Anda di halaman 1dari 16

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)

2014, ISSN 2180-2491

107

Faktor budaya dan persekitaran dalam prestasi pendidikan anak


Orang Asli Malaysia: Kajian kes di Kelantan
1

Wan Afizi Wan Hanafi , Shaharuddin Ahmad , Noraziah Ali


1

Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Correspondence: Wan Afizi Wan Hanafi (email: fizie501@gmail.com)

Abstrak
Meningkatkan taraf hidup golongan rentan seperti komuniti orang asli memang merupakan tujahan utama dalam
perjuangan panjang Malaysia merealisasikan pembangunan yang inklusif dan setara. Untuk ini pendidikan formal
bagi anak orang asli memang dianggap sebagai mekanisma paling tepat. Kertas ini bertujuan mengenalpasti dan
menganalisis faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anak-anak Orang Asli. Kajian dijalankan di SK Pos
Brooke dan SK Pos Pulat yang terletak di Jajahan Gua Musang Kelantan. Data kajian di perolehi melalui kaedah
soalselidik, temubual dan permerhatian di lapangan. Respoden kajian melibatkan 26 orang guru dan 50 orang ibu
bapa Orang Asli. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan prestasi pendidikan pelajar Orang Asli di
kawasan kajian berada di peringkat yang sangat rendah, walaupun pelbagai pembangunan infrastruktur dan pelbagai
program pendidikan telah dilaksanakan untuk mereka. Faktor yang dikenalpasti mempengaruhi prestasi pencapaian
pendidikan anak-anak Orang Asli ialah sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak,
pelajar kurang motivasi, halangan oleh persekitaran fizikal dan budaya yang tidak menerima kemajuan serta cabaran
guru. Bagi meningkatkan prestasi pendidikan generasi muda Orang Asli maka perlulah penyusunan semula program
pendidikan untuk Orang Asli oleh semua pihak yang berwajib.
Katakunci: golongan rentan, halangan alam sekitar, motivasi pelajar, orang asli, pembangunan pendidikan,
rintangan budaya

Cultural and environmental factors in the educational performance of


Malaysian aboriginal children: A Kelantan case study
Abstract
Uplifting the standard of living of vulnerable groups such as the aboriginal communities has always taken centre
stage in Malaysias long struggle for inclusive and equitable development. Towards this end formal education for
the aboriginal children is considered the ultimate mechanism. This article aims to identify and analyse the actual
factors that influence the educational performance of the aboriginal children. The study was conducted at the School
of Pos Brooke and Pos Pulat in the District of Gua Musang, Kelantan. Data for this study were obtained through
field observations, questionnaire surveys and interviews of 26 school teachers and 50 aboriginal parents. In general,
the results showed that the overall educational performance of the aboriginal children in the study area was very low
despite the implementation of various infrastructures and educational programmes specially tailored for them.
Factors influencing such a sorry state of affair had been identified to be the indifferent attitude of parents towards
their childrens education, the childrens own lack of motivation, the impeding physical environment, and certain
cultural elements that hindered the children educational development and proved gravely challenging for the
teachers. To rectify the situation the educational programme for the aboriginal people would need some
restructuring and tinkering by the relevant agencies and authorities.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

108

Keywords: aborigines, childrens motivation, cultural hinderance, educational development, environmental


constraints, vulnerable communities

Pengenalan
Pembangunan pendidikan dipercayai dapat menjadikan sistem sosial, politik dan ekonomi sesebuah
negara teguh dan digeruni oleh pihak lain (Hassan, 1998; Norizan at el., 2013). Di Malaysia, misalnya
pembangunan sistem pendidikan telah dilaksanakan bertujuan melahirkan modal insan kelas dunia yang
mampu berhadapan dengan cabaran era globalisasi (Ishak & Nor Asikin, 2003). Kepantasan arus
globalisasi kesan daripada kepantasan teknologi dan jaringan maklumat telah memberi impak yang besar
ke atas sistem pendidikan pada peringkat rendah, menengah dan tinggi (Siti Aminah at el., 2013).
Pendidikan peringkat menengah dan rendah merupakan asas untuk mencapai pendidikan peringkat
universiti. Pengarah Biro Pendidikan UNESCO Kawasan Asia Pasifik, Shaeffer (dalam Ishak & Nor
Asikin, 2003) menyatakan bahawa peluang pendidikan harus disediakan seluas-luasnya kepada kanakkanak untuk mendapat pendidikan yang berfokuskan kepada pendidikan asas yang boleh mengatasi isu
dan cabaran masa kini.
Usaha meningkatkan taraf pendidikan dilaksanakan secara menyeluruh termasuk dalam kalangan
masyarakat Orang Asli. Golongan ini merupakan satu kelompok masyarakat Malaysia yang masih
ketinggalan dalam setiap aspek termasuklah ekonomi, sosial dan pendidikan berbanding dengan
kumpulan etnik yang lain (KKLW, 2007). Masyarakat Orang Asli di Malaysia berada di luar lingkungan
arus perdana pembangunan, walaupun Malaysia sudah mengalami kemajuan dan pembangunan dalam
semua sektor (Musstafa, 2003). Menurut Meiji (2008), sebelum tertubuhnya Jabatan Hal-Ehwal Orang
Asli (JHEOA), masyarakat Orang Asli tidak pernah menerima pendidikan formal terutama bagi mereka
yang tinggal di kawasan pedalaman. Bagi Orang Asli kecekapan dan kepandaian memburu, menangkap
ikan, dan mengumpul hasil hutan amat diutamakan. Keadaan ini amat sesuai dengan cara hidup mereka
yang berlatar belakangkan ekonomi hutan (Adliza, 2007; Abdul Razak & Zalizan, 2009).
Kajian berkaitan sosioekonomi rakyat termiskin dan pembangunan desa sering menunjukkan tahap
pendidikan keluarga miskin adalah rendah (Fong, 1991; Chamhuri, 2001). Didapati antara 6592 peratus
ketua isi rumah termiskin cuma tamat sekolah rendah dan hanya 16 peratus tamat sekolah menengah
rendah (Chamhuri, 2001). Ahli isi rumah termiskin juga mempunyai tahap pendidikan yang rendah iaitu
antara 2977 peratus tamat sekolah rendah. Keluarga miskin ini adalah dalam kalangan Orang Melayu
dan Orang Asli yang kebanyakannya tinggal di desa dan pedalaman (Chamhuri, 2001).
Pelajar Orang Asli yang mendaftar darjah satu antara tahun 1971 sehingga 1990 ialah 47,667 tetapi
hanya 18,048 orang sahaja yang belajar sehingga darjah enam (Rosmizawati, 2003). Ini bererti sebanyak
62.14 peratus daripada pelajar yang berdaftar telah tercicir. Sejumlah 94 peratus daripada mereka yang
bersekolah gagal sampai ke tingkatan lima. Kajian Rosmizawati (2003) di sekolah Orang Asli iaitu
Sekolah Kebangsaan Kudong, Segamat, Johor mendapati antara tahun 1995 hingga tahun 2001 tidak
pernah ada pelajar yang memperolehi 5A atau 4A dalam peperiksaan UPSR. Keadaan ini menunjukkan
rendahnya prestasi pelajaran dan mereka terus tercicir dalam arus pembangunan.
Sebaliknya keadaan yang agak baik telah diperhatikan di Pekan, Pahang. Kadar keciciran anak-anak
Orang Asli di sekolah rendah telah turun daripada 80 peratus pada tahun 1995 kepada 28.8 peratus pada
tahun 2007. Namun begitu, hanya terdapat seramai 189 orang sahaja yang berada di Institusi Pengajian
Tinggi Awam (Wahid, 2007).
Di Malaysia usaha untuk meningkatkan pembangunan pendidikan Orang Asli telah dilakukan sejak
zaman penjajah lagi. Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli telah bertanggungjawab untuk memajukan masyarakat Orang Asli dalam pendidikan.
Walaupun prestasi pendidikan masih rendah namun terdapat segelintir Orang Asli telah berjaya sehingga
ke universiti dalam pelbagai peringkat pengajian dan menceburi pelbagai bidang kerjaya. Sehingga kini
terdapat 25 penuntut Orang Asli sedang melanjutkan pelajaran di luar negara termasuk sembilan orang di
United Kingdom, lapan di Australia dan dua di India (Unknown, 24 Jan 2014). Justeru, artikel ini cuba

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

109

menganalisis pembangunan dan perkembangan pendidikan Orang Asli di kawasan kajian. Di samping itu,
artikel ini juga cuba mengenalpasti faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan Orang Asli dan
seterusnya mengemukakan cadangan awal penambahbaikan untuk peningkatan prestasi pendidikan
anakanak Orang Asli.

Metod kajian
Pengumpulan data primer dilakukan menerusi kerja lapangan yang melibatkan kaedah persampelan rawak
di kawasan kajian. Temubual respoden melibatkan ketua keluarga Orang Asli. Temubual juga dilakukan
dengan Pegawai JHEOA, Guru Besar dan guruguru di sekolah yang dipilih. Temubual dijalankan
berpandukan kepada borang soal selidik yang telah disediakan untuk guru dan ketua keluarga Orang Asli.
Borang soal selidik untuk ketua keluarga Orang Asli merangkumi latar belakang respoden dan
penglibatan respoden dalam pendidikan anakanak manakala untuk guru pula meliputi latar belakang,
cabaran tugas pendidik dan cadangan penambahbaikan.
Di samping itu, data primer dikumpul melalui pemerhatian dan pembancian di lapangan yang
berkaitan dengan kemudahan infrastruktur pendidikan di kawasan kajian, keadaan sekolah serta asrama
dan penempatan Orang Asli. Data sekunder pula diperolehi daripada pelbagai agensi kerajaan yang
terlibat dengan hal ehwal Orang Asli seperti JHEOA, Jabatan Pelajaran Daerah Gua Musang dan pihak
sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pulat dan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke. Selain itu, temubual
dengan pegawaipegawai daripada agensi kerajaan yang terlibat dengan hal ehwal Orang Asli berkaitan
dengan jenisjenis bantuan yang diberi dan program pembangunan untuk peningkatan prestasi pendidikan
turut dilaksanakan. Data yang diperolehi di proses menggunakan perisian SPSS. Data dianalisis
menggunakan kaedah perangkaan mudah seperti peratusan dan dihuraikan secara deskriptif.

Kawasan kajian
Kajian dijalankan di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke. Pos Pulat berada dalam Dun Nenggiri, Jajahan
Gua Musang, Kelantan. Jarak Pos Pulat dengan bandar Gua Musang mengikut jalan tanah merah ialah 50
kilometer (Rajah 1). Di Pos Pulat terdapat tiga buah kampung iaitu Kampung Pulat, Kampung Abu dan
Kampung Wias. Keseluruhan keluasan kawasan kampung dianggarkan 5 kilometer persegi. Penduduk di
sini berjumlah 190 orang( Pejabat Pelajaran Daerah, 2009) dengan sebuah sekolah iaitu SK Pos Pulat dan
jumlah pelajar yang berdaftar adalah seramai 79 orang. Di kampung ini terdapat juga sebuah surau dan
sekolah tadika (JHEOA, 2009a).
Keseluruhan penduduk di sini memiliki rumah yang disediakan oleh JHEOA. Pada masa sekarang
perjalanan dengan menaiki kereta pacuan empat roda dari bandar Gua Musang mengambil masa sejam
empat puluh minit untuk sampai ke Pos Pulat berbanding dahulu yang mengambil masa tiga jam. Tetapi
jalan air tidak dapat digunakan untuk berhubung dengan bandar Gua Musang walaupun Pos Pulat terletak
berhampiran dengan sungai Nenggiri. Pada peringkat awal Pos Pulat adalah di kelilingi oleh hutan
simpan. Bagaimanapun, semasa kajian dijalankan kawasan pinggir Pos Pulat yang berhutan telah
dibersihkan untuk dijadikan Ladang Rakyat oleh Kerajaan Kelantan yang diusahakan dengan tanaman
kelapa sawit.
Pos Brooke pula berada dalam kawasan Dun Galas yang merupakan kawasan terbesar bagi
masyarakat Orang Asli di Jajahan Gua Musang, Kelantan (Rajah 1). Jarak kawasan ini dari Bandar Gua
Musang melalui jalan raya ialah 100 kilometer manakala ke Pekan Renglet, Cameron Highlands hanya
sekitar 20 km sahaja. Di Pos Brooke terdapat 19 buah kampung, antaranya Kampung Sendrop, Kampung
Kuala Tahu dan Kampung Brooke. Penduduk di sini berjumlah 2254 orang (JHEOA, 2009a).

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

110

SK Pos Pulat

SK Pos Brooke
Sumber: JHEOA, 2009a
Rajah 1. Kedudukan sekolah kajian di Jajahan Gua Musang, 2009

Keseluruhan penduduk memiliki rumah yang disediakan oleh JHEOA. Kedudukan kampung di
dalam kawasan Pos Brooke adalah agak jauh antara satu sama lain. Keluasan kawasan kampung
dianggarkan lebih kurang 7 kilometer persegi. Kawasan kampung di sini terletak berhampiran atau di
sepanjang jalan raya yang menghubungkan Bandar Gua Musang dengan kawasan peranginan Tanah
Tinggi Cameron, Pahang. Oleh itu, kawasan ini mudah dihubungi walaupun pada musim hujan kerana
dihubungi oleh jalan raya yang berturap. Di Pos Brooke ini terdapat SK Pos Brooke dengan jumlah
pelajar berdaftar seramai 345 orang, surau, tadika dan dewan orang ramai (Pejabat Pelajaran Daerah,
2009).

Hasil kajian
Perbincangan hasil kajian ini akan dibahagikan kepada tiga aspek iaitu program pembangunan dan
prestasi pendidikan Orang Asli, menganalisis faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan dan
akhirnya mengemukakan cadangan meningkatkan prestasi pendidikan Orang Asli.
Program pembangunan dan prestasi pendidikan orang asli
Pelbagai pembangunan telah dijalankan oleh kerajaan melalui JHEOA dan Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan prestasi pendidikan Orang Asli dengan pelbagai
kemudahan.
a. Pembangunan fizikal sekolah
Di SK Pos Pulat bilik darjah yang ada hanya enam buah sahaja tetapi lima buah yang boleh digunakan
kerana satu daripadanya sedang dalam proses pengubahsuaian. Bagaimanapun, bilik darjah yang
digunakan sekarang tidak menggunakan ukuran sebenar seperti di sekolahsekolah lain iaitu dengan
keluasan 30 x 34 kaki (JHEOA, 2009a). Oleh itu, bilik darjah yang sedia ada terpaksa diubahsuai untuk

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

111

menambah bilangan bilik darjah. Sebaliknya bilik darjah di SK Pos Brooke agak selesa dengan keluasan
yang sesuai dan jumlahnya yang banyak iaitu 13 buah bilik.
Bilik darjah di kedua-dua sekolah dilengkapi dengan lampu dan kipas. Namum begitu, kemudahan ini
tidak dapat digunakan kerana bekalan elektrik hanya dibekalkan pada waktu malam sahaja melalui
generator dan tenaga elektrik solar. Keadaan ini mendatangkan masalah kepada guru jika ingin
menggunakan bahan bantu mengajar yang memerlukan penggunaan tenaga elektrik seperti projektor
transperansi, projektor LCD dan sebagainya.
Memandangkan pelajar gemar menceburkan diri dalam bidang sukan, maka pihak sekolah telah
menyediakan peralatan sukan yang mencukupi bagi kegunaan mereka seperti bola jaring, bola sepak,
peralatan hoki dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sekolah ini masih kekurangan dari segi tapak
permainan. Misalnya, gelanggang bola jaring hanya disediakan tiang jaringnya sahaja tanpa padang bola
jaring sebenar. Manakala, untuk permainan bola sepak pula, padang yang sedia ada tidak sesuai untuk
mengadakan perlawanan kerana tidak menepati saiz padang sebenar.
Pada tahun 2000 sebuah asrama tiga tingkat telah dibina bagi SK Pulat mengandungi bilik komputer,
surau, bilik guru dan makmal. Bagi SK Pos Brooke pula terdapat 2 bangunan asrama yang dikhaskan
kepada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. Kawasan asrama ini berdekatan dengan kelas, dengan itu
memudahkan pelajar hadir ke sekolah. Walau bagaimanapun, keadaan perabot, bantal dan tilam untuk
pelajar adalah kotor dan koyak serta berkeadaan yang amat tidak sempurna. Hampir 90 peratus, bilik
asrama pelajar tidak dilengkapi dengan katil. Oleh itu, kebanyakan pelajar tidur di atas tilam yang
dibentang di atas lantai bilik sahaja.
Kedua-dua sekolah ini mewajibkan semua pelajarnya tinggal di asrama sepanjang hari persekolahan.
Segala kelengkapan di asrama khususnya alatan kendiri seperti sabun, ubat gigi, berus gigi dan
seumpamanya disediakan di bawah peruntukan JHEOA dengan pihak sekolah yang menguruskan
pembelian barang keperluan ini sama ada di SK Pos Brooke mahupun di SK Pos Pulat (JHEOA, 2009b).
Kemudahan dan perkhidmatan untuk guru juga tidak diabaikan. Pembinaan kuaters guru bagi
memudahkan guru pergi ke sekolah tanpa menyewa rumah di kawasan bandar. Di SK Pos Pulat terdapat
enam unit rumah guru dan di SK Pos Brooke mempunyai 12 unit yang berada berhampiran dengan
kawasan sekolah. Guru bujang atau tidak membawa keluarga bersama diminta berkongsi rumah,
manakala guru yang membawa keluarga bersama diberi satu unit rumah. Keadaan ini berlaku kerana
rumah guru yang disediakan tidak mencukupi untuk semua guru. Rumah guru di dua buah sekolah ini
dibekalkan dengan bekalan elektrik 24 jam sehari dan bekalan air bersih yang diperolehi dari bukit
berdekatan.
b. Pembangunan modal insan guru
Pembangunan modal insan guru di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke melalui latihan, bengkel dan kursus
yang dijalankan oleh pihak JHEOA, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah sendiri adalah
lebih kurang sama. Kadangkala program yang dijalankan adalah program bersama. Kajian juga mendapati
pihak sekolah sering menghantar guru untuk kursus anjuran JHEOA dan Pejabat Pelajaran Daerah Gua
Musang bertujuan meningkatkan prestasi guru seperti kursus komputer, teknikteknik pengajaran yang
berkesan dan sebagainya. Guru yang mengajar Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris juga dibekalkan
dengan komputer riba. Pejabat Pelajaran Daerah dan JHEOA tidak ketinggalan mengadakan kursus
motivasi bagi meningkatkan motivasi guru. Lazimnya kursus motivasi dijalankan sekurangkurangnya
tiga kali setahun. Kursus ini biasanya dijalankan di luar kawasan Jajahan Gua Musang seperti di Kota
Bharu, Kelantan.
Di samping itu, pihak JHEOA dan Pejabat Pendidikan Daerah juga mengadakan kursus untuk guru
memahami adat dan kebudayaan Orang Asli. Kursus ini diutamakan kepada guru yang baru mengajar di
sekolah Orang Asli di dalam Jajahan Gua Musang. Antara program bersama yang telah dijalankan
termasuklah kursus pemahaman Bahasa Temiar dan pendedahan dan pemahaman budaya dan adat resam
Orang Asli.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

c.

112

Program motivasi ibu bapa dan kemahiran belajar

Program berbentuk motivasi kerap diadakan pada hari terbuka yang melibatkan pelajar dan ibu bapa
seperti Majlis Motivasi Keibubapaan. Dalam program ini, ibu bapa diminta lebih mengambil berat
tentang pelajaran anakanak dan tidak mengabaikan masa depan anakanak. Kehadiran ibu bapa sedikit
sebanyak dapat memberi pendedahan berkaitan ilmu dalam mendidik anakanak mereka. Dorongan dan
perhatian ibu bapa begitu penting dalam memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan
(Hanafiah, 1997).
Program motivasi kepada pelajar juga sering dijalankan terutama kepada pelajar yang akan
menduduki peperiksaan UPSR. Program ini bertujuan menanamkan kesedaran dan menaikkan semangat
pelajar khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Program sedemikian ini adalah sama
sebagaimana yang dilaksanakan dan diamalkan di sekolah-sekolah kebangsaan biasa di seluruh Malaysia.
Program klinik UPSR dan ceramah teknik menjawab soalan dijalankan bersama antara pihak sekolah,
JHEOA dan Pejabat Pelajaran Daerah. Pihak sekolah juga sering mengadakan program bersendirian
untuk pelajar mereka sahaja. Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar yang terlibat cara atau
teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul. Bagi menjayakan program ini, pihak sekolah
menjemput guru berpengalaman dan merupakan seorang pemeriksa kertas peperiksaan untuk memberikan
panduan menjawab dengan cara yang betul di samping guruguru yang sedia ada di sekolah berkenaan.
Di samping itu, terdapat Program Nilam yang turut membantu meningkatkan prestasi para pelajar
dari segi pembacaan. Program ini melibatkan semua pelajar yang dikehendaki membaca sepuluh minit
pada waktu rehat di pondok ilmu. Bagi memastikan pelajar melaksanakannya guru yang bertugas harian
akan memantau dan mengawasinya.
Selain itu, pihak sekolah turut menganjur program lawatan sambil belajar ke sekolahsekolah
cemerlang seperti Sekolah Menengah Tengku Faris Petra, Sri Puteri Putrajaya dan sebagainya. Bagi
tujuan mendedahkan pelajar kepada suasana metropolitan, pelajar turut dibawa melawat ke
bandarbandar besar. Sebagai contoh, SK Pos Pulat telah membawa pelajarnya melawat Bandaraya Kuala
Lumpur dan Johor Bahru.
Program sedemikian ini diharap dapat mendedahkan pelajar kepada alam sekitar luar daripada
lingkungan hidup mereka. Seterusnya, diharapkan dapat membuka minda mereka dan boleh
meningkatkan prestasi pembelajaran mereka di masa hadapan.
d. Bantuan kewangan
Jadual 1 menunjukkan beberapa bentuk bantuan dan program pembangunan yang dilaksanakan bagi
meningkatkan prestasi pendidikan pelajar Orang Asli. Pihak JHEOA telah memberi bantuan wang saku
kepada setiap pelajar anak-anak Orang Asli sebanyak RM2.00 sehari. Pada tahun 2008 sebanyak
RM97,648.00 telah dibelanjakan untuk wang saku pelajar (JHEOA, 2009b). Selain itu, mereka juga telah
diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk memastikan pelajar menerima makanan
yang berzat dan berkhasiat. Makanan berkhasiat amat penting untuk memastikan pelajar dapat belajar
dengan berkesan dan aktif. Di samping itu, hampir 100 peratus pelajar anak-anak Orang Asli menerima
bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) iaitu sebanyak RM600.00 setahun
bertujuan untuk memastikan pelajar cemerlang dalam pendidikan. Pihak JHEOA telah menyediakan
peruntukan tahunan untuk perkembangan pendidikan Orang Asli pada tahun 2003 sebanyak
RM1,233,000 dan peruntukan ini meningkat kepada RM 1,239,000 pada tahun 2007 (JHEOA, 2009b).

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

113

Jadual 1. Program Pembangunan dan Prestasi Pendidikan Orang Asli


Pembanguan
fizikal sekolah
Pengubah suaian
bilik darjah agar
kondusif
Pembinaan
bangunan asrama
Bilik komputer

Pembangunan
modal insan guru
Kursus
pendidikan

Program motivasi
ibubapa dan pelajar
Motivasi
keibubapaan

Program kemahiran
belajar
Klinik UPSR

Bekal komputer
riba.
Kursus motivasi

Motivasi belajar
untuk pelajar

Program Nilam
Program lawatan
sambil belajar

Rumah guru

Bantuan kewangan
Bantuan wang saku

Rancangan makanan
tambahan
Bantuan KWAPM
Bantuan pembelian
alat persekolahan.

Sumber: Kerja lapangan 2009

Analisis keputusan peperiksaan UPSR


Pencapaian pelajar anakanak Orang Asli dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah adalah
gambaran prestasi pendidikan sekolah Orang Asli. Keputusan UPSR bagi tempoh 2004 hingga 2008
dilihat berdasarkan kelulusan am.
a. Analisis keputusan UPSR Sekolah Kebangsaan Pulat dan Sekolah Kebangsaan Pos Brooke
Jadual 2 menunjukkan peratusan prestasi pencapaian peperiksaan UPSR pelajar anak Orang Asli dari
tahun 2004 hingga 2008 bagi kedua-dua sekolah yang dikaji. Didapati prestasi pelajar anakanak Orang
Asli dalam keputusan UPSR amatlah lemah. Bermula tahun 2004 dan tahun 2005 tidak ada seorang pun
pelajar yang lulus dalam UPSR di keduadua buah sekolah yang dikaji. Tetapi pada tahun 2006 telah
berlaku perubahan dengan 12.5 peratus pelajar telah lulus dalam UPSR di SK Pos Pulat. Peratusan lulus
terus meningkat dalam tahun 2007 kepada 42.9 peratus. Keadaan ini menunjukkan peningkatan yang
tinggi iaitu melebihi 100 peratus. Namun keadaan ini tidak kekal, sebaliknya peratusan ini terus
merudum kepada tidak ada seorang pun yang lulus dalam UPSR pada tahun 2008. Pencapaian
peperiksaan UPSR pelajar SK Pos Brooke tidak jauh bezanya dengan pencapaian pelajar di SK Pos Pulat
dalam tempoh yang sama (Jadual 2). Bagaimanapun, pencapaian prestasi peperiksaan UPSR di SK Pos
Brooke menunjukkan sedikit meningkat daripada kosong peratus pada tahun 2006 ke 2.4 peratus pada
tahun 2007. Pencapaian pelajar terus meningkat pada tahun berikutnya menjadi 7.4 peratus. Walau
bagaimanapun, dalam tempoh empat tahun kajian (2004 2008) SK Pos Pulat telah menunjukkan
peningkatan prestasi pelajar yang ketara iaitu 11.1 peratus berbanding dengan SK Pos Brooke yang hanya
mencapai 2.0 peratus. Ini berlaku antara tahun 2006 dan tahun 2007. Tetapi peningkatan ini tidak dapat
dikekalkan pada tahun 2008 kerana pencapaian prestasi kembali menurun (kosong peratus).
Jadual 2. Peratusan pencapaian UPSR tahun 2004 sehingga tahun 2008 di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke
Bil
1.
2.

Sekolah /Tahun
SK Pos Pulat
SK Pos Brooke

2004
0
0

2005
0
0

2006
12.5
0

2007
42.9
2.4

2008
0
7.4

Purata 5 tahun
11.1
2.0

Sumber: Kerja lapangan 2009

Umumnya, perubahan yang besar ini berlaku mungkin hasil daripada program yang telah
dilaksanakan oleh semua pihak dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar Orang Asli dalam
pendidikan. Kajian mendapati bermula tahun 2004 sehingga tahun 2006 tidak ada seorang pun
pelajar Orang Asli di SK Pos Brooke yang lulus dalam peperiksaan UPSR. Namum, pada tahun 2007

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

114

dan tahun 2008 terdapat pelajar yang lulus dalam peperiksaan UPSR. Usaha yang berterusan juga perlu
dilakukan oleh semua pihak dalam meningkatkan pencapaian pelajar Orang Asli dalam pendidikan.
Faktor prestasi pendidikan anakanak orang asli
Menurut pandangan guru yang di temubual, faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anakanak
Orang Asli di kawasan kajian ialah peranan ibu bapa, masalah kendiri pelajar, persekitaran fizikal dan
budaya (Jadual 3). Kajian juga mendapati, cabaran dan peranan guru turut mempengaruhi prestasi
pendidikan Orang Asli.
Jadual 3 menunjukkan faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan anakanak Orang Asli di
keduadua sekolah yang dikaji. Didapati sebahagian besar guru berpendapat bahawa faktor kendiri
pelajar memainkan peranan penting dalam menentukan dan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam
pendidikan. Manakala faktor infrastruktur hanya sedikit sahaja mempengaruhi prestasi pendidikan anakanak Orang Asli. Keadaan ini adalah sama di keduadua buah sekolah yang dikaji berdasarkan
pandangan guru.
Jadual 3. Faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam pelajaran mengikut pandangan guru di SK Pos
Pulat dan SK Pos Brooke, 2009
Faktor

Pos Brooke

Pos Pulat

Keseluruhan

Jumlah

Jumlah

Jumlah

Pesekitaran fizikal

25

33.3

27.3

Kendiri Pelajar

37.5

16.7

31.8

Sosio Budaya dan Ekonomi Keluarga

25

33.3

27.3

Infrastruktur

12.5

16.7

13.6

Sumber: Kerja lapangan 2009

Berdasarkan dapatan kajian ini maka perlu ada sesuatu usaha dalam menangani isu rendahnya prestasi
anakanak Orang Asli dalam peperiksaan UPSR pada setiap tahun. Langkah penting mengubah sikap dan
sifat keperibadian anakanak Orang Asli ke arah lebih bermotivasi dan mementingkan pendidikan. Hal
ini adalah perlu untuk meningkatkan prestasi pencapaian pendidikan anakanak Orang Asli setanding
dengan atau menghampiri pencapaian prestasi peperiksaan UPSR di sekolah kebangsaan biasa.
a. Faktor peranan ibu bapa terhadap prestasi pendidikan anak-anak
Ibu bapa berperanan dalam mempengaruhi presatasi pendidikan anak-anak terutamanya di peringkat awal
pendidikan ataupun di sekolah rendah. Bagaimanapun, ibu bapa Orang Asli kurang memainkan peranan
ke arah kejayaan pelajaran anak-anak mereka. Ramai dalam kalangan ibu bapa Orang Asli langsung tidak
mendapat pendidikan formal manakala hanya sebahagian kecil mendapat pendidikan hanya setakat
sekolah rendah itupun sampai tahun tiga sahaja. Kebanyakan ibu bapa Orang Asli berkahwin muda yang
menyebabkan mereka kurang dengan ilmu kekeluargaan.
Dorongan dan semangat daripada ibu bapa amat diperlukan oleh pelajar bagi meningkatkan motivasi
untuk belajar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran di rumah. Menurut Wan Hafizul, (temubual
23/04/09) ibu bapa tidak memarahi anakanak sekiranya tidak hadir ke sekolah. Sebaliknya, ibu bapa
diam kerana anak yang tidak bersekolah dapat menolong melakukan kerja rumah atau mengikut mereka
ke hutan untuk mengumpul hasil hutan. Ibu bapa menyerahkan 100 peratus pendidikan anak-anak mereka
kepada pihak sekolah. Mereka juga tidak mengambil berat tentang keputusan peperiksaan yang dihasilkan

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

115

oleh anak-anak dalam pelajaran. Ibu bapa juga tidak menyarankan atau menyuruh anak-anak belajar
sewaktu berada di rumah (Jadual 4). Dalam keadaan sedemikian ini, maka tidak berlaku proses
pendidikan atau pembelajaran di rumah. Ibu bapa juga tidak memberi cadangan khusus untuk
meningkatkan pendidikan anak-anak mereka. Mereka memohon bantuan kewangan daripada kerajaan,
tetapi bantuan kewangan itu bukanlah digunakan untuk pendidikan anakanak tetapi lebih kepada
perbelanjaan harian. Keadaan ini adalah dipengaruhi oleh tahap pendidikan ibu bapa itu sendiri.
Jadual 4. Keprihatinan ibu bapa terhadap pelajaran anak mereka
Peranan ibu bapa
Bertanya tentang pelajaran anakanak dengan
guru.
Bertanya kepada anak-anak tentang pelajaran
mereka.
Menyemak buku pelajaran anakanak.

Pos Brooke
Jumlah
3

%
12

Pos Pulat
Jumlah
2

%
8

Keseluruhan
Jumlah
%
5
10

16

12

14

12

Sumber: Kerja lapangan 2009

Kebanyakan ibu bapa kurang meluangkan masa untuk anak-anak seperti memeriksa atau menanya
kerja sekolah anak-anak, jauh sekali membeli bahan-bahan bacaan. Ibu bapa sendiri kurang terdedah
kepada alam pendidikan suatu ketika dahulu. Malah, ibu bapa tidak pernah membayangkan anakanak
mereka akan menjadi seorang yang bekerjaya suatu hari nanti. Sebaliknya, mereka sekadar mengharapkan
anakanak mereka dapat membaca dan memperolehi pendidikan yang lebih baik daripada diri mereka
sahaja.
Menurut pandangan guru yang ditemubual, dorongan daripada ibu bapa merupakan faktor penting
dalam mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar Orang Asli di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke.
Malahan dorongan dan sokongan daripada ibu bapa terhadap pelajar untuk belajar bersungguhsungguh
amat diperlukan. Ibu bapa seharusnya memberi nasihat dan semangat kepada anakanak mereka supaya
belajar dengan tekun dan bersungguhsungguh.
b. Faktor pelajar
Pelajar juga merupakan faktor penting dalam menentukan pencapaian pelajaran. Walaupun pelbagai
perubahan dan pembaharuan telah dilaksanakan, namun kemajuan pendidikan tidak akan tercapai
sekiranya pelajar itu tidak mahu berubah untuk berjaya. Dalam kajian ini terdapat beberapa kelemahan
yang telah dikenalpasti seperti pelajar kurang motivasi dan masalah dalam pembelajaran.
Menurut pandangan guru yang ditemubual, faktor motivasi pelajar memainkan peranan penting dalam
mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar. Mereka merasakan pelajaran kurang penting dalam kehidupan
mereka. Rata-rata mengatakan bahawa Ibu bapa mereka masih dapat hidup dengan baik walaupun tidak
berpelajaran tinggi. Kemahiran tentang selok-belok hutan adalah lebih penting dalam kehidupan mereka.
Oleh kerana itu, pelajar Orang Asli tidak belajar dengan bersungguh-sungguh.
Kehadiran pelajar ke sekolah amat penting supaya mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran kerana
sukatan pelajaran yang diajar berbeza dan bertambah hari ke hari. Sekiranya pelajar tidak hadir ke sekolah
sudah pasti mereka tercicir dalam pelajaran. Keadaan ini sudah pasti akan mempengaruhi pencapaian
prestasi pelajaran mereka. Sesetengah pelajar hampir sebulan tidak ke sekolah kerana tidak mahu belajar,
menjaga adik di rumah sementara ibu bapa bekerja dan mengikut ibu bapa ke hutan untuk mengumpul
hasil hutan (Wan Hafizul, temubual 22/04/09).
Kekangan yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pembelajaran ialah masalah berkomunikasi.
Pelajar Orang Asli kurang faham dengan penerangan yang diberikan oleh guru dalam Bahasa Melayu

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

116

semasa proses pembelajaran dan pengajaran. Sesetengah istilah harus diterangkan dalam Bahasa Orang
Asli oleh guru bagi membolehkan pelajar faham.
Secara keseluruhannya, faktor pelajar sendiri merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi
kejayaan mereka dalam pendidikan. Anak Orang Asli telah dibentuk dan diprogram sejak daripada lahir
lagi mengikut persekitaran dan budaya Orang Asli. Pendedahan persekitaran yang sedemikian ini
menyebabkan perjalanan kehidupan mereka mengikut kelaziman dan sukar untuk diubah dan dibentuk.
c. Faktor persekitaran dan budaya
Faktor persekitaran dan budaya mempengaruhi pencapaian prestasi pelajar Orang Asli di SK Pos Pulat
dan SK Pos Brooke. Kehidupan Orang Asli amat terikat dengan persekitaran mereka iaitu hutan yang
merupakan sumber rezeki yang utama. Antara faktor persekitaran dan budaya yang dikenalpasti
termasuklah faktor sosioekonomi, tiada tokoh berjaya dan tiada persaingan positif.
Kajian ini mendapati kegiatan ekonomi mereka masih lagi tertumpu kepada aktiviti tradisional seperti
mencari hasil hutan dan pertanian saradiri. Ramai dalam kalangan pelajar ponteng sekolah sematamata
untuk mengikut ibu bapa mereka mencari hasil hutan. Perkara ini sukar untuk dibendung kerana mencari
hasil hutan merupakan salah satu sumber kewangan kepada mereka untuk perbelanjaan harian mahu pun
persekolahan. Oleh kerana terlalu kerap tidak hadir ke sekolah, mereka banyak ketinggalan dalam
pembelajaran. Komuniti Orang Asli di sini berpuashati apa yang mereka dapat sekarang berbanding
dengan apa yang diperolehi pada masa akan datang. Oleh sebab itu, ibu bapa kurang mementingkan
pendidikan untuk anak-anak mereka.
Mereka merasakan pelajaran tidak memberi kemahiran untuk kegunaan dalam kehidupan sekarang.
Keadaan kehidupan mereka tidak memerlukan pendidikan yang tinggi dan tidak wujud persaingan yang
kuat dalam meneruskan kehidupan. Oleh itu, kehidupan yang dinikmati sekarang sudah selesa bagi
mereka, dengan kata lain mereka berada dalam zon selesa.
Selain itu, model atau tokoh merupakan seorang yang penting untuk menjadi sumber aspirasi dan
boleh mempengaruhi minat seseorang untuk berjaya. Walau bagaimanapun, tidak terdapat role model
atau orang yang telah berjaya sebagai contoh untuk mereka tauladan dalam mencapai kejayaan.
Tambahan lagi, ibu bapa dan pelajar itu sendiri tidak mengetahui kelebihan orang yang berpendidikan
tinggi dan hasil daripada kejayaan mereka. Kajian mendapati hanya dua peratus sahaja anak-anak Orang
Asli yang bekerja dalam sektor awam, manakala 98.0 peratus bekerja sendiri sebagai petani dan
mengumpul hasil hutan.
Dalam kajian ini, didapati majoriti pelajar di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke terdiri daripada
komuniti Orang Asli sahaja. Suasana pembelajaran tidak begitu mencabar dan persaingan untuk berada di
tempat teratas adalah kurang. Kemungkinan ketiadaan kaum Melayu, Cina atau India dan lain-lain
menyebabkan tiada saingan kepada mereka untuk berlumba-lumba mencapai keputusan yang lebih
cemerlang dan menduduki tempat teratas. Menurut pandangan Wan Badaruddin, pegawai PPD Gua
Musang (temubual 21/04/09), proses pembelajaran bagi pelajar Orang Asli hanyalah sebagai memenuhi
tuntutan kehidupan yang ditetapkan oleh kerajaan dan bukanlah satu matlamat yang penting bagi
menjamin masa depan mereka. Atitud yang sedemikian inilah yang menyebabkan anakanak Orang Asli
tidak berminat untuk bersekolah. Malahan, mereka hanya bersekolah setakat darjah tiga atau tidak akan
menamatkan alam persekolahan peringkat rendah.
d. Faktor cabaran guru mempengaruhi prestasi pendidikan Orang Asli
Jadual 5 menunjukkan pelbagai cabaran yang boleh menjejaskan kualiti akademik murid yang dihadapi
oleh guru di SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke. Kedudukan SK Pos Pulat yang jauh di pedalaman dan
mempunyai jalan perhubungan yang amat terhad dan daif menjadi satu cabaran kepada guru. Jalan raya
yang ada hanya lorong lori balak yang bertanah merah, sekiranya musim hujan jalan tersebut tidak dapat
digunakan dan amat membahayakan kepada penggunanya. Dalam keadaan sedemikian ini maka sekolah
terputus hubungan dengan dunia luar. Keadaan berbeza sedikit dengan SK Pos Brooke yang boleh

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

117

dihubungi sepanjang masa kerana berada di tepi jalan raya utama Gua Musang ke Tanah Tinggi Cameron
di Pahang. Ke dua dua pos juga tidak mempunyai kemudahan telefon awam dan rangkaian telefon
mudah alih.
Jadual 5. Cabaran guru SK Pos Pulat dan SK Pos Brooke dalam mendidik pelajar Orang Asli, 2009
Jenis Cabaran
Masalah perhubungan dan pengangkutan terhad

Pos Brooke
Jumlah
0

%
0

Pos Pulat
Jumlah
1

%
16.7

Keseluruhan
Jumlah
%
1
4.5

Meningkatkan motivasi pelajar


Mengurangkan masalah komunikasi
Mengurangkan berpegang pada adat

13
9
1

81.3
56.3
6.3

4
4
2

66.7
66.7
33.3

17
13
3

77.2
59
13.6

Mempelbagaikan ABM yang terhad


Mengaktifkan penglibatan ibu bapa dalam PIBG

1
4

6.3
25

2
0

33.3
0

3
4

13.6
18.2

Menyesuaikan sukatan pelajaran

31.3

22.7

Memaksimumkan kehadiran pelajar

37.5

27.3

Optimumkan penggunaan kemudahan asas yang


terhad

12.5

9.1

Sumber: Kerja lapangan 2009

Biasanya guru jarang membawa keluarga untuk tinggal bersama kerana terlalu kurang kemudahan
asas. Kadangkala keluarga juga tidak mahu ikut bersama kerana tidak sanggup menghadapi cabaran.
Keadaan ini menyukarkan guru berhubung dengan keluarga terutama sekiranya berlaku kecemasan.
Dalam keadaan inilah guru memerlukan ketabahan dan jatidiri yang kuat dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab. Sekiranya, seseorang guru tidak mempunyai jatidiri yang tinggi, maka ia boleh memberi
kesan kepada pembelajaran pelajar sehingga boleh mempengaruhi prestasi pelajar.
Guru juga terpaksa mengorbankan kehidupan bersosial seperti hiburan, makan minum di restoran,
rehat di taman atau pusat membeli belah, bertemu saudara-mara dan sebagainya. Keadaan ini berlaku
disebabkan di keduadua pos tidak mempunyai kemudahan tersebut. Kehidupan bersosial ini hanya dapat
dilakukan oleh guru apabila balik kampung semasa cuti persekolahan. Keadaan ini memerlukan guru
pasrah dan menerima seadanya keadaan di tempat mereka bertugas. Sekiranya guru tidak pasrah, maka ia
akan menganggu prestasi guru dan mempengaruhi pencapaian pelajar dalam pendidikan.
Selain itu, guru juga menghadapi cabaran memahami adat dan budaya Orang Asli. Komuniti Orang
Asli sangat berpegang kuat kepada adat dan budaya nenek moyang mereka. Guru perlu memahami adat
dan budaya Orang Asli supaya tidak melanggar adat dan budaya mereka. Sekiranya program yang
dilaksana melanggar adat dan budaya mereka program tersebut sudah pasti tidak mendapat sambutan
seperti menyediakan makanan dengan daging rusa, kijang dan kancil. Penerimaan guru ke dalam
komuniti Orang Asli memudahkan proses komunikasi antara mereka. Apabila guru diterima, segala
program dan aktiviti yang dilaksanakan akan mendapat sambutan daripada komuniti Orang Asli dan
berjaya.
Cabaran selanjutnya ialah memahamkan anak-anak Orang Asli apa yang diajar. Pelajar Orang Asli
kurang memahami penerangan yang dibuat oleh guru dalam Bahasa Melayu dan sesetengah istilah sukar
difahami oleh pelajar. Masalah ini timbul kerana penguasaan Bahasa Melayu oleh anak-anak Orang Asli
adalah agak lemah. Pelajar menggunakan Bahasa Melayu hanya semasa berada di sekolah khususnya
untuk berhubung dengan guru sahaja. Apabila berhubung dengan kawankawan mereka tetap
menggunakan dialek dan bahasa tempatan. Semasa berada di rumah, komunikasi antara sesama mereka

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

118

juga tetap menggunakan dialek dan bahasa tempatan. Keadaan ini menyebabkan pelajar Orang Asli lemah
penguasaan dalam menguasai Bahasa Melayu.
Guru terpaksa mengulangi penerangan sesuatu perkara berulang-kali dan dalam sesetengah keadaan
guru terpaksa memberi penerangan sesuatu istilah dalam dialek bahasa tempatan. Oleh sebab itu, guru
terpaksa mempelajari dialek bahasa tempatan atau Bahasa Orang Asli bagi memudahkan proses
pengajaran bagi memastikan pelajar faham perkara yang diajar.
Keadaan menjadi serius kerana kebanyakan mereka tidak aktif di dalam kelas semasa sesi
pembelajaran dan ketika diajukan soalan. Situasi ini menyebabkan guru tidak dapat menilai sama ada
pelajar berkenaan faham apa yang diajar atau sebaliknya. Malahan, kajian mendapati guru juga tidak
dapat menegur pelajar dengan nada yang tinggi kerana mudah merajuk dan menyebabkan kerap tidak
hadir ke sekolah. Menurut Samsani (temubual 22/04/09), kebanyakan pelajar sukar untuk menceritakan
masalah yang dihadapi kepada guru. Oleh kerana itu, para guru tidak mengetahui dan tidak memahami
masalah yang dihadapi oleh mereka. Dalam keadaan ini, maka tindakan susulan untuk membantu pelajar
tidak dapat dilakukan.
Cabaran lain yang dihadapi oleh guru adalah kurangnya motivasi dalam kalangan anakanak Orang
Asli. Pelajar Orang Asli lebih suka bermain dan kurang memberi tumpuan serta perhatian ketika guru
sedang mengajar. Menurut Wan Hafizul (temubual 22/04/09) aktiviti yang paling digemari pelajar Orang
Asli ialah bersukan dan menyanyi berbentuk karaoke. Pelajar sering meminta untuk melakukan aktiviti
berkenaan tanpa mengira waktu belajar atau sebaliknya. Ini menyebabkan sesi pembelajaran di dalam
kelas selalu terganggu, dan dengan itu seterusnya akan memberi kesan terhadap prestasi pelajaran
mereka.
Kes ponteng sekolah dalam kalangan pelajar turut mengundang masalah kepada pihak sekolah
khasnya dan guru amnya. Menurut seorang guru iaitu En. Latif Bin Mat (temubual 22/04/09) masalah
pelajar yang sering tidak hadir ke sekolah telah menjejaskan prestasi pembelajaran mereka kerana
tertinggal atau terkebelakang dalam proses pembelajaran.
Guru juga menghadapi cabaran berkaitan dengan sukatan pelajaran. Masalah ini timbul kerana
sukatan pelajaran yang diajar kepada pelajar Orang Asli adalah sama dengan pelajar di sekolah biasa
sedangkan kebolehan pelajar Orang Asli jauh berbeza dengan kaumkaum lain di Malaysia. Pengurusan
kebersihan kendiri pun tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Menurut Wan Badaruddin, Pegawai PPG
Gua Musang, tahap IQ dan kebolehan pelajar Orang Asli jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan
pelajar Melayu, Cina dan India (Temubual 21/04/09). Pelajar merasakan sesuatu perkara yang diajar oleh
guru amat asing dan sukar untuk diterima dalam budaya mereka. Keadaan ini menyebabkan guru sukar
untuk mendidik dan memberi kefahaman yang jitu kepada pelajar.
Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) turut memberi cabaran kepada guru. Prestasi pencapaian pelajar
turut dipengaruhi oleh sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat tentang pembelajaran anakanak
mereka. Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG bukan kerana pelajaran anak sebaliknya kehadiran
mereka kerana pihak sekolah mengadakan jamuan makan untuk ibu bapa. Menurut Guru Penolong Kanan
I dari SK Pos Brooke (temubual 22/04/09), sekiranya ingin mengadakan sesuatu program yang
memerlukan kehadiran ibu bapa, pihak sekolah harus mengadakan jamuan. Sekiranya tidak ada jamuan
sudah pasti kehadiran ibu bapa amat mengecewakan.
Masalah pertukaran guru turut menjadi satu situasi yang perlu dihadapi oleh guru. Menurut Wan
Badaruddin pegawai PPD Gua Musang (temubual 21/04/09) guru yang berkhidmat di sekolah Orang Asli
sukar untuk ditukarkan ke sekolah lain. Permohonan guru untuk bertukar sekolah akan hanya
dipertimbangkan selepas guru berkhidmat minimum lima tahun di sekolah-sekolah kebangsaan Orang
Asli. Cabaran ini terpaksa ditempuhi oleh guru sekolah Orang Asli kerana sukar untuk mendapatkan
pengganti. Kajian mendapati tidak ramai guru yang sanggup mengajar di sekolah Orang Asli terutama
yang jauh di pedalaman. Dijangkakan apabila keadaan ini berlarutan, kemungkinan besar motivasi guru
untuk memberi perkhidmatan yang baik akan berkurangan. Justeru, ia boleh menjejaskan prestasi pelajar
Orang Asli apabila guru bersifat mengajar sambil lewa sahaja.

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

119

Cadangan peningkatan prestasi pendidikan anak-anak orang asli


Kajian ini telah mengenalpasti pelbagai faktor yang menyumbang kepada rendahnya prestasi pendidikan
anak-anak Orang Asli. Rajah 2 merumuskan faktorfaktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan Orang
Asli. Berdasarkan faktor tersebut, cadangan penambahbaikan dikemukakan dengan megambilkira
pandangan dan pendapat JHEOA, PPD Gua Musang dan pihak guru (Jadual 6).

Rajah 2. Faktor yang mempengaruhi prestasi pendidikan Orang Asli


Jadual 6. Cadangan untuk meningkatkan pencapaian prestasi pelajar - pandangan guru
Jenis cadangan
Memaksimumkan kelas tambahan
Meningkatkan motivasi kepada pelajar
Meningkatkan kemudahan perhubungan
Hantar guru yang berkualiti tinggi
Latih tubi yang cukup
Pembelajaran dan pengajaran berkesan
Meningkatkan motivasi kepada ibubapa
Mengurankan masalah komunikasi
Mewujudkan sukatan pelajaran khas
Mempelbagaikan kemudahan ABM
Pendedahan dunia luar
Kebajikan guru dijaga
Sumber: Kerja lapangan 2009

Pos Brooke
Jumlah
0
10
2
0
0
5
7
2
5
2
4
3

%
0
62.5
12.5
0
0
31.3
43.7
12.5
31.3
12.5
25
18.7

Pos Pulat
Jumlah
1
2
2
3
1
1
1
1
0
0
0
0

%
16.7
33.3
33.3
50
16.7
16.7
16.7
16.7
0
0
0
0

Keseluruhan
Jumlah
%
1
4.5
12
54.5
4
18.2
3
13.6
1
4.5
6
27.3
8
36.4
3
13.6
5
22.7
2
9.1
4
18.2
3
13.6

Salah satu aspek yang perlu diberi perhatian dalam meningkatkan prestasi pelajar Orang Asli ialah
aspek pemahaman adat dan budaya Orang Asli. Komuniti Orang Asli memang terkenal dengan pegangan

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

120

kepada adat dan budaya yang kuat. Oleh itu, bagi pihak yang terlibat dengan komuniti Orang Asli tidak
mencampuri dan melanggar adat dan budaya mereka bagi memastikan tidak berlaku konflik. Perkara ini
amatlah penting bagi menjamin kejayaan sesuatu program yang dilaksanakan untuk pembangunan
komuniti Orang Asli.
Sehubungan dengan ini, seharusnya guru atau pegawai yang berkhidmat di kawasan komuniti Orang
Asli diberi kursus dan latihan dalam memahami adat dan budaya mereka. Latihan dan kursus yang diikuti
oleh guru sebaik-baiknya membolehkan guru boleh berbahasa Orang Asli atau sekurang-kurangnya tahu
dan memahami adat dan budaya mereka. Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh menyerapkan guru
terlatih daripada lepasan Institut Pendidikan Guru atau universiti yang terdiri daripada kalangan komuniti
Orang Asli itu sendiri untuk ditugaskan di sekolah berkenaan. Menurut Rimen Ali pegawai JHEOA
(temubual 20 /12/13) setakat ini di Kelantan terdapat lebih kurang 15 orang pelajar Orang Asli sedang
mengikuti kursus dalam bidang perguruan. Guru ini boleh dijadikan role model atau tokoh yang telah
berjaya dari kalangan komuniti Orang Asli yang lebih tahu dan memahami budaya dan adat komuniti
Orang Asli.
Di samping itu, program motivasi untuk ibu bapa dan pelajar Orang Asli perlu diperkemas dan
dimajukan. Anakanak Orang Asli perlukan bimbingan dan motivasi untuk memajukan diri mereka serta
meyakinkan kemampuan mereka. Semua kemudahan yang diperlukan telah disediakan oleh pihak
kerajaan tetapi mereka hanya perlu bimbingan yang mampu meyakinkan mereka dengan kepentingan
pendidikan supaya pendidikan mereka selari dan setanding dengan bangsa-bangsa lain di kawasan bandar.
Selain itu, kempen kesedaran dan motivasi dalam kalangan Orang Asli boleh diadakan untuk
memberi motivasi kepada ibu bapa Orang Asli supaya mementingkan pendidikan anak mereka. Dengan
adanya program ini boleh menghapuskan pemikiran negatif masyarakat Orang Asli terhadap pendidikan.
Di samping itu, pelancaran Kelas Dewasa Asli Penam (KEDAP) yang telah dilancarkan pada tahun 2008
telah mengurangkan kadar buta huruf dalam kalangan Orang Asli (PPD 2009). Malahan kelas itu adalah
sebahagian wahana untuk membantu golongan ibu bapa di dalam pendidikan asas iaitu mengira, menulis
dan membaca. Justeru, program ini perlu diteruskan dan diperbaiki dari masa ke semasa.

Rumusan dan kesimpulan


Pencapaian pendidikan merupakan ukuran dan jalan bagi merealisasikan impian untuk hidup lebih
cemerlang dan berjaya. Namun untuk mencapai kejayaan yang sedemikian di dalam pendidikan
memerlukan usaha yang gigih dan berterusan yang melibatkan semua Jabatan Kemajuan Orang Asli dan
Kementerian Pendidikan Malaysia, walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. Sehubungan
dengan itu, isu persekitaran, kurang dorongan ibu bapa, pelajar kurang motivasi dan sebagainya perlu
ditangani. Begitu juga dengan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mendidik pelajar Orang Asli perlu
di atasi dan dipandang serius. Tanggapan komuniti Orang Asli menolak kemajuan, sukar diubah atau
tidak mahu berubah, lemah dalam pemikiran dan primitif adalah kurang tepat. Kajian mendapati
sekiranya usaha dirancang dan dilaksanakan dengan betul dan teratur, pemikiran dan tanggapan orang asli
boleh diubah dan diperbaiki.
Kegigihan guru mendidik dan membantu pelajar anakanak orang asli perlu sentiasa bersabar secara
berterusan, tanpa penat dan jemu. Keadaan bertambah baik sekiranya jalan perhubungan dan komunikasi
dapat diperbaiki dan ditingkatkan mutunya.
Di samping itu, formula atau faktor kejayaan segelintir anakanak orang asli yang berjaya harus
dijadikan tauladan dan dipraktikkan kepada semua pelajar Orang Asli bagi meningkatkan pencapaian
pendidikan mereka. Usaha untuk memajukan Orang Asli dalam pendidikan perlu dilestari dan
ditingkatkan. Pendidikan merupakan senjata utama dalam memajukan sesuatu kaum pada masa kini.
Masalah keciciran pelajar Orang Asli ini begitu ketara sehingga Perdana Menteri Malaysia sendiri
memandang serius masalah ini (Unknown 24 Jan 2014). Justeru, diharapkan pelbagai pihak semestinya
bekerjasama dalam mengatasi masalah dan cabaran ini untuk memastikan pencapaian prestasi dan

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

121

pembangunan pendidikan pelajar Orang Asli terus meningkat dan setanding dengan kaumkaum lain di
Malaysia.

Rujukan
Abdul Razaq Ahmad, Zalizan Mohd Jelas (2009) Masyarakat Orang Asli: Perspektif pendidikan dan
sosiobudaya. Penerbit UKM, Bangi. pp.4758.
Adliza
Othman
(2007)
Hubungan
etnik
[cited
2/2/2009].
Available
from:
http://www.slideshare.net/finaz_fbi/hubunganetnik.
Chamhuri Siwar (2001) Pembangunan mapan: Strategik menang-menang untuk pembasmi kemiskinan
dan pemulihan alam sekitar. Penerbit UKM, Bangi.
Fong Chan Onn (1991) Dinamo ekonomi baru: Struktur dan peluang pelaburan di Malaysia. Penerbit
Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Hassan Mat Nor (1998) Warga pribumi menghadapi cabaran pembangunan. In: Hassan Ishak (ed) Orang
Asli dan cabaran pembangunan masa kini: Usaha dan tindakan yang direncanakan oleh JHEOA, pp.
109-110. Penerbit UKM, Bangi.
Hanafiah Muhd Salleh (1997) Isu remaja dan penyelesaiannya. In: Osman Ali, Noor Hassim Ismail,
Hashami Bohari, Hanafiah Muhd Salleh (eds) Isuisu kesihatan masyarakat, bab 3.Penerbit UKM,
Bangi.
Ishak bin Sin, Nor Asikin Salleh (2003) Era globalisasi: Pendidikan dan cabaran. Jurnal Pengurusan dan
kepemimpinan 13. 1428 .
JHEOA (Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli) (2009a) Data senarai Sekolah Orang Asli di Jajahan Gua
Musang, Kelantan. (Tidak diterbitkan ).
JHEOA (Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli) (2009b) Peruntukan pembangunan Orang Asli di Jajahan Gua
Musang, Kelantan. (Tidak diterbitkan ).
KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) (2007) Kemajuan perlaksanaan Pelan
Tindakan Pembangunan Pendidikan Masyarakat Orang Asli Kawasan Pinggir bagi tahun 2003 hingga
tahun 2006: Isu dan cadangan penambahbaikan. Kertas dibentangkan di Majlis Penasihat Kebangsaan
Pembangunan Masyarakat Orang Asli, Bil 1/2007. Putrajaya (Tidak diterbitkan).
Meiji (2008) Orang Asli. [cited 02/02/2009]. Available from: http://mita85.blogspot.com.
Musstafa Omar (2003) Warga Orang Asli menghadapi cabaran pembangunan: Satu analisis demografi
daripada Rancangan Penempatan Semula Komuniti Jakun di Mukim Bekok, Segamat, Johor, dalam
Mokhtar Jaafar (ed) Prosiding Persidangan Kebangsaan, Pusat Pengajian Sosial Pembangunan dan
Persekitaran Cabaran Pembangunan Delima Persekitaran. Penerbit UKM, Bangi. 1213
September.
Norizan Mt Akhir, LAr. Zulkefle Ayob, Siti Syamimi Omar (2013) Pengekalan identiti melalui
pelestarian landskap budaya Orang Asli. In: Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Yazid
Saleh, Mohmadisa Hashim, Kamarul Ismail, Zainudin Othman, Mazdi Marzuki, Hamirdin Ithnin,
Fauziah Che Lah, Mohd Faris Dziauddin, Mohd Hairy Ibrahim, Zuriatunfadzaliah Sahdan (eds)
Prosiding Persidangan Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 4. Geografi & Alam Sekitar
dalam Pembangunan dan Transformasi Negara, pp. 239244. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan
Idris, Tanjong Malim. 56 Mac.
Pejabat Pelajaran Daerah, Gua Musang (2009) Data Emis (Tidak diterbitkan).
Rosmizawati Saad (2003) Pencapaian akademik komuniti Jakun di rancangan Penempatan semula,
Mukim Bekok, Segamat, Johor. (Tesis Sarjana). PPSPP, FSSK, UKM, Bangi (Tidak diterbitkan).
Sekolah Kebangsaan Pos Pulat (2009) Data keputusan peperiksaan ujian penilaian Sekolah Rendah
(Tidak diterbitkan)
Sekolah Kebangsaan Pos Brooke (2009) Data keputusan peperiksaan ujian penilaian Sekolah Rendah
(Tidak diterbitkan)

GEOGRAFIA OnlineTM Malaysian Journal of Society and Space 10 issue 5 (107 - 122)
2014, ISSN 2180-2491

122

Siti Aminah Mohd Sam, Seow Ta Wee (2013) Kelestarian pembangunan sosiobudaya komuniti Orang
Asli. In: Nasir Nayan, Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim,
Kamarul Ismail, Zainudin Othman, Mazdi Marzuki, Hamirdin Ithnin, Fauziah Che Lah, Mohd Faris
Dziauddin, Mohd Hairy Ibrahim, Zuriatunfadzaliah Sahdan (eds)
Prosiding Persidangan
Kebangsaan Geografi dan Alam Sekitar kali ke 4. Geografi & Alam Sekitar dalam Pembangunan dan
Transformasi Negara, pp. 483489. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim.
56 Mac.
Unknown (2014) Kadar keciciran murid Orang Asli berkurangan. Berita Harian, 24 Januari 2014. 13.
Wahid Hashim (2007) Pendidikan Orang Asli: Sekolah Rintis Khas. [cited 02 Feb 2009]. Available from:
http://www.tutor.com.my.

Anda mungkin juga menyukai