Anda di halaman 1dari 4

TEKS JURUACARA KEJOHANAN MERENTAS DESA

Pembukaan

Yang berusaha,
Pn Siti Endoon bt Ibrahim, Pengetua SMK Darulaman Heights 1
Pn Ramlah bt Ishak, PK Pentadbiran
En Mohamad Asri bin Man, PK Kokurikulum

Yang dihormati,
Barisan GKMP
Guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum WBT dan Salam Satu Malaysia.
Selamat datang selamat datang diucapkan kepada para hadirin sekalian
ke Kejohanan Merentas Desa SMK Darulaman Height 1 bagi
tahun 2014.
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah
kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan Kejohanan Merentas Desa
SMK Darulaman Heights 1 bagi tahun 2014 pada pagi ini.
Bacaan Doa

Hadirin sekalian,
Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah kita bersama-sama
memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Mohd Zamree bin
Razak untuk memimpin bacaan doa
Amin ya rabbal allamin majlis mengucapkan terima kasih kepada En.
Mohd Zamree bin Razak di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Ucapan
Aluan
Pengetua

Seterusnya majlis mempersilakan Pn. Siti Endoon bt Ibrahim,


Pengetua, SMK Darulaman Heights 1, untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan seterusnya merasmikan Majlis Penutup Kejohanan Merentas
Desa SMK Darulaman Heights 1 bagi Tahun 2014. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan
Demikian tadi ucapan aluan dan penutupan Majlis Kejohanan Merentas
Desa SMk Darulaman Heights 1 bagi Tahun 2014 oleh Pn Siti Endoon
bt Ibrahim, Pengetua, SMK Darulaman Heights 1, majlis
mengucapkan ribuan terima kasih.

Penyampai
an hadiah
Bagi
kategori
Perempua
n Bawah
15 Tahun

Hadirin sekalian,
Kini tibalah waktu yang dinanti-nantikan majlis penyampaian hadiah
kepada para pemenang Kejohanan Merentas Desa Tahun 2014.
Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan En Mohamad Asri bin Man,
Penolong Kanan Kokurikulum SMK Darulaman Heights,untuk
menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.
Pemenang 1 10 (Rujuk lampiran)
Pemenang tempat ke . Dimenangi oleh
Tempat ke .. Dimenangi oleh
Johan Bagi kategori Perempuan Bawah 15 Tahun jatuh kepada:

Penyampai
an hadiah
Bagi
kategori
Lelaki
Bawah 15
Tahun.

Seterusnya Bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun.


Pemenang 1-10 (Rujuk lampiran)
Pemenang tempat ke . Dimenangi oleh:

Tempat ke .. Dimenangi oleh: .


Johan Bagi kategori Lelaki Bawah 15 Tahun jatuh kepada:

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En En Mohd Asri bin Man,


Penolong Kanan Kokurikulum, SMK Darulaman Heights 1 di atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampai
an hadiah
Bagi
kategori
Perempua
n Bawah
18 Tahun

Hadirin sekalian,
Seterusnya, majlis dengan segala hormat mempersilakan Pn. Siti
Endoon bt Ibrahim, Pengetua SMK Darulaman Heights 1, dengan
diiringi oleh En Mohd Asri bin Man, Pen Kanan Kokurikulum SMK
Darulaman Heights 1 untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun.
Pemenang 1-10(Rujuk lampiran)
Pemenang tempat ke . Dimenangi oleh:
Tempat ke .. Dimenangi oleh:
Johan Bagi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun jatuh kepada:
..

Penyampai
an hadiah
Bagi
kategori
Lelaki
Bawah 18
Tahun.

Bagi kategori Lelaki Bawah 18 Tahun.


Pemenang 1-10 (Rujuk lampiran)
Pemenang tempat ke . Dimenangi oleh:
Tempat ke .. Dimenangi oleh:
Johan Bagi kategori Lelaki Bawah 18 Tahun jatuh kepada:

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn. Siti Endoon bt Ibrahim,


Pengetua SMK Darulaman Heights 1di atas kesudian menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada semua para pemenang.

Penyampai
an hadiah
bagi
kedudukan
keseluruha
n

Sekarang tibalah masanya bagi upacara Penyampaian Piala Pusingan


kepada rumah sukan yang mengutip mata tertinggi.
Majlis dengan sukacitanya menjemput sekali lagi Pn Siti Endoon bt
Ibrahim, Pengetua SMK Darulaman Heights 1 untuk menyampaikan
hadiah.
Umum kedudukan rumah dengan mata keseluruhan
Tempat ke- 4 dengan mata dimenangi oleh rumah
.
Tempat ke- 3 dengan mata . Dimenangi oleh rumah

Debaran semakin terasa. Saya umumkan dahulu Johan bagi Kejohanan


Merentas Desa SMK Darulaman Heights 1 bagi Tahun 2014 jatuh

kepada rumah dengan mata tertinggi iaitu


Bagi Naib Johan Kejohanan Merentas Desa SMK Darulaman Heights 1
bagi tahun 2014 disandang oleh rumah .. dengan mata
sebanyak

Setinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Pn Siti


Endoon bt Ibrahim, Pengetua SMK Darulaman Heights 1 di atas
kesudian menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penutup

Dengan ini berakhirlah sudah Majlis Kejohanan Merentas Desa SMK


Darulaman Heights 1 Bagi Tahun 2014.
Akhir kata dari saya maaf atas keterlajuran kata dan bahasa, Syabas
untuk semua dan
Majulah Sukan SMK Darulaman Heights 1 demi menjulang
kecemerlangan di persada marcapada
Sebelum bersurai dijemput Saudara .
Untuk mengetuai sorakan.
TIGA SORAKAN UNTUK SEMUA YANG MENJAYAKAN KEJOHANAN KALI INI.
HIP-HIP..HOORAY 3X
Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai