Anda di halaman 1dari 8

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

1.0 PENGENALAN
Guru Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak. Begitulah tema hari guru untuk tahun 2015 ini.
Ianya menjadi pemangkin kepada guru dalam usaha melahirkan murid yang mempunyai ilmu
dan berakhlak mulia. Secara tidak langsung, ia mampu melahirkan sebuah generasi berkualiti
tinggi yang dipandang tinggi oleh serata dunia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 2025 telah mensasarkan 6 aspirasi murid yang perlu dicapai.
Sepertimana yang telah kita sedia maklum, guru adalah merupakan salah satu faktor
penentu kejayaan seseorang murid dalam pelajarannya. Setiap guru di sekolah perlu memiliki
pelbagai kemahiran dan pengetahuan yang luas agar dapat melaksanakan tanggungjawab
mendidik kanak-kanak selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
sosial. Perkembangan pendidikan pada masa kini memerlukan guru yang melaksanakan
peranan yang pelbagai. Dalam kontesk ini, guru memainkan peranan yang penting dalam
usaha untuk merealisasikan hasrat murni kerajaan terhadap perluasan serta perkembangan
dalam dunia pendidikan.

2.0 PERANAN GURU DALAM USAHA UNTUK MENCAPAI 6 ASPIRASI MURID


Keguruan ialah satu jawatan professional seperti mana kerjaya-kerjaya lain daripada yang lain.
Sebagai guru yang profesional, guru perlu melaksanakan kerjayanya dengan sepenuh hati,
bersedia menanggung semua konsekuen yang sesuai dengan nilai profesion ini. Salah satu
agenda penting dalam matlamat perancangan pembangunan pendidikan bagi RMK-9 ialah
membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Dalam agenda ini kerajaan akan
memperkukuhkan kurikulum sekolah yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek, mempunyai disipin yang tinggi, bersikap kerjasama, dan mampu memainkan peranan
dalam masyarkat, serta melahirkan sejumlah sekolah yang baik dan cemerlang untuk dijadikan
show case kepada negara-negara lain di dunia. (Ucapan menteri Pendidikan Malaysia dalam
Perhimpunan Bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia).
Dr Ismail Zain, dalam kertas kerjanya yang bertajuk Pendidikan Bertaraf Dunia Kearah
Pembestarian Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran (selepas ini di tulis p&p)
menjelaskan pendidikan bertaraf dunia sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara yang

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian
khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institut perkembangan ilmu.
Menjangkaui seluruh sistem pendidikan ini, pihak berkepentingan jelas mengenai
konsep kualiti yang perlu ada pada setiap murid. Maka pendidik, ibu bapa, murid dan semua
ahli masyarakat perlu bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah
pembangunan murid yang holistik dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Visi ini juga
menjadi asas kepada semua usaha penambahbaikan sistem pendidikan sejak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan digubal pada tahun 1988. Sistem pendidikan di Malaysia berhasrat
untuk memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya. Setiap pemimpin sekolah, guru,
ibu bapa, dan masyarakat mempunyai peranan penting dalam memastikan generasi muda ini
mencapai aspirasi yang diharapkan.

Berikut adalah merupakan enam aspirasi murid yang

terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

PENGETAH
UAN
IDENTITI
NASIONAL

KEMAHIRA
N BERFIKIR

ETIKA &
KEROHANIA
N

KEMAHIRA
N
MEMIMPIN
KEMAHIRA
N
DWIBAHAS
A

RAJAH 1 : Enam aspirasi murid yang terkandung dalam PPPM 2013-2025

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Dalam konteks ini, peranan guru sebagai pengamal ilmu dan kemahiran ternyata dlihat sebagai
tunjang utama dalam usaha untuk mencapai keenam-enam aspirasi terhadap perkembangan
murid.
Pelbagai saluran ataupun inisiatif yang dirasakan berkesan perlulah diambil oleh guru
dalam usaha untuk mempertingkatkan diri dengan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran
supaya dapat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan Kemahiran dan
pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha untuk mengaplikasi kaedahkaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Para pendidik perlu menyambut baik dengan
mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat
mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin
kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.
Sepertimana yang kita telah sedia maklum, bidang pendidikan sentiasa berkembang
dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi
telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada para pendidik untuk mencapai
Misi Nasional. Para pendidik mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan
teknologi yang semakin canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para
guru sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Mereka juga perlu
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari
yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara
Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Hal ini bagi membantu pelajar agar
dapat

memperoleh

ilmu

pengetahuan

yang

secukupnya.

Pendidik

juga

harus

memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini,
masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian
sebagai cara hidup moden selaras dengan perkembangan dunia teknologi pada masa kini.
Pada masa yang sama, guru berperanan sebagai pembimbing dalam usaha untuk
memastikan setiap murid di sekolah mendapat akses yang sama kepada pendidikan berkualiti,
tanpa mengira taraf ekonomi, kaum atau latar belakang murid bagi membolehkan murid
mencapai potensi masing-masing. Prinsip pendidikan untuk semua, perlu dijadikan asas dalam
memastikan akses dan enrolmen setiap lapisan murid dari peringkat prasekolah ke peringkat
sekolah menengah dapat dipenuhi. Bagi tujuan ini, kolaorasi bersama dengan pihak sekolah

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


perlu dijalin dalam usaha untuk memberi komitmen demi memastikan tiada murid yang tercicir
dan semua murid memenuhi standard minimum iaitu sekurang-kurangnya lulus dalam mata
pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan
Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral

pada akhir tingkatan 5. Tujuannya adalah untuk

meletakkan negara kita setanding dengan negara maju yang lain di samping meningkatkan
peratusan murid melanjutkan pelajaran pada peringkat universiti, kolej, politeknik, vokasional
dan program latihan kemahiran yang berstruktur
Peranan guru bukan sahaja merangkumi aktiviti P&P berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran semata-mata tetapi merangkumi pembentukan akhlak keseluruhan seorang
murid. Seorang guru yang berkesan akan memastikan bahawa muridnya menguasai kemahiran
yang diperlukan untuk menangani masalah atau cabaran yang mungkin dihadapi dalam
kehidupannya.
Shertzer

dan

Stone

(1981)

mendefinasikan

bimbingan

sebagai

perkhidmatan

membimbing individu yang memerlukannya untuk mencapai kefahaman, pengetahuan, dan


kemahiran tertentu. Peluang memberikan bimbingan boleh berlaku semasa interaksi informal
dengan pelajar. Guru sebagai pembimbing berperanan untuk menyemai minat dan motivasi
terhadap mata pelajaran akademik supaya dapat meningkatkan pencapaian akademik mereka.
Di samping itu juga, guru juga berperanan untuk membimbing pelajar mengenal pasti kekuatan
dan kelemahan diri, minat dan kecenderungan diri terhadap bidang yang diceburi, sesuai
dengan minat agar bakat dan potensi dapat dikembang. Hal ini dapat dilihat sejajar dengan
aspirasi murid yang pertama iatu pengetahuan.
Menurut Kamus Dewan, guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh. Seorang
guru ialah merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon Sang
(1990) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial
yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di
dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di sekolah. Guru
juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan masyarakat. Untuk itu, guru
harus menguasai psikologi sosial, memiliki pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan
sebagai anggota masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok, berkerjasama
dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan dalam pada masa yang sama
berusaha untuk mencapai nilai aspirasi terhadap perkembangan murid.

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Sebagai seorang guru profesional, guru juga turut berperanan sebagai agen perubahan.
Melalui peranan inilah aspirasi murid akan dapat dicapai dengan membantuk kemahiran
pengetahuan dan kemahiran berfikir di samping mereka mencapai identiti nasional.
Bagi memenuhi tanggungjawab terhadap pelajar guru mesti bersikap adil terhadap
pelajar tanpa mengira faktor keturunan, agama, politik, dan lain-lain. Guru perlu lebih
mengutamakan kebajikan pelajar daripada hal-hal lain dan membimbing pelajar di bilik darjah
tanpa mengambil bayaran.

Di samping itu, guru mesti menunjukkan contoh berpakaian,

pertuturan dan tingkah laku yang dapat dijadikan contoh oleh pelajar. Selain daripada itu guru
hendaklah memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya proses
pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya
Guru juga perlu memastikan pengajaran dalam bilik darjah ditukar daripada pengajaran
aktif kepada fasilitator aktif. Pembelajaran murid menjadi inti pati terpenting dalam setiap sesi
interaksi antara guru dengan murid. Selanjutnya guru sangat wajar mentransformasikan
kerangka minda dirinya yang sebelum ini dianggap tetap dan mantap kepada kerangka minda
yang lebih anjal, luwes, bersedia menerima perubahan dan kritikan serta bersedia untuk terus
berkembang.
Walau bagaimanapun, peranan guru tidaklah hanya terbatas di dalam bilik darjah
semata-mata. Guru juga harus bertindak sebagai agen perpaduan dan integrasi nasional dalam
kalangan murid. Menerusi kepimpinan dan kewibawaan, guru berupaya membina atmosfera
sosial yang sihat bagi menggalakkan interaksi pelbagai hala antara murid berbilang kaum, latar
belakang, dan budaya bagi mewujudkan satu identiti nasional Malaysia yang dapat
dibanggakan.
Kita sedia maklum bahawa pada masa ini, bentuk pentaksiran telahpun berubah
daripada berorientasikan peperiksaan kepada pentaksiran secara holistik, maka Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) menjadi satu elemen pentaksiran yang penting dalam mengukur
keberhasilan murid. Guru juga berperanan menghasilkan modal insan holistik yang berilmu dan
berakhlak ke arah kemenjadian murid selaras dengan aspirasi dalam PPPM 2013 - 2025.
Sejajar dengan itu, guru perlu mempunyai kredibiliti, integriti, dan telus agar dapat
menghasilkan penilaian yang adil. Sesungguhnya, di tangan gurulah terletaknya penentu hala
tuju masa hadapan murid.

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


Kita perlu

yakin bahawa

ramai guru yang begitu berpengalaman dalam bidang

keguruan, namun tuntutan pada abad ini memerlukan idea baharu untuk meningkatkan
profesionalisme diri. Lantaran itu, guru seharusnya mengaplikasikan konsep pembelajaran
sepanjang hayat, menghindari sikap egoistik lantas mendorong dirinya untuk terus menimba
ilmu dan kemahiran terkini melalui pelbagai sumber termasuk daripada muridnya sendiri agar
aspirasi murid itu tercapai dengan jayanya. Sudah tiba masanya kita mengenepikan segala
perbezaan yang menjadi punca diskriminasi dan prejudis. Guru perlu sentiasa menonjolkan sifat
bertanggungjawab sebagai wahana penyatu bangsa yang sentiasa menyeimbangkan neraca
keadilan untuk memastikan setiap anak murid menerima pendidikan berkualiti.
Kementerian Pendidikan telah menyediakan laluan kerjaya terbaik untuk guru. Bagi
memastikan laluan ini bersesuaian dengan keperluan semasa, maka Pelan Pembangunan
Profesionalisme

Berterusan

(PPPB)

telah

dibangunkan.

Pelan

ini

bertujuan

untuk

melengkapkan pembangunan pofesionalisme sedia ada dan mentransformasi amalan


pembangunan profesionalisme berterusan bagi meningkatkan kualiti guru dan pemimpin
sekolah serta memperkasakan profesion keguruan.
Guru yang inovasi dan kreatif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sesuai
dengan misi dan visi sekolah serta mampu memenuhi matlamat pendidikan negara ke arah
meningkatkan kualiti pendidikan seiring dengan cabaran dunia globalisasi.. Cabaran global kini
memerlukan guru mempunyai keunggulan hasil inovasi dalam pedagogi yang ditentukan oleh
cara kurikulum yang dilaksanakan dan disesuaikan dengan konteks budaya yang diwakili oleh
setiap murid yang berlainan bangsa. Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim menegaskan
bahawa untuk melonjak transformasi pendidikan, kerajaan perlu melakukan perubahan
terhadap guru terlebih dahulu. Dalam mencapai taraf negara maju pada abad ke 21, Malaysia
memerlukan warganegara yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Sains
dan Matematik.
Antara peranan guru dalam melonjak transformasi pendidikan negara ini adalah dengan
mempersiapkan diri untuk membangunkan kemahiran dalam menjadi seorang yang kreatif dan
berinovasi. Guru sebagai sumber manusia dalam bidang pendidikan yang bertanggungjawab
membina kreativiti dan inovasi dalam setiap program pendidikan secara terancang dan
sistematik. sehubunagn dengan itu, latihan perguruan yang dipraktkikan d iinstitusi pengajian
tinggi mesti menyediakan tenaga guru yang dapat menonjolkan peranan mereka dengan lebih
efisyen dan berdaya saing dalam menempuh dunia moden di samping melengkapkan diri

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru


dengan pengetahuan dan kemahiran insaniah yang diperlukan selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Selain membangunkan dan mempersiapkan diri menajdi guru yang kreatif dan
berinovasi, guru berperanan menyediakan bahan bantu mengajar yang dapat dimanfaatkan
dalam bilik darjah. Pendidikan kini menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan
maklumat dalam bilik darjah. Dasar kurikulum baru iaitu kurikulum standard sekolah rendah
(KSSR) menekankan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat dalam bilik darjah.
Bahan grafik merupakan bahan yang mudah difahami oleh murid selain alat bantu mengajar
bebentuk visual.
Cabaran dan perubahan pendidikan masa kini menuntut guru menghasilkan bahan bantu
mengajar yang dapat mempertingkat mutu dan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa sesuai
dengan perkembangan pendidikan

masa kini.

Bahan

inovasi

pendidikan

pemulihan

menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini merupakan salah satu contoh
bahan bantu mengajar yang boleh digunakan dalam bilik darjah.
Hakikatnya terdapat pelbagai langkah yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan
kualiti pengajaran guru dalam memastikan peranan guru melonjak transformasi pendidikan
negara dilaksanakan. Semua pihak harus memberikan jalinan kerjasama dalam memastikan
pendidikan yang diberikan dapat menjamin kualiti dan mutu generasi pemimpin kita pada masa
akan datang.
Kaum guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas
bimbingan dan tunjuk ajar guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis
dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang
Perdana Menteri, doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa
yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada
tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan
melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan
negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan
berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri
sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain.

Edu 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

6.0 RUMUSAN
Oleh itu dalam menuju pendidikan bertaraf dunia, guru adalah agen terpenting dalam
merealisasikan pendidikan anak bangsa Malaysia dalam mengharung cabaran di tahap yang
lebih tinggi. Pengisian guru yang berkualiti seperti yang di bentangkan iaitu guru perlulah
bertindak sebagai penyebar ilmu, pengamal budaya ilmu, guru sebagai role-model,
mengamalkan pengajaran efektif, peka dengan segala perkembangan pendidikan, dan
mengamalkan kemahiran profesional mampu meyediakan generasi muda untuk menghadapi
kemungkinan-kemungkinan yang berupa masyarakat industri, ekonomi yang global, kebanjiran
teknologi tinggi dan sentiasa bertambah canggih, penggunaan komputer sebagai keperluan
urusan harian dan limpahan maklumat sejagat. Sebagaimana yang ditegaskan oleh Mohamad
bin Muda, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan
Malaysia dalam ucapannya, para pendidik adalah wahana yang boleh menentukan corak
manusia yang mampu menghadapi alaf baru, abad ke-21.