Anda di halaman 1dari 7

DEFINISI JATI DIRI

Umumnya bila membicarakan persoalan mengenai pembentukan jati diri seseorang


rakyat Malaysia, kita tidak dapat lari daripada menjawab beberapa persoalan utama.
Pertama, apakah definisi jati diri? Kedua, bagaimanakah yang dikatakan jati diri acuan
Malaysia? Ketiga, bagaimanakah jati diri sesebuah Negara terbentuk dan boleh
berubah?
Apakah yang dimaksudkan dengan jati diri? Jati diri secara amnya membawa
maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa, pegangan, fahaman, dan pandangan jagat
sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut membentuk watak dan sifat peribadi,
cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang melambangkan tradisi bangsa dan jati
diri kaumnya (Zaid Ahmad Ruslan.. [et. al.], 2010). Cita-cita pemupukan jati diri boleh
dicapai kerana kita sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang
sama mengikat seluruh negara. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat,
sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yang sesuai dengan
negara ini. Namun krisis yg berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 Mei) mencerminkan
rakyat Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama
walaupun sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat di negara
mewujudkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Setiap pembentukan sebuah matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa menempuhi
cabaran yang mendatang. Seperti peribahasa yang selalu diungkap, kalau tidak
dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Peribahasa ini bermaksud, tidak akan
tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah (sumber :
http://bmspm.net).
Untuk memudahkan pembacaan, cabaran dalam membentuk jati diri rakyat Malaysia
dapat dikategorikan kepada dua aspek. Yang pertama merupakan cabaran dalaman
dan yang kedua adalah cabaran luaran. Kedua-dua aspek ini perlu difahami dengan
jelas oleh setiap individu yang bergelar warganegara untuk mengenalpasti mengapa
sikap sedemikian boleh menjejaskan keamanan serta menjatuhkan perpaduan antara
rakyat di Malaysia. Cabaran dalaman yang dimaksudkan di sini datangnya daripada

dalam diri individu masyarakat itu sendiri, baik dari segi pemikirannya, mental mahupun
rohani. Manakala, cabaran luaran itu datangnya dari ancaman anasir-anasir luar yang
berusaha untuk menggugat ketenteraman kita.
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai matlamat membentuk bangsa
Malaysia seperti Wawasan 2020 dan yang terbaru, gagasan 1 Malaysia. Kita sendiri,
sebagai rakyat Malaysia juga haruslah berusaha untuk bersama-sama membentuk jati
diri yang boleh kita perbanggakan sebagai satu bangsa Malaysia. Memahami dan
menghayati sejarah Negara, Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan, lagu
Negaraku serta menghormati Jalur Gemilang merupakan langkah pertama yang harus
diambil oleh setiap individu bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan Negara.
Pemerkasaan bahasa kebangsaan dan menjadikan agama Islam sebagai panduan
hidup turut boleh menyumbang kepada jayanya pembentukan jati diri dan identiti
bangsa Malaysia.
Menerusi penulisan ini, kami akan mengupas dengan lebih lanjut lagi apakah
cabaran yang harus dihadapi dalam usaha membentuk jati diri dan identiti bangsa
Malaysia dan langkah-langkah yang boleh kita praktikan dalam mengatasi cabaran
yang timbul sepanjang proses pembentukan matlamat ini. Kami berharap sedikit
sebanyak informasi yang kami kongsi di sini dapat membuka minda para pembaca
akan kepentingan jati diri sebagai seorang rakyat Malaysia.
Setelah membuat beberapa pembacaan melalui internet, buku rujukan dan
berdasarkan pemerhatian, kami dapati antara punca mengapa sukar untuk membentuk
jati diri rakyat Malaysia adalah disebabkan pemikiran individu itu sendiri. Jati diri tidak
akan dapat dibentuk jika individu itu menolak untuk berubah. Pemikiran mereka yang
kebanyakan masih di takuk yang lama, menolak perubahan yang dilakukan oleh
kerajaan sedangkan segala yang dimajukan adalah untuk kebaikan rakyat juga.
Perbezaan pemikiran dan percanggahan pendapat inilah yang mendatangkan jurang
dalam usaha kerajaan untuk membentuk perpaduan rakyat. Orang Melayu khususnya
dari generasi lama biasanya terkenal dengan sikap mereka yang akan menentang
habis-habisan jika tidak bersetuju jika pembaharuan dilakukan oleh kerajaan. Mungkin

juga kerana masih trauma akibat kesan penjajahan yang pernah oleh penjajah-penjajah
sebelum ini.
Selepas penjajahan, usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia menjadi lebih
sukar malah sehingga ke hari ini,usaha untuk meningkatkan sikap kecintaan terhadap
negara masih lagi dijalankan. Hal ini kerana, untuk membawa semua kaum yang sudah
memahami budaya dan adat kaum sendiri, secara tiba-tiba disuruh bersatu dengan
kaum lain, tentulah bukan mudah.
Mungkin sebilangan dari kita, rakyat Malaysia masih tidak menyedari betapa
pentingnya jati diri dalam kehidupan kita yang masih lagi bersatu, membangun bersama
kaum yang berbilang bangsa di negara ini . Bila mana tiada jati diri di dalam diri masingmasing, maka persengketaan mudah berlaku. Malahan, jika tiada sedikit sikap hormat
pun, boleh mendatangkan perbalahan. Kita sebagai generasi muda tidak langsung
mengambil iktibar daripada peristiwa 13 mei 1969, rusuhan yang melibatkan kaumkaum di negara ini sehingga mengorbankan nyawa. Lebih teruk dari itu,ada juga yang
tidak tahu menahu mengenai peristiwa berdarah ini.
Ramai di antara kita yang hanya tahu menegakkan itu ini tanpa mengetahui objektif
perjuangan mereka. Kebanyakan dari mereka hanya mengikut arahan dan bertindak
membuta tuli tanpa memikirkan kesannya kepada negara. Mereka hanya mahukan
suara mereka didengari dan diikuti. Tetapi ada baiknya,kerana sikap inilah yang
membuatkan penjajah British suatu ketika dahulu amat gerun dengan orang Melayu.
Itu kisah generasi lama, berlainan pula dengan generasi muda zaman ini.
Kebanyakan dari mereka belum pun menamatkan persekolahan, tetapi sudah pandai
bertindak luar kawalan, bukan seperti yang dibataskan sebagai seorang pelajar. Mereka
terlalu muda dan sememangnya hanya belajar sejarah sematamata untuk peperiksaan
dan bukannya menghayati erti dan sebab perjuangan tokoh-tokoh pejuang Tanah
Melayu dahulu. Jadi, jati diri itu tidak dapat diserap sepenuhnya dalam diri mereka.
Cabaran dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan
perbezaan budaya yang terdapat pada kaum di negara ini. Masingmasing mahu
mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain. Sikap tidak

menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh
meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum tersebut. Dan ini menyukarkan
proses perpaduan antara kaum di Malaysia.
Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di mana kita
dibesarkan.

Bahasa

merupakan

asas

kepada

setiap

budaya

masyarakat.

Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan


beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai
bangsa.
Amat ketara jika orang melayu dibandingkan dengan orang cina dan india. Majoriti
orang cina dan india di negara ini fasih bertutur,menulis dalam Bahasa Malaysia, tetapi
hanya segelintir dari orang melayu yang pandai bertutur atau menulis dalam Bahasa
Cina ataupun Bahasa Tamil. Agak pelik bukan? Jadi, tidak mustahil jika kebanyakan
orang melayu tidak dapat menyesuaikan diri apabila berada di dalam kelompok cina
atau india.
Hiburan. Merupakan penyebab utama mengapa jati diri rakyat Malaysia sukar
dibentuk. Hiburan yang merupakan saluran utama barat untuk menjajah minda rakyat
kita. Sekaligus dengan hiburan kita akan mudah leka dan terpengaruh dengan budaya
orang barat. Tidak kira dari segi percakapan, malahan perwatakan orang barat juga
telah diikuti oleh generasi muda kini.
Gaya hidup orang barat yang bebas dan tidak keterlaluan jika dikatakan sangat
sosial mungkin menjadi idaman golongan muda remaja di Malaysia. Generasi tua pun
apa kurangnya, sibuk menyertai program realiti yang dianjurkan oleh pihak televisyen.
Tidak salah,tetapi jika berterusan, boleh mengundang leka. Sedangkan di negara lain,
golongan-golongan ini bersatu dengan pemuda-pemudi dan bertungkus-lumus untuk
mempertahankan agama dan negara dari serangan musuh.
Kita perlu memahami dan menghayati sejarah Negara, perjuangan dan susah payah
membangunkannya.Bangsa yang tidak mengenali sejarah hanya hidup untuk mencari
makan atau bersikap materialistik seperti imigran-imigran yang dibawa oleh British ke
negara ini sebagai buruh paksa suatu masa dahulu. Golongan bukan Melayu

khususnya mesti diperjelaskan bahawa mengkaji sejarah negara ini tidak boleh
dipisahkan daripada melibatkan sejarah orang Melayu. Sejarah negara adalah sejarah
Melayu yang bersifat kebangsaan dan meliputi semua kaum. Ini sama dengan
perjuangan kemerdekaan yang digerakkan oleh nasionalis Melayu tetapi ia adalah
perjuangan kebangsaan untuk semua kaum. Sejarah negara ini tidak boleh dipisahkan
daripada tiga perkara iaitu orang Melayu, institusi Raja-raja Melayu dan agama Islam.
Kalau kembali kepada sejarah, sudah tentu tidak wujud prasangka antara kaum di
negara ini kerana sejarah telah menggariskan hak masing-masing tanpa berkorban
apa-apa atau mengambil apa-apa daripada orang lain. Apabila mereka tahu sejarah
asal usul masing-masing, tidak timbul lagi sekian banyak tuntutan yang tidak masuk
akal. Kegagalan mengenal sejarah yang berkaitan dengan negara sendiri akan
melunturkan kecintaan kepada tanah air.Orang- orang Melayu pula perlu benar-benar
memahami dan sedar bagaimana negara Malaysia ini yang dahulunya bernama Tanah
Melayu, berada di rantau Melayu, kini telah menjadi Malaysia iaitu sebuah negara di
rantau Melayu yang warganegaranya masyarakat majmuk yang terdiri dari etnik
Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Orang Melayu perlu
tahu dan faham sejarah bagaimana orang bukan Melayu mendapat hak sebagai
warganegara. Jika orang Melayu tidak faham dan tidak sedar, tidak mustahil suatu hari
nanti etnik Melayu akan menjadi etnik minoriti di tanah air sendiri.
.Kita kembali menghayati lima prinsip Rukun Negara, memahami Perlembagaan
Persekutuan, menjiwai maksud tersirat lirik lagu Negaraku serta menghormati Jalur
Gemilang bagi mengembalikan jati diri dan rasa cinta akan negara.Rukun Negara telah
digubal oleh Majlis Perundangan Negara dan diperkenalkan pada 31 Ogos 1970. Ia
dirumus berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk jati diri
rakyat Malaysia. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip yang bertunjangkan semangat
Perlembagaan diharap dapat membentuk jati diri rakyat Malaysia sebagai satu Bangsa
Malaysia. Ramai kalangan rakyat Malaysia yang lancar menyebut lima prinsip Rukun
Negara. Menyanyikan lagu Negaraku dan menyenaraikan warna-warna serta
lambanglambang yang terdapat pada Jalur Gemilang tetapi tercengang dan
tergagapgagap apabila diminta menerangkan maksudnya.

Rakyat Malaysia seharusnya berasa bangga dengan tanah air yang didiami ini.
Keharmonian dan kedamaian yang dinikmati tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.
Kesedaran terhadap betapa berharganya keamanan negara perlu ditanam dalam jiwa
setiap rakyat Malaysia bak kata pepatah Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. "
Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan perlu
digerakkan dengan mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh dan
koordinasi antara badan penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk
memupuk perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik
Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan,
bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden. Matlamatnya adalah untuk melahirkan
generasi masa depan Bangsa Malaysia yang fasih, menghormati dan berbangga
dengan bahasa yang menjadi identiti mereka sehingga dapat mempromosikannya di
mana sahaja mereka berada.
Sebagai agama rasmi, kedudukan Islam harus mendapat tempat yang wajar dalam
penyelesaian masalah seperti yang diperakui dalam Perlembagaan Malaysia. Ajaran
Islam yang mengandungi norma-norma yang bercorak universal dan menentang
paksaan terhadap orang bukan Islam sangat sesuai untuk masyarakat berbilang kaum.
Unsur toleransi dalam Islam harus ditonjolkan dan diterima dalam konteks penyelesaian
cabaran yang wujud dalam pembentukan jati diri rakyat di Malaysia.
Sekadar menyenaraikan cabaran dan penyelesaiannya, itu perkara mudah.
Realitinya, usaha membentuk jati diri rakyat Malaysia bukannya satu perkara yang
mudah dan mengambil masa yang panjang untuk direalisasikan. Pada pandangan
kami, cabaran terbesar datangnya daripada individu yang mendakwa diri mereka rakyat
Malaysia. Mempunyai status warganegara di dalam kad pengenalan bermakna mereka
terikat

dengan

Perlembagaan

Persekutuan

dan

mereka

mesti

memenuhi

tanggungjawab mereka selaku warganegara Malaysia. Peristiwa-peristiwa yang telah


berlaku sepanjang tahun 2011 dan juga pada awal tahun 2012 jelas membuktikan
kedangkalan masyarakat kita dalam memahami dan menghayati sejarah, menerima
perubahan serta makna keamanan yang sedang kita kecapi sekarang. Kecetekan

minda generasi sekarang berpunca dari kurangnya kesedaran dan minat untuk
menimba ilmu dan menerima perubahan. Bukan itu sahaja, kurangnya kesedaran dan
minat untuk memelihara keamanan yang dinikmati turut menjadi faktor yang
menghalang usaha-usaha untuk membentuk jati diri rakyat Malaysia.
Sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah kita haruslah berusaha untuk memupuk
kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa pentingnya jati
diri kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang mantap,baik
meningkatkan semangat patriotisme,iaitu semangat cintakan negara di dalam diri setiap
rakyat Malaysia. Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu mempertahankan
kemerdekaan yang sudah 57 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah suatu angka yang
kecil, tapi jika tidak dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil kita akan dijajah
semula. Mungkin negara kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jika tiada jati diri juga
dianggap dijajah. Jika kita mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan setakat mental
dan fizikal kita turut menjadi kuat, bahkan ikatan perpaduan kita akan menjadi semakin
utuh, sekaligus memudahkan kita untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara
kita daripada ancaman anasir-anasir luar yang tidak pernah senang melihat keamanan
Negara kita, Malaysia.

Bukannya satu tugas yang mudah untuk membentuk jati diri seseorang individu jika
tanpa wujudnya kesedaran dan minat dalam diri individu itu sendiri untuk menerima
perubahan. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri
seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduan
dan keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.
Tiada gunanya segala perancangan dan usaha untuk membina jati diri rakyat Malaysia
jika tanpa kerjasama daripada rakyat Malaysia sendiri. Tepuklah dada, tanyalah hati.

Dipetikan

daripada:

http://www.scribd.com/doc/97559164/PEMBENTUKAN-JATI-

DIRI-RAKYAT-MALAYSIA-CABARAN-DAN-PENYELESAIANNYA