Anda di halaman 1dari 14

Orientasi Pelajar Tingkatan

Satu dan Peralihan Sesi


2013
Pada 30 Disember 2013, SMK Sri Utama telah berjaya mengadakan
satu Majlis Orientasi Murid Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014.
Majlis tersebut telah berlangsung pada jam 8:00 pagi sehingga jam
12:00 pagi bertempat di Dewan Gemilang, SMK Sri Utama.

Cuaca yang baik membolehkan majlis berjalan lancar dan


kedatangan ibu bapa para pelajar baharu juga amat menggalakkan.
Selain ibu bapa dan pelajar, program tersebut juga turut dihadiri
oleh ahli jawatankuasa program yang terdiri daripada guru-guru
SMK Sri Utama yang diketuai oleh Pengetua SMK Sri Utama iaitu Cik
Mah Pin Sin.

2 Objektif Program
Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan Peralihan Sesi 2014
mempunyai beberapa objektif yang ingin dicapai iaitu :
1. Memperkenalkan kepada ibu bapa dan pelajar barisan
pentadbir sekolah SMK Sri Utama
2. Memberi penerangan mengenai pentadbiran, peraturan,
pencapaian dan senario alam persekolahan menengah di SMK
Sri Utama
3. Memberi panduan kepada para pelajar tentang peraturanperaturan sekolah yang perlu dipatuhi
4. Memberi peluang kepada ibubapa dan para pelajar untuk
mengenali guru tingkatan masing-masing
5. Memberi pendedahan akan fungsi dan peranan PIBG di
sekolah
6. Mengingatkan ibubapa akan peranan mereka untuk
bekerjasama dengan pihak sekolah bagi mendidik anak-anak
terutamanya ketika di rumah
7. Mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ibubapa pelajar
dengan pihak sekolah

3 Aturcara Majlis Orientasi Murid Tingkatan


Satu dan Peralihan Sesi 2014
3.1 Sesi Suai Kenal Kakitangan Sekolah SMK Sri Utama
Setelah semakan kelas dilakukan, kesemua ibu dan bapa pelajar
yang hadir telah mengambil tempat di Dewan Gemilang, di Blok A.
Majlis dimulai dengan kata-kata aluan pengerusi majlis iaitu Puan
Ruazlina binti Mohd Rosdi dan En. Nor Azrul Ikwan. Mereka mengalualukan kehadiran semua pihak terutamanya ibu dan bapa pelajar.
Ibubapa yang hadir telah diperkenalkan dengan Pihak Pentadbir
Sekolah, Guru Disiplin, Kaunselor dan Guru Tingkatan Satu dan
Peralihan SMK Sri Utama Sesi 2013. Melalui sesi pengenalan ini,
adalah diharapkan supaya ibubapa dapat mengenali kakitangan
pihak sekolah yang merupakan tulang belakang kejayaan SMK Sri
Utama selama ini.

sesi pengenalan guru tingkatan.


Setelah ibu dan bapa pelajar diperkenalkan dengan warga pendidik
sekolah ini, kesemua hadirin telah dipertontonkan dengan satu
paparan powerpoint SMKSS Sepintas Lalu. Paparan tersebut
bertujuan untuk membolehkan para ibu bapa mengetahui serba
sedikit tentang SMK Sri Utama dari segi kedudukan fizikal.

3.2 Taklimat daripada Pihak Pentadbir Sekolah SMK Sri


Utama
3.2.1 Taklimat oleh Pengetua SMK Sri Utama

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Puan Pengetua SMK Sri


Utama iaitu, Cik Mah Pin Sin. Puan Pengetua amat berbangga
dengan kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan. Beliau
memaklumkan bahawa para pelajar yang berjaya menempatkan diri
di sekolah ini merupakan para pelajar yang amat bertuah. Ini
kerana, SMK Sri Utama adalah di antara sekolah yang terbaik di
Wilayah Persekutuan terutamanya di zon Bangsar.
Selain keputusan akademik yang memberangsangkan, sekolah ini
juga amat terkenal dengan pencapaian sukannya terutama
olahraga. Selain itu, beliau juga telah mengumumkan keputusan
peperiksaan PMR 2012 yang telah dicapai oleh pelajar-pelajar di
sekolah ini. Terdapat peningkatan dalam gred purata sekolah iaitu
sebanyak 2.25. Beberapa mata pelajaran juga mencatatkan
peningkatan iaitu subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa
Cina dan Sejarah berikutan kejayaan program ultra intensif dan
sistem set sekaligus menjadikan SMK Sri Utama masih lagi menjadi
di antara sekolah yang terbaik di Zon Bangsar.

Kehadiran ibubapa yang amat menggalakkan.


Pencapaian dalam SPM 2011 berjaya menunjukkan prestasi dalam
semua subjek merangkumi pencapaian dua orang pelajar yang
berjaya mendapat A+ dalam sepuluh mata pelajaran yang diambil.
Kejayaan yang sama juga dikecapi dalam keputusan STPM 2011
yang mana seramai 11 orang memperoleh 3A dan 4A.
Beliau juga menegaskan bahawa pencapaian yang cemerlang ini
menepati sasaran sekolah yang dipilih untuk melaksanakan ISO
9001 dan 5S yang seterusnya melonjakkan SMK Sri Utama sebagai
sebuah sekolah kluster kecemerlangan sepertimana yang
ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Harapan Pengetua
adalah agar kerjasama di antara ibu bapa dan pihak sekolah terus
utuh bagi memastikan kelestarian dan kecemerlangan sekolah akan
terus meningkat.
Dalam ucapan, beliau juga memberi makluman tentang tiga blok
bangunan baru yang telah dibuka yang diharapkan akan
memberikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
kondusif. Namun begitu, sedikit kekurangan dan kekangan akan
dirasai berikutan kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di Blok F dan
G dan tidak boleh digunakan untuk sementara waktu.
Antara perkara yang diberi penekanan dalam ucapan beliau adalah
berkenaan Transformasi MBMMBI yang mana pihak sekolah
menggunakan kaedah soft landing dalam pengajaran mata
pelajaran Matematik dan Sains. Pelajar-pelajar akan diajar dalam

dwibahasa dalam nisbah 80% Bahasa Inggeris dan 20% Bahasa


Melayu. Namun, ia bergantung kepada kesesuaian di dalam kelas.
Selain itu, Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga telah
dimulakan dan mengharap pelajar-pelajar bersedia menghadapi
sistem itu dan sentiasa hadir ke sekolah untuk mengelakkan mereka
ketinggalan. Seterusnya, Program NILAM yang membantu pelajar
dalam menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga akan
diadakan pada setiap hari Isnin dan Khamis. Manakala Program
NILAM untuk subjek Moral diadakan pada setiap hari Selasa.
3.2.2 Taklimat Khas Sarana Ibu Bapa
Puan Pengetua sekali lagi dijemput untuk memberikan satu taklimat
khas berkenaan Sarana Ibu Bapa yang baru diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan Sarana Ibu Bapa ini
diperkenalkan adalah sebagai satu inisiatif kebangsaan bagi
meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak
mereka dan seterusnya memberikan sokongan kepada matlamat
pihak sekolah dalam membantu kejayaan dan kecemerlangan
pelajar-pelajar.
Dalam taklimat tersebut, ibu bapa diedarkan satu borang soal
selidik yang perlu diisi dan dikembalikan kepada pihak sekolah.
Antara item yang dikaji adalah berkenaan interaksi, komunikasi dan
sokongan ibu bapa terhadap pembelajaran anak-anak mereka
termasuklah penyediaan suasana pembelajaran di rumah.
Selain itu juga, ibu bapa juga boleh menawarkan khidmat bantu
kepada sekolah dalam bidang-bidang tertentu mengikut kemahiran
masing-masing selain mencadangkan isu yang perlu dibinangkan
dengan pihak sekolah. Bagi merealisasikan hasrat tersebut, ibu
bapa diminta memaklumkan hari dan waktu kelapangan seperti di
dalam borang tersebut. Ibu bapa yang tidak sempat menghantar
borang soal selidik tersebut, diminta untuk berbuat demikian pada
hari pertama persekolahan melalui anak-anak mereka.

Mengakhiri ucapan, beliau sekali lagi menyeru ibu bapa agar


sentiasa menyokong pihak sekolah dalam mempertingkatkan lagi
kejayaan dan kecemerlangan sekolah.
3.2.3 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan
Taklimat diteruskan dengan ucapan oleh Guru Penolong Kanan, Puan
Hajah Noraini binti Omar pula telah memberi penerangan tentang
perancangan akademik sekolah bagi murid Tingkatan Satu. Di

samping itu, beliau juga menyentuh mengenai peraturan sekolah


yang perlu dipatuhi oleh para pelajar . Beliau menegaskan tentang
kesalahan disiplin yang sering dilakukan oleh para pelajar. Tindakan
yang keras akan diambil sekiranya para pelajar melakukan
kesalahan yang menyalahi peraturan sekolah SMK Sri Utama.

Pn. Hajah Noraini Menyampaikan Ucapan

Ibu bapa harus maklum sekiranya anak-anak mereka dikenakan


sebarang tindakan kerana pihak sekolah terlebih dahulu
mengkehendaki ibu bapa supaya menandatangani borang
persetujuan mematuhi peraturan sekolah seperti yang tercatat di
dalam Buku Peraturan Sekolah. Beliau juga mengingatkan ibu bapa
supaya memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah bagi
mengelakkan sebarang kecelakaan. Selain daripada itu, ibu bapa
harus memastikan supaya anak-anak mereka menyiapkan kerja
rumah yang telah diberi semasa cuti sekolah iaitu 20 contoh
karangan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk diserahkan
pada hari pertama persekolahan.

3.2.3.1
Taklimat Khas Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS)

Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah PBS Oleh Guru Penolong Kanan

3.2.4 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En. Husain Menyampaikan Ucapan

Taklimat daripada pihak Pentadbir Sekolah telah dimulakan oleh


Encik Husain bin Ayob selaku Guru Penolong Kanan HEM. Beliau
telah mengalu-alukan kedatangan ibu bapa pelajar ke SMK Sri
Utama. Dalam ucapannya, beliau telah menegaskan mengenai
masalah disiplin para pelajar dalam era yang mencabar kini. Beliau

juga menerangkan mengenai tatacara berpakaian, rambut, kasut


serta perhiasan yang tidak dibenarkan di sekolah.
Beliau juga memberi penekanan kepada isu telefon bimbit yang
mana jika pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke
sekolah. Sekiranya pelajar membawa telefon bimbit, telefon
tersebut dirampas oleh pihak sekolah.
Beliau juga mengingatkan ibu bapa supaya mengawasi kelakuan
anak-anak mereka. Beliau meminta kerjasama daripada ibu bapa
bagi memastikan kehadiran anak-anak mereka ke sekolah bagi
mengelakkan kes ponteng. Kerjasama antara ibu bapa dan pihak
sekolah amat penting dalam menangani masalah yang dihadapi
oleh kedua-dua belah pihak.
Akhir sekali Encik Husain memaklumkan kepada ibu bapa bahawa
satu surat akujanji berkelakuan baik akan ditandatangani oleh
semua pelajar. Dengan menandatangani akujanji tersebut bermakna
bahawa mereka bersetuju dengan peraturan sekolah dan hukuman
yang akan dikenakan sekiranya melanggar peraturan yang telah
ditetapkan.

3.2.5 Taklimat oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum


Taklimat diteruskan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum iaitu
Puan Goh Kok Kheong. Beliau telah memberi taklimat tentang
aktiviti kokurikulum yang ada di sekolah seperti aktiviti kelab dan
persatuan, permainan serta badan unit beruniform. Beliau telah
menerangkan mengenai penglibatan kokurikulum yang perlu
disertai oleh para pelajar sebagai kunci kejayaan untuk meneruskan
pengajian di peringkat yang lebih tinggi.

Pn. Goh menyampaikan ucapan.


Beliau telah memaklumkan kepada ibu bapa bahawa latihan rumah
sukan akan dimulakan pada minggu kedua persekolahan bermula
dari puluk 10:30 pagi sehingga 12:30 tengah hari. Para pelajar tidak
dibenarkan pulang selepas latihan rumah sukan. Selain itu, beliau
juga memaklumkan bahawa perjumpaan unit beruniform,
permainan dan kelab dan persatuan akan diadakan pada setiap hari
Rabu bermula jam 12:30 tengahari sehingga jam 2:00 petang.
Pemakaian semasa aktiviti kokurikulum pada hari Rabu telah
diseragamkan dengan mewajibkan semua pelajar memakai baju
kemeja-T ko-kurikulum yang dijual di koperasi sekolah dan berseluar
sukan panjang yang mempunyai logo sekolah.
Ibu bapa seharusnya menggalakkan anak-anak mereka bagi
menyertai aktiviti kokurikukum yang diadakan di sekolah bagi
memenuhi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang
menginginkan semua pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu
permainan.

Program Taklimat Ibubapa dan Orientasi Pelajar Tingkatan Satu dan


Peralihan Sesi 2013 telah dapat dijalankan dengan jayanya.
Diharapkan segala objektif yang digariskan telah dapat dicapai.
Semoga program ini telah dapat memberikan manfaat kepada
semua pihak baik kepada ibubapa, pelajar mahupun pihak sekolah
sendiri.

Bagi pihak sekolah pula, adalah diharapkan segala kelemahan dan


kekurangan semasa dan selepas program berlangsung dapat
ditambah baik untuk majlis-majlis yang akan datang.

4 Aturcara Program Pelajar Baharu


4.1 Penyemakan Kedudukan Kelas Para Pelajar
Pendaftaran para pelajar telah bermula seawal jam 8:00 pagi. Para
pelajar baru akan menyemak kedudukan kelas masing-masing
dengan merujuk kepada lampiran kedudukan kelas yang telah
ditampal di Laluan Gemilang di Blok Mutiara. Mereka akan dibantu
oleh para Pengawas yang bertugas pada hari tersebut. Setelah para
pelajar mengetahui kedudukan kelas, mereka akan dikumpulkan di
Dewan Gemilang SMK Sri Utama mengikut kelas masing-masing
mengikut label yang dipegang oleh wakil pengawas untuk setiap
kelas.

Pelajar menyemak kedudukan kelas.

4.2 Taklimat Disiplin


Tepat jam 8:30 pagi, kesemua pelajar baru yang telah mendaftar
telah berkumpul di Dewan Gemilang SMK Sri Utama. Semua pelajar

diminta duduk mengikut kelas masing-masing seperti yang telah


ditetapkan oleh pihak sekolah.

Pelajar berkumpul mengikut kelas masing-masing.

Taklimat dimulakan dengan penerangan daripada Puan Er Gek Gor


selaku Ketua Guru Disiplin sesi petang. Beliau menegaskan agar
pelajar memaklumkan sebarang masalah yang mereka hadapi di
sekolah kepada Guru Tingkatan, Kaunselor, atau mana-mana guru
sekolah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Para pelajar juga
diingatkan agar tidak menghebohkan perkara yang kecil kepada ibu
bapa atau orang luar sebelum memaklumkannya kepada pihak
sekolah. Beliau juga berharap semua pelajar mempamerkan tahap
disiplin yang tinggi dan sentiasa gembira menjadi warga SMK Sri
Utama.

4.3 Perjumpaan dengan Guru Tingkatan


Kedatangan para pelajar telah dicatatkan oleh Guru Tingkatan dan
mereka telah diberikan taklimat secara ringkas mengenai sesi
persekolahan yang akan ditempuhi kelak. Guru Tingkatan telah
menjelaskan mengenai bayaran yang harus dibuat oleh setiap
pelajar termasuklah jualan pelbagai, sumbangan PIBG, majalah
sekolah dan saham koperasi. Borang maklumat murid juga
diedarkan pada hari yang sama.

sesi penerangan daripada guru tingkatan.


Kemudian, para pelajar dibenarkan rehat sambil menikmati jamuan
ringan yang telah disediakan. Mereka dilatih untuk membuang
bungkusan makanan ke dalam tong sampah. Para pelajar juga
diperingatkan agar sentiasa menjaga kebersihan sekolah.
Setelah pelantikan AJK kelas oleh Guru Tingkatan, para pelajar
diingatkan supaya membawa dokumen penting seperti salinan sijil
lahir pelajar, salinan kad pengenalan ibu dan bapa berserta salinan
keputusan UPSR pada hari pertama persekolahan. Selain itu,
tugasan semasa cuti iaitu 20 contoh karangan Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran.
Pelajar juga diingatkan membawa sebuah buku cerita setiap hari
bertujuan untuk mengisi masa terluang dengan membaca.

4.4 Pemberian buku teks


Para pelajar Tingkatan 1A1 hingga 1A4 telah diberikan buku teks
pada hari tersebut. Mereka dipanggil secara bergilir-gilir mengikut
kelas untuk turun mengambil buku teks di bilik BOSS yang berada di
tingkat bawah Blok C. Bagi Tingkatan 1A5 hingga 1A12, pemberian
buku teks adalah pada waktu perhimpunan dan waktu rehat pada
hari pertama persekolahan. Kemudian, semua pelajar dikehendaki
berkumpul semula di tapak perhimpunan SMK Sri Utama,

Setelah urusan yang berkaitan selesai, ibubapa boleh membawa


anak mereka pulang. Perjumpaan ibubapa dan pelajar tamat pada
jam 11:30 pagi.
Laporan oleh,
Puan Nor Farahiyah binti Abdul Rahman
(AJK Dokumentasi Program)

Anda mungkin juga menyukai