Anda di halaman 1dari 3

Pada kesihatan

Kesan pencemaran tanah terhadap kesihatan bergantung pada jenis polutan, laluan masuk
ke dalam tubuh dan kerentanan penduduk yang terkena. Kromium, berbagai macam racun
perosak dan herbisida merupakan bahan karsinogenik untuk semua populasi. Timbal sangat
berbahaya pada anak-anak, kerana dapat menyebabkan kerosakan otak, serta kerosakan
ginjal pada seluruh populasi.
Paparan kronik (terus-menerus) terhadap benzena pada kepekatan tertentu boleh
meningkatkan kemungkinan terkena leukemia. Merkuri (raksa) dan siklodiena dikenali boleh
menyebabkan kerosakan buah pinggang, beberapa bahkan tidak boleh diubati. PCB dan
siklodiena berkaitan pada keracunan hati. Organofosfat dan karmabat boleh menyebabkan
gangguan pada saraf otot. Berbagai pelarut yang mengandung klorin merangsang
perubahan pada hati dan ginjal serta penurunan sistem saraf pusat. Terdapat beberapa
macam kesan kesihatan yang tampak seperti sakit kepala, pusing, letih, iritasi mata dan
ruam kulit untuk paparan bahan kimia yang disebut di atas. Yang jelas, pada dos yang
besar, pencemaran tanah dapat menyebabkan Kematian.
Pada Ekosistem
Pencemaran tanah juga boleh memberikan kesan terhadap ekosistem. Perubahan kimia
tanah yang radikal boleh timbul dari adanya bahan kimia beracun / berbahaya walaupun
pada dos yang rendah sekalipun. Perubahan ini boleh menyebabkan perubahan
metabolisme dari mikroorganisme endemik dan antropoda yang hidup di persekitaran tanah
tersebut. Akibatnya bahkan boleh memusnahkan beberapa spesies primer dari rantai
makanan, yang dapat memberi akibat yang besar terhadap pemangsa atau tingkatan lain
dari rantai makanan tersebut. Bahkan jika kesan kimia pada bentuk kehidupan terbawah
tersebut rendah, bahagian bawah piramid makanan dapat menelan bahan kimia asing yang
lama-kelamaan akan tertumpu pada makhluk-makhluk penghuni piramid atas. Banyak
daripada kesan-kesan ini terlihat pada saat ini, seperti kepekatan DDT pada burung
menyebabkan rapuhnya cangkang telur, peningkatan tahap Kematian anakan dan
kemungkinan kehilangan spesies tersebut.
Kesan pada pertanian terutama perubahan metabolisme tanaman yang pada akhirnya boleh
menyebabkan penurunan hasil pertanian. Hal ini boleh menyebabkan kesan lanjutan pada
pemuliharaan tanaman di mana tanaman tidak mampu menahan lapisan tanah dari hakisan.
Beberapa bahan pencemar ini mempunyai separuh hayat yang panjang dan pada kes lain
bahan-bahan kimia derivatif akan terbentuk daripada bahan pencemar tanah utama.

Menjejaskan kesihatan Manusia

Sampah-sarap yang di buang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat


pembiakan kuman.Tikus,lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan
menyebarkan kuman-kuman penyakit kepada manusia melalui makanan yang
telah disentuh olehnya.Selain itu air yang bertakung di kawasan tersebut akan
menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes yang menyebabkan demam denggi.

Kekurangan tanah yang sesuai untuk pertanian.


Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian. Ini akan
meyebabkan hasil pertanian berkurangan dalam negara untuk sara diri mahupun
untuk eksport ke negara lain.

Menyebabkan pencemaran lain

Pencemaran darat akan mengakibatkan berlakunya pencemaran yang lain


seperti perncemaran air ,udara. Bahan pencemaran di darat akan mengalir ke
dalam sungai dan laut dan menyebabkan pencemaran air berlaku secara tidak
langsung. Bau-bau bahan pencemaran akan mengakibatkan berlakunya
pencemaran udara.

Tanah
Menjadi
Beracun
Kesan daripada pencemaran tanah kepada dunia sangat ketara seperti jenis
pencemaran lain juga. Ianya turut memberi kesan yang sangat buruk terhadap
kesihatan manusia serta hidupan lain. Pembuangan sampah-sarap, sisa toksik dan
nulear menjadikan tanah beracun dan tidak boleh didiami.
Tanah
Bertukar
Gersang
Tanah menjadi gersang atau menjadi tanah gurun disebabkan oleh penggunaan
tanah secara berlebihan dan tidak terkawal. Usaha pertanian yang dilakukan ke atas
tanah yang kurang berkualiti (tidak subur), yang sering berlaku ke atas negaranegara yang kurang hujan, padang ragut yang terhad tetapi mempunyai ternakan
yang banyak, sehingga berlakunya overgizing dan seterusnya padang ragut menjadi
gondol, dan pertambahan penduduk yang terlalu tinggi yang memerlukan kawasan
penempatan adalah antara punca-punca kejadian tanah gersang.
Hakisan
Tanah
Berlaku
Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah

satu fenomena yang begitu sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja
merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan
dan nyawa manusia. Umpamanya tanah runtuh dan gempa bumi. Terdapat banyak
negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah.
Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah
pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang
dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan
lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan
penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.
Semua kesan pencemaran tanah ini adalah tidak baik untuk kita dan generasi
seterusnya. Adalah menjadi langkah yang paling wajar untuk kita bersama-sama
menghalang aktiviti pencemaran tanah agar tidak berlarutan. Usaha-usaha
membendung harus diambil dengan mengabungkan pelbagai pihak agar kesan yang
ketara dapat dicapai

Sumber Asal: Punca Pencemaran Tanah Dan Tiga Kesan Utamanya Julmazli Dot Com

Anda mungkin juga menyukai