Hati yang keras mempunyai tanda-tandanya yang boleh dikenali diantaranya :
1- Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan.
Terlalu malas untuk melakukan ibadah dan memandang ringan. Misalnya tidak serius melakukan solat,terasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunat yang lain.
2- Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran.
Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali tidak mahu khusyuk dan tawaduk dan lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkan al-Quran
3- Berlebih-lebihan dalam mencintai dunia dan melupakan akhirat.
Segala tumpuan fikiran dan hatinya semata-mata hanya untuk dunia tanpa memikirkan bekalan untuk kehidupan semata-mata. Urusan sesama manusia hanya semata-mata untuk keuntungan atau mengumpulkan kekayaan dunia semata-mata yang mana menjadikan seseorang itu menjadi ego,dengki, dan individualistik, bakhil serta tamak terhadap kekayaan dunia yang hanya sementara ini.
4- Kurang mengagungkan Allah berbanding mengagungkan makhluk.
Sehingga hilang rasa cemburu dalam hati dalam mengejar rahmat Allah dan imannya. Sehingga hilang kemanisan iman , tidak marah ketika larangan Allah diperlecehkan serta tidak mengamalkan amal makruf serta tidak memperdulikan terhadap segala kemaksiatan dan dosa. 5- Tidak belajar dengan Ayat Kauniah. Tidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran seperti kematian,sakit,bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai