Anda di halaman 1dari 74

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

MIRI
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
BINA INSAN GURU

NAMA

: NOOR AMIZA BINTI GHAZALI

NO. IC

: 920808-13-5680

JANTINA

: PEREMPUAN

NAMA TUTOR

: USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI

ABSTRAK
Kursus Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan insan guru yang
berilmu, beradab, inovatif, kreatif dan beketrampilan. Dalam pada

itu, kursus ini bertujuan melahirkan insan guru yang patuh pada
agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup sihat
berasaskan rukunegara. Kursus bagi Bina Insan Guru bagi fasa
pertama ini merupakan perkhemahan 4 hari 3 malam. Dengan
pelbagai

aktiviti

yang

dijalankan

dalam

tempoh

ini

mampu

menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan


guru serta melahirkan insan guru yang yang cemerlang, harmonis
dan bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan
semangat juang yang tinggi. Secara keselurannya, pelaksanaan
kursus Bina Insan Guru ini akan membantu guru pelatih untuk
menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan.

PROSES PRA-PERANCANGAN
Bagi semester satu fasa satu, Program Bina Insan merupakan satu wadah
untuk menyediakan diri ke arah lebih professional dalam mengikuti
perkhemahan. Bagi melicinkan program BIna Insan Guru ini, satu
mesyuarat telah dijalankan pada 10 Februari 2012, pada jam 2.30 petang.
Mesyuarat tersebut diketuai oleh Encik Jamal. Beliau juga dibantu oleh
Ustaz Azharuddin Bin Zani selaku Kem Komandar bagi program BIG fasa 1
dan Encik Wilfred.
Kesemua peserta dikumpulkan di Astaka IPG Kampus Sarawak.
Antara taklimat yang disampaikan pada petang itu ialah mengenai
keselamatan ketika perkhemahan. Barang-barang yang dibawa haruslah
mencukupi dan berguna. Pada petang itu juga dibentuk kumpulan BIG
kepada dua fasa. Fasa yang pertama akan mengadakan perkhemahan
pada 21 sehingga 24 Februari 2012 manakala Fasa kedua akan
mengadakan perkhemahan pada 27 Februari sehingga 1 Mac 2012.
Fasa pertama dianggotai oleh Pengajian Agama 2, Pengajian Agama
4 dan Pengajian Bahasa Cina 2, Manakala Fasa kedua dianggotai oleh
Pengajian Agama 1, Pengajian Agama 3 dan Pengajian Bahasa Cina 1.
Mentor setiap kumpulan juga telah dipilih pada petang tersebut.
Walaupun mesyuarat pada petang itu singkat, tetapi pelantikan Ahli
jawatankuasa tertinggi bagi setiap fasa telah Berjaya dilantik atas
kerjasama yang diberikan oleh setiap peserta. Antara jawatankuasa yang
dilantik

ialah

Quartermaster

alatan,

quartermaster

makanan

dan

quartermaster keselamatan. Mesyuarat pada petang itu selesai pada


pukul 4.30 petang.
Seterusnya, pada hari rabu 15 Februari 2012, satu perjumpaan telah
diadakan di perpustakaan IPG Kampus Sarawak. Perjumpaan dibuat pada

pukul 2.30 petang itu bertujuan untuk membahagikan tugas-tugas dan


menerangkan

mengenai

setiap

tugas

masing-masing.

Ketua

bagi

perkhemahan BIG semester 1 fasa 1, saudara Mohd Anbaari Bin Idris telah
mempengerusikan mesyuarat. Perjumpaan singkat itu telah berjalan
dengan lancar. Setiap peserta bersetuju untuk mengeluarkan sedikit
perbelanjaan

bagi

menambahkan

makanan

semasa

perkhemahan.

Perjumpaan selesai pada pukul 3.30 petang.

LATAR BELAKANG BINA INSAN GURU


Bina Insan Guru atau B.I.G merupakan satu kursus wajib yang perlu
diikuti oleh semua guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.
Program ini telah dikendalikan di bawah kelolaan dan seliaan unit
gerakkerja Kokurikulum ( GERKO). Program ini dijalankan sepanjang enam
semester yang melibatkan aktiviti di luar dan juga di dalam kampus.
Jumlah interaksi yang diberikan kepalda pelajar adalah 120 jam. Guru
pelatih diwajibkan untuk melaksanakan B.I.G mengikut interaksi yang
diberikan untuk lulus program Bina Insan Guru ini.
Bagi Program BIG ( Tahun 1, Semester 1), kursus ini merupakan satu
program perkhemahan selama 4 hari 3 malam. Tumpuan yang diberikan
adalah

aktiviti

mental,

latihan

dalam

kumpulan,

mendirikan

dan

menguruskan perkhemahan, Malaysia cergas dan patriotik, kembara dan


orienteering, aktiviti di air, tazkirah ataupun aktiviti moral, persembahan
kumpulan dan refleksi. Jam kontrak bagi kursus semester ini ialah 45 jam.
Pelaksanaan kursus ini adalah untuk membina kemahiran berfikir
aras tinggi dalam menganalisa masalah dan situasi kompleks untuk
membuat

keputusan

yang

jitu

dan

menyelesaikan

masalah

serta

berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikkan

secara berterusan. Selain itu, guru pelatih juga akan dapat menunjukkan
kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
Dalam pada itu, kursus ini akan memberi ruang kepada guru pelatih
untuk merancang, melaksanakan, memimpin program, bekerjasama dan
mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Dengan ini, guru
pelatih mampu mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal,
mental, emosi, rohani, dan sosial.

LATAR BELAKANG PESERTA


Program BIG bagi siri pertama Semester 1 , Tahun 1, (2012) telah
melibatkan sebanyak 62 orang peserta. Kesemua peserta terdiri daripada
kelas Pengajian Agama 2, Pengajian Agama 4, dan Pengajian Bahasa Cina
2.
Pengajian Agama 2 terdiri daripada 20 orang peserta manakala
Pengajian Agama 4 dan Pengajian Bahasa Cina pula masing-masing terdiri
daripada 19 orang dan 20 orang.Lingkungan umur bagi para peserta
adalah dari 20 tahun sehingga 22 tahun.
Kesemua peserta terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina, Melanau, Dusun, dan sebagainya. Walaupun kursus ini terdiri
daripada berbilang kaum, namun pembahagian ahli bagi setiap kumpulan
adalah dipilih secara rawak oleh pensyarah. Justeru, setiap kumpulan
mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum. Bilangan ahli dalam
setiap kumpulan dalam lingkungan 10-12 orang.

DEMOGRAFI PESERTA
NAMA

: NOOR AMIZA BINTI GHAZALI

NAMA PANGGILAN

: MIZA

TARIKH LAHIR

: 8 OGOS 1992

ZODIAK

: LEO

ALAMAT

: 11/101 KAMPUNG HILIR DARAT,


94650 KABONG

ASAL

: KABONG , SARAWAK

UNIT

: PISMP PENGAJIAN AGAMA SEM 1

KUMPULAN BIG

: KUMPULAN 4, TERBAIK

HOBI

: MELAYARI INTERNET, MENONTON TELEVISYEN

MATLAMAT HIDUP

: GAGAL SEKALI BUKAN BERMAKNA GAGAL SELAMALAMANYA

MAKLUMAT AHLI KUMPULAN

MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE


920422-13-6381
PENGAJIAN AGAMA
BINTULU, SARAWAK
MELANAU
KETUA KUMPULAN

KONG TECK KIONG


921023-13-6186
PENGAJIAN BAHASA CINA
MIRI, SARAWAK
CINA/FOO CHOW
PENOLONG KUMPULAN

WONG KEE HAN


920724-13-6125
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA
QUARTER MASTER PERALATAN
SITI SARAH BINTI OSMAN
911208-12-6196
PENGAJIAN AGAMA
PAPAR, SABAH
DUSUN
QUARTER MASTER MAKANAN
NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
920808-13-5680
PENGAJIAN AGAMA
KABONG, SARAWAK
MELAYU
NOORALAM BINTI KUSAIRI
920209-13-6446
PENGAJIAN AGAMA
DARO, SARAWAK
MELANAU
NUR SHARMILA SORAYA
920215-13-6426
PENGAJIAN AGAMA
BRUNEI
MELAYU

LEE SIEW SIN


921003-13-6111
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA

MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI


920907-13-6427
PENGAJIAN AGAMA
BINTULU, SARAWAK
MELANAU

LAW NGO LENG


920625-13-6066
PENGAJIAN BAHASA CINA
SIBU, SARAWAK
CINA

SENARAI AGIHAN JAWATANKUASA KERJA AHLI KUMPULAN 4.


Ketua

: Mohamad Rusydie Bin Sauffiee

Penolong

: Kong Teck Kiong

Ahli

Jawatankuasa Nama

Tugas

Kecil
Masakan

Siti

Sarah

Binti

Osman
Noor

Amiza

Ghazali

Memastikan

bekalan

makanan sentiasa ada


Binti

Membuat

persiapan

masakan

dan

menyediakan

makanan

Minuman

Nur

kumpulan
Memasak

Sharmila

Soraya

dan

memastikan bekalan air

Law Ngo Leng

Masak Nasi

air

Nooralam

minuman sentiasa ada.

Binti

Memasak

Kusairi

nasi

memastikan

dan
bekalan

beras mencukupi
Peralatan

Wong Kee Hann


Mohd.

Fikhri

Mengambil

Institut dan memastikan

Bin

peralatan

Kiprawi

khemah
Kebersihan

peralatan
dapur

dijaga

baik.
Memastkan

Lee Siew Sin

khemah

dan

dengan

kebersihan
dijaga

dan

peralatan dapur sentiasa


bersih.

PERSEKITARAN PROGRAM
Program Bina Insan Guru ini diadakan di Pantai Bungai, Bekenu. Semua
aktiviti

seperti

mendirikan

khemah,

LDK,

aktivit

kerohanian dijalankan di sekitar Pantai Bungai.


aktiviti kembara hutan dijalankan di Bukit Angus.

ai Bungai

air,

dan

aktiviti

Walaubagaimanapun,

Pantai Bungai

Tempat

menjalankan LDK

Kawasan perkhemahan

Tempat

beribadah

Tempat kembara hutan (Bukit Angus)

Tempat berkayak

Tempat aktiviti air ( Pantai Bungai)

KEMUDAHAN FIZIKAL
Tapak Kem Pantai Bungai ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan
yang telah disediakan bagi memudahkan aktiviti-aktiviti program dapat dijalankan
dengan lancar dan lebih teratur. Antara kemudahan-kemudahan fizikal yang
telah disediakan ialah:
1 . Ta p a k p e r k h e m a h a n
2.Dewan serbaguna
3.Kawasan memasak/ dapur
4 . Ta n d a s p e s e r t a
5 . Ta n d a s f a s i l i t a t o r

6.Bilik tidur fasilitator


7 . P i l i

a i r

8.Bilik stor peralatan


9.Stor beg peserta
10.Peralatan memasak
11.Kipas elektrik
12.Sistem pembesar suara
13.Khemah & peralatannya

OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU


Program Bina Insan Guru(BIG) mempunyai matlamat yang tersendiri
selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan

Falsafah

Pendidikan

Negara.Oleh

itu,

beberapa

objektif

telah

digariskan dalam program ini.Antara objektif Program Bina Insan Guru


diadakan adalah seperti berikut
a. Menjadi insan guru yang berilmu, beradab, inovatif, kreatif dan
beketrampilan.

b. Berusaha menjadi insan guru yang patuh pada agama dan


mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup sihat berasaskan
Rukunegara.
c. Menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan
guru.
d. Mempuyai ciri-ciri insan guru yang cemerlang, harmonis dan
bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan
semangat juang yang tinggi.
e. Mengamalkan kesedaran sivik yang tinggi dan sedia berbakti.
f. Memperkembangkan potensi sebagai insan melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam
semua aspek tugas.
g. Menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan dan masa dengan
berkesan.

NAMA KUMPULAN
Kumpulan 4
Kumpulan 4 bermaksud satu pasukan yang mempunyai 4 aspek penting
yang mampu melahirkan guru pelatih berintegriti dan mempunyai
semangat juang yang tinggi disamping perwatakan yang baik untuk
mencapai matlamat. 4 aspek tersebut adalah kekuatan dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek. ( JERI )

Ahli-ahli kumpulan
1. MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE
2. KONG TECK KIONG
3. WONG KEE HANN
4. SITI SARAH BINTI OSMAN
5. MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI
6. LEE SIEW SIN
7. NOOR AMIZA BINTI GHAZALI
8. LAW NGO LENG
9. NOORALAM BINTI KUSAIRI
10.
NUR SHARMILA SORAYA

MOTTO KUMPULAN

Terbaik
Nama kumpulan terbaik ini merupakan singkatan kepada Terus
Berusaha Aku Inginkan Kejayaan. Ianya merupakan semangat yang
ingin kami cipta sepanjang program BIG ini dijalankan.

LAGU KUMPULAN
Memang tak ada kumpulan seperti kami
Tapi yang lebih hebat kami
Memang tak ada kumpulan sebaik kami
Tapi yang lebih baik kami
Oh kamu kamu jangan kau cabar kumpulan kami
Ku tahu kamu jelous, ku percaya kau jelous
Kami tetap nak menang, kamu jangan melawan
Jangan jangan melawan (2x)

LOGO KUMPULAN

Maksud Logo Kumpulan


1

Mahkota:

Mahkota yang tersergam indah menunjukkan kumpulan kami sentiasa


inginkan tempat yang teratas bermaksud sentiasa berusaha untuk
menjadi yang teratas diantara semua kumpulan lain. Selain itu, mahkota
juga menunjukkan kami kumpulan yang berkuasa sehingga mampu
menandingi kumpulan lain.
2

2 ekor singa jantan

2 ekor singa jantan yang berada di kedua-dua penjuru mahkota


menunjukkan keberanian dalam mengekalkan semangat kami untuk terus
berjuang mempertahankan maruah kumpulan. Usaha yang dilakukan
sewajarnya luar biasa, bersemangat dan berani ibarat singa yang
kelaparan mencari mangsa.

Nombor ( iv ) di dalam bulatan

Nombor (iv) di dalam bulatan menunjukkan kami berada pada kumpulan


yang keempat. Kami akan sentiasa mengawal dan menjaga kumpulan
kami supaya sentiasa dipandang baik oleh pensyarah pembimbing dan
ahli kumpulan yang lain. Selain daripada itu juga, kumpulan empat ini
juga berlandaskan kepada empat aspek utama dalam falsafah pendidikan
iaitu merangkumi jasmani,emosi,rohani dan intelek dan memastikan
keempat

empat

aspek

ini

berjalan

seiring

semasa

program

BIG

pada

bahagian

bawah

logo

berlansung.
4

Cogan kata Terbaik

Cogan

kata

Terbaik

yang

berada

menunjukkan jihad kami dalam menjalankan aktiviti. Ianya merupakan


singkatan daripada Terus Berusaha Aku Inginkan Kejayaan. Bermaksud
usaha itu perlu dalam merealisasikan kejayaan. Usaha yang luar biasa
akan menjanjikan hasil yang luar biasa.

Laporan aktiviti pada hari pertama.


( 21 February 2012/ Selasa )
Pada jam 1.15 petang, semua peserta BIG siri pertama telah
berkumpul di Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri dan bersiap
sedia untuk berangkat ke tapak perkhemahan iaitu di Pantai Bungai yang
mengambil masa selama 1 jam. Sebelum bertolak, kami mendengar
taklimat ringkas oleh kem komandan kami, iaitu Ustaz Azharuddin. Beliau
telah memberi taklimat dan perkara-perkara yang perlu kami lakukan
setibanya di Pantai Bungai. Peserta BIG siri pertama bergerak dengan ke
Pantai Bungai dengan dua buah bas. Oleh yang demikian, kesemua
peserta BIG dibahagikan lagi kepada 2 kumpulan yang besar. Kumpulan 1,
3, dan 5 bergerak menggunakan sebuah bas, manakala kumpulan 2, 4,
dan 6 bergerak dengan bas yang satu lagi. Bas yang pertama bergerak
sedikit lebih awal daripada bas kami. Kami bergerak kira-kira pada jam
2.00 petang.
Setibanya di Pantai Bungai kira-kira jam 3.30 petang, kami terus
mendirikan khemah masing-masing. Setiap kumpulan bertungkus lumus
untuk mendirikan khemah masing-masing. Setiap kumpulan dibekalkan
dengan 3 buah khemah. Selain itu, kami juga disuruh mendirikan khemah
untuk dijadikan tempat untuk memasak. Setelah khemah selesai didirikan,
kami bersiap sedia untuk mengikuti taklimat keselamatan di air. Taklimat
keselamatan ini telah disampaikan oleh Encik Sain. Taklimat keselamatan
air tamat pada jam 5.30 petang. Seterusnya, kami diberi peluang untuk
berkemas diri dan menyiapkan makanan untuk malam. Di sini, semua ahli
kumpulan bekerjasama untuk menyediakan masakan untuk makan
malam. Semuanya mempunyai tugas masing-masing.

Pada sebelah malamnya pula, kami solat Maghrib dan Isyak secara
berjemaah. Pengisian antara Maghrib dan Isyak pula diadakan tazkirah
yang disampaikan oleh Ustaz Madani. Bagi pelajar yang bukan Islam pula,
mereka menghadiri pengisian moral yang dikendalikan oleh Puan Betty.
Usai sahaja solat Isyak, kesemua peserta mengambil peluang dan masa
yang ada untuk makan malam. Tanpa membuang masa, selesai makan,
kami terus berkumpul untuk mengikuti agenda seterusnya iaitu pecah
bendung, pada jam 8.30 malam. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa
pecah bendung. Slot ini bertujuan untuk mengenali dengan lebih rapat
lagi rakan-rakan guru pelatih yang lain. Aktiviti yang pertama dimulakan
dengan membuat dua bulatan iaitu bulatan kecil berada di dalam bulatan
yang lebih besar. Kami di arahkan untuk berjalan dan apabila arahan
berhenti diberikan, kami akan berhenti dan mengucapkan tahniah dan
terima kasih kepada rakan yang berada di hadapan kami. Aktiviti seperti
ini memberi peluang kepada kepada peserta untuk lebih menghargai
rakan-rakan yang lain. Selepas itu, kami dibekalkan dengan kertas. Kertas
tersebut

digunakan

untuk

menurunkan

tandatangan.

Selepas

tandatangan diturunkan, kertas tersebut diletakkan di tengah-tengah


bulatan

dan

kertas

tersebut

dicampuradukkan.

Selepas

itu,

kami

dikehendaki untuk mengambil sekeping kertas dan dikehendaki mencari


tuan empunya tandatangan tersebut. Aktiviti pada malam tersebut tamat
pada jam.
Pada malam yang pertama, kaum adam dari kumpulan 1 dan 2 akan
melakukan kawalan. 4 buah kumpulan lagi akan membuat kawalan untuk
2 malam yang berikutnya. Kesemua peserta tidur di khemas masingmasing. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang tidak dapar
tidur akibat hari hujan. Hal ini disebabkan khemah kami basah. Perkara
sebegini amat menguji kesabaran saya kerana dalam keadaan mengantuk
dan penat, terpaksa bangun akibat basah.

Laporan aktiviti pada hari kedua.


( 22 February 2012/ Rabu )
Aktiviti hari kedua bermula seawal jam 5 pagi iaitu berkumpul di
tempat solat untuk solat subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan
tazkirah subuh. Selepas itu, kami membuat senaman pagi yang diketuai
oleh Encik Hamdin. Pelbagai jenis senaman yang telah dijalankan ekoran
semua peserta akan menjalani aktiviti lasak selepas itu. Setelah senaman,
kami berkumpul di khemah masing-masing untuk sarapan pagi dan
membuat persiapan untuk aktiviti seterusnya.
Pada pukul 7.45 pagi, kami berkumpul sekali lagi dan diberi taklimat
berkenaan dengan aktiviti air yang akan dilakukan kerana kumpulan kami
membuat aktiviti air pada hari itu. Kami bertolak ke tempat aktiviti
dilakukan kira-kira jam 8 pagi. Sebanyak tiga kumpulan yang melakukan

aktiviti air pada hari itu dan kumpulan selebihnya melakukan aktiviti
kembara hutan.
Sebelum masuk ke dalam air, kami membuat sedikit senaman
renggangan badan bagi mengelakkan berlakunya kekejangan. Aktiviti
yang pertama dilakukan ialah water confident. Kami masuk ke dalam air
sambil

berpegang

tangan

untuk

memastikan

keselamatan

memandangkan laut pada hari itu agak bergelora. Dalam pada itu, kami
juga didedahkan dengan asas-asas berenang. Aktiviti water confident ini
bertujuan untuk membuang sifat takut dalam kalangan guru pelatih.
Seterusnya, kami pula membuat persediaan untuk aktiviti berkayak.
Namun begitu, kami diberi taklimat terlebih dahulu daripada jurulatih
kami, iaitu, Encik Sain. Beliau juga mengajar kami cara-cara untuk
berkayak. Setelah selesai belajar untuk aktiviti kayak, kami diberi peluang
untuk makan tengahari dan solat Zohor. Walaupun dalam keadaan penat,
kesemua peserta BIG masih bersemangat untuk menyediakan makanan
untuk makan tengahari.
Seterusnya, kami meneruskan aktiviti kami dengan berkayak. Setiap
peserta dibenarkan untuk memilih pasangan masing-masing untuk
berkayak. aktiviti kayak kami hanya dibuat di kawasan tasik sahaja ekoran
gelombang yang begitu kuat di laut. Aktiviti air tamat kira-kira jam 2.30
petang.
Setelah selesai aktiviti air, kami pula ada LDK bersama Encik Jefri.
Dalam LDK tersebut, kami telah membuat ujian psikologi. Ujian ini
berkenaan

soal

selidik

minat

kerjaya

(Self-Directed

Search/SDS)

Sebanyak 192 soalan yang perlu kami jawab bagi mengetahui kerjaya
yang betul-betul diminati oleh para peserta. Soal selidik ini mendedahkan
bidang yang sesuai dengan sikap dan sifat diri sendiri. Namun begitu,
keputusan soal selidik ini tidak semestinya seratus peratus tepat. Ini
hanyalah sebagai panduan dan rujukan sahaja. Setelah selesai menjawab
soalan-soalan tesebut, kami dibenarkan untuk balik ke khemah masingmasing untuk berkemas diri dan menyediakan makanan untuk makan
malam.

Seperti hari sebelumnya, pada sebelah malam, kami menunaikan


solat magrib dan isyak secara berjemaah dan diteruskan dengan LDK. LDK
pada hari tersebut juga dikendalikan oleh Encik Jefry. Pada malam
tersebut, kami membincangkan hasil ujian psikologi berkaitan kerjaya
pada petangnya. Berdasarkan jawapan yang telah kami jawab, ianya akan
menjadi satu kod. Kod tersebut menunjukkan ciriciri seseorang tersebut.
Seorang guru pula akan mempunyai kod SAE, iaitu social, artistic, dan
entrepising.
Selepas itu, di dalam kumpulan, kami diarahkan untuk membuat
perbincangan terhadap isu berkaitan dengan guru yang terdapat dalam
keratan akhbar yang diberikan. Kesemua kumpulan akan membentangkan
hasil perbincangan di hadapan. Setiap kumpulan aktif memberikan
pandangan masing-masing terhadap isu yang diberikan.
malam tersebut tamat pada pukul 10.0 malam.

Laporan aktiviti pada hari ketiga.


( 23 February 2012/ Khamis)

Aktiviti pada

Pada hari tersebut, kami juga berkumpul di tempat solat untuk


menunaikan solat subuh berjemaah pada pukul 5 pagi dan bersenam
seperti hari sebelumnya. Selepas sarapan, kami pula bersiap sedia untuk
menjalankan aktiviti darat pula iaitu kembara hutan, di Bukit Angus. Kami
membuat persediaan yang amat rapi sebelum memulakan kembara
hutan. Setiap kumpulan membawa peti keselamatan dan makanan kerana
kami akan memasak di dalam hutan. Kami bergerak ke Bukit Angus kirakira pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki bas. Kami juga diberi taklimat
ringkas sebelum memulakan perjalanan.
Terdapat 3 cabaran yang perlu kami lalui. Halangan dan cabaran
yang dilalui agak menguji kesabaran dan ketahanan mental serta fizikal
dalam kalangan guru pelatih. Cabaran yang pertama adalah untuk
menghidupkan api untuk memasak makanan. Setiap ahli kumpulan
bekerjasama untuk mencari kayu dan memasak. Masa yang diberikan
untuk masak dan makan adalah satu jam. Kemudian, di cabaran yang
kedua, melepasi tembok yang begitu tinggi. Keadaan tembok yang begitu
licin menyebabkan sukar bagi peserta untuk mendakinya. Namun begitu,
atas sokongan dan semangat dari rakan-rakan yang lain, kesemua
kumpulan yang mengikuti kembara hutan pada hari tersebut berjaya
melepasi tembok. Cabaran yang seterusnya ialah mengusung rakan yang
sakit. Sebelum itu, kami mencari beberapa batang kayu untuk mengusung
rakan yang sakit dengan kain sarung. Cabaran ini dilakukan dengan penuh
hati-hati. Keadaan jalan yang agak licin dan bukit yang amat curam
menyebabkan perjalanan kami agak perlahan. Aktiviti kembara hutan
kami berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Sementara menunggu bas
sampai, mentor bagi setiap kumpulan mengarahkan mentee untuk
memikirkan persiapan untuk malam kebudayaan.
Setibanya di kawasan perkhemahan, kami diberi peluang untuk
membersihkan diri dan berehat dan bersedia untuk LDK selepas solat
Asar. LDK pada hari tersebut juga dikendalikan oleh Encik Jefri. Pengisian
bagi LDK kali ini adalah membuat turutan yang mendorong seseorang
untuk memilih pekerjaan.

Pada sebelah malamnya pula, iaitu merupakan malam kemuncak


dan malam terakhir kami di Pantai Bungai, telah diadakan persembahan
kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat persembahan berdasarkan
tajuk tugasan yang dicabut undi. Antara persembahan yang telah
diadakan

ialah,

lakonan,

muzik

kreatif,

tarian,

dan

sebagainya.

Persembahan setiap kumpulan seperti ini secara tidak langsung memberi


keyakinan diri bagi setiap peserta untuk berada di hadapan khalayak
ramai.
Laporanaktiviti pada hari keempat
( 24 Februari 2012 / Jumaat )
Hari keempat merupakan hari terakhir untuk kami menjalankan
program BIG bagi siri 1. Seperti kebiasaan, selepas menunaikan solat
subuh dan menjalankan aktiviti lain, kami berkumpul di dewan bagi
menjalankan sesi LDK yang terakhir. Sepanjang aktiviti LDK dijalankan,
kami diminta untuk membuat refleksi mengenai sepanjang aktiviti BIG
yang ditempuhi. Ramai guru pelatih yang meluahkan perasaan masingmasing dan pengalaman mereka. Selepas sesi LDK, kami mengadakan
majlis penutupan.
Majlis penutupan dihadiri oleh semua mentor dan pensyarah yang
terlibat sepanjang aktiviti BIG. Selesai majlis penutupan, kami mengemas
semua peralatan dan balik ke IPG pada pukul 11.30 pagi

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: KONG TECK KIONG

NO. IC

: 921023-13-6186

JANTINA

: PEREMPUAN

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI


Abstrak

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi,
berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi.
Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang oleh BPG ini, guru-guru Malaysia
bukan sahaja perlu menguasai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi juga perlu
mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam proram BIG ini akan
mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap
bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Program BIG Semester 1 Tahun 1 diadakan sepanjang 4 hari 3 malam. Akitiviti yang
terdapat dalam Program BIG termasuklah aktiviti air dan aktiviti darat. Dalam aktiviti air,
guru pelatih diberi peluang untuk belajar berenang dan berkayak. Aktiviti darat pula diadakan
dalam hutan yang memerlukan guru pelatih mengharungi pangkalan-pangkalan tertentu
seperti memasak dalam hutan, mendaki cerun bukit yang curam serta mengangkat mangsa
keluar dari hutan. Kesemua halangan tersebut membawa cabaran kepada semua guru pelatih
yang terlibat.
Dalam BIG, Pensyarah-Pensyarah yang berpengalaman akan memberi taklimat yang
berkaitan dengan aktiviti yang hendak dijalankan. Selain itu, Pensyarah Kaunseling juga akan

menyampaikan maklumat-maklumat yang berguna dan dapat memberi ransangan penting


kepada guru pelatih.
Sesungguhnya, Program Bina Insan Guru menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.

Refleksi
Program Bina Insan Guru Siri Pertama telah diadakan pada 20 Februari hingga 24
Februari 2012 iaitu dari hari Selasa hingga ke hari Jumaat yang mengambil masa sebanyak 4
hari 3 malam. Kem Komander bagi BIG siri pertama ialah Encik Gumbang Anak Pura
manakala Ketua BIG ialah saudara Azharuddin Zani.
Jumlah guru pelatih yang terlibat ialah sebanyak 62 orang. 62 orang guru pelatih ini
dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 hingga 11 orang ahli.
Pada waktu pagi 20 Februari 2012, 3 kumpulan dari PISMP Semester 1 Tahun 1 iaitu
Pengajian Arab 2 dan 4 serta Bahasa Cina 2 telah berkumpul dan membuat persiapan awal
sebelum bertolak ke lokasi BIG iaitu Pantai Bungai. Guru pelatih perempuan yang terlibat
diberi tugas menyemak khemah dan memastikan peralatan memasak mencukupi bagi setiap
kumpulan. Guru pelatih lelaki pula ditugaskan untuk membuat pindahan kayak.
Pada hari petang, setelah menerima taklimat daripada kem komander, kami pun
bertolak ke Pantai Bungai. Terdapat dua buah bas institut yang menghantar kami ke Pantai
Bungai. Setelah sampai ke Pantai Bungai dan menerima taklimat pendek dari Encik
Gumbang, semua ahli kumpulan bekerjasama membina khemah masing-masing di tempat
perkhemahan yang ditetapkan dan seterusnya membina tempat memasak untuk menyediakan
makan malam bagi kumpulan masing-masing.

Pada waktu malam, Encik Sain telah memberi taklimat berkaitan dengan aktiviti air.
Taklimat ini memberi informasi yang penting kepada semua guru pelatih supaya mengetahui
keselamatan berada di laut atau semasa berkayak. Seterusnya, Encik Gumbang membuat
pembahagiaan terhadap kumpulan yang akan menjalankan aktiviti air atau aktiviti darat pada
hari keesokan. Kumpulan saya telah diagih untuk menjalankan aktiviti air pada hari
keesokan.
Pada hari kedua Program BIG, kumpulan saya telah menjalankan aktiviti air di pantai.
Encik Sain sebagai Pensyarah Pembimbing dengan dua orang pensyarah pembantu telah
memberi taklimat tentang keselamatan di air. Kemuadian, kami dibahagikan kepada dua
barisan. Satu barisan terdiri daripada guru pelatih lelaki manakala satu barisan terdiri
daripada guru pelatih perempuan. Cabaran kami ialah membuat tembok badan untuk
menghalang ombak di laut. Selain itu, kami juga belajar beberapa teknik berenang. Melalui
cabaran ini, saya telah memahami kepentingan semangat kerjasama. Apabila ombak datang
berterusan, semua orang mesti pegang tangan antara satu sama lain supaya tembok badan
kami tidak dihakiskan oleh ombak. Jika tidak, kami tidak akan dapat mendepankan diri kami
ke laut yang lebih dalam. Selepas aktiviti ini, kami dikehendaki memasak di tepi pantai.
Dengan kerjasama semua ahli kumpulan, masakan yang enak iaitu kari dapat dihidangkan
kepada semua orang. Pada waktu petang, aktiviti seterusnya iaitu berkayak. Oleh sebab
ombak terlalu besar, kami diizinkan menguasai kemahiran berkayak di sebatang sungai kecil.
Ini merupakan satu aktiviti yang seronok dan mencabar. Tanpa kerjasama antara ahli
sepasangan, kayak itu tidak akan bergerak dan menukar arah dengan senang.
Pada waktu malam, taklimat oleh Pensyarah Kaunseling iaitu Encik Jeffery bin Apdal
membolehkan perkenalan antara satu sama lain dijalankan dengan lancar. Beliau merupakan
seorang yang mesra dan peramah. Dengan sesi pengenalan itu, saya lebih berkenal dengan
guru pelatih bangsa lain yang sebelum ini tidak pernah berinteraksi dengan mereka di institut.
Malangnya pada malam tersebut, hujan turun dengan lebat seperti hari pertama kami sampai
di Pantai Bungai, nasib baiknya khemah saya tidak memasuki air hujan. Apabila tidur di
dalam khemah, saya tidak dapat tidut dengan lena kerana takut dengan hujan yang lebat
tersebut. Akan tetapi, saya berdoa kepada Tuhan supaya mendapat lindungan-Nya. Keadaan
ini mendorong saya membuat pemikiran tentang sebagai seorang bakal guru, saya mesti akan
menghadapi apa-apa jua masalah dan cabaran dalam kehidupan saya. Pengalaman ini
membolehkan saya membina keyakinan dan kepercayaan kepada Tuhan. Saya memahami
dengan hati yang tenang dan tidak panik, saya akan dapat menghadapi segala masalah itu.

Pada hari ketiga, kumpulan kami menjalankan aktiviti seterusnya iaitu aktiviti darat.
Oleh sebab hujan turun pada hari sebelumnya, jalan hutan susah berjalan dan kami terpaksa
berhati-hati pada setiap masa. Aktiviti ini mempunyai tiga pangkalan. Pangkalan pertama
ialah menghidupkan api dengan sumber hutan dan memasak makanan untuk tengah hari,
pangkalan kedua ialah mendakit cerun yang sangat curam dengan bantuan tali sahaja,
pangkalan ketiga ialah mengangkat mangsa (dari kalangan ahli kumpulan yang paling
ringan) keluar dari hutan. Ketiga-tiga pangkalan tersebut memang bertujuan untuk membina
kekuatan guru pelatih dari segi emosi, jasmani, intelek dan rohani. Tanpa kekuatan itu, guru
pelatih tidak mungkin akan mencapai ke destinasi akhir.
Sebagai mangsa yang diangkat oleh ahli kumpulan lain, saya berasa jutaan minta
maaf dan terima kasih kepada mereka kerana bukan senang untuk mengangkat seorang
mangsa keluar dari hutan apatah lagi jalan hutan licin dan cerun-curam. Perjalanan tersebut
cukup membawa kenangan manis dan pahit kepada semua ahli kumpulan. Tanpa kerjasama,
semua cabaran ini tidak akan diselesaikan. Aktiviti ini berjaya mengeratkan lagi hubungan
antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa.
Pada malam tersebut, terdapat aktiviti Malam Kebudayaan. Kumpulan kami mendapat
tajuk Muzik Kreatif. Kami bersama-sama mengeluarkan idea supaya persembahan kami
dapat dipersembahkan dengan berjaya. Kami mencipta lagu kumpulan kami yang kretif dan
memainkan muzik dengan alatan memasak seperti sudu, gelas plastik, kuali dan sebagainya
untuk dijadikan muzik iringan. Proses membuat persediaan untuk persembahan Malam
Kebudayaan memang singkat tetapi ia merupakan saat yang susah dan haru kerana setiap ahli
kumpulan sama-sama menghadapi masalah yang timbul dan sama-sama menyelesaikannya.
Inilah erti sebenar semangat Satu Malaysia !
Pada hari terakhir, selepas Majlis Penutupan Program Bina Insan Guru Siri Pertama
serta pembersihan tapak perkhemahan dan penyusunan dilakukan, kami pun bertolak balik ke
Institut. Sebagai kesimpulan, Program BIG merupakan satu program yang berfaedah. Saya
berjaya memperoleh ilmu pengetahuan dan banyak pengalaman baru dalam kehidupan.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: WONG KEE HANN

NO. IC

: 920724-13-6125

JANTINA

: LELAKI

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI


Abstrak

Program Bina Insan Guru(BIG) Siri 1 Tahun 2012 telah dijalankan selama 4 hari 3
malam dari 21/2/2012 ( Selasa ) sehingga 24/2/2012 (Jumaat). Pada hari Selasa, kami
dikehendaki menyediakan alatan-alatan yang diperlukan semasa BIG. Kami telah mula
menyediakan bahan-bahan yang perlu dibawa seperti kayak dan bahan-bahan keperluan pada
pukul 10:00 am. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu, lelaki bertanggungjawab untuk
membersihkan kayak dan pedal , manakala perempuan membersihkan alatan-alatan makanan
dan sebagainya. Pada pukul 2 petang, kami bertolak ke Pantai Bungai selepas diberi taklimat.
Kami telah tiba di Pantai Bungai pada pukul 2.30 petang. Selepas kami menurunkan
alatan-alatan yang dibawa, kami mula untuk mendirikan khemah dengan ahli kumpulan di
tapak perkhemahan masing-masing. Selepas siap mendirikan khemah, kami mula memasak
untuk makan malam. Selepas makan dan mandi, kami telah menghadiri aktiviti pertama,

iaitu Ice Breaking yang dikendalikan oleh kaunselor IPG Kampus Sarawak Miri iaitu Encik
Jeffery.
Pada 22 Feb 2012, kami bangun pada pukul 5.00 pagi untuk mengikuti satu program
Moral pada pukul 5.30 pagi. Bagi rakan-rakan yang beragama Islam pula mengikuti aktiviti
agama Islam. Pada pukul 6.30 pagi, kami dibawa untuk mengikuti senaman pagi di tepi
pantai. Selepas itu, kami makan sarapan pagi yang disediakan, iaitu, roti dan the. Kira-kira
pada pukul 8.30 pagi, kami dikehendaki membawa alatan memasak ke pantai serta
menjalankan aktiviti air. Pada pukul 12 tengah hari, kami makan di tepi pantai. Selepas
makan, kami belajar cara untuk berkayak, dan aktiviti telah ditamatkan pada pukul 2.30
petang.
Selepas mengangkat balik kayak yang digunakan, kami diberi masa untuk
mengemaskan diri dan membersihkan diri. Pada pukul 4:30 petang, satu program Latihan
Dalam Kumpulan(LDK) telah dijalankan. Selepas itu, kami pun diberi masa untuk memasak
makanan malam. Kami mula makan malam pada pukul 8 petang. Selepas makan , kami telah
mengikuti aktiviti LDK yang kedua pada pukul 8:30 malam. Aktiviti LDK tersebut
dijalankan selama dua jam sehingga 10:30 malam.
Pada23 Feb 2012, seperti biasa kami telah menjalankan program Moral pada 5:30
pagi. Selepas itu, senaman pagi telah diadakan di tepi pantai. Selepas bersarapan, kami telah
bertolak ke Bukit Hangus pada pukul 8:00 pagi untuk menjalankan aktiviti darat.Sebelum
bertolak, takimat rngkas dijalankan supaya aktiviti boleh dijalankan dengan lancar apabila
berada di Bukit Hangus. Aktiviti darat tersebut dibahagikan kepada 3 pangkalan. Aktiviti
darat merangkumi aktiviti abseiling, aktiviti pengangkatan mangsa dam memasak dalan
hutan. Seluruh aktiviti ini memakan masa selama 5 jam, iaitu tamat pada pukul 1 petang.
Pada waktu malam, kami juga mengadakan jamuan BBQ dan malam kebudayaan.
Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan satu persembahan untuk hiburan. Aktiviti
ini tamat pada pukul 10:00 malam. Selepas itu, kami telah balik ke khemah untuk berehat dan
tidur.
Pada hari yang terakhir iaitu 24 Feb 2012, Majlis Penutupan Program BIG Siri 1 telah
diadakan. Selepas itu, kami dikehendaki mengemaskan khemah dan barang peribadi masingmasing. Kami telah menyimpan alatan-alatan makanan, kayak dan sebagainya dalam dewan
Pantai Bungai. Kami telah bertolak dari Pantai Bungai pada pukul 12:00 tengah hari. Kami
telah sampai di IPG Kampus Sarawak kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Refleksi
Secara keseluruhannya, saya berasa sangat bangga kerana boleh menyertai Program
Bina Insan Guru(BIG) Siri 1 Tahun 2012 yang dianjurkan oleh IPG Kampus Sarawak Miri.
Dalam masa 4 hari 3 malam ini, terdapat beberapa perubahan telah diwujudkan pada saya
adalah dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Hal ini bermakna saya telah bersamasama dengan ahli kumpulan saya dan juga peserta-peserta lain menghadapi cabaran yang
telah dirancang dalam program ini.
Pada waktu pagi 21 Feb 2012, saya dengan peserta-peserta lain telah pergi ke bilik
stok untuk membuat persediaan alatan-alatan yang akan digunakan di tempat perkhemahan.
Pensyarah kami telah memberi arahan kepada kami supaya dapat bekerjasama untuk
mengeluarkan alatan-alatan yang telah disenaraikan dalam senarai alatan. Kami telah
dibahagikan kepada dua kumpulan apabila mengeluarkan alatan iaitu lelaki mengeluarkan

alatan-alatan seperti kayak dan pedal, manakala perempuan perlu mengeluarkan alatan-alatan
seperti alatan makanan, jaket keselamatan, dan sebagainya. Dengan pembahagian kerja
tersebut, kami telah berjaya menghabiskan kerja kami iaitu memasukkan alatan-alatan ke
dalam bas institut dalam masa yang singkat. Hal ini bermakna kerjasama antara pesertapeserta amat penting, jika tidak , kami mungkin perlu mengambil masa yang panjang untuk
membuat persediaan alatan tersebut.
Pada pukul 1.30 petang, kami telah bertolak dari institut, dan telah sampai di Pantai
Bungai pada pukul 2.10 petang. Sebelum bertolak,ke destinsi, pensyarah telah memberi
taklimat kepada kami supaya dapat terus membina khemah apabila sampai ke destinasi.
Apabila kami telah sampai ke pantai, kami terus membina khemah dengan mengikut
kumpulan. Oleh sebab saya berada dalam kumpulan keempat, saya dengan ahli kumpulan
saya telah membina khemah di tempat pertengahan yang di kawasan yang dihadkan oleh
pensyarah kami. Pembinaan khemah telah mengambil masa selama 2 jam. Kumpulan kami
telah bekerjasama untuk membina khemah yang diperlukan iaitu khemah rehat dan juga
khemah untuk makan. Oleh sebab khemah berehat tiada tiang, kami terpaksa menggunakan
buluh untuk membinanya, tetapi akhirnya, kami telah berjaya mencari buluh yang sesuai dan
membina bentuk khemah yang sesuai supaya tiada masalah apabila hujan. Melalui perkara
ini, saya telah mempelajari tentang kami seharusnya memandang jauh dan perlu
menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
Pada waktu malam, aktivitiice breakingtelah dijalankan. Pensyarah mengetuai kami
dengan nyanyian. Aktiviti ini telah membolehkan saya mengenali banyak kawan. Hal ini
telah mengeratkan hubungan antara kaum. Lama-lamamya, kami telah menjadi keluarga yang
besar. Saya berasa gembira kerana menjadi salah satu peserta dalam BIG ini kerana saya
boleh mengenali budaya mereka.
Pada hari kedua, aktiviti laut dijalankan. Dalam aktiviti laut ini, saya telah
mempelajari tentang kerjasama antara ahli kumpulan amat penting. Apabila kami disuruh
melawan ombak dengan pegangan tangan kawan-kawan, saya berasa kerjasama antara satu
sama lain sangat penting kerana jika tiada kawan, saya tidak dapat melawan ombak dalam
aras laut yang dalam dan kemungkinannya saya akan lemas disebabkan ombak yang kuat.
Tolong-menolong antara satu sama lain juga amat penting dalam aktiviti ini. Hal ini kerana
dalam aktiviti ini akan berlaku kemalangan seperti kejang, lemas dan sebagainya. Oleh sebab
itu, kami perlu menolong kawan-kawan kami supaya memastikan mereka berada dalam
keadaan yang baik.
Selepas aktiviti laut, aktiviti yang seterusnya telah dijalankan iaitu reka cipta. Kami
boleh menggunakan apa-apa sahaja yang terdapat di tepi pantai seperti pasir, batu, kayu, dan
sebagainya. Aktiviti ini melatih kami sebagai orang yang kreatif dan memupuk semangat
kerjasama antara ahli-ahli kumpulan supaya dapat selesaikan ciptaan dalam masa yang tetap.
Bukan itu sahaja, apabila penjelasan tentang penciptaan, kami perlu membuat lagu belakang
untuk menjadikan suasana yang lebih romatik. SloganTERBAIK juga disorak oleh
kumpulan kami dengan bersemangat. Saya tersentuh kerana walaupun kumpulan kami terdiri

daripada pelbagai kaum tetapi kami pula bekerjasama untuk menyelesaikan tugasan ini
bersama.
Seterusnya ialah aktiviti memasak. Kami dikehendaki memasak di tepi pantai.Pada
masa itu, cuacanya sangat panas. Jadi, kami perlu mencari jalan supaya dapat memasak di
tempat yang lebih selesa. Akhirnya, kami telah berjaya mencari tempat yang sesuai untuk
memasak dan makan. Hal ini membuktikan kawasan semula jadi amat penting kepada kita,
kita perlu menjaga dan menghargai semula jadi di sekelilingi kita.
Selepas makan tengah hari, aktiviti kayak telah dijalankan. Sebelum kami berkayak,
pensyarah telah mengajar kami cara-cara untuk memegang pedal dan teknik-teknik berkayak.
Selepas itu, kami mula menjalankan aktiviti kayak. Oleh sebab ombak laut tidak sesuai untuk
kami berkayak, jadi kami terpaksa berkayak di sungai. Walaubagaimanapun, kami juga
berasa seronok apabila dapat menggunakan kayak dengan teknik yang betul. Melalui aktiviti
ini, saya telah mempelajari suatu perkara iaitu, kita perlulah sabar apabila mempelajari
sesuatu perkara seperti berkayak dengan teknik yang betul. Kita perlu menganggap cabaran
sebagai perkara yang biasa dalam kehidupan kita, dan hanya menghadapi masalah dengan
hati yang sabar dan tabah adalah terpenting.
Pada 23 Feb 2012, aktiviti darat iaitu merentas hutan telah dijalankan. Aktiviti ini
dijalankan pada pukul 8 pagi. Selepas persediaan alatan disiapkan, kami telah bertolak ke
hutan. Sebelum masuk ke dalam hutan, cabutan telah dijalankan. Kumpulan kami adalah
kumpulan pertama yang masuk ke dalam hutan. Jadi, kami dikehendaki sampai ke pangkalan
yang ketiga untuk kami berehat dan makan tengah hari. Apabila sampai ke pangkalan, ketua
kumpulan kami telah membahagikan kerja kepada kami, ada yang mengutip kayu, ada yang
tolong menyala api, dan ada yang bersedia untuk memasak. Pembahagian kerja kepada ahli
kumpulan dapat memendekkan masa berada di pangkalan. Selepas makan, mentor kami
memesan kami supaya memastikan kayu-kayu yang masih mempunyai api dan asap dipadam.
Tindakan ini adalah untuk mengelakkan kayu yang masih panas menyala semula dengan
bantuan matahari. Dari perkara ini,saya telah mempelajari tentang kita perlu berfikir apa-apa
sahaja kesan yang akan berlaku supaya tiada kemalangan akan berlaku.
Selepas makan, kami terus perjalanan kami dan sampai ke tempat aktiviti abseiling.
Bagi sesetengah orang, aktiviti ini adalah susah kerana mereka belum menyesuaikan diri
dalam aktiviti ini. Dalam aktiviti tersebut, saya berasa kerjasama dan tolong-menolong antara
ahli-ahli kumpulan adalah sangat penting kerana jika tiada pertolongan, ada sesetengah orang
tidak mungkin akan atas bukit. Bagi kumpulan kami,setiap ahli kumpulan kami mempunyai
semangat yang amat kuat dan tidak putus asa apabila melakukan abseiling.Dengan
semangat ini, kami telah berjaya sampai ke atas bukit dalam masa yang singkat.
Aktiviti yang seterusnya adalah aktiviti yang paling susah dalam seluruh aktiviti yang
telah dijalankan. Kami dikehendaki mengangkat mangsa ke luar hutan. Pertama sekali,
kami sekumpulan telah bekerjasama untuk mencari kayu yang agak besar sebagai sokongan
kepada pengankutan mangsa. Apabila sudah siap, kumpulan kami dibahagikan kepada dua
kumpulan supaya dapat mengangkat 2 orang mangsa keluar dari hutan. Kami telah
mengambil masa yang panjang untuk menghantar mangsa keluar dari hutan disebabkan

oleh tanah yang licin. Dengan semangat yang tidak putus asa, kami telah berjaya menghantar
mangsa luar dari hutan. Dari sini, saya telah mempelajari sesuatu perkara iaitu jika kita
mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah putus asa, kita dapat berjaya menyelesaikan
cabaran yang dihadapi.
Pada waktu malam, aktiviti Malam Kebudayaan dijalankan. Dengan kerjasama
antara ahli-ahli kumpulan kami, kami telah berjaya mempersembahkan ciptaan muzik dalam
malam itu. Dalam persembahan tersebut, kami perlu mempercayai ahli-ahli kumpulan kami
dan sendiri juga perlulah mempunyai keyakinan diri supaya dapat menjadikan persembahan
lebih menarik dan sempurna.
Kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak nilai murni melalui BIG ini. Dengan
mengamalkan nilai-nilai murni ini, kami dapat menghadapi masalah dan cabaran yang
dihadapi. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih, mentor dan ahliahli kumpulan saya atas bantuan mereka. Jika tiada mereka, saya tidak dapat menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: SITI SARAH BINTI OSMAN

NO. IC

: 911208-12-6196

JANTINA

: PEREMPUAN

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI

Refleksi
Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya saya dapat
mengikuti program Bina Insan Guru(BIG) dan berjaya melaksanakannya
sehingga hari terakhir di mana program ini telah diadakan selama empat
hari tiga malam di Pantai Bungai. Saya juga mengucapkan berbanyak
terima

kasih

kepada

pensyarah-pensyarah

yang

terlibat

dalam

menjayakan program ini. Ini adalah satu program yang wajib yang telah
disediakan oleh pihak IPG. Banyak pengalaman suka duka yang berlaku

dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan di program ini serta secara
langsung dan tidak langsung juga mengajar saya menyesuaikan diri
dalam setiap kehidupan yang bakal ditempuhi oleh seorang bakal guru di
masa akan datang.
Apa yang saya dapat daripada program ini sedikit sebanyak
mengubah perspektif saya terhadap kehidupan realiti yang saya pandang
mudah selama ini tetapi sebenarnya setiap yang saya lakukan itu
memerlukan kesungguhan tidak kira perkara kecil ataupun besar. Program
sebegini mempunyai objektifnya tersendiri di mana ia difokuskan kepada
setiap pelajar yang akan bergelar seorang guru nanti. Semua aktiviti yang
dijalankan yang telah saya ikuti mengajar saya menjadi lebih berdikari,
tabah dan bijak dalam menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi
ketika itu dan saya telah bernekad untuk mempraktikkannya dalam
kehidupan seharian.
Ini adalah program BIG yang pertama untuk saya, maka banyak
perkara yang saya tidak tahu dan belajar. Sebelum bertolak ke destinasi
yang hendak dituju hati saya begitu berdebar-debar kerana saya dapat
merasakan

bahawa

aktiviti-aktiviti

yang

bakal

saya

tempuhi

ini

mempunyai banyak rintangan. saya dan rakan-rakan berasa sangat


seronok tetapi setelah berada di sana ianya bukan semudah yang
disangka. Pada mulanya, saya berasa susah untuk tinggal di dalam
khemah yang sempit dan terpaksa berhadapan dengan angin yang kuat
bila saya hendak memasak. Tetapi lama-kelamaan dengan masalahmasalah yang saya hadapi itu dapat membuka minda saya untuk lebih
berfikiran kreatif serta meningkatkan kerjasama yang padu kepada ahliahli kumpulan saya. Pelbagai cabaran yang ditempuhi contohnya terpaksa
tidur dalam khemah yang banjir disebabkan hujan turun dengan lebat.
Tetapi dugaan ini tidak dapat mematahkan semangat saya untuk berputus
asa menjalani program ini kerana saya tahu program ini mengajar saya
untuk banyak bersabar.
Selain itu, program ini juga mempunyai banyak nilai murni yang
dapat saya ambil. Antaranya ialah sifat tolong-menolong antara satu

sama lain lebih-lebih lagi dengan ahli kumpulan saya sendiri. Contohnya
dalam aktiviti memasak, meredah hutan dan Latihan Dalam Kumpulan
atau dikenali dengan LDK. Selain itu, saya dapat mengenalpasti kelebihan
dan kelemahan yang ada dalam diri saya yang selama ini saya tidak
sedari seperti ketahanan fizikal saya dalam menempuhi aktiviti yang
lasak, kemahiran saya dalam aktiviti yang memerlukan daya fikir yang
tinggi dan pengalaman. Walaupun kengkangan masa yang dihadapi tetapi
saya dan rakan-rakan berjaya melaksanakan setiap aktivi yang diadakan
seperti malam persembahan yang hanya memerlukan beberapa jam
sahaja untuk kami setiap kumpulan menyediakan persembahan masingmasing. Dengan aktiviti secara tidak langsung elahirkan seorang bakal
guru yang berfikiran kritis dan kreatif.

GAMBAR 6: Aktiviti memasak dalam hutan.


Selang beberapa hari sebelum bermulanya program BIG ini, saya
dan ahli kumpulan telah pun membuat perbincangan kumpulan. Kami

telah membincangkan nama kumpulan, logo kumpulan, moto dan


membuat bendera kumpulan. Saya amat berbangga kerana setiap ahli
kumpulan kami telah memberikan kerjasam sepenuhnya. Saya sedar
dengan kerjasama yang tinggi dapat memudahkan sesuatu kerja itu.
Setelah kesepakatan yang diambil maka kami telah pun membuat
keputusan untuk menamakan kumpulan kami dengan nama TERBAIK yang
membawa erti Terus Berusaha Aku Inginkan Kekuatan. Kami juga telah
menyiapkan bendera serta logo kami.

GAMBAR 1: Bendera kumpulan TERBAIK


Dalam setiap kumpulan ada dibahagikan AJK Makanan dan AJK
Peralatan.

Saya

telah

dipilih

untuk

menjadi

AJK

Makanan

dalam

kumpuloan saya. Ini adalah merupakan satu tugas yang berta bagi saya
kerana mesti memastikan setiap ahli kumpulan saya dapat makan dan
minum yang secukupnya. Dengan tugas yang telah diberikan oleh saya
ini, saya menjadi lebih bertanggungjawab dan yang paling utama adalah
amanah dalam setiap tugas yang diberikan. Saya bersyukur kepada Allah
kerana dengan bantuan ahli-ahli kumpulan tugas saya menjadi ringan
kerana saya dapat membahagikan kerja-kerja yang diberikan oleh saya
kepada ahli-ahli kumpulan saya. Tidak lupa juga kepada ketua kumpulan

saya yang telah berjaya memimpin kumpulan kami dengan baik walaupun
banyak masalah yang dihadapi seperti dapur banjir tetapi telah dapat
kami hadapi dengan tenang. Saya juga dapat mengambil contoh cara-cara
pimpinan dari ketua kumpulan kami kerana tidak mustahil suatu hari nanti
saya juga bakal menjadi seorang pemimpin di mana-mana ataupun lebih
mudah menjadi pemimpin kepada diri saya sendiri. Saya juga sedar
bahawa organisasi itu adalah sangat penting dalam menjayakan apa-apa
program kerana ia akan menjadi tunjang kepada sesebuah program
tersebut.
Kesimpulannya, sesuatu yang kita pelajari itu adalah suatu ilmu
yang sangat bermanfaat kerana setiapnya akan mengajar diri saya dan
dan rakan-rakan erti sebuah kehidupan. Program BIG ini bukan sahaja
menguji ketahan fizikal tetapi juga mental dan rohani kita. Oleh itu, sekali
lagi saya

mengucapkan jutaan terima kasih kepada mentor kumpulan

saya, pensyarah-pensyarah yang terlibat dalam menjayakan program ini


kerana tidak akan bergerak program ini tanpa mereka yang sudi
memberikan tunjuk ajar kepada kami semua. Saya berharap program BIG
yang akan datang dapat menjadikan diri saya lebih maju serta dpat
pengalaman yang lebih banyak serta baru.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: MOHD. FIKHRI BIN KIPRAWI

NO. IC

: 920907-13-6427

JANTINA

:LELAKI

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI


Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana saya telah


berjaya melaksanakan Bina Insan Guru(BIG) sesi pertama bagi tahun
2012. BIG yang telah kami lalui ini telah dilaksanakan di Pantai
Bungai,Miri,Sarawak. BIG yang mengambil masa selama 4 hari 3 malam
ini benar-benar telah memberi saya banyak input yang amat berguna
kepada saya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian terutamanya
kehidupan saya dalam profesion perguruan.
Selama mengikuti BIG ini, saya telah menempuh banyak cabaran, dugaan
dan halangan yang telah diberikan dari para pensyarah pembimbing
tanpa saya sedar semua cabaran dan halangan ini semua sebenarnya
mempunyai motif yang sangat besar. Setiap perlakuan kami ketika
mengikuti BIG, para pensyarah pembimbing sentiasa awasi dan sentiasa
memberi bantuan supaya

kami dapat mencapai motif

tersebut.

BIG yang buat pertama kali bagi saya ini telah banyak memberi
saya ilmu pengetahuan yang tidak ternilai harganya dan amat sukar
diperolehi jika BIG ini tidak dilaksanakan. Nilai-nilai murni juga telah
berjaya diserap dan saya amat bertuah kerana BIG ini telah banyak
memberi saya peluang untuk menilai keupayaan diri saya dari segi

persedian untuk menjadi seorang guru yang proaktif, fleksibel dan


berkeyakinan

tinggi.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam BIG ini ialah berkayak,
water confident, jungle trecking, latihan dalam kumpulan(LDK),
masakan rimba, BBQ, dan malam persembahan. Pada mata kasar, boleh
dikatakan semua aktiviti yang dilakukan ini dilihat seperti satu aktiviti
untuk berseronok. Namun, saya yakin bahawa semua aktiviti ini
mempunyai motif tersendiri dan hanya kami semua yang perlu lihat, kaji,
dan aplikasikannya nanti.
Pada hari pertama, sebelum bertolak kami semua seramai 62 orang
guru pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Jika dilihat pada mata
kasar, pembahagian kumpulan ini mungkin untuk memudahkan sesuatu
kerja sahaja. Namun, motif utamanya adalah untuk memberi peluang
kepada kami semua bergaul, berorganisasi, dan bekerjasama dengan
mereka yang saya tidak sempat kenal lagi sebelum ini. Keadaan ini jika
dilihat dengan lebih terperinci adalah bertujuan untuk membiasakan guru
pelatih dengan keadaan sebenar profession perguruan yang sebenarnya
memerlukan seseorang guru itu berkomunikasi, bersosial dan bekerja
dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai ragam dan perangai.
Pendedahan seperti ini menjadikan saya lebih bersedia apabila saya
ditugaskan di tempat baru dimana tiada siapa lagi yang saya kenal
sebelum

ini.

Pada sebelah malamnya, Latihan Dalam Kumpulan(LDK) pula


dilakukan. LDK yang dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih
yakin apabila bercakap dihadapan ramai. LDK ini telah membantu saya
untuk lebih berani melontarkan idea-idea saya dan bersedia untuk
mendengar kritikan atau pandangan dari pihak lain. Aktiviti ini juga telah
membentuk saya menjadi seorang yang lebih peka dan fokus terhadap
seseorang yang melontarkan idea atau sedang berhujah. Semua ini
penting bagi saya kerana latihan seperti ini adalah satu perkara yang
pasti dilalui oleh seorang guru. Sebagai contoh apabila bermesyuarat saya
pasti diberikan peluang untuk bercakap dan memberikan idea kepada ahli

lain dan mendengar idea-idea dari orang lain. Tanpa nilai murni seperti ini,
pasti saya tidak mampu untuk bekerjasama dengan guru-guru lain dan
gagal meneruskan agenda mesyuarat.

BIG ini juga telah berjaya membantu saya menjadi seseorang yang
lebih yakin kepada kebolehan diri sendiri dan bersemangat melaksanakan
sesuatu. Ketika aktiviti water confident, saya terpaksa menyelam
didalam air dan berenang di lautan Bungai. Walaupun saya tidak pandai
berenang dan takut pada mulanya,namun begitu dengan tunjuk ajar
pensyarah dan juga semangat yang diberikan oleh rakan-rakan saya
akhirnya berjaya melakukannya juga. Kini saya berasa lebih yakin untuk
melakukan sesuatu kerana bagi sekarang saya faham bahawa sesuatu
perkara yang mungkin sukar dilakukan pasti saya boleh lakukan sama ada
seorang diri mahupun dengan tunjuk ajar dari orang lain. Perkara yang
menjadi tunjang utama adalah semangat yang datang dari dalam diri dan
jika saya mempunyai semangat itu, saya yakin saya mampu melakukan
perkara yang sukar. Jika dilihat dari segi yang lebih luas, perkara ini amat
penting kerana sebagai seorang guru saya pasti akan diberikan pelbagai
tugas sama ada dalam sekolah atau diluar sekolah. Jadi dengan adanya
pendedahan seperti ini yang banyak membantu saya untuk lebih yakin
menghadapi tugasan, saya pasti akan lebih berusaha untuk melaksanakan
tugasan

yang

diberikan

itu

dengan

sempurna

dan

jayanya.

Selain itu, saya juga dilatih untuk menjadi lebih bertolak ansur
antara satu sama lain. Sebagai contohnya, pada setiap malam kami dalam
satu kumpulan telah bergilir-gilir berkawal dikawasan khemah bermula
dari jam 12 tengah malam sehingga jam 6 pagi. Akiviti ini yang dilihat
amat memenatkan telah berjaya dilakukan apabila kami semua bertolak
ansur untuk sama-sama berkawal mengikut jadual yang telah ditetapkan
oleh ketua kumpulan. Saya dan seorang lagi rakan yang telah diberikan
tugas untuk berkawal pada jam 3 pagi telah berkawal di sekitar khemah
bagi menjaga keselamatan setiap ahli dari apa juga perkara yang
mungkin boleh membawa padah. Aktiviti seperti ini tidak mungkin berjaya

jika ada ahli kumpulan yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu
berkawal apabila tiba giliran mereka tiba. Saya yakin, suatu hari nanti
pasti saya akan diberikan tugas oleh pihak atasan bersama guru-guru lain
untuk melaksanakan tugas-tugas yang memerlukan kami bertolak ansur
supaya matlamat perkara tersebut dapat dicapai. Pendedahan awal ini
telah menjadikan saya lebih bersedia menghadapi semua perkara itu.

Kreativif dan fleksibel juga merupakan perkara penting dalam


diri seorang insan bergelar guru. Ketika menghadiri program BIG ini, saya
telah dilatih untuk menjadi seorang yang lebih fleksibel dan kreatif dalam
menghadapi sesuatu perkara. Ketika melakukan persiapan bagi malam
persembahan, kami semua telah berjaya mewujudkan satu persekitaran
yang meriah dan bertepatan dengan malam persembahan. Masa yang
singkat yang diberikan untuk melakukan persiapan itu menyebabkan kami
semua lebih kreatif memberi idea bernas dan fleksibel dengan suasana
yang tanpa kemudahan-kemudahan yang ada seperti di institut. Dekorasi
yang

dilakukan

perkhemahan

menggunakan

dan

pelbagai

item-item

lagi

perkara

yang
yang

berada

semasa

dilakukan

bagi

memeriahkan lagi majlis menjadikan pemikiran saya lebih terbuka kerana


semua ini menuntut tahap kreativiti yang amat tinggi. Perkara ini pasti
saya dapat aplikasikan suatu hari nanti apabila saya dihantar untuk
mengajar di sekolah terutamanya di sekolah yang infastrukturnya kurang
baik dan alat bantu mengajar yang terhad. Saya yakin bahawa, dengan
pemikiran kritikal yang hebat pasti saya dapat mereka satu alat bantu
mengajar yang hanya terdiri dari item-item yang berada di kawasan
sekitar sahaja. Semua ini pasti berguna dan membantu pelajar dalam
pembelajaran mereka.

Pengalaman mengikuti program BIG juga banyak mengajar


saya untuk berkomunikasi dan bekerja dalam satu organisasi. Sebelum
bertolak ke Pantai Bungai, kami semua iaitu seramai 62 orang guru
pelatih telah dibahagikan kepada 6 kumpulan. Setiap ahli dalam kumpulan

pula masing-masing diberikan satu tugas pada satu masa seperti ketua,
setiausaha, tukang masak, penyelia peralayan, tugas-tugas khas dan lainlain lagi. Sistem yang diketengahkan di BIG ini ialah sistem putaran atau
rotation tugas. Hal ini memberi peluang kepada setiap ahli kumpulan
untuk merasai memegang setiap jawatan dalam kumpulan. Perkara ini
amat berkesan kerana sistem yang dibentuk oleh pensyarah pembimbing
ini bertujuan untuk memberi peluang kepada kami semua untuk menjadi
pemimpin dan orang yang dipimpin. Pengalaman berorganisasi ini akan
saya manfaatkan sepenuhnya sama ada di institut atau ketika berada di
alam pekerjaan kerana saya sedar bahawa ada ketika saya akan menjadi
pemimpin dan ada ketika saya akan menjadi mereka yang dipimpin.
Berdasarkan pemerhatian saya ketika di BIG, saya dan rakanrakan semua telah diajar untuk menepati masa dalam melakukan aktiviti.
Ketika melakukan senaman pada sebelah pagi, tepat jam 6.00 pagi kami
semua mesti berkumpul di tepi pantai. Arahan yang diberikan oleh
pensyarah merupakan satu lagi latihan yang saya lihat satu usaha bagi
membentuk guru pelatih menepati masa. Perkara ini penting kerana
sebagai seorang bakal guru dan seorang guru, masa memainkan peranan
penting dalam kehidupan. Ketika di insitut atau di sekolah nanti, saya
perlu berada di sana sebelum jam 7.45 lagi dan ini bermakna untuk
sampai kesana saya perlu bersiap dengan lebih awal. Jika dilihat sekarang,
ramai guru pelatih sama ada lelaki atau perempuan yang datang lewat ke
kuliah dan ini merupakan satu fenomena yang amat merungsingkan
pensyarah. Pendedahan di BIG ini telah merubah saya dan rakan-rakan
lain supaya menepati masa sama ada ketika ke kuliah ataupun
mengaplikasikannya

dalam

kehidupan

seharian kami.

Selama 4 hari 3 malam saya mengikuti program BIG ini, begitu


hebat saya rasakan kekuatan mental dan fizikal saya telah diuji. Bermula
dari bahang panas matahari, kesejukan air lautan pantai Bungai,
kepenatan meredah hutan dan banyak lagi aktiviti yang sangat mencabar

telah saya lalui. Pendedahan sebegini saya anggap satu pendedahan yang
amat baik bagi saya kerana dengan cara inilah saya dan rakan-rakan
dapat mengukur sejauh mana ketahanan diri kami sendiri. Persediaan dari
segi mental dan fizikal amat penting kerana kami semua sebagai bakal
pendidik belum pasti lagi kemana arah kami seterusnya apabila tamat
belajar di institut perguruan ini. Mungkin kami dihantar ke kawasan
bandar, tetapi mungkin juga kami akan diarahkan untuk mengajar di
kawasan jauh ke pedalaman. Pendedahan sebegini membolehkan kami
semua mengukur sejauh mana tahap dan kemampuan diri kami sama ada
kami sudah bersedia untuk mengembara ke sekolah yang mungkin juah
ke

pelusuk

rimba

atau

belum.

Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana telah melalui program


BIG ini yang telah banyak memberi saya pengetahuan, menguji mental
dan fizikal diri saya dan yang paling penting dapat membantu diri saya
bagi membina jati diri seorang pendidik yang berkarisma tinggi. Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba
pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi
seorang pendidik yang gemilang.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: LEE SIEW SIN

NO. IC

: 921003-13-6111

JANTINA

:LELAKI

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI


Refleksi

Saya sebagai salah seorang pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pengajian
Bahasa Cina (PPRBC) semester 1 BC2 telah berjaya menyelesaikan program BIG yang telah
disediakan selama empat hari tiga malam. Pelbagai pengalaman baru telah saya perolehi
dalam perkhemahan ini. Jadual di bawah menyatakan tentang refleksi kendiri sepanjang
perkhemahan bagi program BIG siri 1 di Pantai Bungai, Bekenu telah menyertai program
Bina Insan Guru yang pertama iaitu dari 21 hingga 24 Februari 2012.
Pada hari pertama, kami telah mendirikan khemah mengikut kumpulan masingmasing. Khemah dijadikan untuk tempat tidur dan rehat serta tempat untuk memasak. Melalui
aktiviti sebegini, saya telah belajar cara-cara yang berkesan untuk mendirikan khemah yang
kukuh. Dalam proses mendirikan khemah, semangat kerjasama dapat dipupuk. Apabila
mendirikan khemah, memerlukan kerjasama daripada semua ahli supaya khemah dapat
didirikan dalam masa yang ditetapkan. Selepas khemah didirikan, kami ada satu taklimat
yang tentang keselamatan dalam air.
Pada hari kedua, kami talah menjalankan aktiviti di air. Melalui aktiviti air yang dijalankan,
saya dapat memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain. Acara pertama dalam aktiviti
ini ialah menghadang. Kami disuruh untuk memegang tangan antara satu sama lain untuk
menghadang ombak laut. Kami perlu sentiasa menjaga rakan di sebelah kanan dan kiri. Kalau
ada rakan yang jatuh, kami akan membantu rakan untuk berdiri semula untuk menghadang
ombok yang seterusnya. Melalui aktiviti ini, saya memahami satu nilai penting iaitu bersatu

padu. Apabila menghadapi sesuatu masalah dalam kehidupan, rakan disekelilingi boleh
membantu kita. Kita haruslah membantu mereka yang perlu dan apabila anda membantu
mereka yang dalam kesusahan kelak nanti pastinya ada orang lain yang akan juga membantu
anda untuk mengharungi cabaran dalam hidup.
Dalam aktiviti air, Encik Sains Dato juga mengajar cara untuk berenang. Melalui
ajaran ini, kami menetahui teknik asas untuk berenang. Dengan teknik yang asas ini, kita
dapat menyelamatkan diri sendiri apabila terjatuh dalam air sungai ataupun air laut. Selepas
itu, saya juga mempelajari cara untuk berkayak. Ini merupakan kali pertama untuk saya
berkayak dan merupakan satu pengalaman yang sangat bermakna.
Di samping itu, kami telah menjalankan aktiviti darat pada hari yang seterusnya.
Melalui aktiviti darat ini, saya dapat lebih mendekati suasana alam sekitar yang cantik. Ini
merupakan kali pertama untuk saya menjalankan aktiviti mendarat, aktiviti ini telah menjadi
satu kenangan yang indah dan seumur hidup saya. Dalam proses menjalankan aktiviti
mendakit Bukit Hangus, saya dapat merasai kecantikan alam sekitar dan juga berasa segar
kerana dikelilingi oleh pokok-pokok yang besar. Pokok-pokok yang besar boleh
membekalkan oksigen kepada manusia. Apabila mendakit bukit, kami juga perlu memasak di
dalam hutan. Semasa mendakit bukit, saya juga dapat belajar tabah untuk mengharungi
cacbaran-cabaran yang dihadapi. Semasa kami memanjat lereng bukit yang tajam, semangat
yang kuat diperlukan untuk mendakit lereng bukit tersebut.
Semasa mendakit bukti, ahli-ahli dalam kumpulan perlu membantu antara satu sama
lain. Dengan acara yang terakhir dalam aktiviti mendarat ini ialah mengankat mangsa yang
cedera untuk menurun bukit. Kami memerlukan semangat yang tabah supaya menyiapkan
tugasan yang begitu mencabar. Dengan adanya aktiviti ini ,ia berupaya untuk membantu saya
untuk memupuk semangat yang kuat dan kukuh supaya dapat menghadapi cabaran yang lebih
besar pada masa hadapan.
Semasa ahli kumpulan memasak , kami dapatlah mengeratkan hubungan antara satu
sama lain melalui perbualan. Selepas masak, kami dapat merasai makanan yang dimasak oleh
ahli kumpulan sendiri dan juga dapat mengeratkan hubungan semasa makan bersama.
Malam yang terakhir ialah malam bakat. Melalui rancangan ini, hubungan antara satu
sama lain menjadi semakin erat. Kami perlu merancangkan persembahan yang perlu
disembahkan pada malam itu. Persembahan yang disembahkan oleh kumpulan kami ialah

muzik kreatif. Kami menggunakan pelbagai alat untuk membuat persembahan ini.
Persembahan ini telahpun disembahkan dengan berjaya. Walaupun lawak jenaka kami tidak
lawak sangat ,tetapi kumpulan kami amat berbangga dan berpuas hati terhadap persembahan
kami.
Konklusinya, aktiviti Bina Insan Guru sememangnya membawa banyak manfaat
kepada kami . Saya telah mempelajari banyak nilai-nilai murni. Selepas aktiviti Bina Insan
Guru, saya berharap boleh menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan. Oleh
sebab itu, diharapkan aktiviti ini dapat diteruskan dan dilaksanakan dengan berjayanya dari
semasa ke semasa.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: NOOR AMIZA BINTI GHAZALI

NO. IC

: 920808-13-5680

JANTINA

:PEREMPUAN

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: USTAZ MOHAMED MADANI BIN BAKAR

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI

Abstrak
Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan
oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang
berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang
tinggi.
Kursus Bina Insan Guru ini bertujuan untuk melahirkan insan guru
yang berilmu, beradab, inovatif, kreatif dan beketrampilan. Dalam

pada itu, kursus ini bertujuan melahirkan insan guru yang patuh
pada agama dan mengamalkan nilai-nilai positif serta gaya hidup
sihat berasaskan rukunegara. Kursus bagi Bina Insan Guru bagi fasa
pertama ini merupakan perkhemahan 4 hari 3 malam. Dengan
pelbagai

aktiviti

yang

dijalankan

dalam

tempoh

ini

mampu

menimbulkan keinsafan dan tanggungjawab mulia sebagai insan


guru serta melahirkan insan guru yang yang cemerlang, harmonis
dan bersatu padu serta mempunyai ketahanan fizikal, mental dan
semangat juang yang tinggi. Secara keselurannya, pelaksanaan
kursus Bina Insan Guru ini akan membantu guru pelatih untuk

menguasai kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan


berkesan.
Program Bina Insan Guru menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan
warga bakal pendidik sebagai insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan
berbakti kepada nusa, bangsa dan negara.

Refleksi
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi, akhirnya, program Bina
Insan Guru Fasa 1 bagi siri yang pertama telah dijalankan dengan jayanya.
Program perkhemahan yang dijalankan selama 4 hari 3 malam ini telah
memberi peluang pada saya untuk mempelajari dan mencedok banyak
ilmu

yang

baru.

Di

samping

itu,

pengalaman

itu

sendiri

telah

mendewasakan diri saya sebelum mengorak langkah yang lebih jauh


untuk menjadi seorang guru.
Menerusi Program Bina Insan Guru ini, banyak perkara yang telah
saya pelajari. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam program ini banyak
meninggalkan banyak kesan pada diri saya bahkan banyak pengalaman
baik yang manis mahupun pengalaman pahit. Pengalaman BIG juga
banyak menyedarkan saya untuk lebih menjadi seorang yang tabah
dalam menghadapi liku-liku kehidupan, mempunyai keyakinan yang
tingggi, menanamkan seifat bekerjasama yang lebih lagi dalam diri,

mendalami erti susah dalam kehidupan, memahami ragam orang lain,


belajar mengenai ikhtiar hidup, dan banyak lagi. Selain itu, program ini
melatih saya untuk menguruskan masa dengan lebih baik dan cekap. Hal
ini disebabkan setiap aktiviti yang telah terdapat dalam tentatif program
hendaklah dihadiri tepat pada masanya. Pada pendapat saya, menepati
masa adalah amat penting, lebih-lebih lagi sebagai seorang guru supaya
setiap tugasan ataupun aktiviti dapat dijalankan dengan lancar.
Refleksi Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
Dalam program Bina Insan Guru ini, saya telah terlibat dalam
banyak aktiviti yang terdapat dalam LDK. Antaranya ialah aktiviti pecah
bendung, mencari perkara yang memotivasikan diri untuk menjadi
seorang guru, membuat ujian psikologi untuk melihat apakah kerjaya
yang kita inginkan sebenarnya, membincangkan isu yang berkaitan
dengan guru, dan banyak lagi. Saya percaya dengan aktiviti-aktiviti
sebegini mampu membantu saya untuk berinteraksi dengan rakan-rakan
tanpa berasa malu.

Secara tidak langsung, LDK yang telah dijalankan

banyak memberi pendedahan dan persediaan awal kepada saya untuk


menjadi seorang guru. Sebagai contoh, dalam LDK, terdapat tugasan yang
memerlukan kami mengeluarkan pendapat dan pandangan. Pada masa
ini, saya telah mengambil kesempatan untuk memberanikan diri untuk
mengeluarkan pendapat. Jika selama ini saya hanya berani untuk
mengeluarkan pendapat ketika di dalam kelas, namun dengan aktiviti BIG
ini, saya telah berani untuk berinteraksi dan mengemukakan pandangan
dengan rakan-rakan dari kelas lain yang terdiri daripada bangsa dan
jantina yang berlainan. Saya berasa sungguh gembira melihat rakanrakan yang aktif memberi pandangan.Namun begitu, saya berasa sedikit
terkilan dengan sesetengah rakan yang masih tidak berani dan tidak
yakin untuk memberi pendapat semasa membuat perbincangan di dalam
kumpulan. Seterusnya, aktiviti-aktiviti LDK ini telah menghakis perasaan
malu dalam diri saya.

Saya percaya, sebagai seorang guru, kita tidak

seharusnya malu untuk melakukan sesuatu yang baik. Hal ini disebabkan
pada suatu hari kelak, kita akan bukan sahaja berhadapan dengan rakan

setugas

dan

murid-murid,

malah

akan

berhadapan

juga

dengan

masyarakat luar. Sebab itulah di dalam ujian soal selidik minat kerjaya
(Self-Directed Search/SDS), kod bagi seorang guru ialah SAE iaitu
mempunyai ciri-ciri social, artistic, dan entrepising. Dalam masa yang
sama aktiviti-aktivit LDK telah menyedarkan saya bahawa tugas seorang
guru adalah sangat mulia. Namun begitu, pada zaman sekarang, ramai
guru-guru yang terlibat dengan pelbagai masalah. Murid-murid pula tidak
semena-mena menjadi mangsa keadaan. Saya berasa amat sedih apabila
melihat banyak kes yang melibatkan guru yang terpampang di dada
akhbar.
Refleksi Aktiviti Kerohanian / Tazkirah
Dalam kesibukan membuat aktiviti untuk kekuatan mental dan
fizikal, tidak dilupakan juga untuk membuat aktiviti kerohanian. Kami
telah menunaikan solat secara berjemaah bagi solat subuh, maghrib, dan
isyak. Malah, tazkirah juga turt disampaikan daripada kalangan pensyarah
ataupun peserta lelaki. Mendengar tazkirah seperti ini menginsafkan saya
tentang kekuasaan dan kebesaran kuasa Allah s.w.t. Sebagai manusia
biasa, saya tidak lari dari melakukan kesilapan dan juga dosa. Dengan
adanya tazkirah seperti ini menyedarkan kembali tujuan asal terciptanya
manusia ke muka bumi ini, iaitu sebagai khalifah yang akan memakmur
dan mewarnai dunia ini dengan amal ibadah. Dan sebagai seorang
manusia yang waras akalnya, saya wajib untuk mentaati segala syariat
yang telah ditetapkan. Dengan mendengar tazkirah yang di sampaikan,
terdetik di sudut hati saya untuk berubah menjadi hamba Allah yang lebih
baik.
Seperkara

yang

menarik

perhatian

saya

ialah

apabila

kami

menunaikan solat zohor di bawah sinaran matahari yang amat terik.


Walaupun keadaan sangat panas, namun ini tidak mematahkan semangat
kami untuk terus beribadah kepada Allah. Apa yang dapat saya simpulkan
di sini ialah, walau di mana sekalipun kita berada, kita hendaklah sentiasa
ingat pada Allah dengan mengerjakan perintahnya.

Pada

masa

yang

sama,

pada

waktu

ini,

saya

berpeluang

mengaplikasikan ilmu yang dipelajari selama ini, iaitu cara mencari arah
kiblat sekiranya tiada kompas. Saya dan rakan sekumpulan telah
mendapatkan arah kiblat dengan cara menggunakan bayang-bayang
daripada kayu yang didirikan. Bagi mendapat kepastian apa yang telah
dilakukan, kami tidak malu untuk bertanya dengan Ustaz Madani.
Refleksi Aktiviti Air
Dalam program BIG, kami telah melakukan aktivti di air. Terdapat 2
aktivti yang dilakukan iaitu water confidence dan aktivti berkayak.
Daripada aktiviti yang pertama, iaitu aktiviti water confidence, kami
membuat sedikit senaman renggangan badan agar tidak kejang nanti.
Selepas itu, kami beramai-ramai bersama-sama masuk ke dalam air
sambil

berpegang

tangan

untuk

memastikan

keselamatan

memandangkan laut pada hari itu agak bergelora.Pada saat ini, saya
dapati sifat saling percaya antara satu sama lain terutamanya dalam
kalangan guru pelatih amat penting. Semasa aktiviti ini, saya dapat
melihat bagaimana rakan-rakan seperjuangan tidak akan melepaskan
tangan sesama kami tidak kira betapa besar ombak yang mendatang
walaupun semuanya diselubungi perasaan takut. Ini membuktikan
bahawa pentingnya kawan-kawan di sisi kita. Pada masa yang sama,
saya sempat memikirkan betapa indahnya ciptaan Tuhan. Selain itu,
setelah meredah ombak, barulah saya tahu bahawa begitu payahnya
para nelayan mencari rezeki di lautan. Selama ini, saya melihat ombakombak yang kecil itu hanya dari jauh sahaja. Namun, setelah mengikuti
aktiviti air ini, barulah saya merasa walaupun ombak itu kelihatan kecil
dan tidak bergelora, namun agak sukar untuk diredah.
Seterusnya, bagi aktiviti berkayak pula, menrupakan pengalaman
pertama saya untuk berkayak. Aktiviti berkayak ini sangat mencabar
walaupun jika dilihat secara kasarnya ianya seperti sangat mudah untuk
dilakukan. Saya belajar cara yang betul untuk berkayak dan cara
mengemudi kayak. Walaubagaimanapun, saya belum begitu mahir

untuk mengemudi kayak tersebut. Saya juga berasa sedikit kecewa


kerana aktiviti kayak kami hanya dibuat di tasik sahaja memandangkan
ombak yang bergelora di laut. Namun begitu, saya tetap bersemangat
untuk berkayak kerana tujuan aktiviti kayak dibuat di tasik adalah untuk
kepentingan keselamatan kami semua.
Refleksi Aktiviti Darat
Setelah menjalan aktiviti darat, iaitu kembara hutan, saya dapat
memupuk semangat kerjasama sesama kami guru pelatih. Hal ini
disebabkan,

tanpa

kerjasama

yang

jitu,

setiap

kerja

tidak

dapat

dilaksanakan dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima


kasih khususnya pada ahli kumpulan saya yang memberi komitmen yang
baik sekali dalam membuat tugasan kumpulan. Saya berasa amat teruja
apabila melihat kerjasama antara ahli kumpulan untuk menyediakan
makanan untuk makan tengahari di hutan, walaupun kami terdiri daripada
pelajar Islam dan bukan Islam. Jelas terbukti bahawa perbezaan kaum
bukanlah penghalang bagi setiap kumpulan untuk bersatu membuat yang
terbaik. Kami bekerjasama untuk mencari kayu untuk menghidupkan api.
Walaupun kumpulan kami memakan masa untuk menyalakan api, namun
kesungguhan kami semua membuahkan hasil.
Semasa aktiviti kembara hutan juga, saya amat memerlukan kerjasama
daripada ahli kumpulan untuk melepasi cabaran-cabaran yang dihadapi.
Cabaran yang ditempuhi semasa kembara hutan agak menguji kesabaran
dan ketahanan mental serta fizikal dalam. Antara halangan yang paling
mencabar bagi saya ialah mengusung rakan yang sakit. Saya percaya
tanpa kesabaran yang tinggi, halangan tersebut tidak dapat ditempuhi.
Saya dan rakan yang lain bersungguh-sungguh membawa rakan kami
dengan berhati-hati kerana keadaan jalan pada masa itu amat licin dan
bukit yang amat curam.
Selain daripada itu, dengan adanya aktiviti seperti ini, saya dapat
melihat kekuasaan ciptaan Allah s.w.t. Saya belajar untuk lebih bersyukur
terhadap apa yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada saya. Aktiviti

seperti ini menyedarkan saya betapa agungnya kekuasaan Allah s.w.t.


Selain itu, dengan melihat flora dan fauna yang ada, saya dapat berfikir
betapa maha kayanya pengetahuan Allah s.w.t. seperti adanya rantai
makanan dan sebagainya. Selain itu, dengan melihat alam flora dan
fauna, dapat menenangkan fikiran dari hiruk pikuk kota yang dialami
setiap hari. Udara yang segar juga sangat baik untuk kesihatan.
Cadangan dan harapan
Di kesempatan ini, saya berharap agar aktiviti seperti ini akan diteruskan
bagi melatih ketahanan mental dan fizikal guru pelatih. Di sini, saya juga
ingin mencadangkan agar aktiviti Bina Insan Guru ini dijalankan bersama
rakan guru pelatih dari ipg lain bagi merapatkan lagi hubungan sesama
guru pelatih dan boleh menimba ilmu dan pengalaman daripada mereka.
Akhir

sekali,

jutaan

terima

kasih

diucapkan

kepada

kem

komandan,jurulatih, mentor, rakan-rakan seperjuangan dan semua yang


terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kursus yang begitu
bermakna bagi saya. Semoga dapat dilaksanakan lagi pada masa akan
datang.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: NUR SHARMILA SORAYA BINTI MAHMUD

NO. IC

: 920215-13-6426

JANTINA

:PEREMPUAN

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK RAMLAN BIN MUSTAPHA

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI


Refleksi

REFLEKSI AKTIVITI KEROHANIAN / TAZKIRAH


Aktiviti ini sedikit sebanyak membantu saya dalam
memperingatkan diri supaya tidak mudah lalai dan alpa dengan apa
yang saya lakukan. Maklumlah, manusia mudah lupa. Jadi, melalui
aktiviti tazkirah ini, ia mengajar saya supaya lebih memantapkan diri
dengan ilmu agama kerana banyak benda dan perkara yang saya masih
tidak tahu mengenainya. Saya sangat suka mendengar tazkirah ini
kerana ianya juga ada diselitkan dengan unsur jenaka dimana ia boleh
diterima oleh segenap lapisan masyarakat. Oleh itu, saya tidaklah
merasa bosan dan mengantuk semasa tazkirah itu berjalan. Namun,
tidak dapat dinafikan apabila saya tidak dapat menahan betapa
mengantuknya saya disebabkan oleh keletihan yang berterusan dan
keadaan tidur yang tidak mencukupi. Semua ini secara tidak langsung
dapat mengajar saya erti ketabahan dan kesabaran supaya saya lebih

bersedia untuk berdepan dengan keadaan yang lebih teruk dan dahsyat
dari apa yang kami lalui ini.
Di samping itu juga, aktiviti ini juga membantu saya
mendekatkan diri kepada Allah dan perlulah diingat bahawa tiada apa
yang boleh menghalang kita dari menunaikan kewajipan beribadah kita
kepadanya.

Walaupun

kami

berada

dalam

keadaan

yang

boleh

dikatakan serba kekurangan, tapi ini tidak menahan kami dari


menunaikan sembahyang walau dimana kami berada. Contohnya, kami
juga berpeluang untuk menunaikan sembahyang di bawah terik
matahari di tengah-tengah pasir di kawasan pantai yang berhampiran.
Walaupun keadaan sangat panas, namun ini tidak mematahkan
semangat kami untuk terus beribadah kepada Allah walau dalam
keadaan bagaimana sekalipun. Justeru hal ini secara tidak sedar berjaya
memupuk sedikit demi sedikit perasaan jihad dalam diri saya untuk
meneruskan perjuangan di samping istiqamah dalam melaksanakan
setiap ibadah yang dituntut dalam Islam terutamanya solat.
REFLEKSI AKTIVITI AIR
Aktiviti ini dijalankan pada hari kedua kami berada dalam
perkhemahan ini. Kami disuruh untuk menggunakan jaket keselamatan
untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Pada sebelah
pagi, kami menjalankan aktiviti water confidence ataupun keyakinan
di laut dan ia adalah aktiviti permulaan sebelum berkayak pada sebelah
petangnya. Pada masa tersebut saya diarahkan untuk berada di posisi
paling hujung sekali memandangkan kebolehan saya dalam berenang
berbanding kawan-kawan yang lain. Bagi saya, saya sangat menyukai
aktiviti ini kerana saya memang suka bermain air. Walaupun ombak
sangat besar, namun saya langsung tidak berasa takut sama sekali.
Saya justeru berasa seronok dengan keadaan tersebut walaupun pada
hakikatnya selepas dipukul ombak, kami akan ditolak ke belakang dan
terpaksa mengharunginya untuk bergerak ke hadapan semula. Saat
yang melucukan apabila kami langsung tidak dapat bergerak ke
hadapan kerana datangnya ombak yang tidak

putus-putus menolak

kami ke belakang dan menenggelamkan kami. Kami hanya mampu


ketawa

mengenangkan

nasib

kami

yang

berusaha

untuk

mengharunginya tapi apakan daya, badan kami belum cukup kuat


untuk

melawannya.

Namun,

disebalik

kegembiraan

adanya

kesengsaraan. Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana aktiviti ini


memang tidak dapat dihindarkan dari sinaran panas terik matahari
yang rakus untuk menghitamkan kulit kami. Hal ini menyebabkan kulit
kami berasa pedih dan panas setelah aktiviti tersebut.
Semasa aktiviti berkayak, kami berasa sangat kecewa kerana
kami tidak dibenarkan untuk berkayak di laut memandangkan keadaan
laut yang sangat bergelora pada masa tersebut. Oleh itu, kami hanya
berkayak di kawasan sungai kecil yang ada disitu. Saya dan pasangan
kayak saya, Nooralam sangat seronok sepanjang aktiviti tersebut. Kami
tidak henti-henti ketawa kerana pada mulanya kayak kami tidak dapat
bergerak dan arahnya terpesong dari arah yang ingin kami tuju kerana
ketidakmampuan kami untuk mengawalnya. Lalu, kami memasang
strategi dan akhirnya kami berjaya melepasi kemelut itu dan berkayak
dengan lancar sekali. Kami juga berlumba berkayak dengan pasukan
lain untuk menunjukkan kebolehan berkayak masing-masing. Ianya
sangat menyeronokkan walaupun pada hakikatnya ianya sangat
meletihkan dan menyakitkan tangan. Tetapi ianya tidak melemahkan
semangat kami untuk terus berkayak. Melalui aktiviti ini, saya rasa
hubungan silaturrahim saya dengan kawan semakin baik dan rapat.
Keseronokan jelas terpancar di wajah mereka semasa aktiviti ini
dijalankan.
REFLEKSI AKTIVITI DARAT
Disebabkan oleh hujan lebat sebelah malamnya, aktiviti ini
sangatlah mencabar bagi saya. Keadaannya sangat licin dan becak.
Struktur jalannya juga sangat menguji kesabaran dan ketahanan badan
kami semua. Jalan yang penuh liku, ranjau, onak dan duri ini
menyebabkan saya ada ketikanya berasa sangat letih dan tidak
berdaya. Tapi, berbekalkan dengan keazaman dan sokongan yang tidak

berbelah

bagi

dari

ahli

kumpulan

sendiri,

saya

teruskan

juga

meredahnya tanpa banyak bicara. Kumpulan kami diarahkan berhenti di


stesen tiga iaitu stesen yang paling jauh sekali. Kesabaran kami sekali
lagi diuji apabila api untuk memasak mengambil masa yang lama untuk
dihidupkan. Disebabkan kayu banyak yang basah, jadi api mengambil
masa yang lama untuk marak. Akhirnya, dengan bantuan Encik
Faridudin kami berjaya menghidupkan api dan memasak sayur kubis.
Kami berasa sangat bersyukur kerana segala makanan lain telah kami
masak awal dan hanya tinggal untuk menghidangkannya saja lagi.
Selepas itu, kami berdepan dengan bukit yang sangat curam dan kami
diminta untuk mendakinya dengan menggunakan tali. Alhamdulillah,
ahli kumpulan kami tidak mengalami kesusahan semasa menaikinya.
Semuanya berjalan dengan lancar sahaja. Pada masa tersebut, saya
hanya mampu berdoa supaya saya tidak tergelincir dan berharap
tangan saya kuat mencengkam tali tersebut. Walaupun perjalanan
pendakian saya agak perlahan, namun saya bersyukur kerana mampu
bertahan sampai ke akhirnya.
Bahagian yang paling menggugat kesabaran sekali ialah
apabila

kami

diarahkan

untuk

mengusung

kawan

menggunakan

stretcher yang diperbuat melalui batang kayu dan kain pelikat.


Aktiviti ini betul-betul menguji stamina, ketahanan dan kesungguhan
saya dalam meredah hutan tersebut bersama kawan-kawan. Dengan
keadaan jalan yang curam, licin, dan berliku-liku itu menyukarkan lagi
perjalanan kami untuk mengangkat kawan kami yang sakit itu untuk
sampai ke garisan penamat. Namun, apa yang saya pasti ialah
semangat kerjasama pasukan itu sendiri menjadi kunci kejayaan dalam
aktiviti ini. Walaupun mungkin kami kurang dari segi kekuatan badan,
tapi dengan adanya kerjasama yang jitu dari ahli pasukan itu sendiri
membolehkan kami mampu untuk mengharungi segala kesulitan yang
kami tempuhi.
KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, saya dapat menyimpulkan bahawa


dalam setiap aktiviti yang telah kami lalui, apa yang paling penting
ialah kesungguhan dan kerjasama dari semua pihak. InsyaAllah, dengan
berbekalkan semangat kerjasama dan tolong-menolong ini, semua
masalah yang dihadapi dapat diatasi bagi melancarkan perjalanan
setiap aktiviti sepanjang perkhemahan ini. Bak kata pepatah bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh. Perpaduan sesama ahli kumpulan juga
sangat penting dalam usaha untuk memudahkan segala kerja yang
dilakukan. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana ahli kumpulan
saya sangat komited dalam memberikan kerjasama dan idea yang
bernas semasa perkhemahan ini. Sudah terang lagi bersuluh, saya telah
mendapat banyak manfaat dan faedah sepanjang program bina insan
guru ini diadakan. Dari apa yang saya lihat, matlamat program ini juga
sudah tercapai walaupun tidak secara keseluruhannya namun saya
amat berpuas hati terhadap pencapaian kami sebelum, semasa dan
selepas BIG ini berlangsung.

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: MOHD. RUSYDIE BIN SAUFFIEE

NO. IC

: 920422-13-6381

JANTINA

:LELAKI

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK RAMLAN BIN MUSTAPHA

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI

REFLEKSI BINA INSAN


GURU

NAMA

: LAW NGO LENG

NO. IC

: 920625-13-6066

JANTINA

:PEREMPUAN

PROGRAM

: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA


PERGURUAN AMBILAN JAN 2012

NAMA TUTOR

: ENCIK MOHAMMAD NIDZAM BIN YAAKOB

NAMA MENTOR BIG

: ENCIK MAT ZIN BIN MAT NAWI

LAMPIRAN

Tiba di Pantai Bungai

Kawasan perkhemahan

Kembara hutan di Bukit Angus

LDK

Malam pesembahan

Pecah Bendung

Makan malam (BBQ)

Solat berjemaah dan tazkirah

Logo kumpulan

Cogan kata

Gambar ahli kumpulan

Anda mungkin juga menyukai