Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah untuk mengatasi tekanan!

1. Berfikiran positif
Bagi mengelakkan diri memikirkan perkara yang tidak berfaedah atau membebankan perasaan
dan pemikiran kebiasaannya olyn akan mula berfikir secara positif. Iaitu olyn akan selalu
menganggap bahawa masalah yang datang dan menjadikan diri kita tertekan sebagai cabaran
dan rencah dalam kehidupan. manusia mana yang tidak ditimpa masalah dan mengalami
tekanan. Perkara ini bergantung kepada diri setiap individu bagaimanakah cara untuk
menangani stress masing-masing. Sebolehnya apabila menghadapi tekanan harus berfikir
secara positif bahawa kita di uji kerana Tuhan sayangkan kita dan Tuhan tahu kita mampu
menghadapinya oleh kita diuji. Kita juga harus berfikiran positif dan memikirkan bahawa stress
adalah suatu keperluan hidup untuk kita meningkatkan kualiti kehidupan.
2. Sentiasa Mengingati Tuhan
Mengingati Tuhan juga adalah merupakan salah satu cara untuk mengatasi stress. hanya
Tuhan sahaja yang punya kuasa untuk menentukan takdir hidup manusia. Namun sebagai
manusia kita seharusnya berusaha untuk menghadapi segala ujian yang mendatang dengan
kental. Jadilah seteguh karang. Nun jauh rendah di dasar lautan namun jiwa kentalnya sekental
gunung di daratan.
3. Sedia berkongsi masalah
Bersedia berkongsi masalah dengan mana-mana individu yang kita percayai mampu
mengurangkan tekanan dalam hidup. Sekurang-kurangnya bila kita telah meluahkan perasaan
dan berkongsi masalah dengan orang lain perasaan kita kan menjadi lebih tenang dan lega.
akan merasa lebih tenang dan mendamaikan kerana keluahan telah diluahkan sepenuhnya.
Namun berhati-hati, pilih individu yang boleh dipercayai.
4. Terima kelebihan dan kekurangan diri
Kebiasaannya, kita akan tertekan atau mengalami stress bila orang lain mengungkit
kekurangan kita. apa salahnya jika kita menerima kekurangan diri dan kritikan yang diterima
dijadikan sebagai panduan untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri. Terimalah juga kelebihan
itu sebagai penghargaan kepada diri sendiri. Berdasarkan cara ini sekurang-kurangnya kita
tahu bahawa setiap apa yang berlaku adalah bersebab.
5.Ketawa dan berseronoklah
Jika anda mengalami stress jangan sesekali menyisihkan diri daripada rakan-rakan mahupun
orang lain.Cuba lah cari sesuatu yang boleh melegakan hati. Berseronoklah dan bergelak
tawalah. Sesungguhnya ketawa adalah terapi bagi meregangkan urat2, otot2 dan saraf2 kita. Ia
secara tidak langsung akan memberi cas positif dalam diri kita kerana kita tidak akan
merasakan
tertekan.

6.Senyum
Senyum akan secara tidak langsung memberi hiasan pada raut wajah.Orang akan turut
tersenyum melihat kita senyum. Ini kerana senyum adalah salah satu bentuk komunikasi tanpa
suara setiap individu dengan individu yang lain.

7.Bergaul dengan individu yang positif


Bergaul dengan individu yang positif akan menjadikan diri kita lebih bermotivasi. Ini kerana cas
positif tersebut akan berpindah secara tidak langsung kepada kita.Persekitaran kita juga turut
positif.

Anda mungkin juga menyukai