Anda di halaman 1dari 2

PERNYATAAN PROFESIONAL

Saya merupakan pelajar PISMP Pendidikan Islam Semester 6 dan akan


menjalani Praktikum Fasa 2 di SK Nawa, Pokok Sena. Pada semester yang lepas,
saya telah menjalani praktikum di SK Alor Mengkudu, Alor Setar. Setelah selesai
menjalani praktikum Fasa 1 dahulu, saya merasa lebih yakin untuk menjalani
praktikum kali ini. Hal ini kerana banyak pengalaman yang telah saya kutip dan
pelajari semasa menjalani Praktikum Fasa 1 dahulu. Jika Praktikum Fasa 1 dahulu
saya hanya mengajar subjek Major iaitu Pendidikan Islam, tetapi untuk Praktikum
Fasa 2 ini pula, saya akan mengajar satu lagi subjek iaitu subjek Minor saya iaitu
Bahasa Arab.
Saya akan menjalani praktikum di SK Nawa selama 8 minggu. Praktikum
bermula pada 13 Julai sehingga 12 September 2014. Ini bermakna, saya akan
menjalani praktikum semasa bulan puasa selama dua minggu dan selepas Hari
Raya Aidil Fitri selama enam minggu lagi. Sedikit sebanyak, situasi ini akan memberi
cabaran kepada saya untuk mengajar murid-murid dalam berpuasa. Namun begitu,
saya sentiasa positif dan menganggap cabaran ini akan menjadikan saya guru lebih
baik pada masa hadapan.
Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini
ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu
memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan dan
Pendidikan Islam di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya
dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru
serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal
sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat
penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul
mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan
pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.
Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan
diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima
oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu
menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik
antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, saya dapat menjalinkan hubungan
profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini
dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan
aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan
prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi
dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Pendidikan Islam dan
Bahasa Arab.

Saya juga mengharapkan segala teori-teori yang telah saya pelajari di dalam
kelas dapat diaplikasikan dalam situasi kelas yang sebenar. Saya yakin dan
percaya, bahawa saya dapat mempraktikkan teori dengan lebih berkesan
berdasarkan pengalaman yang telah saya perolehi semasa menjalani Praktikum
Fasa 1 dahulu.
Akhir kata, saya mengharapkan agar warga SK Nawa dapat menerima
kehadiran saya dengan tangan terbuka dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Amat
besar harapan saya, supaya pengalaman yang saya kutip sepanjang praktikum
nanti, akan menjadikan saya sebagai guru yang akan berbakti kepada agama,
bangsa dan negara saya.

Anda mungkin juga menyukai