Anda di halaman 1dari 23

HBAE3303

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER SEPTEMBER 2011

HBAE3303

PENGENALAN SEJARAH SENI

NO. MATRIKULASI

740719125570002

NO. KAD PENGNEALAN

740719-12-5570

NO. TELEFON

0198697843

E-MEL

jumiatisupu@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN

IPGM KAMPUS TAWAU

HBAE3303

1.0

Pengenalan
Sejarah seni merupakan rakaman dan juga catatan peristiwa yang telah berlaku
pada masyarakat zaman dahulu. Sejarah seni melibatkan kehidupan, budaya, aktiviti,
tempat, situasi dan masa. Perkembangan seni amat berkait dengan budaya, masa, tempat
dan situasi. Perkembangan revolusi berjalan seiring dengan perkembangan sejarah seni
di Eropah. Karya seni pada abad ini, meluas ke hampir seluruh wilayah Eropah,terutama
di Jerman, Itali, Perancis, Russia, Britain. Hasil seni zaman ini menyatu dan saling
memberi pengaruh sehingga membentuk kesatuan seni

sama aliran. Terdapat tiga

revolusi penting yang telah mengubah masyarakat di Barat pada zaman dahulu, iaitu :
I.

Revolusi Industri di Britain (1760)

II.

Revolusi Industri di Amerika (1775)

III.

Revolusi Industri di Perancis (1789)


Zaman revolusi ini juga dikenali sebagai Zaman Penyedaran (The Enlightenment

Era @ The Age of Reason Era). Zaman tersebut digelar demikian kerana perubahan
berkeanaan memberi kesan secara menyeluruh. Bukan sahaja perubahan berlaku dalam
hal-hal, keagamaan, politik, ekonomi dan masyarakat, tetapi perubahan banyak berlaku
dalam bidang kesenian. Salah satunya iaitu pengaruh raja atas perkembangan seni telah
berakhir. Selain itu, pengaruh gereja ke atas karya-karya seni juga semakin berkurang.
Hubungan gereja dengan seniman tidak lagi terjalin kuat. Di samping itu, muncul
pengelompokan dalam kehidupan budaya iaitu kelompok seniman, industriawan,
ilmuwan, pekerja dan buruh fabrik.
Golongan pengiat seni mula mencipta karya-karya berdasarkan kata hati mereka
sendiri tanpa pengaruh luar lagi. Pada zaman inilah perkarya mula memperkenalkan
gaya individu ( personal style). Sumber kewangan juga tidak lagi terhad dari institusi
gereja, hartawan dan golongan bangsawan. Para pengkarya sudah mendapat sumber
kewangan melalui komersial iaitu hasil jualan karya-karya mereka.

HBAE3303

Perubahan-perubahan karya berlaku di negara-negara Eropah seperti Perancis,


England dan Itali.

Di Perancis contohnya, catan-catan easel yang kecil telah

menggantikan karya-karya awam yang besar. Catan-catan yang dihasilkan di Perancis


bukan saja untuk golongan bangsawan semata-mata tetapi juga ada untuk golongan
pertengahan.
dihasilkan

Di England, aliran Inggeris juga berkembang.


contohnya

Hogarth

menghasilkan

tema-tema

Gainsborough Reynolds menghasilkan potret dan landskap.

Pelbagai jenis karya


kemasyarakatan

dan

Karya-karya dihasilkan

untuk golongan raja, bangsawan dan kelas pertengahan.

2.0

Perkembangan Karya Seni Era 1750-1900


Pada abad ke-18, tercetusnya perkembangan sains dan teknologi di negara-negara
Barat. Contohnya terciptanya mesin wap yang memudahkan kerja-kerja di kilang-kilang
dan ladang.

Perkembangan teknologi ini juga telah mempengaruhi keadaan sosial

masyarakat Barat dan memberi kesan langsung kepada karya-karya seni pada zaman
berkenaan. Masyarakat pada zaman itu sudah mula bergaul secara bebas dan terbuka.
Sistem demokrasi dan sistem sekular telah mula diamalkan serta diperjuangkan secara
terbuka. Maka para pengkarya seni juga mula membuat perubahan dengan lebih bergaul
dengan masyarakat dan tidak terikat kepada cara klasik lagi. Para seniman telah menjadi
jurucakap serta perantara dengan golongan atasan.

HBAE3303

Kebanyakan seniman pada abad ke-18 dan ke-19 terdiri dari golongan yang
berpendidikan dan terpelajar dan mempunyai latar belakang seni. Kenyataan ini juga
memberi kesan besar terhadap hasil dan karya seni yang dihasilkan oleh pelukis
berkenaan. Kebanyakan karya-karya pelukis zaman ini adalah sangat bermutu, berkualiti
dan mempunyai mesej yang jelas dan menonjol. Antara contoh seniman ialah Paul
Gauguin, salah seorang pelukis Post-Impressionists, lahir di Paris, merupakan anak
kepada seorang jurnalist . sebelum bergiat cergas dalam seni Paul Gauguin adalah
pembantu broker pada tahun 1871. Salvador Dali pula lahir dari golongan kaya di
Cadaques,Costa Brava Sepanyol pernah belajar di School of Fine Arts di Madrid.
Pablo Ruiz Y Picasso dilahirkan tahun 1881 di kota Malaga, Sepanyol. Ayahnya juga
seorang seniman dan juga seorang guru seni. Bakat Pablo muncul dalam usia muda sudah
jadi pelukis terkenal pada umur belasan tahun.
Selain itu, perkembangan industri juga telah wujud golongan perkerja yang ramai
di kawasan-kawasan perindustrian. Situasi ini juga memberikan pengaruh besar kepada
golongan penggiat seni. Golongan penggiat seni juga mula menghasilkan karya-karya
yang berlatarbelakangkan golongan

pekerja di samping motif-motif yang sedia ada

seperti landskap dan potret.


Suasana politik zaman ini juga memberi kesan kepada pengkarya seni di zaman
itu. Sebagai contoh Pablo Picasso menghasilkan catan yang berkaitan dengan masalah
politik dengan menghasilkan karya masyhurnya "Guernica" (1937). Catan ini dihasilkan
berdasarkan peristiwa pengeboman

Guernica, di negari Basque oleh Jerman dan

kapalterbang tentera Itali bagi menentang tentera nasionalisme sepanyol pada 26 April
1937, semasa perang tercetus di Sepanyol.
"Guernica" (1937)

HBAE3303

Abad ke-19 merupakan abad penting dalam perkembangan seni lukis kerana
merupakan era peralihan antara tradisi kepada moden. Banyak aliran seni muncul pada
abad ini. Sebelum abad ke-19, stail seni lazimnya dikelompokkan dalam satu abad,
seperti Renaisance pada abad ke-15 dan ke -16, Baroque mewakili abad ke-17dan
Rococo bagi abad ke-18.
Telah muncul tiga era utama pada abad ke-19 iaitu :
I.

Seni Sebelum Zaman Perang Dunia Pertama yang terdiri dari era Neo-klasik,
era Romantisme, era Realisme, era Impressionisme dan era PostImpressionisme.

II.

Seni Selepas Zaman Perang Dunia Pertama terdiri dari era Fauves dan era
Ekspressionisme.

III.

3.0

Seni Akhir Abad ke-19 yang terdiri dari era Kubism dan era Futurism.

Aliran Neo-Klasik
Neo-Klasik boleh didefinasikan seperti berikut, neo bererti baru atau the
sences new, Manakala klasik pula membawa maksud unik, sumber rujukan, piawaian,
standard, baik, terpuji, terutama dan sebagainya. Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa
gerakan neo-klasik ini bermatlamat menghidupkan dan mengembalikan zaman
kegemilangan seni klasik yang terdapat pada masa itu. Gaya aliran neo-klasik lahir hasil
tindakbalas terhadap fenomena seni Racoco yang dikatakan menyimpang dari kaedah

HBAE3303

seni klasik dengan sebutan ugly dan mengalami penurunan nilai dalam karyanya. Maka
Neoklasik berkeinginan untuk mengembalikan dan memurnikan idea klasik, dengan
mempelajari, menggali, dan mengembangkan kaedah-kaedah kuno Yunani dan Romawi
klasik. Gerakan ini mula wujud pada penghujung abad ke-18 dan berkembang pada awal
abad ke-19. Di Perancis dan Amerika, aliran ini telah menggalakkan Revolusi. Zaman
neo-klasik berkembang seiring dengan pengaruh persekitaran termasuklah politik,
ekonomi, sosial dan revolusi industri pada masa itu.
Era Neo-Klasik adalah antara

1750 hingga 1790. Neo-klasik pada fasa ini

merupakan era dan masa yang paling penting kerana pendedahan dengan tokoh-tokoh
seni terawal yang menjadi pelopor gerakan ini seperti Benjamin West dan Jacques Louis
David. Di sekitar tahun 1790 hingga 1830 ialah sebagai alat propaganda, seni menjadi
suatu alat penyampai maksud propaganda pada zaman Rom, Perancis dan empayer
Napolean khususnya. Tahun 1830 dan seterusnya seni neo-klasik terus berkembang dan
menyumbang kepada seni moden dan sebagai perintis kepada seni moden. Perkembangan
ini beterusan sehingga terlahirnya gerakan romantisme. Pelukis terkenal zaman ini ialah
Jacques-Louis David.

3.1

Jacques-Louis David

Jacques-Louis David
Jacques-Louis David dilahirkan pada 30 Ogos 1748 di Paris Perancis. Beliau
meninggal dunia pada 29 Disember 1825 di usia 77 tahun di Brussels, Belanda. Jacques-

HBAE3303

Louis David adalah warganegara Perancis dan merupakan pelukis aliran Neo-Klasik yang
terkenal. Karya-karya beliau adalah berbentuk lukisan dan catan. Pada tahun 1780-an
dia menghasilkan banyak catan yang bertemakan sejarah.
Catan Jacques-Louis David iaitu Oath of the Horati (1784), melambangkan kegagahan
kaum dan pengorbanan yang dilakukan demi untuk negara.

Oath of the Horati (1784)


Jacques-Louis David
4.0

Aliran Romantisme
Aliran seni ini berkembang sekitar akhir abad ke- 18 dan awal abad ke-19.
Manifetasinya pelbagai, justeru itu satu definisi khusus suka dicapai. Namun begitu,
pokok prinsip utamanya ialah suatu kepercayaan terhadap nilai-nilai pengalaman
individu. Seniman-seniman Romantik meneroka nilai-nilai instuisi atau dalaman, serta
menukar kecenderungan publik daripada neo-klasik yang umum, kepada suatu ekspresi
yang lebih bersifat peribadi. Menurut ahli falsafah Jerma G. W. F. Hegel dalam Lectures
on Aesthetics, dalam seni Romantik, bentuk ditentukan oleh dalaman atau inti makna
yang mewakili seni itu, Muliyadi Mahamood (2001)
Istilah Romantisme telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini
adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej
karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu
kepada ekspresi muka dan aktiviti figura. Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya
6

HBAE3303

gothik iaitu gaya zaman klasik.

Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya

tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna


yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan
kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu. Di antara pelukis-pelukis yang
utama Romanticisme ialah Francis Goya di Sepanyol, Theodore Gericault dan Eugene
Delacroix di Perancis.

4.1

Eugene Delacroix
Ferdinand Eugene Victor Delacroix, yanglebih dikenali sebagai Eugene

Delacroix, merupakan pelukis yang berasal dari Perancis yang mempunyai pengaruh
yang mendalam terhadap gerakan Romantik. Beliau dilahirkan pada 26 April 1789 di
Perancis dalam keluarga yang sememangnya cenderung dalam bidang seni lukis.
Memulakan pembelajaran pada usia 17 tahun di bawah jagaan orang penting dalam
Pendidikan Seni iaitu Baron Pierre-Narcisse Guerin.
Pada usia 24 tahun Delacroix sekali lagi bertuah kerana mendapat bimbingan
seorang ahli arkitek dan hiasan Adolphe Theirs. Seawal penglibatan beliau dalam dunia
seni lukis, Delacroix sememangnya telah terpengaruh dalam gerakan Romantik oleh
seorang artis juga sahabatnya Frederic Chopin.
Eugene Delacroix dikenali sebagai master of color. Beliau sangat tertarik
dengan lukisan lanskap aliran Romantik Inggeris dapat

mencungkil teknik yang

digunakan untuk mengembangkan lagi keunikan serta pendekatan terhadap warna, yang
menjadikan satu-satu lukisan itu sukar untuk dilupakan.

Kesan dari kesenian serta

peristiwa, ditambah lagi teknik lukisan beliau itu, ia telah mencetuskan satu pengalaman
yang hebat bagi pengamat hasil lukisan beliau.

HBAE3303

Di dalam buku Readers Digest Family Treasury Of Great Painters And Great
Paintings(1965), penulis George Kent menulis bahawa Eugene Delacroix telah membuka
pintu kepada Seni Moden. Di dalam buku tersebut beliau bukan sahaja mempunyai
teknik melukis yang ideal dan pantas tetapi juga mempunyai teknik sapuan warna yang
lembut teliti. Di samping itu lukisan beliau yang memprotes tentang pembunuhan masal
orang-orang Greek di pulau Chios membuatkan George Kent mengangkat Eugene
Delacroix sebagai pelukis yang bertanggungjawab dalam membuka pintu ke arah seni
moden.

The Massacres at Chios (1824)


Eugene Delacroix
Lukisan The Massacres at Chios mengisahkan tentang peperangan yang berlaku
pada abad ke-19. Orang-orang greek yang ingin membebaskan negara mereka dari
jajahan Turki.

Memandangkan ia merupakan peristiwa semasa maka beliau adalah

merasakan adalah penting untuk dilukiskan mengikut penilaian beliau sendiri. Serangan
tersebut agak ganas menyebabkan pulau hangus terbakar sebilangan penduduknya
terkorban. Kedua-dua kejadian ini menarik minat Delacroix untuk dilukiskan dalam
aliran Romantik yang menggambarkan pembunuhan yang kejam.

5.0

Aliran Realisme

HBAE3303

Aliran seni Realisme boleh didefinisikan sebagai usaha kesenian meniru alam
sekeliling dengan menggunakan berus warna. Pelukis-pelukis aliran reaslisme bukan saja
mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi juga mempunyai pengamatan yang tajam dalam
memindahkan subjek yang dilihat ke atas kanvas. Pelukis-pelukis realis menentang
prinsip-prinsip Neo-Klasik dan Romantisme.

Mereka ingin menggambarkan subjek-

subjek sebenar dan betul dalam kehidupan seperti kepayahan hidup masyarakat kelas
bawahan. Dalam konteks ini, karya-karya mereka bersifat satira dan kritikan. Landskap
dan kehidupan harian (xatan-catan genre) penting bagi mereka. (Muliyadi Mahamood,
2001). Di antara pelukis-pelukis Realisme yang utama ialah Corot, Millet, Daumier dan
Courbet.

5.1

Honore Daumier
Honore Daumier dilahirkan di Marseilles, Perancis pada tahun 1808 dan

membesar di Paris. Ayah beliau merupakan seorang tukang, memasang kaca jendela dan
bergiat dalam kesusasteraan tetapi tidak berjaya. Beliau mempunyai pengamatan dan
memori yang dianggap super. Ini kerana beliau melukis pemandangan spontan aktiviti
harian manusia.

Beliau tidak memerlukan model untuk dilukis cukup hanya

memerhatikan gelagat manusia kemudian menyimpan dalam memori beliau tanpa


tertinggal satu unsur pun. Semua ini ditulis dengan lebih terperinci lagi dalam buku
Readers Digest Family Treasury Of Great Painters And Great Paintings(1965) tulisan
Thomas Cravin.

HBAE3303

The Third-Class Carriage


The Third-Class Carriage atau dikenali sebagai Le Wagon de troisieme classe
mengisahkan tentang keluarga. Tiga generasi dipersembahkan dalam lukisan ini muda,
pertenngahan umur dan golongan tua yang hampir memenuhi kitaran kehidupan manusia.
Catan ini menonjolkan muka si ibu yang manis, rupa si nenek yang memperlihatkan kerja
keras yang telah dilalui sepanjang hidupnya.

6.0

Aliran Impressionisme
Aliran muncul pada abad ke-19. Impressionisme bermakna hasil catan yang
dihasilkan adalah berdasarkan pada apa yang sebenarnya dilihat di depan mata dan
bukannya apa yang ditafsirkan oleh minda yang penuh dengan imaginasi. Ini bermakna
pelukis menghasilkan catan berdasarkan pada pengamatan dan pemerhatian secara terus
pada suasana ataupun pada objek yang sebenarnya tanpa melakukan sebarang
penambahan atau pengubahsuaian. Imresionis juga menentang ide Romantis bahawa seni
meluahkan meluahkan perasaan. Seni foto dan seni cetak potongan kayu Jepun adalah
antara pengaruh-pengaruh luar yang wujud di dalam Impressionisme. Ciri-ciri aliran
Impressionisme adalah seperti berikut:

Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.

Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas.
Warna bertindih-tindih.
Tidak melukis secara detail.

Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam.

Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam.

Aliran ini condong kepada aliran naturalisme.

Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat

10

HBAE3303

Antara pelukis yang terkenal pada zaman ini ialah Edouard Manet, Claude Monet,
Camille Pissaro, Pierre Auguste Renoir, Edgar Degas, Mary Cassat dan juga pengarca
Auguste Rodin.

6.1

Pierre-Auguste Renoir

Pierre-Auguste Renoir dilahirkan di Limoges, Perancis, pada 25 February 1841. Beliau


mula melukis seawal usia 13 tahun sewaktu bekerja sebagai pelukis tembikar di Parisian Factory.
Sekitar tahun 1860 an Renoir menyertai studio yang dimiliki oleh artis dari Switzerland iaitu
Charles Gleyre dan seterusnya menemui rakan yang akan sama mewujudkan gerakan
Impressisonisme iaitu Monet, Bazille dan Sisley.

Pada 1869 Renoir menghabiskan masa

bersama Monet di tepian Sungai Seine, pada ketik inilah mereka mengembangkan teknik
terkenal mereka dengan menggunakan warna yang cerah yang menjadi asas gerakan
Impressionis

Luncheon of the Boating Party


Luncheon of the Boating Party

Luncheon of the Boating Party juga dikenali sebagai Le djeuner des canotiers dihasilkan
dipuncak karier Renoir dalam Impressionis dalam tahun 1881. Luncheon of the Boating Party
adalah salah satu hasil Renoir yang menunjukan kehidupan sosial dari zaman awal hidupnya.

11

HBAE3303

Remoir mengambil masa enam bulan untuk mneyiapkan karya ini dan ia menjadi salah
satu lukisan yang menjadi pujaan ramai pelukis.

Dalam lukisan ini Renoir bijak

mengaplikasikan pakaian dan keadaan untuk mewujudkan satu suasana perjumpaan petang
dengan kawan-kawannya.
Renoir dengan gaya yang mantap menggunakan bentuk, ruang, warna dan jalinan dalam
suasana ini.

Figura dan botol menambahkan unsur bentuk dalam lukisan ini dan teknik

overlappingdi antara figura mewujudkan ruang. Pergerakan wujud melalui bahasa badan dan
ekspresi dari muka subjek yang dilukis.

Dia Luncheon Partai Berperahu oleh Pierre-Auguste Renoir tetap karya yang dikenal dan
paling populer terbaik dari seni di Koleksi Phillips, seperti Duncan Phillips dibayangkannya
ketika dia membelinya pada tahun 1923. Lukisan menangkap suasana ideal sebagai makanan
teman berbagi Renoir itu, anggur, dan percakapan di balkon yang menghadap ke Sungai Seine di
restoran Fournaise Maison di Chatou. Paris berbondong-bondong ke Fournaise Maison
mendayung perahu ringan untuk menyewa, makan makanan yang baik, atau tetap malam.
Lukisan itu juga mencerminkan perubahan karakter masyarakat Prancis pada pertengahan
sampai akhir abad 19. Restoran menyambut pelanggan banyak kelas, termasuk pengusaha,
masyarakat perempuan, seniman, aktris, penulis, kritikus, penjahit, dan gadis-gadis toko.
Kelompok ini beragam diwujudkan masyarakat, baru Paris modern.
Renoir tampaknya telah terdiri adegan rumit tanpa penelitian terlebih dahulu atau underdrawing.
Dia juga menghabiskan bulan membuat banyak perubahan ke kanvas, lukisan tokoh-tokoh
individu ketika modelnya yang tersedia, dan menambahkan kanopi bergaris di sepanjang tepi
atas. Meskipun demikian, Renoir mempertahankan kesegaran visinya, bahkan saat ia direvisi,
ulang, dan menciptakan sebuah karya seni indah dibuat.
Lukisan ini menggambarkan sekelompok teman Renoirs bersantai di balkon sepanjang
Sungai Seine. Dalam lukisan ini Renoir telah menangkap sukacita dari kelas pertengahan akhir
abad ke-19 Prancis, ini adalah lukisan hidup yang membawa kebahagiaan dan kegembiraan ke
setiap ruangan.
12

HBAE3303

7.0

Aliran Post-Impressionisme
Realiti itu sentiasa baru dan tegas karya aliran ini bukan meniru bentuk tetapi
mencipta bentuk dan

bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam

kehidupan. Para pengkarya melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk
mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. Pelukis melukis sebagai pernyataan dan
simbol diri. Perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang
lain. Warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.
Vincent van Gogh dilahirkan di Holland dalam tahun 1853. Seorang kanak-kana
yang tidak mempunyai minat dalam bidang seni tetapi semasa beruisa 16 tahun dia mula
bekerja di Hague Gallery. Selepas beberapa kali berpindah hinggalah beliau sampai ke
London dan Paris beliau hilang minat untuk menjadi pelukis professional dan bekerja
sebagai mubaligh di sebuah gereja di Belgium. Setelah beberapa lama selepas Van Gogh
meninggalkan gereja beliau aktif semula sebagai pelukis.
Van Gogh yang berhasrat untuk melukis figura akhirnya selesai menghasilkan
karya utama dalam kariernya The Potato Eaters pada tahun 1885 yang membuktikan
kejayaan. Pada tahun 1886 beliau berpindah ke Paris dan beliau yang begitu terpengaruh
dengan aliran Impressionis dan Post Impressionis berpeluang melihat karya artis seperti
Gauguin, Pissarro, Monet, dan Bernard. Dia mengaplikasikan karya yang cerah, warna
yang galak dalam karya dan digabungkan dengan tekniknya. Dua tahun selepas itu dalam
tahun 1888, Van Gogh berpindah lagi ke Arles yang kemudian menyertai sahabat baru
Gauguin. Pada waktu itulah beliau dapat menghasilkan karya yang menjadi salah satu
pengenalan bagi diri beliau iaitu Sunflowers.

13

HBAE3303

Starry Night
Starry Night dihasilkan pada tahun 1889, Van Gogh menggunakan warna putih dan
kuning untuk menghasilkan kilauan bintang dan menjadikan langit malam satu penegasan.
Garisan menegak yang ditunujukan pada pokok cypress dan menara gereja dpat membahagikan
komposisi lukisan tanpa menjejaskan langit malam yang menjadi tumpuan. Van Gogh beerjya
menggunakan warna sebagai media menyampaikan emosi.
The Starry Night hasil karya Van Gogh ini telah dihasilkan oleh beliau ketika menjalani
proses pemulihan penyakit sawan. Catan ini telah dihasilkan berdasarkan pemerhatian beliau
pada waktu malam. Beliau melukis suasana persekitaran bandar dan gereja tempat beliau
menjalani proses tersebut..
Pelukis telah menggunakan sapuan yang begitu agresif untuk meluahkan perasaan yang
dialaminya ketika itu. Pada hakikatnya beliau ingin menunjukkan pergerakan awan namun
disebabkan teknik sapuannya yang begitu agresif, pergerakan awan begitu menonjol sekali
dengan garisan yang berpusar.
Dari segi penggunaan warna pula, warna yang asli serta bertindih digunakan. Beliau
menggunakan warna yang pekat bagi mewujudkan kesan tekstur pada permukaan kanvas. Warna
yang begitu ketara adalah warna biru. Terdapat penggunaan biru gelap dan biru cerah pada
bahagian langit untuk mewujudkan suasana malam. Manakala warna kuning dan oren digunakan
untuk bintang dan bulan untuk menampakkan cahaya yang memancar pada waktu malam.
Berdasarkan karya ini, aliran yang ditampilkan oleh pelukis adalah post impressionisme.
Ini kerana sememangnya pelukis ini iaitu Van Gogh merupakan pelukis terkenal pada era ini. Ciri
lukisan pada aliran Post-Impressionesme yang wujud pada karya ini adalah penggunaan garisan
kontur yang jelas pada rupa dan sapuan berus yang tepat.

14

HBAE3303

Selain itu pelukis pada aliran ini menekankan penghasilan imej-imej yang logik dan nyata. Ini
sesuai dengan karya ini dimana pelukis menghasilkan karya ini berdasarkan pemerhatian terhadp
keadaan sekeliling pada waktu malam.
Kebanyakkan karya yang dihasilkan pada era ini juga merupakan luahan rasa dari hati
terhadap sesuatu perkara. Sebagai contohnya karya Starry Night ini dihasilkan ketika pelukis
menjalani proses pemulihan penyakit. Ini menunjukkan pelukis ini menggambarkan luahan
hatinya dengan menggunakan suasana malam. Inilah yang menyebabkan lukisan ini begitu kasar
sedangkan hakikatnya pada waktu malam adalah suasana yang sangat aman.
Walaupun berdasarkan karya ini terdapat tokok tambah, tetapi ini mempunyai hubung
kait dengan perasaan atau deria pelukis namun sesetengah individu suka akan karya ini. Ada
sestengah pendapat yang mengatakan lukisan ini menarik dan ada yang mengatakan tidak.Ini
kerana pada zaman lukisan ini dihasilkan, pelukis ini dianggap gila ekoran daripada
kehidupannya yang seringkali di timpa pelbagai masalah konflik.

8.0

Fauves
Aliran ini bermula awal abad ke-19 di Paris, Perancis. Karya-karya aliran ini
memperlihatkan penggunaan warna tanpa batasan. Lazimnya warna-warna panas, meriah
dan ceria seperti kuning, jingga serta merah digunakan dalam karya-karya landskap,
figura manusia, alam benda dan pemandangan dalaman. Istilah Fauvisme diperkenalkan
oleh pengkritik seni Louis Vauscelles. (Muliyadi Mahamood, 2001). Aliran ini banyak
dipengaruhi daripada Zaman Post-Impressionism. Aliran seni ini sangat mementingkan
aspek-aspek keindahan dan tidak menitikberatkan mesej yang hendak disampaikan. Di
antara pelukis-pelukis utamanya ialah Matisse, Derain dan Vlaminck.
8.1

Henri Emile Benot Matisse


Dilahirkan pada 31 Disember 1869 di utara Perancis yang dikenali sebagai Le

Cateu-Cambresis, Bohain. Matisse membesar dalam suasana yang terpencil yang tidak
mengalami perubahan sejak zaman pemerintahan Roman. Kewujudan landasan keretapi

15

HBAE3303

telah menyebabkan Bohain wujud dalam peta industri, tetapi penduduknya masih
menggunakan kuda atau berjalan kaki untuk pergi ke satu-satu tempat.
Mattise mula menjadi pelukis dalam keadaan yang tidak dijangka. Pada tahun
1889 beliau mendapat penyakit apendiks dan dalam tempoh penyembuhan beliau dari
pembedahan ibu beliau telah memberikan sekotak warna sebagai mengisi masa lapang
beliau. Bermula dari saat itu Matisse menyedari bahawa melukis merupakan karier yang
sesuai bagi beliau dan bukannya sebagai pegawai dipejabat perundangan seperti yang
dirancang oleh bapanya sebelum ini. Ibu Matisse menjadi penasihat dalam mengajar
tentang peraturan dalam seni lukis tetapi lebih mengutamakan untuk menghayati emosi
diri. Pada tahu 1891 beliau ke Paris untuk mempelajari bidang seni di Acadmic Julian di
bawah tunjuk ajar William-Adolphe Bouguereau.

The Dinner Table (1897)


The Dinner Table (1897) merupakan hasil karya Matisse yang pertama, beliau
menghabiskan musim sejuk untuk menyiapkan lukisan ini.

9.0

Aliran Ekpresionisme

16

HBAE3303

Karya-karya aliran ini terhasil dari luahan perasaan dan perasaan tidak puas hati
yang diterjemahkan dalam bentuk visual untuk menjadi tatapan masyarakat. Menolak
ciri-ciri tradisi klasik. Seni aliran ini adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi
pelukis. Karya-karya aliran ini, menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan
objek. Penggunaan warna yang digunakan adalah dramatik dan tidak ada imej yang jelas.
Kebanyakan catan

mempunyai kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak

menggunakan berus. Pelukis yang terkenal ialah Wassily Wasilyevich Kardinsky. Karya
beliau yang terkenal ialah Farewell 1903.

Farewell 1903
Wassily Wasilyevich Kardinsky

10.

Aliran Kubisme
Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti.

Aliran Kubisme

menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Aliran
17

HBAE3303

ini cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Catan aliran ini terkenal
dengan penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri.

Seperti pecahan kaca dan

menimbulkan kesan lutsinar dan mewujudkan warna yang bertenaga.

10.1

Pablo Picaso
Beliau merupakan pelukis dan juga pengarca berbangsa Sepanyol.

Beliau

merupakan pelukis yang terkenal pada era seni lukis abad ke 20. Beliau merupakan
pengasas kepada aliran Kubisme yang mengetengahkan pelbagai gaya dalam a=hasil
seninya. Antara karya beliau yang terkenal ialah Cubist Les Demoiselles d'Avignon
(1907) dan Guernica (1937), sebagai penghayatan beliau terhadap pengeboman Guernica
semasa Perang Saudara Sepanyol.

Les Demoiselles d'Avignon, 1907


Lukisan ini dihasilkan pada tahun 1907. Ia dipanggil sebagai lukisan yang paling
inovatif selepas hasil karya oleh Giotto. Pengurangan dalam penggunaan ruang amat
menakjubkan dan letakan wajah menjadi pencetus bagi karya ini. Sama seperti aliran

18

HBAE3303

revolusi yang lain karya ini telah mengejutkan banyak pihak dan

menjadi tanda

kewujudan aliran Kubisme.

10

Futurisme
Aliran ini merakamkan pengalaman pergerakan manusia, masa dan juga elemen ruang

yang diubahsuai menjadi pergerakan yang berulang-ulang dalam satu karya seni.
Antara pelukis yang terkenal ialah

Giocomo Balla. Beliau merupakan seorang pelukis dari

Turin, Itali. Dilahirkan pada 24 Julai 1871 dan meninggal dunia pada 1 March 1958 .

catan

yang terkenal ialah Dynamism of Dog on a Leash 1912. Catan ini menunjukkan pergerakan
imej dan objek yang digunakan.

Dynamism of Dog on a Leash 1912


Giocomo Balla

11.

Rumusan

19

HBAE3303

Abad ke-19 dianggap sebagai satu era peralihan daripada budaya tradisi kepada moden.
Semasa pertengahan abad ini, banyak aliran baru yang muncul seperti Impresionisme dan Post
Impresionisme.

Aliran-aliran yang dibawa adalah berikutan perubahan corak dan gaya baru

pelukis yang bergerak seiring dengan perubahan dan kemajuan teknologi.


Peristiwa-peristiwa seperti peperangan, revolusi, dan kehidupan mas yarakat banyak
mempengaruh karya-karya pelukis zaman berkenaan. Pelukis lebih berani dan menghasilkan
karya dengan menggunakan gaya peribadi yang tersendiri sebagai tanda kepada kewujudan dan
kegemilangan suatu era ke satu era yang lain.
Berdasarkan gaya karya yang dihasilkan dalam setiap aliran telah memberikan ganjaran
kepada kita bahawa pelukis-pelukis era abad ke-19 mula mengetepikan aturan serta amalan seni
klasik seni visual yang telah dipraktikkan oleh setiap pelukid pada era sebelumnya.

20

HBAE3303

RUJUKAN
Meggs, P.B. (1998). A History of Grafic Design (3rd ed.). New York: John Wiley.
Muliyadi Mahamood. (2001). Sejarah Seni Zaman Pertengahan hingga Abad ke 20. Kuala
Lumpur: Univision Press Sdn. Bhd.
Muliyadi Mahamood.(1992). Aliran Seni Moden. Shah Alam: KSSR, ITM.
Muliyadi Mahamood.(1995). Seni Lukis Dalam Peristiwa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Wahiza Abdul Wahid. (2000). Sejarah Seni Lukis & Seni Reka. Kuala Lumpur: Univison Press
Sdn Bhd.
http://www.frontpainting.com/definition-realism.html
http://www.artble.com/artists/eugene_delacroix/paintings

21

HBAE3303

22

Anda mungkin juga menyukai