Anda di halaman 1dari 1

KESIMPULAN

Kajian ini menunjukkan bahawa kumpulan murid yang mengikuti proses pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri penemuan telah mencapai min pencapaian yang
lebih tinggi dan signifikan berbanding dengan murid-murid yang mengikuti proses pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa pengajaran dengan kaedah inkuiri penemuan memberikan kesan yang
positif dalam skor pencapaian murid. Ia juga mewujudkan suasana kelas yang aktif.
Murid-murid bergiat aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Secara langsung ia
meningkatkan motivasi murid untuk mempelajari Sains. Murid-murid juga memberikan
kerjasama yang sepenuhnya kepada guru dan juga rakan-rakan yang lain semasa melibatkan diri
dalam aktiviti pembelajaran. Murid-murid suka untuk meneroka dengan sendiri soalan-soalan
yang mencabar minda mereka dan ini mengukuhkan lagi pemahaman mereka.
Kaedah pengajaran secara inkuri penemuan berpusatkan murid memberikan kebebasan
kepada murid-murid untuk mendapatkan ilmu dengan menggunakan deria mereka sendiri. Dalam
proses pengajaran kaedah inkuiri penemuan guru bertindak sebagai fasilitator dan juga pencabar
minda murid dengan soalan-soalan pemikiran aras tinggi. Pengajaran secara inkuiri penemuan
menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan kerana murid sendiri terlibat
secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Ia menghasilkan proses
pembelajaran yang berkesan di kalangan murid.
Kaedah inkuiri penemuan telah memberikan kesan yang positif dalam tingkah laku dan
perkembagan kendiri. Murid-murid berasa seronok dan dapat menghayati ilmu yang diajar oleh
guru. Ini dapat meningkatkan kemahiran kognitif dan manipulasi murid serta melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh guru dengan aktif. Secara langsung ia
meningkatkan pencapaian murid dalam matapelajaran sains.
Kaedah inkuiri penemuan sangat berkesan berbanding kaedah tradisional yang merupakan
pengajaran berpusatkan guru di mana guru bertindak sebagai penyampai dan murid bertindak
sebagai pendengar tanpa melibatkan sebarang penglibatan murid dalam proses pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai