Anda di halaman 1dari 2

NAMA : Hasliza Julaihi

8PISMP Matematik

Jurnal: Understanding our learners and developing reflective practice: Conducting action
research with English language learners
Pengarang: Patience A. Sowa
Sumber: Pangkalan Data Science Direct
Kajian ini membincangkan cara di mana projek kajian tindakan boleh digunakan di
dalam English Language learners (ELLs) sebagaimana menolong para guru untuk
mewujudkan amalan latihan. Berdasarkan tinjauan, projek kajian tindakan yang dijalankan
dengan English Language learners (ELLs) dan refleksi sebagai data, kajian meneroka
pertanyaan guru mengenai kesan dan kerja di dalam kaedah pengajaran dan
kebergantungan terhadap ELLs. Para pelajar menyatakan bahawa mereka membesar
seperti seorang guru, berfikir dan lebih yakin mengenai mengajar di dalam keadaan biasa
dan mengajar ELLs.
Contoh kajian tindakan yang telah dilakukan oleh penulis/penyelidik
Bagaimanakah cara-cara di mana kajian tindakan dapat dilakukan oleh guru terhadap pelajar
bahasa Inggeris di mana ianya akan dapat membina latihan yang berkesan. Para pelajar
merasakan bahawa mereka membesar sebagai seorang guru, di mana mereka lebih
bersikap bertindak balas dan menjadi lebih yakin di dalam proses pembelajaran.
Apa masalah yang dijadikan kajian
Kajian ini ialah mengkaji cara-cara di mana melakukan kajian tindakan yang melibatkan
pengajar bahasa Inggeris di mana mereka membantu graduan ke arah pengajaran yang
melibatkan pelbagai jenis pelajar dan kesan di dalam pengajaran mereka. Kajian tindakan
ialah salah satu daripada bahagian di dalam kajian guru yang dapat memberikan galakan
kepada mereka untuk mempraktikkannya di dalam kelas.
Apakah sampel kajian dan di mana setting kajian
Sampel kajian adalah enam orang graduan yang sedang mengajar bahasa Inggeris yang
tidak memiliki kelayakan atau lesen pengajar bahasa Inggeris. Kajian ini melibatkan
graduan-graduan dan kertas refleksi mereka mengenai pemikiran mereka mengenai
pengajar bahasa Inggeris dan amalan mereka sebagai guru. Kajian ini dilakukan di sekolah
di bandar Midwestern, Amerika Syarikat.

Bagaimana

pengkaji

melakukan

kajian

tindakan

(prosedur)?

Kajian tindakan ini menggunakan kaedah soalan. Soalan-soalan yang ditanyakan adalah:

1. Apakah cara yang digunakan semasa membuat kajian tindakan yang dapat
menolong guru belajar mengenai pengajaran bahasa kepada pelajar yang berlainan?
2. Apakah yang guru belajar mengenai amalan mereka di dalam kertas kerja dan
semasa menjalankan projek kajian tindakan?
Bagaimana pengkaji mengumpul dan menganalisis data kajian?
Kajian ini adalah kajian yang berbentuk kualitatif. Data yang didapati di dalam kajian ini
adalah berdasarkan kepada projek, kajian tindakan, kertas kerja professional dan juga
tinjauan. Terdapat enam soalan jenis soalan jenis terbuka di dalam tinjauan yang dibuat pada
akhir semester.
Bagaimana pengkaji memapar dapatan kajian tindakan?
Projek pelajar, kertas refleksi dan tinjauan telah dianalisis untuk kajian ini. Data-data tersebut
telah dianalisis berdasarkan hubungan dengan soalan-soalan di dalam kajian tindakan ini.
Projek hasil daripada tiga graduan telah diterangkan di dalam kajian ini, tinjauan enam orang
guru telah dianalisis di dalam kajian ini. Dapatan atau hasil daripada kajian ini telah
digabungkan dan menjadi gambaran keseluruhan kajian ini. Sebagai jawapan kepada soalan
kajian yang terhasil daripada analisis tinajuan, projek kajian tindakan dan kertas kerja
professional. Hasil yang di dapati daripada data menunjukkan bahawa pemahaman yang
mendalam di dalam pengajaran bahasa Inggeris, kesan kertas kerja di dalam pengajaran,
refleksi guru dan juga pengiktirafan.

Anda mungkin juga menyukai