Setiap benda yang benyawa tidak lari daripada fitrah untuk berkomunikasi antara satu
dengan yang lain. Komunikasi atau proses interaksi antara manusia ataupun setiap makluk
yang bernyawa dapat disimpulkan sebagai satu proses penyampaian maklumat dari satu
pihak (penghantar) kepada satu pihak yang lain (penerima). Di dalam komunikasi terdapat
beberapa elemen-elemen yeng penting yang dapat melengkapkan kosep komunikasi itu
sendiri. Walaubagaimanapun, dalam proses komunikasi juga terdapat banyak halangan yang
menghalang keberkesanan proses komunikasi dan mengakibatkan maklumat yang ingin
disampaikan tersasar maksudnya dari perkara dasar. Halangan-halangan ini akan
meninggalkan beberapa kesan kepada pengantar ataupun kepada penerima. Kesan-kesan
inilah yang menjadi duri dalam setiap individu dan seterusnya mengakibatkan pertelingkahan
dan pergaduhan sesama sendiri. Masalah-masalah seperti ini perlu dibendung agar
masyarakat kita dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni terutamanya dalam konteks
kehidupan masyarakat di Malaysia yang mempunyai pelbagai agama, bangsa, dan etnik.
2.0 DEFINISI
Definisi bagi komunikasi menurut kamus dewan edisi ke-3 ialah perhubungan langsung atau
tidak langsung dengan perantaraan surat,radio, telefon dan alat-alat yang boleh digunakan
untuk berkomunikasi. Komunikasi juga bermaksud mengadakan perhubungan seperti
berbincang antara satu sama lain, bercakap-cakap, dan bertukar-tukar pendapat antara satu
pihak dengan pihak yang lain.
Kumunikasi menurut Johns (1996) ialah komunikasi sebagai proses pertukaran maklumat di
antara penyampai dan penerima maklumat di kalangan pelbagai pihak.
Contoh : pembekal, pelanggan, pengurus karajaan dan lain-lain.
Manakala menurut Green Berg & Baron (1996) komunikasi ialah satu proses di mana individu,
kumpulan dan organisasi yang bertindak sebagai penyampai menyampai maklumat kepada
individu, kumpulan dan organisasi lain yang bertindak sebagai penerima mesej.
Dari segi bahasa pula, komunikasi berasal dari perkataan Inggeris iaitu comunication.
Perkataan comunication berasal dari perkataan Latin iaitu communicare yang bermaksud to
make common iaitu mewujudkan persamaan. Selain itu komunikasi merupakan proses
perkongsian atau menyampaikan sesuatu pengalaman dengan individu lain.
contoh : guru berkongsi pengalaman dengan pelajar.
Seperti makhluk lain, manusia tidak lari dari fitrah untuk berkomunikasi. Jika haiwan sekecil
semut dapat berinteraksi antara sekumpulan mereka dengan menggunakan sesungut, atau
haiwan dalam hutan dapat berkomunikasi antara dengan yang lain untuk memastikan proses
kendiri atau ekologi hutan menjadi tenteram serta damai, apatah lagi manusia yang
merupakan satu ciptaan dari pencipta yang Esa iaitu makhluk yang komplek dan mempunyai
akal fikiran.
Dalam diri manusia, komunikasi berlaku dalam setiap perkara rutin iaitu komunikasi dalam
keluarga, komunikasi dalam organisasi, dan komunikasi dalam komuniti. Proses komunikasi
antara manusia menjadi lebih komplek dan canggih bila terciptanya teknologi-teknologi baru
seperti telefon mudah alih, internet jalur lebar dan satelit yang menjadikan proses
penyampaian maklumat menjadi lebih luas dan menjadikan dunia sekarang tanpa sempadan.
Sebenarnya, alat teknologi komunikasi ialah sebagai pelengkap kepada proses komunikasi
manusia itu sendiri.
Walaubagaimana sekalipun, fitrah manusia untuk berhubung secara manusiawi dengan
melibatkan hati, perasaan, jiwa, persahabatan, kasih sayang, benci dan sebagainya tidak
dapat dipisahkan. Justeru itu, selagi wujudnya makhluk yang bernama manusia, proses
komunikasi secara manusiawi tidak akan lupus atau ditenggelam zaman. Jika dilihat dalam
prospektif islam, komunikasi secara manusiawi yang fitrah itu tidak akan terputus di alam
mimpi, di alam kubur, dan juga di alam kebangkitan selepas mati.
Komunikasi melibatkan penyampaian idea dan perasaan kepada pihak lain. Manusia
berkomunikasi kerana ingin mempengaruhi pemahaman orang lain, sikap dan tindakan pihak
lain sama ada mereka bersetuju atau tidak ke atas sesuatu isu. Komunikasi merupakan proses
dua hala yang mana anda bukan hanya bertindak sebagai penyampai maklumat, malah ia
juga merupakan sasaran kepada penyampai maklumat yang lain.
1
Dalam proses komunikasi, terdapat pelbagai halangan dan rintangan yang menyebabkan
penyampaian maklumat daripada pengantar kepada penerima berbeza dan ini
mengakibatkan berlakunya salah faham antara satu sama lain. Banyak faktor halangan yang
menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak berkesan.
Halangan dalam komunikasi merupakan salah satu sebab mengapa komunikasi berkesan
susah untuk dilaksanakan. Definisi halangan dalam kamus dewan edisi ke-3 membawa
maksud aral rintangan yang menghalang sesuatu ataupun ganguan yang menyebabkan
matlamat asal tersasar. Halangan dalam segi bahasa juga bermaksud tegahan atau rintangan
dalam menjalankan pekerjaan atau melakukan sesuatu perbuatan.
Justeru itu, halangan dalam komunikasi perlulah diselesaikan dengan beberapa kaedah yang
boleh mengatasinya agar perinsip-perinsip komunikasi berkesan mencapai matlamatnya.
Definisi bagi kaedah ialah cara atau peraturan untuk membuat sesuatu perkara terutamanya
bersistem atau biasa samada kearah kebaikan atau keburukan. Halangan dan rintangan
dalam komunikasi perlu diatasi dengan kaedah-kaedah yang betul agar proses komunikasi
menjadi berkesan.
Halangan dalam komunikasi akan mengakibatkan tercetusnya beberapa kesan samada
kepada pengantar atau penerima. Kesan daripada halangan komunikasi memberi impak yang
besar dalam sesebuah institusi atau organisasi. Secara rasionalnya, impak ini akan berlarutan
kepada masyarakat dalam sesebuah negara dan seterusnya dapat menjatuhkan imej negara
itu sendiri.
Definisi kesan dalam halangan komunikasi ialah tanda baik atau buruk daripada akibat
komunikasi yang tidak berkesan serta kesudahannya kepada individu, keluarga, organisasi,
dan Negara.
3.0 Bahagian Komunikasi
Proses penghantaran, penerimaan dan pertukaran maklumat, pendapat atau idea melalui
tulisan atau percakapan merupakan proses komunikasi yang utama Secara umumnya proses
komunikasi terbahagi kepada dua iaitu komunikasi secara lisan atau komunikasi bukan lisan.
Penerangan selajutnyar ialah berkaitan dengan proses komunikasi.
3.1 Komunikasi bukan lisan ialah satu proses yang merujuk kepada maklumat yang
disampaikan melalui memek muka, pergerakan tangan, posisi badan dan sentuhan yang
bukan berbentuk percakapan atau kata-kata. Ada banyak tafsiran tentang kamunikasi bukan
lisan ini. Antaranya melalui nada suara, ekspreasi muka, dan pergerakan tubuh, pandangan
mata dan sebagainyan. Nada suara selalunya membawa bersama emosi yang terkandung
dalam suatu perkataan. Sesuatu perkataan yang disebut dengan nada suara yang berbeza
akan membawa erti yang berbeza. Contohnya perkataan sayang jika disebut dengan nada
lembut bererti sayang yang sebenar tetapi jika disebut dengan nada keras mungkin
bemaksud marah. Dalam erti ruang atau wilayah pula, ia bermaksud jarak antara individu
dengan individu lain.Contohnya jarak dekat dikatakan mempunyai perhubungan yang akrab,
manakala jarak jauh antara satu individu dengan individu yang lain melambangkan kurang
kemesraan. Cara menggunakan ruang fizikal menggambarkan personaliti individu itu serta
apa pendekatan yang diambil. Antara contohnya ialah susunan perabut dalam bilik tidur
dapat menggambarkan sikap dan personaliti tuan bilik. Tafsiran daripada suara-suara separa
bahasa yang membawa makna tersendiri seperti terbatuk, merungut, berbisik sendiri dan
sebagainya juga contoh kepada komunikasi bukan lisan
Tafsiran komuniksai seperti ekspresasi muka, pandangan mata dan pergerakan tubuh badan
pula member banyak maksud yang tersirat dan tersurat. Ekspreasi muka ialah penglahiran
rasa hati, emosi fikiran, penilaian dan keadaan diri individu. Ia merupakan hasil kombinasi
daripada pandangan mata, kedutan dahi, muka dan warna yang lahir dari muka semasa
interaksi. Sebagai contoh ekspreasi tidak sama dengan kata-kata (mulut tersenyum tetapi
nada suara mengejek) tidak sesuai dengan perasaan.
Selain itu, tafsiran dari pandangan mata ialah, mata berfungsi untuk memberi perhatian,
menunjukkan minat, tanda hormat, menimbulkan rasa penerimaan dan sebagai tanda
penghargaan satu pihak kepada pihak yang lain. Pandangan mata bukan bererti pandang
tepat pada mata, tetapi tumpuan pandangan ke arah muka. Ini bukan beerti memandang
tidak berhenti-henti atau berkelip-kelip. Cara pandangan berkesan ialah pengantar hendaklah
menjaga reaksi mata seperti tidak pejamkan mata semasa berkomunikasi. Pandangan mata
2
tidaklah terlalu tajam kerana jika berbuat kemudian ia akan menjejaskan proses komunikasi
berlaku. Pengantar juga tidak digalakkan memakai kaca mata hitam. Selain daripada itu,
pengantar hendaklah tidak melarikan pandangan mata dari penerima dan perbuatan selalu
melihat jam akan memburukakn lagi proses komunikasi.
Antara aspek yang paling diambil berat ialah pergerakan tubuh badan orang yang
menyampai. Pergerakan tubuh badan beerti cara duduk seseorang individu boleh
mengambarkan penerimaan kepada orang lain. Seseorang yang bersikap mesra akan duduk
condong ke arah orang yang bercakap dengannya. Manakala seseorang yang bersifat tidak
menerima lebih cenderung menyandar ke belakang. Antara cara duduk yang berkesan ialah
duduk dengan sopan seperti menyandar di kerusi. Perbuatan menggoyangkan kaki, silang
kaki, meletak tangan di tengkuk amatlah ditegah bila proses komunikasi sedang berlangsung.
Dalam pada itu juga, perbuatan kaku atau langsung tidak bergerak juga menjadikan proses
komunikasi terbantut. Pergerakan tangan yang sesuai dapat memudahkan komunikasi serta
member maksud tertentu. Misalnya berpeluk tubuh beerti penerima dan pengantar kurang
bersedia untuk berbincang. Antara contoh lain ialah tangan dalam kocek yang bermaksud
sembunyikan sesuatu perkara. Jika individu menggigit jari ketika berkomunikasi ia
menandakan perasaan cemas atau risau kepada keadaan yang berlaku. Perasaan marah juga
dapat dilihat dan difahamkan apabila seseorang individu menggengam tangan dengan erat.
3.2 Komunikasi lisan atau verbal ialah mesej yang melibatkan pertuturan dan tulisan serta
melibatkan keupayaaan melibatkan penggunaan bahasa atau perkataan. Setiap manusia
kecuali individu yang mengalami kecatatan dikurniakan dengan kobolehan bertutur dengan
menggunakan bahasa tertentu.Komunikasi lisan lebih kerap digunakan untuk menyampaikan
maklumat. Ia lebih mudah mendapat maklumbalas dan para penerima dapat bertindak
dengan kadar segera. Contoh maklumat lisani ialah bersemuka secara informal dengan
seseorang atau mengadakan perbualan berkumpulan seperti temuduga bersemuka.
Perbualan dalam talefon, pesanan suara, menulis dan membaca memo, laporan, artikel, surat,
dan menganalisis data juga termasuk dalam komunikasi lisan.
Sesungguhnya hati-hati itu tempat bertanam,maka tanamkanlah padanya perkataan yang
bagus. Seandainya tidak tertumbuh semuanya, akan tertumbuh sebahagiannya.
- Pesanan Luqman Al-Hakim
4.0 ELEMEN-ELEMEN PENTING DALAM PROSES KOMUNIKASI
Dalam proses komunikasi, terdapat banyak elemen-elemen yang perlu ada supaya
proses komunikasi menjadi lengkap dan kompleks. Elemen pertama ialah penyampai mesej
atau pemberi iaitu dikenali sebagai enkod. Penyampai merupakan sumber permulaan
maklumat dan selaku orang yang memulakan proses komunikasi. Penyampai perlu memilih
jenis maklumat yang ingin disampaikan sama ada menerusi tulisan, lisan atau bahasa badan
yang difikirkan paling berkesan untuk menyampaikan malumat kepada penerima. Mesej yang
telah dihantar perlu dienkod dan disusun serta dipilih simbol-simbolnya sama ada lisan atau
bukan lisan supaya dapat difahami oleh penghantar dan penerima. Enkod yang digunakan
oleh penghantar perlu difahami oleh penerima, jika tidak proses komunikasi akan terhenti
begitu sahaja.
Elemen kedua ialah merujuk kepada penerima atau dalam istilah lain ialah dekod. Dekod ialah
individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai mesej atau maklumat.
Penerima maklumat mungkin datang dari dalam atau luar organisasi, atau pelbagai pihak.
Individu akan menerima mesej yang disampaikan oleh pengirim melalui saluran komunikasi.
Mesej yang diterima akan diterjemahkan mengikut interpretasi penerima itu sendiri.
Elemen ketiga ialah mesej atau maklumat yang ingin disampaikan. Maklumat atau mesej
ialah isi kandungan yang dihantar kepada penerima oleh pengirim. Maksud atau fakta serta
niat yang dikirim hendaklah yang mudah difahami oleh penerima mesej. Mesej yang
disampaikan oleh pemberi boleh berbentuk sama ada lisan atau bukan lisan.
Element seterusnya ialah saluran. Saluran ialah alat yang digunakan untuk menyalurkan
mesej iaitu deria 5 pancaindera manusia atau media elektronik serta media masa. Ia
3
diterima bercanggah dengan sangkaan awal akan menyebabkan halangan untuk penerima
tersebut untuk terus mendengar dan menerima mesej.
5.5 Halangan Alam Sekitar
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesanan proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan
mudah rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan.
Komunikasi juga tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang
tegang. Alam sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas
dalam komunikasi misalnya sewaktu rebut petir dan banjir. Proses komunikasi sering
terjejas kerana medium yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana
alam. Halangan alam sekitar berkait rapat dengan masalah persekitaran yang
menyebabkan proses komunikasi tidak efektif.
Proses komunikasi merupakan satu proses pertukaran maklumat antara dua atau lebih
manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini dapat dikurangkan sekiranya
penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan tugas masing-masing dalam
mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan memastikan prinsip-prinsip
komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi, akan membolehkan
komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan dan kelemahan
dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian
6.0 Kaedah-kaedah mengatasi halangan komunikasi
Terdapat beberapa kaedah yang boleh mengatasi halangan komunikasi supaya komunikasi
yang dijalankan berkesan dan membawa manfaat terhadap kedua-dua belah pihak. Antara
kaedah-kaedah tersebut ialah penggunaan bahasa yang mudah, pendengaran aktif,
pengawalan emosi dan tanggapan negatif, serta penggunaan bahasa tubuh.
6.1 Penggunaan bahasa yang mudah
Penghantar perlulah menggunakan bahasa dan perkataan yang mudah dan senang difahami
supaya mesej yang disampaikan akan dapat difahami oleh penerima seterusnya menjadikan
komunikasi yang dihasilkan adalah berkesan. Ini kerana salah satu halangan yang wujud
dalam komunikasi berkesan adalah bahasa yang digunakan untuk berinteraksi antara
penghantar dan penerima ialah berlainan dan susah untuk difahami. Jika bahasa yang
digunakan adalah berlainan namun dapat difahami oleh kedua-dua belah pihak, ia sudah
memadai untuk interaksi itu berlaku. Penghantar juga perlulah menggunakan perkataan yang
tepat, ringkas, dan juga tekanan suara yang lembut dan jelas. Apabila penghantar
menggunakan perkataan yang tepat dan ringkas, ia akan menarik minat pendengar kerana
mudah difahami dan tidak menggunakan masa yang panjang. Tekanan suara ataupun intonasi
suara yang lembut dan jelas juga salah satu faktor komunikasi yang dihasilkan menjadi
efektif. Ini kerana pendekatan yang lembut tetapi tegas yang terhasil daripada intonasi suara
akan menimbulkan impresi pertama yang penting di dalam sesebuah komunikasi.
6.2 Pendengaran aktif
Pendengaran aktif adalah satu situasi yang mana kedua-dua belah pihak menjadi pendengar.
Situasi ini berlaku apabila salah satu dari pihak yang terlibat menjadi penghantar, satu pihak
yang lain yang menjadi penerima hendaklah mendengar maklumat atau mesej dengan baik.
Inilah yang dinamakan mendengar secara aktif. Di dalam situasi ini, gangguan bunyi
hendaklah dikurangkan untuk mencapai tujuan komunikasi berkesan. Mendengar secara aktif
bukanlah semata-mata mendengar sahaja namun memberi respons terhadap apa yang
didengar untuk mendapat kefahaman yang baik. Terdapat beberapa ciri pendengar yang
baik. Antaranya ialah pendengar yang baik akan memberi respons yang terhadap apa yang
dikatakan oleh penghantar. Pendengar yang baik juga akan berhenti bercakap semasa
penyampai maklumat sedang bercakap. Ini membolehkan tumpuan dapat diberikan
sepenuhnya terhadap penyampai. Minat mendengar juga salah satu faktor di dalam
pendengaran aktif. Minat boleh mendorong seseorang itu untuk terus menerus melakukan
benda yang diminati. Jika individu tersebut minat untuk mendengar, maka dia boleh menjadi
pendengar yang baik serta dapat mengatasi halangan-halangan terhadap komunikasi.
5
tidak sama atau bahasa yang digunakan terlau sulit. Contohnya, apabila si penerima
mempunyai berlainan latar belakang daripada si pengirim, simbol yang digunakan oleh si
pengirim mungkin berbeza daripada si penerima dan ini akan menjejaskan proses komunikasi
antara si pengirim dan si penerima.
Kesan dari penerima pesanan, misalnya kurangnya perhatian pada saat menerima atau
mendengar pesanan, sikap salah faham yang keliru dan tidak mendapatkan informasi lebih
lanjut. Semua ini dapat menimbulkan salah tafsir kepada si penerima.
Kesan dalam memberikan respon. Respon yang diberikan tidak menggambarkan apa yang
sebenarnya tetapi memberikan interpretatif, tidak tepat waktu atau tidak jelas dan
sebagainya. Hal ini sangat berkaitan dengan kesan dari penerima pesanan seperti diatas.
Manakala kesan fizikal pula dapat mengganggu komunikasi yang efektif, keadaan gangguan
alat komunikasi dan lain-lain, misalnya gangguan kesihatan, gangguan alat komunikasi dan
sebagainya. Contohnya, apabila si penerima menggunakan alat telekomunikasi seperti telefon
bimbit untuk berhubung dengan si penerima, gangguan signal yang ada pada telefon bimbit
boleh mengganggu komunikasi antara si pengirim dan si penerima.
Kesan semantik, kata-kata yang digunakan dalam komunikasi kadang-kadang mempunyai
makna yang berbeza, tidak jelas atau berbelit-belit antara pemberi pesanan dan penerima.
Bahasa yang dalam digunakan oleh pengirim akan menyebabkan kesukaran kepada si
penerima untuk memahami mesej yang dihantar oleh si pengirim.
Kesan psikologi dan sosial pula kadang-kadang mengganggu komunikasi, misalnya perbezaan
nilai-nilai serta harapan yang berbeza antara pengirim dan penerima.
8.0 Rumusan
Individu yang kurang berkemahiran untuk berfikir secara kretif dan inovatif akan
menyebabkan proses komunikasi menjadi tidak sempurna. Masyarakat yang kurang
pengetahuan pula seterusnya akan menyebabkan sesebuah negara menjadi mundur.
Manakala dalam sektor ekonomi negara pula, kesan daripada masalah komunikasi ini akan
menyebabkan ekonomi negara menjadi malap kerana tiada interaksi antara masyarakat
dalam dan luar Negara. Seterusnya pembangunan negara menjadi terbantut akibat tiadanya
pertukaran maklumat dan perhubungan dengan Negara luar. Seterusnya menyebabkan tahap
pengetahuan individu dalam sesebuah masyarakat menjadi cetek atau dengan kata lain
ketandusan ilmu. Akibat daripada komunikasi yang terhad ini, masyarakat mahupun negara
akan menghadapi masalah untuk melahirkan golongan intelektual dan pakar untuk masa
hadapan. Pendedahan ilmu dan kepakaran perlulah diajar serta dididik oleh masyarakat sejak
dari kecil lagi. Tumpuan yang lebih berat perlulah diberikan kepada pelajar-pelajar dari
peringkat sekolah utamanya.
Selain itu, kesan daripada komunikasi yang terbantut ini juga boleh menyebabkan masyarakat
dalam sesebuah negara tidak dapat membina satu negara bangsa yang bersatu padu yang
kukuh. Tanpa kesepaduan rakyat, kosep Satu Malaysia yang dibawa oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri Dato Sri Najib Abdul Razak tidak akan tercapai matlamatnya.
Penerangan kepada masyakat tentang konsep Satu Malaysia ini perlu diperluaskan lagi agar
rakyat Malaysia akan terus hidup dalam keadaan aman sentosa didalam satu komuniti yang
mempunyi pelbagai bangsa dan etnik. Tanpa pendekatan yang bernas dan sesuai akan
mengakibatkan wujudnya masyarakat yang hanya mementingkan hal masing-masing dan
seterusnya bersikap individualistik. Sesebuah institusi negara akan runtuh jika terdapat huruhara kerana pertengkaran atau tiada persefahaman antara kaum. Semestinya kita tidak mahu
peristiwa rusuhan kaum 13 Mei yang menjadi titik hitam dalam sejarah Malaysia akan diulangi
lagi pada masa akan datang. Hal ini juga disebabkan oleh kelemahan individu untuk
mengaplikasikan diri atau menyesuaikan diri dengan kemudahan atau benda yang ada
disekeliling mereka. Masyarakat yang menghadapi masalah ini juga tidak tahu bagaimana
untuk mendapatkan sesuatu dan bagaimana untuk mendapatkannya sama ada melalui kajian
kimia mahupun biologi kerana kekurangan sistem komunikasi. Otak manusia akan menjadi
terhad jika tiada sebarang pendedahan diberikan. Pembangunan moral dalam sesebuah
masyarakat juga tidak dapat dibangunkan tanpa komunikasi yang berkesan. Sebagai
contohnya jenayah dan kes pembuangan bayi yang sering dilaporkan adalah kesan daripada
komunikasi yang tidak berkesan daripada pihak ibu bapa yang mendidik. Pemimpin yang
7
berlkaliber seperti sekarang juga tidak dapat dilahirkan tanpa komunikasi yang berkesan pada
masa akan datang.
Selain daripada itu, pergaduhan dan pertengkaran lidah antara ahli politik juga kesan
daripada komunikasi yang kurang berkesan. Perkara ini tidak sepatutnya terjadi dalam
kalangan ahli politik kerana mereka merupakan tunjang utama pemimpin Negara yang dapat
mencorak rakyat Malaysia ke arah kemajuan yang lebih bertamadun. Sikap menunding jari
sesama sendiri haruslah dibuang agar nasib rakyat terbela dan seterusnya dapat
membangunkan Negara ke tahap yang lebih tinggi. Ini bertepatan dengan slogan Satu
Malaysia iaitu Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan. Kemahiran berkomunikasi
secara berkesan dalam kalangan pemimpin menjadi asas kepada pembangunan Negara sama
ada dari segi fizikal mahupun spiritual seterusnya dapat melahirkan lebih ramai modal insan
yang berkualiti.
Pengetahuan tentang asas-asas komunikasi seperti bahagian-bahagian komunikasi, elemenelemen penting, halangan, kaedah mengatasi serta kesan menjadi panduan penting kepada
setiap individu. Kepentingannya dapat disimpulkan daripada peranan komunikasi berkesan itu
sendiri serta kesan dan akibat daripada kurangnya keberkesanan dalam komunikasi. Setiap
individu haruslah didedahkan dengan kemahiran asas ini supaya masyarakat kita dapat
mengekalkan keharmonian yang sedia ada seterusnya melangkah kehadapan untuk
merealisasikan Wawasan 2020.
10.0 Rujukan
Angriani. (2008). UBK KKT Halangan Komunikasi . Retrieved September 2010, from Unit
Bimbingan kaunseling Kolej Komuniti Tawau: http://angrianiworld.com/ubk/index.php?
option=com_content&task=view&id=77&Itemid=70
Halangan komunikasi berkesan. (n.d.). Retrieved Ogos 2010, from
http://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan
Yaacob, H. F. (2001). Komunikasi antara Manusia. Johor Bahru: Penerbit UTM.
YEOP, R. (n.d.). Komunikasi Berkesan. Retrieved Ogos 2010, from Institut Tadbiran Awam
Negara: http://www.ciast.gov.my/bm/images/Nota/komunikasi%20berkesan.pdf