Anda di halaman 1dari 2

Pada suatu malam,saya sedang mengulang kaji de ruang tamu

sendirian.
Jam dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Selepas
mengulang kaji, saya menonton cerita yang seram sementara
menunggu ibu bapa balik dari majlis hari jadi kawan mereka. Saya
tidak dapat pergi kerana ingin mengulang kaji.Hari esok ada
peperiksaan di sekolah.
Pada masa itu,suasana sangat sunyi-sepi kerana jiran-jiran
saya sudah tidur.Udara sangat sejuk kerana di luar rumah hujan
turun dengan lebat.Oleh kerana itu,saya minum secawan milo panas
untuk memanaskan badan saya.
Tiba-tiba,bekalan elektrik terputus,keadaan di rumah saya
menjadi gelap-gelita.Saya berasa sangat takut.Ketika itu,saya
terdengar bunyi ketukan dari pintu rumah saya. Saya menyangka
ibu bapa saya sudah pulang dari majlis hari jadi kawan mereka.Saya
berlari untuk membuka pintu.
Apabila pintu terbuka,saya melihat seorang perempuan yang
sangat cantik seperti puteri raja.Tiba-tiba,perempuan itu bertukar
menjadi seorang ahli sihir yang sangat hodoh.Dia berambut pendek
seperti penyapu,bermata merah dan berkuku panjang.
Dia ingin makan daging saya dan minum darah saya.Dia
terbang menggunakan penyapunya yang berwarna hitam untuk
mengejar saya.Saya berasa sangat takut lalu berlari dengan
pantas.Tiba-tiba,saya terlanggar meja lalu air milo tumpah di atas
badan saya.Aduh,panasnya!Pada masa itu,ahli sihir itu mencekik
leher saya. Saya pun menjerit dengan kuat untuk meminta
tolong.Apabila saya membuka mata, saya dapati ibu sedang
mengejutkan saya. Rupa-rupanya saya hanya bermimpi.Badan saya
berasa sakit kerana terjatuh dari katil dan saya kebasahan kerana
saya terkencing ketakutan.
Saya berasa lega kerana saya hanya bermimpi.Saya berharap
mimpi seperti ini tidak akan berlaku lagi.Itulah pengalaman ngeri
yang pernah saya alami.