masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh
masyarakat .
3.5 Profesion Keguruan
Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan
berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan
seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak
pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan
strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara

maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid
menerima ilmu yang betul dan tepat.

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :1)


Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnyadan yang akan menyebabkan hilang
kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk dan
sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling terutama pelajar
dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru agar menjaga perlakuan
agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya sehingga boleh menghilangkan
kepercayaan masyarakat terhadap nilai-nilai murni seorang guru yang membawa
tanggungjawab mendidik anak bangsa supaya bertingkah laku baik dan
berakhlak mulia. Jika guru gagal, seluruh masyarakat tidak akan mempercayai
guru dalam membantu ibu bapa mendidik anak-anak mereka.
2)
Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh
membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan : Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip
hidup seorang guru apabila memegang sesuatu amanah terutamanya yang
melibatkan kewangan. Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik,
ada kalanya guru juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan
sebagainya. Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah
bersikap jujur, berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil
akibat kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa
berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk
mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan lalai.
3)
Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah
menjalankannya dengan jujur : Ini bermakna ketika guru sedang melakukan
tugas dan bergaul dengan pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa
melakukan sesuatu itu dengan niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun
populariti dikalangan pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar
dan tidak pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk
kesenangan peribadinya.
4)
Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.
Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.

Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru membuat


keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru ataupun kehendak
persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar menjadi perkara utama
perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah menjadi tanggungjawab seorag
guru itu untuk melindungi dan menjaga kepentingan pelajarnya terutama ketika
disekolah. Sewaktu guru sedang menjalankan tugas, perkara lain harus di
ketepikan buat sementara waktu agar guru dapat memberi perhatian
sepenuhnya kepada pelajar.
5)
Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran
kepada setiap muridnya tak mengira bangsa, agama dan
kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan agama
mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang berbangsa
Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar dan memberi
tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat beliau mahu
membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum lain yang
dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang ditonjolkan ini
boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di kalangan pelajarpelajar bangsa Cina dan India.
6)
Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam
usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima
oleh masyarakat : sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru
adalah merupakan orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk
menjaga, mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu
bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada anak
mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan pelajarnya
seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan dapat menikmati
kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di rumah.
7)
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan
lain-lain :guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata.
Dalam mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira
status pelajar dihadapannya. Semua pelajar memerlukan ilmu pengetahuan yang
sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut kerana mereka datang ke
sekolah dengan tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.
8)
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di
kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan
potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain :
semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang berbeza
antara satu sama lain dari segi pembelajaran dan pemahamannya. Guru harus
peka dan sentiasa prihatin dengan setiap pelajar agar tiada yang tertinggal
dalam membantu mereka menonjolkan potensinya.
9)
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat
sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi
yang tidak berkenaan : guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang
yang boleh dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja
maklumat mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika
maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
10)
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara : guru tidak boleh bersikap

tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya tidak mementingkan kehendak


masyarakat dan mencapai matlamat negara.
11)
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua
muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang
taat dan berguna : melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke
arah dan tujuan yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik
dan sedia memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
12)
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu
yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa
terhadapnya : guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar
apa sahaja perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan
rasa curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan
maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.
13)
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi
contoh baik atau 'role model' kepada muridnya : guru sentiasa harus
menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai murni agar dapat memberi
contoh atau model yang baik kepada pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga
nama baik guru dan professionnya.
14)
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang
disahkan :tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan
adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi dan
mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan luar waktu
sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada pengajaran adalah
dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang guru yang berpekerti mulia.
15)
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja
tuisyen atau pengajaran persendirian :menerima bayaran untuk kelas
tambahan adalah dilarang, apatah lagi mengiklankan dirinya untuk apa-apa
kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti kata lain guru dilarang meletakkan
namanya dalam apa-apa iklan berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak
wasangka masyarakat sekeliling.
16)
Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan,
politik persendirian terhadap muridnya :sudah tertakluk dalam
perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah bebas menganut mana-mana
agama. Oleh sebab itu guru tidak harus memaksa mahupun mempengaruhi
pelajarnya agar mempercayai apa yang guru percaya. Guru harus berada di
pihak yang neutral agar beri peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih
kepercayaan sendiri apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya
boleh memberi panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
17)
Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas
profesionalnya : setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah
ikhlas tanpa mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun
masyarakat.
18)
Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain : ini
bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama baik
sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak tercalar di
kalangan pelajar.

19)
Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu
berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk
mendapat pekerjaan : guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara
bekerja agar dapat peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf
pekerjaannya. Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara
mengampu pentadbir sekolah.
20)
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara
membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat
dalam profesion perguruan : tugas guru yang utama adalah mengajar dan
mendidik pelajar. Guru harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah
dilarang sama sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba
menempa nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan
untuk kebaikan dirinya.

Anda mungkin juga menyukai