Anda di halaman 1dari 24

PJM 3110

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

1.0 PENGENALAN
Tugasan kerja kursus bagi Kurikulum dan Pedagogi Pendidikan Jasmani ini adalah
berkaitan dengan

penghasilan satu penulisan artikel yang berkaitan dengan

kepentingan strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam pengajaran dan


pembelajaran. Malah, tugasan kerja kursus ini juga meliputi pengajaran mikro bagi
subjek ini yang melibatkan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan
Jasmani.
Berdasarkan pengagihan strategi yang telah dibuat, kumpulan kami telah
mendapat strategi kontekstual berdasarkan tajuk koordinasi. Oleh yang demikian,
sebelum pengajaran berlangsung, penyediaan yang rapi untuk sesi pengajaran
adalah amat penting terutamanya dari segi Penulisan Rancangan Pengajaran
Harian. Rancangan Pengajaran ini amat penting bagi memudahkan seseorang guru
itu mengajar secara lebih berkesan.
Malah, dalam menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian ini guru
seharusnya pakar dalam merancang dan menyesuaikan aktiviti dan strategi supaya
bersesuaian dengan murid. Strategi pengajaran ini merupakan satu operasi,
perancangan dan aktiviti pengurusan yang selalunya berpusat kepada murid dengan
menggunakan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai
matlamat pengajaran dan pembelajaran.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

PJM 3110

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

2.0 PENULISAN ARTIKEL


Tajuk

: Kepentingan Strategi, Kaedah, Teknik dan Pendekatan dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Nama

: Fitri Norlida binti Ibrahim

Kumpulan : PISMP Semester 4 (BM C)


Tarikh

: 12 Ogos 2012

Umumnya, para pendidik mempunyai strategi pengajaran tersendiri mengikut


matapelajaran. Lantaran itu, kebanyakan guru percaya dengan menggunakan satu
kaedah dan teknik sahaja mampu menjadikan proses pengajaran berjalan lancar
tanpa mengambil kira dari aspek kepelbagaian pelajar. Maka proses pengajaran dan
pembelajaran tidak akan mencapai objektif yang ditetapkan berikutan terdapat
sebilangan pelajar yang ketinggalan. Oleh yang demikian, bagi matapelajaran
Pendidikan Jasmani juga tidak terkecuali bertapa pentingnya strategi, kaedah, teknik
serta pendekatan dalam sesi pengajaran.
Menurut Kamus Dewan, strategi merupakan rancangan yang teratur untuk
mencapai matlamat atau kejayaan. Malah, strategi juga meliputi aspek seperti
kaedah, teknik dan pendekatan. Kepentingan utama strategi ini ialah berupaya
membantu guru dalam merancang kaedah serta teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran. Strategi juga sangat penting kerana dapat menentukan pencapaian
optimum seseorang murid dengan melihat respon dan penglibatan yang diberikan
semasa sesi pengajaran.
Dalam Pendidikan Jasmani, strategi yang digunakan adalah berpusatkan
murid. Oleh yang demikian, strategi ini berupaya membantu guru menyusun kaedah
dan teknik pengajaran secara sistematik. Apabila adanya strategi, seorang guru
mampu melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa
ada sebarang masalah. Malah dengan membuat persediaan awal dengan mengatur
langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya maka secara tidak langsung
masalah kecerderaan semasa melakukan aktiviti dapat dielakkan.
PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

PJM 3110

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

Seterusnya, kaedah pula ialah cara atau peraturan yang digunakan untuk
melaksanakan sesuatu, dan merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik
untuk mencapai objektif pelajaran. Manakala, teknik-teknik pengajaran pula adalah
kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu
kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak berhasil.
Kepentingan utama menggunakan variasi kaedah serta teknik dalam
pengajaran pendidikan jasmani adalah untuk menarik perhatian serta penglibatan
murid. Bagi kaedah dan teknik pengajaran yang kreatif, murid akan berasa seronok
dan secara tidak langsung mereka akan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti. Malahan, apabila murid tertarik dengan kaedah dan teknik pengajaran guru,
perhatian

murid

akan

dapat

dikekalkan sepanjang

sesi

pengajaran

dan

pembelajaran serta dapat membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri murid.
Manakala, pendekatan pula merupakan cara atau langkah-langkah yang
diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Malah, pendekatan juga
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai
objektifnya. Maka dengan mengetahui latar belakang murid, dapatlah guru memilih
dan merancang pengajaran dengan menggunakan pendekatan yang sesuai supaya
sesi pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan secara berkesan. Malah,
pendekatan yang sesuai, tepat dan betul juga berupaya menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Kesimpulannya, pemilihan yang tepat serta perancangan yang rapi bagi
setiap perkara ini adalah penting agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan secara berkesan dan berjaya mencapai objektif pembelajaran yang
diinginkan. Malah dalam pengajaran pendidikan jasmani strategi pengajaran adalah
penting terutamanya dari segi keselamatan murid. Malah strategi pengajaran yang
menarik dan sistematik juga turut membantu bagi penglibatan murid secara aktif
dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

PJM 3110

Tajuk

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

: Kepentingan Strategi, Kaedah, Teknik dan Pendekatan dalam


Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Jasmani.

Nama

: Farah Fazriyana binti Basri

Kumpulan : PISMP Semester 4 (BM C)


Tarikh

: 13 Ogos 2012
Strategi

pengajaran

dan

pembelajaran

berhubung

rapat

dengan

pendekatan,kaedah dan teknik mengajar. Ia merujuk kepada kecekapan guru dalam


merancang kaedah, teknik, pendekatan yang berkesan berdasarkan objektif
pengajaran dan pembelajaran yang telah ditentukan. Sebagai seorang guru perlu
memastikan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani berjalan dengan
lancar dengan adanya strategi dan perancangan yang rapi agar perancangan yang
ingin dilaksanakan bersama murid-murid berjaya dan mencapai matlamat yang
diingini.
Strategi pengajaran hendaklah mempunyai kaedah,teknik dan pendekatan
yang tersusun yang tepat dan boleh dicapai.Matlamat yang hendak dituju mestilah
tersusun dan jelas. Setiap pemilihan strategi pengajaran perlu sediakan rancangan
terlebih dahulu dan mempunyai perkara-perkara berikut iaitu tujuan am,objektif
pelajar,langkah-langkah

pengajaran

yang

mengandungi

aktiviti-aktiviti

untuk

membantu pelajar mencapai objektif,perlu ada pemantauan kemajuan pelajar serta


pernilaian bagi mengukur pencapaian pelajar. Perancangan yang dirancang oleh
guru secara sistematik dengan melaksanakannya dengan kaedah,teknik dan
pendekatan mengajar yang sesuai dapat membimbing dan memotivasikan murid
supaya mengambil inisiatif untuk belajar supaya memperoleh kemahiran dan ilmu
pengetahuan mata pelajaran pendidikan jasmani yang diperlukan.
Kepentingan strategi ,kaedah ,teknik dan pendekatan diperlukan lebih-lebih
lagi untuk mengajar murid-murid yang berbeza dari segi pencapaian, minat dan
kebolehan. Pemilihan merancang strategi yang berkesan dapat membantu untuk
mengajar kumpulan yang berbeza ini supaya murid-murid dapat memahami
pembelajaran yang disampaikan guru dan mengelakkan murid-murid daripada

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

PJM 3110

KURIKULUM DAN PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI

ketinggalan dalam pelajaran. Murid-murid terdiri daripada kumpulan lemah,


sederhana dan cerdas. Jadi, dengan adanya perancangan p&p yang rapi meliputi
strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah,teknik dan pendekatan
mengajar dapat membantu memenuhi keperluan semua kumpulan murid di dalam
kelas.
Mata pelajaran Pendidikan Jasmani mendedahkan murid-murid kepada
kecederaan secara lansung.Hal ini kerana pelbagai aktiviti dan permainan yang
dijalankan di luar kelas. Oleh itu, perancangan strategi penting dalam memastikan
keselamatan murid-murid untuk mencegah kemalangan berlaku semasa pelajaran
berlansung. Tanpa strategi perancangan yang rapi, akan menyebabkan keyakinan
murid terjejas ketika menyertai kegiatan pendidikan jasmani. Strategi perancangan
yang tidak rapi seperti guru memilih permainan yang tidak sesuai dengan kebolehan
murid,kawalan disiplin yang kurang baik dan langkah keselamatan kurang
memuaskan

merupakan

punca

kepada

kemalangan

berlaku.Penggunaan

strategi,kaedah,teknik dan pendekatan p&p yang berkesan dapat mencegah


kemalangan yang berlaku dan murid-murid dapat menjalankan aktiviti dengan
selamat.
Di samping itu, kepentingan strategi, teknik, pendekatan, dan kaedah dalam
p&p pendidikan jasmani akan memberi pengalaman yang baru kepada murid-murid
dan mereka dapat mempraktiknya dalam kehidupan seharian. Murid-murid akan
dimotivasikan dengan strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru melalui
aktiviti dan permainan. Pembelajaran menjadi lebih berkesan apabila murid-murid
dapat memanipulasikan alatan dengan sendirinya ketika menjalankan aktiviti
sebagai contoh, guru mengajar mengenai teknik dalam permainan bola sepak serta
menerangkan peraturan dan langkah keselamatan kepada murid-murid di padang
serta memberikan latihan amali menendang bola. Pengajaran guru yang berkesan
membantu murid-murid membawa pengalaman ini untuk digunakan semasa bermain
bola sepak bersama rakan-rakan di luar kawasan sekolah.

PISMP SEMESTER 4 | BAHASA MELAYU C

3.0 RANCANGAN PENGAJARAN MINGGUAN KBSR DAN KSSR


3.1 Rancangan Pengajaran Mingguan KBSR Tahun 3

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Minggu
1
2
3

4
5

Tunjang
Kemahiran
Kemahiran
Kecergasan

Kecergasan
Kesukanan

Kesukanan

Tajuk
Pergerakan Asas
Pergerakan Kreatif
D/Tahan Kardiovaskular

KBSR

Tahap : 1

Tahun:

Aktiviti (waktu 1)
Berlari
Orientasi ruang
Skip berterusan selama 4-5

Aktiviti (waktu 2)
Melompat
Formasi-formasi dalam kumpulan
Melabelkan otot-otot yang terlibat

minit.

dalam melakukan aktiviti daya tahan

Koordinasi

Lambung pundi kacang dan

kardiovaskular.
Baling dan tangkap bola secara

Keselamatan

kawal dengan tangan.


Menyebut langkah-langkah

berpasangan
Membincangkan peraturan-

keselamatan di tempat

peraturan semasa menggunakan

permainan.
Membincangkan masa yang

tempat permainan.
Menyediakan satu jadual aktiviti

sesuai menjalankan aktiviti.

harian.

Pengurusan

3.2 Rancangan Pengajaran Mingguan KBSR Tahun 5

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Minggu
1
2
3

Tunjang
Kemahiran
Kemahiran
Kecergasan

KBSR

Tahap : 2

Tahun: 5

Tajuk
Permainan

Aktiviti (waktu 1)
Kemahiran asas Bola Jaring:

Aktiviti (waktu 2)
Kemahiran asas Bola Jaring:

Gimnastik Irama

- Menangkap bola
Gerak edar dan pusing badan

- Membaling bola
Membincangkan aspek-aspek

Tolak bahu rakan secara

keselamatan
Lambung dan sambut bola segar

berpasangan.
Tampar lutut rakan secara

pelbagai arah.
Pijak kasut rakan secara

berpasangan.
Aktiviti Orientaring:

berkumpulan.
Aktiviti Orientaring:

- Mengenal kompas
Bercerita perasaan setelah

- Membaca bearing
Membincangkan cara-cara

menerima keputusan sesuatu

mengawal perasaan setelah

permainan.

menerima kekalahan dalam

Kekuatan Otot

Kecergasan

Masa Tindak Balas

Kesukanan

Rekreasi

Kesukanan

Etika dalam Sukan

permainan.

3.3 Rancangan Pengajaran Mingguan KSSR Tahun 1

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Minggu

Modul

Standard Kandungan
Kemahiran Berirama

KSSR

Tahap : 1

Tahun:

Standard Pembelajaran
1.5.1 Meniru pergerakan pelbagai watak mengikut irama dan muzik.
2.4.1 Mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai
watak mengikut irama.
1.6.1 Melakukan hambur menggunakan kaki.
1.6.2 Melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.
2.5.1 Mengenal pasti pergerakan serta merta.

1
2

Kemahiran

Gimnastik Asas

2.5.2 Mengenal pasti lakuan mendarat yang betul.


2.6.1 Mengenal pasti tapak sokongan.
2.7.1 Menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk
melakukan aktiviti putaran menegak.
2.7.2 Mengenal pasti kedudukan badan semasa melakukan gulingan balak.
2.7.3 Menyatakan kedudukan badan untuk menghasilkan putaran telur.

Tanggungjawab
Kendiri

5.2.1 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan


Jasmani dan bersedia menerima cabaran.
5.2.2 Menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

3.2.1 Melakukan aktiviti berterusan dalam jangka masa yang ditetapkan.


Kapasiti Aerobik
4

4.2.1 Mengetahui jantung sebagai organ yang penting dalam badan.


4.2.2 Menyatakan hubungan antara jantung dengan paru-paru semasa
melakukan aktiviti fizikal.
4.2.3 Menyatakan senaman yang boleh menguatkan jantung.
3.4.1 Mengekalkan posisi sedia tekan tubi dalam suatu jangka masa.

3.4.2 Mengekalkan posisi separa cangkung (half squat) dalam suatu jangka

Kecergasan

masa.
5

Kekuatan dan Daya

3.4.3 Melakukan pergerakan dari duduk ke berdiri tanpa sokongan.

Tahan Otot

3.4.4 Melakukan pergerakan dari baring ke duduk tanpa sokongan.


3.4.5 Melakukan aktiviti bergayut dan meniti menggunakan tangan pada
palang.
4.4.1 Menyatakan otot yang kuat mampu menghasilkan daya yang tinggi.
4.4.2 Menyatakan bahawa melakukan aktiviti secara berulang-ulang dapat
meningkatkan daya tahan otot.
4.4.3 Mengenal pasti otot utama pada bahagian badan semasa melakukan

Dinamika Kumpulan

aktiviti kekuatan dan daya tahan otot.


5.4.1 Melakukan aktiviti secara berpasangan.
5.4.2 Memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti dalam kumpulan.

4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

4.1 Rancangan Pengajaran Harian Kecergasan Fizikal ( Koordinasi ) Tahun Tiga


Tunjang

: Kecergasan

Tajuk

: Kecergasan Fizikal

Sub Tajuk

: Koordinasi

Tarikh

: 27 Ogos 2012

Tahun

: 3 Cerdik

Masa

: 8.00 - 8.30 pagi

Bil. Murid

: L 8 orang
P 8 orang

Hasil Pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

Psikomotor
1. Membaling dan menangkap bola 3 daripada 4 kali perubaan pada jarak 2 meter dengan jayanya.
2.Menendang dan menahan bola sejauh 2 meter sebanyak 4 daripada 5 kali percubaan

Kognitif
1.Menyatakan sekurangnya-kurangnya tiga kepentingan koordinasi dalam sukan/permainan.

Afektif
1.menunjukkan sikap semangat kesukanan dengan memeri tepukan kepada pasukan yang menjuarai permainan kecil.

Penerapan Nilai

: Kesungguhan dan kerjasama

Kemahiran Berfikir : Menjana idea


Strategi Utama

: Kontekstual

Bahan sumber pengajaran dan pembelajaran


Bahan Sumber
P&P

Bilangan

Bahan Sumber
P&P

Bilangan

Skitel Besar

Bola Baling

10

Bakul Besar

Bola Sepak

10

Pundi Kacang

30

Bahagian/
Masa

Aktiviti

Bentuk Pengajaran

Permulaan

1.Kehadiran

Relating

(5 7 minit)

2.Kesihatan

(menghubungkait)

3.Pakaian

Fokus Pembelajaran & Organisasi Kelas

BSPP / Catatan

1. Guru memeriksa kehadiran murid.

BSPP

2. Guru mendapat maklum balas kesihatan

1.Skitel

murid.

2.Wisel

3. Guru memeriksa pakaian murid.


Pergerakan Berirama
High Five

4. Semua murid diminta berlari setempat, lari


perlahan dan lari laju mengikut arahan guru.
5. Apabila guru menyebut High Five murid

Catatan
Menerusi aktiviti ini,
murid-murid dapat

perlu lompat dan menepuk tangan rakan

menghubungkaitkan

mereka yang berhampiran.

pergerakan tangan

6. Murid diminta mendapat sebanyak mungkin


High Five yang boleh.

Guru
Murid-murid
Kon

dan kaki ketika


menjalankan aktiviti.

Perkembangan
(7 - 8 minit)

Langkah 1 :

Experiencing

a) Membaling bola
kepada rakan

(mengalami)

(berdua)

1. Murid dibahagikan kepada lapan kumpulan.


(dua orang setiap kumpulan).
2. Murid diminta membuat balingan apabila
wisel ditiup.

BSPP
1.Skitel
2.Bola Baling
3.Bola Sepak

3. Murid diminta pandang pada sasaran.


4. Murid perlu memegang bola dengan keduadua tangan.
5. Apabila membaling,murid-murid diminta

Catatan
Menerusi aktiviti ini
murid-murid dapat

mengayunkan tangan lurus kehadapan

mengalami

sambil melepaskan bola kearah rakan /

perbezaan

sasaran.

penggunaan

6.Sasaran mesti ke arah dada rakan.

koordianasi mata

7.Bola dibaling dengan kelajuan yang sesuai.

dengan tangan serta


mata dengan kaki.

Langkah 2 :
b) Menendang bola
kepada rakan
(berdua)

1. Murid diminta menggunakan kaki dominan


untuk menendang bola.
2.Kaki sebelah berada rapat disebelah bola.
3.Apabila menendang ,kaki diayunkan
mengikut lajak.
4.Murid-murid diminta memandang pada
Sasaran.
5.Bola mestilah dituju kepada rakan dan bola

mestilah bola tendangan leret.

Kemuncak

Kick and Run

( 7 8 minit)

Applying
(mengaplikasi)

Menyepak bola ke
pelbagai arah

Guru
Murid-Murid
Bola
Kon

1.Murid dibahagikan kepada dua kumpulan


iaitu kumpulan A dan B.
2.Kumpulan A dikehendaki berada di setiap
skitel yang telah disediakan.
3.Manakala, kumpulan B berada di bahagian

BSPP
1.Bola Sepak
2.Bakul Besar
3.Kon
4.Pundi Kacang

tengah kawasan skitel.


4.Permainan bermula apabila bola disepak oleh

Catatan

pemain kumpulan A kearah ahli pasukannya

Murid dapat

manakala kumpulan B berusaha memungut

mengaplikasikan

pundi kacang dan membaling ke dalam

pengetahuan

bakul.

menyepak dan

5.Pemainan tamat sebaik sahaja bola sampai


semula kepada pemain pertama kumpulan A.

Kon
Murid-murid
Pundi Kacang
Bola Sepak
Bakul Besar

membaling bola kea


rah sasaran.

Penutup
( 5 - 7 minit)

Terbang Bebas dan


rumusan

Coorperating
(bekerjasama)

1.Murid membayangkan diri sebagai seekor


burung.

BSPP
1.Skitel

2.Murid-murid diminta mendepa tangan dan


terbang seperti burung.
3.Murid-murid dikehendaki bergerak:

Catatan

- kekiri, kekanan, kesisi

Murid-murid dapat

- elak ada kapal terbang

bekerjasama dalam

- melarikan diri daripada dilastik manusia

menghasilkan gerak

4.Guru membuat soal jawab dan rumusan


bersama murid.

Guru
Murid-Murid
Kon

kerja yang diarahkan


oleh guru.

5.0 RUMUSAN
Berdasarkan tugasan ini, didapati pengajaran dan pembelajaran adalah
berkait rapat antara satu sama lain. Tanpa pengajaran, proses pembelajaran tidak
akan tercapai. Sesebuah negara perlukan warganegara yang terdidik dalam semua
aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan seterusnya
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Justeru, disinilah pentingnya
strategi, kaedah, teknik dan pendekatan bagi pengajaran di dalam kelas. Guru
merupakan watak utama untuk membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di
dalam kelas. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat
melaksanakan peranan mereka untuk mengikuti kaedah pengajaran ini dengan
sebaik mungkin dan mengaplikasikanya di dalam kelas terutamanya untuk
membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi
globalisasi. Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran
malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta
teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran
sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana
konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu
rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan
tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi
guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu pedagogi yang
dipelajari dapat diamalkan dalam bilik darjah.

6.0 REFLEKSI INDIVIDU

Nama

: Fitri Norlida binti Ibrahim

No. K/P

: 910409-08-5074

Kumpulan : PISMP Semester 4 (BM C)

Sepanjang menjalankan Kerja Kursus projek bagi Kurikulum dan Pedagogi


Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah ini, syukur Alhamdulillah banyak input-input
dan pengalaman baru yang saya perolehi. Secara tidak langsung, tugasan ini juga
banyak membantu saya dan rakan kumpulan saya iaitu Farah Fazriyana bt Basri
untuk memahami dengan lebih mendalam lagi tentang Kurikulum dan Pedagogi
Pendidikan Jasmani ini.
Malah melalui tugasan yang pertama iaitu penulisan artikel, Alhamdulillah,
saya lebih memahami dengan lebih terperinci lagi tentang kepentingan strategi
pengajaran yang saling berkait dengan kaedah, teknik dan pendekatan dalam
pendidikan jasmani. Saya juga dapati keempat-empat perkara ini adalah suatu
perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang
sempurna oleh seseorang guru.
Seterusnya, bagi tugasan yang kedua pula adalah berkaitan dengan
Rancangan Pengajaran Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian. Tugasan ini
juga telah banyak mengukuhkan pengetahuan sedia ada saya. Disamping itu, saya
juga telah boleh membezakan Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) mengikut
huraian sukatan KSBR dan KSSR. Malah, melalui tugasan ini juga telah banyak
menambahkan pengetahuan saya tentang aktiviti yang boleh dijalankan semasa sesi
pengajaran Pendidikan Jasmani.

Berdasarkan tugasan ini juga, saya juga mula sedar bahawa bertapa
pentingnya untuk memami strategi, kaedah, teknik dan pendekatan dalam
pengajaran. Hal ini kerana, apabila kita dapat menguasai keempat-empat perkara ini
secara tidak langsung dapat memudahkan kita dalam merancang sesi pengajaran
yang berkesan dan bersistematik. Malahan secara tidak langsung ianya dapat
memudahkan kita dalam membuat Rancangan Pengajaran Harian. Disamping itu,
saya dapati, perancangan yang baik juga dapat membantu melicinkan sesi
pengajaran dan pembelajaran serta murid juga lebih berkeyakinan dan seronok
untuk belajar.
Tuntasnya, tugasan ini banyak memberi kesan yang positif dan kebaikan
terhadap diri saya. Ia juga telah membuka pemikiran saya terhadap bidang ilmu
pendidikan. Saya berharap ilmu ini dapat saya aplikasikan dengan lebih produktif
dalam profesion perguruan. Akhir kata terima kasih saya ucapkan kepada En. Elias
bin Talib pensyarah Kurikulum dan Pedagogi saya diatas segala tunjuk ajar yang
diberikan. InsyaAllah, saya dan rakan-rakan akan gunakan ilmu yang ada ini dengan
sebaik-baiknya.

Nama

: Farah Fazriyana binti Basri

No. K/P

: 910716-10-5020

Kumpulan : PISMP Semester 4 (BM C)

Syukur ke Hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan ini
dengan jayanya mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Sepanjang melakukan
tugasan ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya mengenai tajuk Kurikulum
dan Pedagogi Pendidikan Jasmani dan pengajaran dan pembelajaran yang berkait
rapat dengan tajuk ini. Di samping itu, saya dapat menghasilkan satu penulisan
berkaitan dengan kepentingan strategi, kaedah,teknik dan pendekatan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani serta menghasilkan satu
Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Pendidikan Jasmani.
Di dalam kerja kursus ini, bagi memudahkan tugas, saya dan rakan kumpulan
Fitri Norlida telah mengambil keputusan untuk membahagikan kerja masing-masing
bagi memudahkan kerja kami dan mempercepatkan proses perjalanan tugasan
kami.Di samping itu, dengan melaksanakan kerja kursus ini, saya telah mengkaji,
memahami dan sedikit sebanyak dapat mengukuhkan pengetahuan berkenaan
matapelajaran ini lebih-lebih lagi berkenaan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
dan Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani. Justeru, tugasan ini telah memberikan input dan pengalaman yang baik
untuk saya dan rakan.
Rancangan pengajaran harian merupakan satu rekod khas yang disediakan
lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan pengajaran harian dibina sebagai panduan para guru untuk mengajar
dengan lebih sistematik dan efektif. Rancangan ini penting agar guru dapat
menyampaikan input pembelajaran kepada murid-murid.Rancangan Pengajaran
Harian (RPH) juga penting untuk dijadikan bukti sebelum masuk ke dalam kelas.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dicatatkan butiran seperti hari dan
tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif,kemahiran yang ingin
dicapai serta aktiviti yang dijalankan.

Saya juga memperoleh pengetahuan dalam membezakan Rancangan


Pengajaran Mingguan (RPM) mengikut huraian sukatan KSBR dan KSSR.Melalui
perbezaan dari segi bahan kurikulum ini, KBSR menggunakan sukatan pelajaran
yang

sentiasa

diubah

mengikut

keadaan

manakala

KSSR

menggunakan

pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Oleh itu, terdapat perbezaan
diantara organisasi kurikulum antara KSBR dan KSSR.Begitu juga dengan
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang mengikut format kurikulum KBSR dan
juga KSSR.
Di samping itu, untuk mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran
yang efektif, seseorang guru itu perlu menggunakan kaedah,teknik, dan juga strategi
yang berkesan.Sepanjang menyiapkan artikel berkaitan kepentingan strategi,
kaedah,teknik ,pendekatan dalam p&p pendidikan jasmani,saya menyedari bahawa
dalam merancang sesuatu strategi p&p seharusnya memahami keperluan murid dan
memilih pendekatan yang bersesuaian. Hal ini kerana di dalam kelas, perbezaan
murid dari segi tahap pemikiran,latar belakang,serta pengalaman sedia ada berbeza.
Oleh itu, perancangan yang baik dapat membantu melicinkan perjalanan pengajaran
dan pembelajaran guru supaya dapat difahami oleh murid-murid.
Kesimpulannya, dengan tugasan ini, dapatlah saya memperluaskan ilmu dan
mengaplikasikanya untuk murid-murid di sekolah. Saya berterima kasih kepada
pensyarah bimbingan iaitu En Elias Bin Talib atas segala pengajaran dan ilmu
pengetahuan serta tunjuk ajar mengenai kursus ini.Saya akan berusaha untuk
mempunyai kemahiran dan keyakinan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
berdasarkan tugasan yang telah dijalankan ini. Justeru saya berharap ilmu yang ada
dapat kekal dan akan digunakan semasa saya menjadi pendidik kelak dan dapat
membantu dan membimbing murid-murid agar mereka lebih sihat,cergas dan
cerdas.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

Ikhsan Othman, Norila Md Salleh. (2005). Kurikulum dan Pengajaran Sekolah


Rendah. Perak : Quantum Books.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum
Mok Soon Sang. (2010). Pedagogi untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
Perak : Multimedia Sdn. Bhd.
Pendekatan, Teknik, kaedah dan Strategi. Diekses pada 2 Ogos 2012 dari laman
web : http://www.teachersrock.net/pdkt.htm
Teknik, kaedah dan strategi dalam P&P. Diekses pada 2 Ogos 2012 dari laman web:
http://www.scribd.com/doc/52374047/TEKNIK-KAEDAH-DAN-STRATEGIDALAM-P-P-PJ

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai