Anda di halaman 1dari 4

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SOFBOL

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

PERATURAN AM
PERTANDINGAN SOFBOL MSSJ 2014
1.

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung pertandingan ini akan dijalankan
mengikut Peraturan Am MSSM terkini dan Undang-Undang Permainan Sofbol Antarabangsa
(l.S.F) Fast Pitch 2010-2013
1.2 Sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi pentafsirannya, maka undang-undang dalam
bahasa inggeris yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan
seperti berikut :1.3.1 Sebarang kejadian am akan diputuskan berasaskan kepada Peraturan Am Majlis
Sukan Sekolah Malaysia, Majlis Sukan Sekolah Johor dan Jawatankuasa
Pengelola yang sedang berkuatkuasa.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada UndangUndang Permainan Sofbol Antarabangsa (l.S.F) Fast Pitch 2010-2013.

2.

JENIS PERTANDINGAN
2.1
2.2

3.

Pertandingan berpasukan antara daerah 12 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.
Pertandingan berpasukan antara daerah 18 tahun dan ke bawah bahagian lelaki dan
perempuan.
PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

3.1
3.2
3.3

4.

Setiap pasukan mempunyai tidak lebih daripada 15 orang pemain, dua orang jurulatih
dan seorang pengurus.
Setiap pasukan hendaklah disertai oleh Pengurus Pasukan pada masa perlawanan
dijalankan.
Pendaftaran : Sebarang perubahan atau pindaan pada borang pendaftaran dibenarkan
di Mesyuarat Pengurus-Pengurus Pasukan, jika pengurus pasukan berkenaan
membawa surat pengesahan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung / Yang
Dipertua masing-masing dengan cop rasmi.
KELAYAKAN PEMAIN

4.1
4.2

4.3

Semua pemain mestilah memenuhi Peraturan Am (3) dan (4) MSSM.


Kategori 12 tahun dan ke bawah.
4.2.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah 12 tahun dan ke bawah dan kiraan
umur adalah pada 1 Januari tahun pertandingan atau dilahirkan pada atau
selepas 1 Januari 2002.
4.2.2 Semua pemain diwajibkan membawa salinan sijil kelahiran yang disahkan Guru
Besar/Penolong Kanan sekolah berkenaan.
Kategori 18 tahun dan ke bawah
4.3.1 Semua pemain bagi pertandingan adalah 18 tahun dan ke bawah dan kiraan
umur adalah pemain pada 1 Januari tahun pertandingan atau dilahirkan pada
atau slepas 1 Januari 1996.
4.3.2 Semua pemain diwajibkan membawa kad pengenalan ASAL masing-masing.

61

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SOFBOL


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

5.

SISTEM PERTANDINGAN
5.1
5.2

Sila rujuk Peraturan Am (11) MSSM.


Tempoh perlawanan:
5.2.1 Kategori 12 tahun dan ke bawah :
5.2.1.1
Semua perlawanan pusingan awal adalah perlawanan masa terhad
selama 1 jam atau 7 inning.
5.2.1.2
Untuk Perlawanan Akhir, 1 jam 20 minit atau 7 inning penuh akan diambil
kira.
5.2.1.3
Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning
ke 3, 10 larian dalam inning ke 4 dan 7 larian dalam inning ke 5 selepas
tamat giliran memukul, perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan
pasukan tersebut dikira menang.
5.2.1.4
Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mestilah ditamatkan jika
pasukan pemukul kedua (second at bat) mendahului lawannya.
5.2.2 Kategori 18 tahun dan ke bawah :
5.2.2.1
Semua perlawanan pusingan awal adalah selama 1 jam 10 minit atau 7
inning.
5.2.2.2
Untuk Perlawanan Akhir, 2 jam atau 7 inning penuh akan diambil kira.
5.2.2.3
Jika sesuatu pasukan melebihi lawannya dengan 15 larian dalam inning
ke 3, 10 larian dalam inning ke 4 dan 7 larian dalam inning ke 5 selepas
tamat giliran memukul, perlawanan tersebut hendaklah ditamatkan dan
pasukan tersebut dikira menang.
5.2.2.4
Dalam tempoh perlawanan masa, permainan mestilah ditamatkan jika
pasukan pemukul kedua (second at bat) mendahului lawannya.

5.3
5.5

6.

Tie Breaker akan dikuatkuasakan sekiranya kedua-dua pasukan masih lagi seri setelah
tamat tempoh perlawanan atau cukup jumlah inning yang ditetapkan.
Jika sesuatu perlawanan itu tidak dapat diteruskan atas sebab keadaan gelap, hujan,
kebakaran, huru-hara atau lain-lain sebab yang boleh merbahayakan penonton atau
pemain, pengadil berkuasa menangguhkan perlawanan tersebut dan menyambung
semula perlawanan tersebut dengan baki masa yang ada.
CARA MENENTUKAN KEPUTUSAN

6.1

6.2

Pemberian mata dalam pusingan awal adalah seperti berikut:


Menang
2 mata
Kalah
1 mata
Kalah tanpa pertandingan
0 mata
Jika seri, kedudukan akan ditentukan seperti berikut:
6.2.1 Keputusan perlawanan antara semua pasukan diambil kira. Pasukan yang
mempunyai bilangan kalah paling rendah akan diletakkan di kedudukan yang
lebih tinggi.
Jika seri,
6.2.2 Keputusan perlawanan antara pasukan terbabit akan diambil kira, Pasukan yang
menang akan diletakkan pada kedudukan yang lebih tinggi (jika dua pasukan
terlibat).
Jika seri,
6.2.3 Jumlah larian kena setelah tamat pusingan awal diambil kira. Pasukan yang
mempunyai larian kena paling rendah akan diletakkan pada kedudukan paling
tinggi
6.2.4 Jumlah larian kena yang paling rendah antara pasukan yang terlibat akan diambil
kira. Pasukan yang mempunyai larian kena yang paling rendah akan diletakkan
pada kedudukan yang paling tinggi.

62

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SOFBOL


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

6.2.5

7.

Melalui cabutan undi, Pasukan pertama yang dipilih akan diletakan pada
kedudukan yang paling tinggi. Definisi Larian Kena Jumlah larian yang
diperolehi oleh pihak lawan.

PAKAIAN / PERALATAN
7.1
7.2

7.3
7.4
7.5
8.

Sila rujuk Undang-undang Antarabangsa Permainan Sofbol.


Pengurusan pasukan, Jurulatih dan pemain mesti memakai pakaian seragam pasukan
yang telah ditetapkan. Nombor pemain mesti disematkan di belakang seragam itu. Dua
pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian yang sama. Pasukan yang
disebut dahulu dalam jadual hendaklah menukar pakaian seragamnya.
Face Mask, throat protector, chest guard, catchers helmet dan shin guard DIWAJIBKAN
semasa perlawanan berlangsung.
Batter helmet MESTI dipakai oleh pemukul menunggu, pemukul, pelari di bes dan
pemain yang menjadi jurulatih bes.
Double base di bes pertama akan digunakan.
KELEWATAN

Hanya sepuluh minit akan diberikan oleh pasukan yang lewat. Selepas itu, pasukan lawan akan
diberikan kemenangan percuma dengan mendapat dua mata dan tujuh larian berbalas 0 (untuk
perlawanan tersebut sahaja)
9.

BANTAHAN
9.1
9.2
9.3

10.

Bantahan ke atas perkara-perkara teknikal hendaklah diselesaikan di atas padang dan


keputusan Ketua Pengadil adalah muktamad.
Perkara-perkara berkenaan hal kelayakan pemain akan diselesaikan oleh Lembaga
Rayuan.
Bantahan atas perkara 9.2 hendaklah dibuat secara bertulis dengan disertakan dengan
wang pertaruhan sebanyak RM300.00 tidak lewat dari satu jam selepas tamat
perlawanan. (Borang bantahan boleh diperolehi dari Pengerusi Teknik Sofbol
Negeri / Urusetia Kejohanan ). Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya
bantahan yang dibuat ditolak.
JURI RAYUAN (Peraturan Am 14 MSSM)

Terdiri daripada :
10.1
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya.
10.2
Setiausaha Jawatankuasa Pengelola
10.3
Penyelaras Teknik dan Pembangunan Sukan (Sofbol)
10.4
Ketua Pengadil Pertandingan
10.5
3 orang Pengurus Pasukan yang tidak terlibat dengan kes / bantahan
11.

BOLA PERTANDINGAN
Bola (kulit) rasmi kejohanan bergantung kepada pembekal.

12.

PERKARA TIDAK JELAS/TIDAK DINYATAKAN


Perkara yang tidak dinyatakan dalam PERATURAN AM MSSM dan PERATURAN PERMAINAN
ini, akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan dan keputusan adalah
mutamad.

63

JAWATANKUASA TEKNIK DAN PEMBANGUNAN SOFBOL


MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH JOHOR

13. PERKARA DIPUTUSKAN DALAM MESYUARAT PTPS/MSSJ BIL:1/2014 BERTARIKH 28


APRIL 2014 DI PPD MUAR.
13.1 Pengerusi Teknik Sofbol Daerah dikehendaki menyerahkan kesemua dokumen-dokumen
berkenaan pasukan-pasukan sofbol daerah masing-masing pada 07 Mei 2014 jam 2.00
petang kepada Urusetia Kejohanan Sofbol MSSJ 2014 di Unit Sukan PPD Muar.
13.2 Penggunaan borang pengesahan pasukan yang mengandungi gambar dan maklumat PTPS
Daerah, Pengurus Pasukan, 2 orang jurulatih, seorang fisioterapi dan 15 orang pemain.
Borang tersebut hendaklah disahkan oleh Pengerusi Teknik Sofbol Negeri Johor.
Penggunaan borang pengesahan pasukan tersebut diserahkan bersama batting order
kepada skorer bagi setiap perlawanan dan diambil semula selepas perlawanan.
13.3 Hanya pegawai-pegawai pasukan yang bergred DG sahaja dan tersenarai dalam borang
pengesahan pasukan dibenarkan berada di kawasan dugout dan coach box pasukan
semasa perlawanan.
13.4 Pemain-pemain Tingkatan 6 perlu mematuhi peraturan yang termaktub dalam
Peraturan 3 Bahagian 3.1 Perkara 3.1.4 hingga 3.1.6 ( Peraturan Am MSSM ) dan
Peraturan 4 Bahagian 4.3 Perkara 4.3.1 ( Peraturan Am Pertandingan Sofbol MSSJ 2014).
Sebarang kemusykilan hendaklah dirujuk kepada Pengerusi Teknik Sofbol MSS Johor.
13.5 Sekiranya perlawanan tidak dapat diteruskan atau disambung disebabkan oleh faktor cuaca
atau apa-apa yang difikirkan mengganggu perjalanan kejohanan dan berdasarkan peraturan
yang telah ditetapkan, maka pihak Pengelola dan Pengerusi Teknik Sofbol MSS Johor
berhak menentukan cara penentuan pemenang perlawanan yang terganggu tersebut.

64

Anda mungkin juga menyukai