Anda di halaman 1dari 1

4.

KESIMPULAN

Pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah selaras


dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia.
Ict membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke 21 di negara ini
lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa. ICT
membolehkan pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara ini
menjadi lebih kompetitif dan dapat bersaing di peringkat antarabangsa.
Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan status
pendidikannya di peringkat global.

Peranan istitusi pendidikan bagi meningkatkan kadar celik komputer


yang melibatkan pengetahuan dan kemahiran komputer ke arah melahirkan
masyarakat siber bergantung pada profesion keguruan. Kaedah pengajaran
tradisional chalk and talk perlu diubah untuk disesuaikan dengan kaedah
mengajar menggunakan peralatan ICT seperti menggunakan projektor LCD,
komputer dan persembahan PowerPoint. ICT menyediakan peluang kepada
golongan guru sekolah dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merujuk kepada
kebolehan guru mengintegrasikan aspek pedagogi, psikologi dan teknologi
dalam pengajarannya serta kemampuan pelajar mengakses dan belajar dari
bahan yang disediakan.