Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM SEMINAR MOTIVASI


PELAJAR SK ST.TERESA
TAHUN 2015
TARIKH PELAKSANAAN :
15 MAC 2015
(Sabtu)
BERTEMPAT DI :
Dataran Perpaduan SK St.Teresa
SK ST TERESA KUCHING.

TEMA :
PELAJAR BERKUALITI PELAJAR CEMERLANG

DIKELOLAKAN OLEH:
Unit Bimbingan dan Kaunseling

Dengan Kerjasama:
Panitia Pendidikan Islam
Panitia Bahasa Cina
PROGRAM SEMINAR PEMANTAPAN SAHSIAH DAN MOTIVASI PELAJAR
TAHUN 5 DAN 6 ,SK ST.THERESA 2015
ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.0 PENDAHULUAN
Seminar Motivasi pelajar dilaksanakan atas pandangan dan cadangan beberapa
pihak antaranya pihak pentadbiran SK ST.TERESA yang melihat motivasi diri dalam
kalangan pelajar SK ST.TERESA perlu ditingkatkan atau kata lainnya pelajar perlu
bermotivasi tinggi dan mempunyai sahsiah yang baik untuk menghadapi cabaran
hidup . Program ini dijangka dapat dilaksanakan memandangkan pihak sekolah
amat mengambil perhatian aspek motivasi pelajar dan sahsiah ini.
Impak pelaksanaan Seminar Motivasi ini antaranya adalah aspek peningkatan
motivasi dan memantapkan sahsiah diri pelajar yang merupakan salah satu faktor
yang dikenal pasti membantu dalam kecemerlangan pelajar SK ST.Teresa selain
daripada faktor keberkesanan P&P di bilik darjah, faktor iklim sekolah dan lain-lain
program. Kata lainnya, pelajar yang bermotivasi dan sahsiah yang baik akan
berpotensi menjadi pelajar yang berkualiti yang seterusnya berupaya mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi samada dalam
Kurikulum mahupun KoKurikulum.
Sehubungan itu, program Seminar Motivasi ini wajar dilaksanakan bagi memberi
input yang berguna kepada pelajar SK ST.Teresa dalam menghadapi cabaran hidup.
Dalam Seminar Motivasi ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai tips dan
panduan yang merangkumi pelbagai elemen seperti motivasi, disiplin, akhlak, nilai
murni.
MATLAMAT

Melahirkan pelajar SK ST.Teresa yang berkualiti dan berwawasan serta


bersahsiah tinggi.

2.0 OBJEKTIF

Memberi motivasi dan dorongan kepada pelajar

Meningkatkan kesedaran diri yang positif dalam diri para pelajar

Melatih pelajar supaya berfikiran secara positif iaitu Aku Boleh!

Meningkatkan sahsiah diri pelajar mencapai kecemerlangan.

3.0 TEMA
Pelajar Berkualiti Pelajar Cemerlang
4.0 SASARAN
Pelajar Tahun 5 dan 6

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN


15 Mac 2015
6.0 BELANJAWAN PROGRAM

PENDAPATAN
PCG SEKOLAH RM 930

PERBELANJAAN
Pengangkutan

RM150 X 3= RM 450

Cenderahati Penceramah RM 80

= RM 80

Bayaran Penceramah

RM 300

= RM 300

Bahan Program

RM 100

= RM 100

TOTAL

RM 930

7.0 SENARAI PERALATAN SEKOLAH YANG AKAN DIGUNA SEPANJANG


SEMINAR MOTIVASI
NAMA ALAT
P.A. SISTEM
MICROPHONE

KUANTITI
1 SET
2

TINDAKAN
Pn. NORASMAWATI AWAN
Pn. ROSHASLIZA CHE RUSLI

8.0 PENUTUP
Diharap program yang dirancang ini akan dapat mencapai objektif yang
disasarkan dan impaknya akan membantu SMK St. Theresa supaya dapat
menunjukan sahsiah diri yang tinggi di masa hadapan .
Disediakan oleh :

(
)
Guru Bimbingan dan kaunseling
SK ST.TERESA
Disahkan oleh :

(
)
Guru Besar SMK ST.THERESA

Disemak oleh:

(
)
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SK ST.TERESA

JAWATANKUASA INDUK
PENGERUSI
Guru Besar
TIMBALAN PENGERUSI
Penolong Kanan Hal Ewal Murid
NAIB PENGERUSI
PK.Pentadbiran
PENYELARAS
Guru Bimbingan dan Kaunseling
SETIAUSAHA
Guru Bimbingan dan Kaunseling
PENOLONG SETIAUSAHA
Guru Bimbingan dan Kaunseling
JAWATANKUASA PELAKSANA
Ajk Makanan
Guru Kelas Tahun 5
Ajk Persiapan Majlis
Guru Tahun 6

JADUAL PROGRAM
11. 10pg
11.30pg
11.45
1.00ptg

: Berkumpul di Dataran Perpaduan


: Kedatangan Penceramah Jemputan
: Sesi Bermula
: Tamat dan pelajar bersurai