Anda di halaman 1dari 1

TUGASAN 1

KONSEP BUDI BAHASA DAN KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN


MASYARAKAT MALAYSIA

PENGENALAN

Budi bahasa merupakan tingkah laku, kelakuan, tutur kata, akal, kebijaksanaan dan
perbuatan kebajikan seseorang individu yang baik, mulia, tertib, dan sopan. Menurut kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi ketiga cetakan keenam 2002(m/s180), budi
didefinisikan sebagai akal,kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik dan kebajikan.
Dalam kalangan Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai pengertian seperti jasa dan
sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain. Sememangnya, orang yang berbudi
tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi tenaga atau peralatan,
mestilah diberi dengan ikhlas dan secara sukarela jika ingin diberkati tuhan. Orang yang
menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima,memadai budi
diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.

Anda mungkin juga menyukai