Anda di halaman 1dari 4

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan mempelajari

subjek Sejarah dan cara-cara menyuburkan minat pelajar terhadap subjek tersebut. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Dalam negara yang pesat membangun seperti Malaysia) bukan sahaja aspek pencapaian fizikal yang
menjadi ukuran, malah pembangunan modal insan dilihat sebagai elemen paling penting dalam menentukan
jatuh bangun tamadun sesuatu bangsa. Remaja hari ini perlu memikul tanggungjawab yang besar untuk
mengekalkan kesejahteraan bangsa dan kemakmuran negara yang telah diasaskan oleh generasi terdahulu.
Dalam konteks ini, subjek Sejarah disandarkan harapan agar dapat menyemai semangat patriotisme
yang jitu dalam kalangan generasi muda. Di samping itu, subjek ini mampu memangkinkan perasaan dan
tindakan semua warga untuk mempertahankan negara. Malahan, subjek Sejarah merupakan pendekatan
terbaik untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan generasi muda. Peristiwa dan fakta yang
dipelajari dalam subjek Sejarah seperti perjuangan menuntut kemerdekaan sekiranya dihayati boleh menjana
pemikiran yang rasional dan matang antara kaum di negara kita. Era globalisasi yang melanda seluruh dunia
pula telah menjadikan masyarakat kita terutamanya anak muda mudah terdedah dengan pembaharuan
budaya berteraskan Barat. Perkara ini secara tidak langsung akan melunturkan semangat kenegaraan.
Pembelajaran melalui subjek Sejarah mewujudkan rasa kebersamaan dalam kalangan ahli keluarga.
Selain itu, subjek ini mencetuskan semangat untuk mengetahui sejarah bangsa, masyarakat dan negara.
Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum, menjadi tanggungjawab setiap warga
negaranya untuk memahami kebudayaan setiap kaum. Jelaslah bahawa subjek Sejarah melahirkan sikap
toleransi dalam diri rakyat negara ini. Subjek Sejarah sebenamya merangsang semangat ingin tahu dalam
diri pelajar. Kaedah inkuirl ini menjadikan mereka memiliki nilai intelek iaitu nilai yang membina pemikiran
kritis dan objektif pelajar. Subjek ini juga berperanan mendidik aspek kemasyarakatan seseorang seperti rasa
keinsafan dan mengajak pengkajinya mengambil iktibar demi masa depan.
Namun begitu, subjek Sejarah sering dikesampingkan oleh pemahaman sempit pelajar tentang
kepentingannya. Pelajar memberi anggapan bahawa kerjaya yang berkait dengan sejarah tidak menjamin
masa depan mereka. Pelajar juga merasakan bahawa mereka dipaksa membaca dan mengingati banyak fakta
yang berulang-ulang sejak tingkatan satu hinggalah ke tingkatan lima. Kaedah pengajaran yang tidak
berkesan dan membosankan juga merupakan salah satu punca subjek ini tidak diminati. Perkara-perkara
sebegini perlu diberi perhatian serius. Maka, wajarlah subjek Sejarah terns dimartabatkan bagi membina
negara bangsa Malaysia yang kuat dan berdaya saing di peringkat global.
(Dipetik dan diubah suai daripada 'Sejarah Perlu Dipelajari?'
oleh Abdul Ghani Abu, Dewan Siswa, Januari 2009)
Soalan 2(a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
i.

Apakah maksud rangkai kata menentukan jatuh bangun?

[2 markah]

ii.

Penulis menyatakan beberapa sebab subjek Sejarah sering diabaikan.


Nyatakan sebab-sebab tersebut.

[3 markah]

iii.

Subjek Sejarah penting dalam Kurikulum Pendidikan Kebangsaan.


Pada pendapat anda, apakah kesan-kesannya sekiranya subjek Sejarah tidak dipentingkan?
Berikan tiga kesan.
markah]

1 | Disediakan oleh:Ms. Chan 0162050421

[4

Latihan Sintaksis SPM


LATIHAN 1 : SEKOLAH BERASRAMA PENUH
(b) Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud
asalnya.
Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan
komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan
pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman
yang tidak berfaedah.
[
6
markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
LATIHAN 2 : MRSM
(b) Kenal pasti jenis ayat-ayat pasif di bawah. Tentukan sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat pasif
dengan ganti nama diri pertama, ayat pasif dengan ganti nama diri kedua, ayat pasif dengan ganti
nama diri ketiga atau ayat pasif songsang.
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Makanan itu belum aku rasai lagi sejak pagi tadi.


Hutang itu perlu kaujelaskan selewat-lewatnya esok.
Bahagian tepi bangunan kedai itu dicat oleh Pak Samad.
Saya tendang bola itu sekuat hati sehingga luar pagar sekolah.
Ladang tebu itu telah dibersihkan oleh mereka pagi semalam.
Perkara tersebut belum awak putuskan sehingga hari ini.
[6 markah]

LATIHAN 3 : MPSM MELAKA


(b) Tukarkan ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Masalah alam sekitar perlu ditangani dengan segera oleh pihak berkuasa.
_________________________________________________________________________________
ii.

Kasut sekolah yang kotor itu telah saya cuci semalam.


_________________________________________________________________________________

iii.

Sajak-sajak yang baik itu telah ditulis oleh kumpulan penyajak yang masih muda.
_________________________________________________________________________________
[6 markah]

LATIHAN 6 : MPSM SABAH


(b) Nyatakan jenis-jenis ayat yang disenaraikan di bawah ini.
i.
Wah, besarnya sungguh rumah kontraktor yang terkenal itu!
2 | Disediakan oleh:Ms. Chan 0162050421

ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Ayahnya baru sahaja pulih daripada penyakit paru-paru berair.


Apakah punca yang menyebabkan pelajar-pelajar suka ponteng sekolah?
Jangan berkawan dengan budak-budak yang menghisap rokok.
Silakan duduk, saya hendak pergi ke dapur dahulu.
Tolong bersihkan bilik tidur kamu sebelum ibu pulang.
[6 markah]

LATIHAN 8 : MPSM SELANGOR


(b) Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian anda dikehendaki menggabungkan ayat-ayat berikut
menjadi tiga ayat.
Malaysia menjadi destinasi tarikan pelancong. Malaysia mempunyai beberapa buah pulau yang indah.
Malaysia mempunyai kawasan rekreasi hutan yang menarik. Kerajaan telah berusaha dengan gigih untuk
mempromosikan Malaysia. Kerajaan mengadakan kempen Tahun Melawat Malaysia. Kerajaan Malaysia
juga menganjurkan pertandingan sukan bertaraf antarabangsa. Ekonomi Malaysia meningkat. Peluang
pekerjaan juga terbuka luas. Banyak pelancong datang ke Malaysia.
[6 markah]
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
LATIHAN 9 : MPSM TERENGGANU
(b) Tukar ayat susunan songsang di bawah kepada ayat bersusunan biasa tanpa mengubah maksud asalnya.
i.
Tersusun kemas alat-alat pertukangan di dalam bengkel itu.
________________________________________________________________________________
ii.

Perlu kita tamatkan sahaja perlawanan ini kerana hujan semakin lebat.
_________________________________________________________________________________

iii.

Akan menerima hadiah utama sesiapa sahaja yang meneka kedudukan bola dengan tepat.
_________________________________________________________________________________
[6 markah]

LATIHAN 15 : MPSM KELANTAN


(b) Nyatakan pola ayat dasar di bawah ini sama ada Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama
+ Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA), atau Frasa Nama + Frasa Sendi
Nama (FN + FSN)
i.
Dia masih tidur.
ii.
Bas itu dari Seremban.
iii.
Kucing itu kurus kering.
iv.
Rakannya gadis Filipina.
v.
Puan Ramziah guru di sekolah itu.
vi.
Merokok membahayakan kesihatan.
[6 markah]
3 | Disediakan oleh:Ms. Chan 0162050421

4 | Disediakan oleh:Ms. Chan 0162050421

Anda mungkin juga menyukai