Anda di halaman 1dari 9

35

FONETIK DAN FONOLOGI / 2


Gusi Dalam (
Alveola, Alveolum
)
Gusi dalam (gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi, lekuk gigi) adalahbahagian gusi tempat
letak akar gigi depan atas bahagian belakang, terletak tepatdi atas serta di belakang gigi yang
melengkung ke dalam menghadap lidah.Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai
artikulator pasif sedangartikulator aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gusi (
alveola,alveolum
) disebut bunyi alveolar atau bunyi gusi. Bunyi yang dihasilkan olehhalangan hujung lidah pada gusi
disebut bunyi apiko-alveolar. Selain itu, dapat juga gusi bekerjasama dengan daun lidah
sebagai artikulator aktifnya. Bunyi yangdihasilkan oleh daun lidah (
lamina
) disebut bunyi laminal. Gabungan kedua-duanya menjadi bunyi lamino-alveolar.
Gigi (
Teeth Denta
)
Gigi terbahagi menjadi dua, iaitu gigi bawah dan atas. Walaupun gigi bawah dapatdigerakkan ke
bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa tidakbanyak berperanan, hanya
bersifat membantu sahaja. Yang berfungsi penuhsebagai artikulator atau dasar artikulasi adalah gigi
atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gigi (
denta
) disebut bunyidental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir (
labia
) disebut bunyi labial. Bunyi yangdihasilkan oleh halangan gigi atas dengan bibir bawah disebut bunyi
labio-dentaldan yang dihasilkan oleh halangan gigi atas dengan hujung lidah disebut bunyiapikodental. Fungsi utama gigi untuk mengunyah. Contoh-contoh bunyi yangdihasilkan oleh gigi ialah [

] seperti dalam perkataan hadith [hadi

].
Bibir (
Lip, Labia
)
Bibir terbahagi menjadi dua, iaitu bibir bawah dan atas. Fungsi utama kedua-duabibir adalah sebagai
pintu penjaga rongga mulut. Dalam pembentukan bunyibahasa, bibir adalah sebagai artikulator pasif
bekerjasama dengan bibir bawahsebagai artikulator aktifnya. Dapat juga bibir bawah sebagai
artikulator aktif itubekerjasama dengan gigi atas, hasilnya ialah bunyi labio-dental. Contohcontohbunyi yang dihasilkan oleh bibir ialah bunyi fonem [p], [b], [w], [m] dan bunyi labiodental, [f] dan
[v].

36
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Lidah (
Tongue
)
Fungsi utama lidah adalah sebagai alat perasa dan untuk memindahkan makananyang akan atau
sudah dikunyah. Dalam pembentukan bunyi bahasa, lidah sebagaiartikulator aktif mempunyai
peranan yang amat penting. Lidah dapat dibahagikepada lima bahagian, iaitu akar lidah (
root
), pangkal lidah (
dorsum
), tengah lidah(
medium
), daun lidah (
lamina
) dan hujung lidah (
apex
). Akar lidah bekerjasamadengan rongga kerongkongan menghasilkan bunyi dorso-velar. Tengah
lidahbekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti [

, y].Hujung lidah bekerjasama dengan langit-langit keras menghasilkan bunyi seperti[l]. Selain itu,
hujung lidah boleh bekerjasama dengan gigi atas untukmenghasilkan bunyi [

] seperti dalam perkataan mithal [mi

al], juga dengan gusiuntuk menghasilkan bunyi [t, s], seperti dalam perkataan [tadi] dan [sapu].2.9
Namakan alat-alat artikulasi dalamrajah di bawah.

37
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Apakah Bunyi Bersuara dan Bunyi Tidak Bersuara?
Bunyi bersuara dan bunyi tidak bersuara ini mempunyai kaitan dengan keadaanpita suara seperti
yang digambarkan dalam rajah 2.6 yang berikut:
vixixiiixviviiiviiiviiiiix

38
FONETIK DAN FONOLOGI / 2
Rajah 2.6
: Keadaan pita suara (
glotis
) ketika:(a) tertutup, (b) terbuka untuk bunyi bersuara,(c) terbuka untuk bunyi bisikan,
(d) proses getaran(Sumber: J. Laver, 1993:188)
Sekiranya pita suara (
glotis
) itu tertutup rapat sewaktu udara keluar melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan
bunyi yang dihasilkanialah bunyi bersuara. Contohnya, bunyi [b], [d], [g] dan bunyi-bunyi vokal.
(a)(d)(b)(c)

Anda mungkin juga menyukai