Anda di halaman 1dari 2

Panduan Solat Sunat Hajat

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari Abu Darda' bahawa Nabi s.a.w bersabda:
"Barangsiapa berwudhuk dan menyempurnakannya, kemudian bersolat dua rakaat dengan
sempurna, maka dia diberi Allah apa saja yang diminta baik cepat ataupun lambat."
Waktu untuk menunaikan Solat Hajat:
Boleh dilakukan bila-bila masa (siang atau malam) kecuali waktu yang dilarang melakukan solat
sunat seperti selepas solat subuh, selepas solat asar, ketika matahari naik, dll.
Walaubagaimanapun, lebih afdhal (baik) dilakukan pada lewat malam khususnya pada sepertiga
akhir malam.

CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT


Cara melakukan Solat Sunat Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain.
Perbezaanya hanya pada niat
Boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian
Terdapat banyak cara untuk mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah (cara
paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :



Sahaja aku solat sunnat hajat dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bilangan rakaat : 2 rakaat


2. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :
a. Baca doa iftitah
b. Baca Al Fatihah
c. Baca Surah Al Kafirun (atau surah/ayat lain)
d. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
3. Pada Rakaat Kedua
a. Baca Al Fatihah
b. Baca Surah Al Ikhlas (atau surah/ayat lain)
c. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa
d. Membaca Tahiyat Akhir
4. Memberi Salam
5. Berdoa selepas memberi salam :
a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. dan bersalawat kepada nabi S.A.W.

b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon
kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, perniagaan, dijauhkan dari maksiat dll.
Setiap orang mempunyai cita-cita dan hasrat. Untuk mencapai cita-cita dan hasratnya
memerlukan usaha dan ikhtiar.
Salah satu dari usaha dan ikhtiar yang boleh kita lakukan untuk mencapai hasrat dan cita-cita
ialah dengan memohon hajat kepada Allah melalui Solat hajat sama ada kecil atau besar.

Hajat yang dipohon


Hanyalah perkara yang memberi kebaikan atau kesejahteraan di dunia dan akhirat untuk diri dan
orang lain dan doa untuk mengatasi atau menjauhkan sesuatu kesulitan atau keburukan
Tidak harus dipohon
Memohon sesutu hajat yang dilarang ditegah oleh Allah seperti: Memohon untuk melakukan
perkara maksiat dan kejahatan, memohon keburukan untuk orang lain.
FADILAT/KELEBIHAN SOLAT SUNAT HAJAT
- Mendekatkan seseorang hamba kepada Allah.
- Mengukuhkan keimanan terhadap sifat Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.
- Memberi ketenangan jiwa kepada seseorang.
- Tekun dan gigih berusaha serta bertawakal kepada Allah.
- Tidak putus asa dengan takdir Allah.
- Dimakbulkan Allah doa yang dipohon (Insyaallah).
Tambahan
Hajat boleh di pohon di dalam solat iaitu ketika sujud terakhir tetapi berdoa di dalam hati sahaja.
Tidak boleh dilafazkan kerana masih lagi berada didalam solat. Batal solat jika melafazkannya.
Hajat Juga boleh dipohon di luar solat iaitu dalam sujud selepas memberi salam (boleh
melafazkannyakrn
telah
keluar
dari
solat).
Selepas memberi salam digalakkan membaca doa Nabi Yunus a.s semasa sujud (di luar shalat)
sepertimana Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah,
sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke
arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa
dan permintaannya.