Anda di halaman 1dari 35

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG TERATUR DAN BERKESAN

SERTA BAHAN SOKONGAN KONKRIT YANG BAIK DAPAT MEMBANTU


PELAJAR MENINGKATKAN TAHAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI
KALANGAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Rancangan pengajaran merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan
pembelajaran untuk dilaksanakan guru di dalam bilik darjah atau makmal, dalam satu
jangka waktu yang telah ditetapkan. Tujuan utama guru menyediakan rancangan
pengajaran adalah untuk menjamin murid mencapai objektif pengajaran secara
berkesan, di samping meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar. Sebelum
mengajar, guru perlu merancang pengajarannya dengan berdasarkan kepada
Sukatan Pelajaran serta latar belakang murid. Justeru, semasa merancang sesuatu
pengajaran, guru perlu membuat keputusan mengenai keperluan, matlamat dan
objektif (yang perlu dicapai dan dikuasai murid), serta motivasi dan strategi
pengajaran yang sesuai bagi mencapai objektif. Ringkasnya, sesuatu persediaan
pengajaran perlu mengandungi dua jenis maklumat: Pertama, mengenai murid dan
perkara yang akan diajar; dan kedua, catatan mengenai langkah-langkah dan aktiviti
guru-murid dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan pengaran harian yang berkesan perlu dirancang dan disediakan dengan
lengkap. Persediaan mengajar yang disediakan dengan jelas, teliti, lengkap dan
teratur dapat membantu pelajar meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran
terutamanya di kalangan murid bermasalah pembelajaran.

Melalui persediaan mengajar yang lengkap dan teratur membolehkan guru :


1. Menentukan objektif pelajaran yang sesuai dan tidak terkeluar dari apa yang
dirancang
2. Memahami dan menentukan isi pelajaran yang cukup disampaikan dalam
jangka masa yang diperuntukkan

3. Menentukan strategi pengajaran yang sesuai dengan peringkat, kebolehan


dan minat pelajar
4. Menentukan dan menyediakan bahan bantu mengajar yang diperlukan
5. Merancang aktiviti pelajar yang sesuai
6. Mengawal bilik darjah dengan baik
7. Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid
8. Guru lebih berkeyakinan semasa menghadapi murid
9. Mengingati bahan pengajaran yang akan disampaikan
10. Menjimatkan masa kerana segala pengajaran dan aktiviti dapat dijalankan
dengan teratur
11. Memilih jenis soalan yang sesuai serta mencabar untuk dikemukakan semasa
pengajaran
12. Memikirkan cara untuk memotivasikan murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
13. Merancang bagaimana nilai murni dapat diterapkan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran

Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian merangkumi item-item yang perlu


dinyatakan dengan jelas dan mudah dilaksanakan. Antara item yang perlu ada ialah
Sebagaimana contoh berikut:
Format Persediaan Mengajar / Rancangan Pengajaran Harian

Tahun (Kelas) :
Tarikh :
Masa :
Mata Pelajaran :
Tajuk / Topik :
Objektif :
Hasil Pembelajaran :

Pengetahuan Sedia Ada :


Alat Bantu Mengajar :
Pemikiran Kreatif & Kritis :
Nilai Murni :
Pelaksanaan P & P
Penyampaian Isi Pelajaran
/ masa
Set Induksi
( 5 minit )
Langkah 1
(

minit )

Langkah 2
(

minit )

Langkah 3
(

minit )

Penilaian
(

minit )

Penutup
(

minit )

Refleksi :

Aktiviti Pengajaran &


Pembelajaran

Catatan

PENENTUAN OBJEKTIF
Objektif pelajaran bagi sesuatu tajuk merupakan kenyataan yang guru harapkan dan
dapat ditunjukkan oleh pelajar pada tingkahlakunya.

Kegunaan Objektif
Kegunaan objektif pelajaran yang ditulis dalam bentuk objektif tingkahlaku atau
objektif
perlakuan adalah banyak. Antaranya :
i.

Menitikberatkan tingkahlaku dan pencapaian pelajar dan tidak berpusatkan


guru, oleh itu guru perlu lebih peka pada keperluan dan kebolehan pelajar

ii.

Memberi arah tuju kepada guru di samping dapat membantu menilai


kemajuan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran

iii.

Sebagai panduan kepada guru untuk perancang dan memilih bahan


pengajaran yang sesuai dan relevan

iv.

Membantu guru dalam merancang, memilih dan menentukan strategi


pengajaran

v.

Memberi gambaran yang jelas kepada pelajar, guru, pihak pentadbir dan
penyelia apa yang harus pelajar capai di akhir sesuatu pelajaran

vi.

Memberi bayangan kepada pelajar tentang bentuk penilaian yang akan diberi

vii. Membantu pelajar untuk membuat penilaian kemajuan kendiri


viii. Membantu guru dalam menyusun atur aktiviti susulan
Penulisan Objektif
Objektif perlakuan yang ditulis perlu mempunyai 3 komponen iaitu :
i. Perlakuan
Menyatakan, apakah yang pelajar akan buat atau lakukan bila mereka menunjukkan
perlakuan objektif. Adalah penting bagi guru menyatakan jenis perlakuan yang
diterima
sebagai bukti pelajar tersebut telah menguasai sesuatu objektif. Sebagai contoh

perkataan yang digunakan untuk membuat objektif tingkahlaku ialah seperti memilih,
merekabentuk, mengenal pasti, menyenaraikan, menyusun dan lain-lain
ii. Syarat
Keadaan dimana perlakuan itu akan dilakukan, ia boleh terdiri daripada peralatan,
bekalan, atau bahan yang diberikan kepada pelajar untuk melakukan sesuatu
perlakuan.
Sebagai contoh dengan membaca petikan yang diberi.
iii. Kriteria
Menerangkan paras penguasaan atau kecekapan yang mesti dicapai dalam
melakukan
perlakuan objektif yang dapat memberikan gambaran bagaimana cara untuk menilai
perlakuan pelajar. Contoh, dapat memotong kayu dalam masa 10 minit, dengan
90%
jawapan betul ,dengan tepat .
Contoh objektif perlakuan :
Di akhir pelajaran, pelajar dapat menjawab 5 dari 6 operasi tambah yang melibatkan
nombor kurang dari 10.

Rumusan penulisan objektif


Objektif perlakuan mestilah ditulis untuk pelajar
Objektif perlu ditulis dengan ringkas, padat, jelas, jitu dan eksplisit
Objektif mestilah sesuai dengan peringkat dan kebolehan pelajar
Objektif perlu ditulis degan menggunakan perkataan oerbuatan yang boleh
dilakukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perkataan-perkataan
perlakuan itu tidak mempunyai banyak makna dan boleh dinilai atau diukur
Tidak hanya mengkhususkan pada domain kognitif sahaja, tetapi juga melibatkan
domain afektif dan psikomotor.

MENENTUKAN ISI PELAJARAN


Isi pelajaran yang perlu dinyatakan dalan Persediaan Mengajar adalah seperti yang
dinyatakan mengikut topik-topik tertentu dalam sukatan pelajaran . Walau
bagaimanapun , pemeringkatan isi pelajaran perlulah mengikut kebolehan pelajar
dan
prinsip-prinsip pembelajaran. Sebagai contoh pemeringkatan isi pelajaran disusun
seperti berikut :
Dari konsep yang mudah kepada yang kompleks
Dari senang kepada yang mudah
Dari yang konkrit kepada yang abstrak
Dari konsep sudah ada dalam pengetahuan sedia ada kepada yang belum tahu
Relevan dengan objektif yang telah ditentukan
Mengikut urutan , teratur, mengikut perkembangan semasa dan
Dapat menggalakan penglibatan pelajar secara aktif untuk berfikir secara kritis,
analitis dan kreatif
PEMILIHAN SUMBER
Bahan yang digunakan hendaklah sesuai dengan objektif pelajaran, tahap dan
kebolehan pelajar. Menggunakan bahan yang tekini dan sesuai dengan keadaan
setempat, mempelbagaikan penggunaan bahan ( dari gambar pegun kepada
penggunaan media elektronik), bahan yang digunakan perlulah cantik , berwarna,
menggunakan saiz font yang sesuai dan dapat menarik perhatian pelajar.
PENENTUAN STRATEGI PENYAMPAIAN
Guru disarankan untuk mempelbagikan penggunaan strategi pengajaran. Walau
bagaimanapun, penggunaan strategi berpusatkan pelajar adalah lebih baik
digunakan. Ini adalah untuk memastikan pelajar memperolehi hasil yang maksimum.
Perancangan penentuan strategi akan menggabungjalinkan isi kandungan sukatan
pelajaran dengan strategi yang akan digunakan untuk menyampaikan isi tersebut. Isi

pelajaran boleh dipindahkan secara terus daripada guru kepada pelajar dengan
pelbagai cara seperti berkuliah, menunjuk cara, bersoal jawab dan latih tubi. Ataupun
isi pelajaran dapat dipindahkan secara tidak langsung dengan menggunakan cara
pembelajaran melalui aktiviti kumpulan, simulasi, main peranan, sumbang saran,
inkuiri dan penemuan serta lakonan.
Pemilihan strategi pengajaran dan pembelajaran yang mencakupi kaedah dan teknik
yang sesuai akan memastikan keberkesanan atau peningkatan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Penentuan kepada strategi yang
melibatkan dan yang menambah kemahiran berfikir kepada pelajar perlu ditekankan.
Di samping itu penggabungjalinan kemahiran-kemahiran 3 M ( membaca, menulis
dan mengira) perlu juga di ambil kira.

Berdasarkan kepada kepentingan dan keperluan perancangan pelajaran adalah jelas


menunjukkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian yang teratur dan
berkesan akan dapat membantu meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran
pelajar terutamanya murid bermasalah pembelajaran.

BAHAN SOKONGAN KONKRIT


Bahan sokongan konkrit adalah merupakan antara jenis bahan bantu mengajar.
Bahan sokongan konkrit atau juga disebut bahan maujud banyak digunakan sebagai
bahan bantu mengajar terutama dalam kelas pemulihan matematik. Ini kerana bahan
konkrit dapat dilihat dan dipegang oleh murid dengan tangan mereka sendiri. Oleh
itu, semua deria dapat mereka gunakan termasuklah mata, telinga, hidung dan
tangan. Ini menggalakkan perkembangan psikomotor mereka. Contohnya lidi, batu
kecil dan jari boleh digunakan bagi membantu mereka mengira dan membuat empat
operasi asas. Manakala, model-model dua matra dan tiga matra boleh digunakan
untuk mengajar tajuk bentuk-bentuk geometri.

Bahan sokongan konkrit amat penting dalam membantu pelajar dalam proses
pembelajaran kerana bahan sokongan ini dapat menyediakan satu asas kuat untuk
pelajar memahami sesuatu konsep. Ini akan dapat membantu pelajar mendapatkan

hasil pembelajaran yang lebih kekal. Bahan sokongan konkrit ini juga dapat menjadi
daya penarik kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran
mereka. Di samping itu bahan sokongan konkrit dapat menyediakan pengalamanpengalama yang tidak diperolehi melalui bahan-bahan lain dan menjadikan
pembelajaran lebih mendalam dan beragam.
Dalam menyediakan bahan sokongan konkrit, beberapa perkara perlu diambil
perhatian oleh guru :
i.

Guru harus peka tentang menyediakan jenis-jenis alatan yang sesuai


dengan isi kandungan pelajaran yang hendak disampaikan kepada pelajar.

ii.

Guru mesti arif dan tahu untuk mengendalikan bahan atau alat tersebut
agar pengajaran dan pembelajaran tidak membuang masa dan sia-sia.

iii.

Bahan atau alatan harus sentiasa berada dalam keadaan baik, boleh
beroperasi dan menepati fungsinya serta cekap mempersuaikan keperluan
murid dan masa yang diperuntukan.

Berdasarkan perbincangan ringkas di atas jelas membuktikan bahawa penggunaan


bahan konkrit adalah penting kerana penggunaannya bukan sahaja pembelajaran
menjadi menarik, malah pemahaman konsep matematik pelajar dapat di
perkembangkan lagi, kerana pelajar yang belajar dan berintraksi dengan objek akan
lebih memahami apa yang dipelajari dan pelajar-pelajar akan membina konsep dan
penyelesaian terhadap masalah yang diberi. Juga dapat menjimatkan masa guru
mengajar serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar.

ASAS PEMBINAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pengajaran guru menepati kehendak Sukatan Pelajaran

IMPLIKASI
Menentukan Hasil Pembelajaran (isi kandungan dan aras) menepati kehendak
Sukatan pelajaran bagi topik berkenaan.
Menentukan isi kandungan yang yang tepat dan sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan berkesan.
IMPLIKASI
Menentukan pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan adalah sesuai dan
berkesan.
Pilih aktiviti/ pengalaman pembelajaran yang sesuai.
Tentukan peranan guru bagi setiap langkah pengajaran.
Tentukan penggunaan sumber P&P (media dan material) yang sesuai.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Penggunaan prosedur pentaksiran yang sesuai untuk mengesan dan mengukur
pencapaian objektif pengajaran.
IMPLIKASI
Tentukan prosedur pentaksiran yang sesuai.
Gunakan pentaksiran yang bersifat performance-based.
Ambil tindakan susulan berdasarkan maklum balas pentaksiran.

OBJEKTIF RPH
OBJEKTIF
Mempastikan penggunaan masa pengajaran secara optimum.

IMPLIKASI
Rancangkan penggunaan masa pengajaran.
Pastikan guru dan murid on-task.
Pantau penglibatan murid secara berterusan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

ANALISIS SUKATAN PELAJARAN


Menentukan Hasil Pembelajaran.
Menentukan skop isi kandungan.
Menentukan aras Hasil Pembelajaran

ANALISIS MAKLUMAT MURID


Maklumat umum murid.
Pengetahuan dan kemahiran sedia ada.
Minat dan kecenderungan.
Gaya pembelajaran.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH


MENENTUKAN OBJEKTIF PENGAJARAN
Menentukan Hasil Pembelajaran, situasi murid mempamerkan Hasil Pembelajaran
dan tahap masteri.
Dinyatakan secara eksplisit dalam bentuk perlakuan yang zahir.
Dinyatakan dengan jelas dan spesifik.

MEMILIH MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH


Langkah menghubungkan murid dengan objektif pengajaran.
Asas pemilihan: keperluan pembelajaran murid, sesuai dengan situasi pembelajaran
dan objektif pengajaran, berupaya merangsang minat murid dan menyediakan
peluang penglibatan murid.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN PENGGUNAAN MEDIA, MATERIAL DAN KAEDAH


Menentukan bagaimana menggunakan media dan bahan bagi mencapai objektif
pengajaran.
Tentukan media dan bahan berada dalam keadaan yang berfungsi.
Sediakan pengalaman pembelajaran yang sesuai dan berkesan.

LANGKAH PENYEDIAAN RPH

MENENTUKAN AKTIVITI DAN BENTUK PENGLIBATAN MURID


Tentukan apa aktiviti pembelajaran dan bentuk penglibatan murid.
Sediakan peluang murid memanipulasi maklumat untuk mengamalkan kemahiran
yang dipelajari.
Tentukan bentuk peranan guru sebagai fasilitator.
MENENTUKAN PROSEDUR PENTAKSIRAN PENCAPAIAN OBHEKTIF
Tentukan bagaimana guru mentaksir pencapaian objektif pengajaran.
Nilai keberkesanan penggunaan media, material dan peranan guru sebagai
fasilitator.

ELEMEN UTAMA RPH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


PENGETAHUAN SEDIA ADA
ISI KANDUNGAN PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
PENERAPAN NILAI
PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF
PENUTUP
ULASAN KENDIRI GURU PELATIH

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN

Analisis dapatan kajian Jabatan Ilmu Pendidikan MPTI:


Tidak menunjukkan ketekalan dalam penggunaan kata kerja t.laku eksplisit.
Tidak menunjukkan situasi yang membolehkan sesuatu tingkah laku itu tercapai.
Tidak menyatakan dengan jelas tahap pencapaian minimum yang dikehendaki.
Pemilihan objektif yang tidak selaras dengan tajuk pelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


Analisis dapatan kajian Institut Perguruan Miri.
Objektif pengajaran tidak selaras dengan Hasil Pembelajaran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENENTUKAN HASIL PEMBELAJARAN (LEARNING OUTCOMES)

Merupakan produk pembelajaran yang perlu dipamerkan murid sebagai bukti


penguasaan tajuk yang diajar.
Dituliskan menggunakan kata kerja yang menjelaskan produk pembelajaran.
Menjadi panduan dalam memilih dan menentukan prosedur pengajaran dan
pentaksiran.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU
Perlu dinyatakan dalam keadaan situasi pembelajaran yang jelas atau memerlukan
situasi yang spesifik.
Pilih situasi yang realistik.
Membantu menjadikan proses P&P lebih jelas, berfokus dan respons murid lebih
berstruktur.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENGENAL PASTI SITUASI SPESIFIK PEMBELAJARAN AKAN BERLAKU.

CARA MENULIS OBJEKTIF PENGAJARAN


MENENTUKAN TAHAP KRITERIA
Merujuk kepada tahap prestasi pembelajaran yang memenuhi keperkuan objektif
pengajaran.
Bersifat pertimbangan profesional.
Merupakan cut-off points pembelajaran.
Selaras dengan Hasil pembelajaran.

PENENTUAN OBJEKTIF PENGAJARAN


Abtar (1993) menyenaraikan lima komponen penting dalam penulisan hasil
pembelajaran. Ringkasnya ABCDS.

A = Audience
B = Behaviour
C = Content
D = Degree of Achievement
S = Situation

OBJKETIF PENGAJARAN

AUDIENCE
BEHAVIOR
CONTENT
DEGREE
SITUATION

PENGETAHUAN SEDIA ADA


Pengetahuan / kemahiran asas yang membantu pelajar dalam pembelajaran baru.
Pengetahuan / kemahiran asas yang menjadi prasyarat kepada pembelajaran baru.
ISI KANDUNGAN
PENGETAHUAN
Kandungan maklumat yang perlu diperolehi dan difahami oleh pelajar
KEMAHIRAN
Perlakuan yang perlu dikuasai oleh pelajar berkenaan kandungan pengetahuan yang
dipelajari.

CONTOH
TAJUK: RESPIRASI
PENGETAHUAN

Organ-organ dalam sistem respirasi.


Mekanisme respirasi.
Peranan darah dalam respirasi.
Proses respirasi sel.
Kesan merokok ke atas sistem respirasi.

KEMAHIRAN
Menjelaskan mekanisme pernafasan, proses pengangkutan oksigen dan karbon
dioksida oleh darah,proses pengoksidan makanan dalam sel badan.
STRATEGI PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Aktiviti yang dilakukan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dan aktiviti /
pengalaman pembelajaran yang disediakan untuk membolehkan pelajar menguasai
apa yang diajar.

Pendekatan, Kaedah dan Teknik.


Aktiviti pengajaran pembelajaran.
Aktiviti pengayaan.
Aktiviti pengukuhan.
Aktiviti pemulihan.
Aktiviti kemahiran berfikir.
Aktiviti penilaian
Peranan guru sebagai fasilitator.

PRESENTING INFORMATION
EVENTS OF INSTRUCTION
Gain attention

Pre-requisite knowledge
Present objectives
Present content
Provide learning guidance
Elicit performance
Provide feedback
Evaluate
Enhance retention

INSTRUCTIONAL STRATEGIES
Lead-in
Build-up
Advance Organizer
Prepare & Preview
Explanation
Examples
Simulations
Analogies
Scenarios
Evidence
Exercises, self-test, quizzes
Summary

PENERAPAN NILAI
Penerapan nilai murni melalui isi kandungan.
Penerapan nilai murni melalui aktiviti.

Penerapan nilai kenegaraan.


Penerapan nilai dan sikap saintifik.

PENILAIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF


Prosedur pengumpulan maklumat mengenai pembelajaran pelajar.
Menentukan pencapaian objektif pelajaran.
PENUTUP
Penutup kognitif merumuskan kandungan utama pelajaran.
Penutup sosial memupuk perkembangan afektif pelajar.

BENGKEL 1

Pilih satu tajuk dalam Sukatan Pelajaran mata pelajaran sekolah dan tuliskan objektif
pengajaran bagi tajuk berkenaan. Rujuk HSP bagi membantu anda menulis objektif
pengajaran yang tepat.
BENGKEL 2

Dengan merujuk kepada salah satu RPH yang dibekalkan, nilai kekuatan dan
kelemahan elemen-elemen perancangan pengajaran yang terkandung dalam RPH
berkenaan.

PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR


Penglibatan dalam proses berfikir secara aktif.
Refleksi dan metakognitif.
Latihan pengukuhan.
Aplikasi kemahiran berfikir.

PERTIMBANGAN
PENYEBATIAN KEMAHIRAN BERFIKIR
Pilih kemahiran berfikir yang berkaitan dengan pembelajaran tajuk yang diajar.
Melibatkan pelajar secara aktif dalam proses berfikir bagi kemahiran berfikir yang
ditentukan.
Kemahiran berfikir yang dipilih dapat membantu menghasilkan pembelajaran yang
bermakna dan berkesan.
Pilih satu / dua kemahiran berfikir dalam sesuatu pelajaran mengikut objektif
pelajaran.

KATEGORI
KEMAHIRAN BERFIKIR
PEMIKIRAN KRITIS
Mencirikan
Banding beza
Kategori
Membuat urutan
Menyusun mengikut keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Memeriksa andaian
Menentukan kebolehpercayaan sumber
Membuat ramalan
Meneliti bahagian kecil dan keseluruhan

PEMIKIRAN KREATIF
Menjana idea
Membuat inferens
Membuat analogi
Membuat metafora
Mengitlak
Membuat gambaran mental
Mereka cipta
METAKOGNITIF

Konsep: Pemikiran ke atas pemikiran.


Operasi:
Merancang mengenal pasti strategi berfikir dan kemahiran berfikir dan merancang
pelaksanaannya dengan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Memantau mengesan kemajuan perancangan dan pelaksanaan proses berfikir
serta membuat pengubahsuaian secara sedar.
Menilai mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses berfikir
yang dilalui.

Tujuan:
Menyedari cara kita berfikir, mencari pelbagai alternatif penyelesaian masalah, dan
cara melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual.
CONTOH
SOALAN METAKOGNITIF
Apakah langkah yang anda fikirkan untuk mencari persamaan dan perbezaan antara
daun A dan daun B?
Bagaimanakh anda membezakan daun A dan daun B?

Mengapakah anda menggunakan kaedah itu?


Adakah anda berpuas hati dengan keputusan yang anda dapat?
SOALAN KOGNITIF
Senaraikan ciri persamaan dan perbezaan antara daun A dan daun B.
Bandingkan corak umum urat daun A dan daun B.
Daun manakah yang lebih:
- lebar
- panjang

Kepentingan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)


Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk mengajar.
Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang
hendak diajar.
Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran.
Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
Mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan
sesuatu isi pelajaran.

Definisi Rancangan Pengajaran Harian


Rancangan pengajaran ialah rangka kerja aktiviti pengajaran pembelajaran untuk
dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah dalam satu jangka waktu yang telah
ditetapkan.

Tujuan?

Menjamin pencapaian objektif.


Meningkatkan keyakinan guru untuk mengajar.

Tindakan Semasa Merancang Rancangan Pengajaran Harian


Guru pelatih mesti memberi perhatian kepada perkara-perkara berikut:

1. Penulisan hasil pembelajaran/objektif:


-eksplisit
-tepat
-jelas
-sesuai dengan kebolehan murid
-sesuai dengan sukatan pelajaran

2. Cara Menulis Objektif Pengajaran Dalam Rancangan Pengajaran Harian RPH:

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan kepada 3 kriteria:


Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur
Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku
Hasil yang akan murid peroleh/ pencapaian minima.

Contoh 1 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Membaca dengan kuat 1 petikan Menunggu Kelahiran dengan sebutan dan intonasi
yang betul secara individu.

A Audiens

B Behaviour

- murid

- membaca dengan kuat

C Content

- petikan teks Menunggu Kelahiran

D Degree

- 1 petikandengan sebutan dan intonasi yang betul

S Sosial

- individu

Contoh 2:

Pada akhir pelajaran murid dapat:

2. Menyatakan secara lisan 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat


daripada petikan teks berdasarkan kad tugasan
dengan betul secara individu, kumpulan dan kelas.

A Audiens

B Behaviour

- murid

- menyatakan

C Content

- petikan teks Menunggu Kelahiran

D Degree

- 3 isi tersurat dan 3 isi tersirat berdasarkan kad tugasan dengan

betul.

S Sosial

- secara individu, kumpulan dan kelas.

Contoh 3 :

Pada akhir pelajaran murid dapat:

3. Membina 4 ayat mudah secara bertulis dengan


menggunakan peribahasa yang disediakan secara
individu.

A Audiens

B Behaviour

- murid

- membina ayat secara bertulis

C Content

- peribahasa yang disediakan

D Degree

- 4 ayat mudah

S Sosial

- secara individu.

Tindakan Semasa Pelaksanaan Pengajaran Pembelajaran


1. Permulaan pengajaran
- menarik perhatian murid terhadap perkara
yang hendak diajar.
- menimbulkan minat murid
- menggalakkan pernyertaan murid
- mengaitkan dengan PSA
- memberitahu apa yang akan diajar.

2. Perkembangan Pengajaran
- penyampaian isi pelajaran mestilah teratur
- kadar kelajuan sesuai dengan tahap murid
- mempelbagaikan aktiviti mengikut
kebolehan murid
- menepati hasil pembelajaran

3. Pengurusan bilik darjah


- mewujudkan persekiran pembelajaran yang
kondusif
- kawalan disiplin / arahan-arahan perlu jelas

4. Komunikasi
- lantang
- kuat
- jelas

- nada dan intonasi pelbagai


- suara menarik
- peka dengan bahasa murid
- bahasa standard

5. Kualiti Pembelajaran
- penglibatan murid aktif
- penglibatan menyeluruh
- ada menunjukkan perubahan tingkah laku
- menunjukkan murid faham apa yang diajar
- murid reponsif terhadap pelajaran
6. Penutup
- penutup kognitif( menarik perhatian
murid kepada apa yang telah dipelajari,
membuat peneguhan)
- penutup sosial - membina rasa pencapaian
- rasa menguasai pembelajaran.

7. Pencapaian Hasil Pembelajaran


- pastikan semua hasil pembelajaran tercapai melalui aktiviti pp yang
dilaksanakan.

8.

Aplikasi nilai
- diterapkan dengan baik
- berkesan
- mengikut kesesuaian masa

Perkataan-perkataan eksplisit yang sesuai digunakan mengikut aras (objektif RPH)


Pengetahuan:
Menamakan
Menerangkan
Mentakrif
Menjelaskan
Merakamkan
Menyenaraikan

Kefahaman:
Menterjemahkan
Menyebut semula
Melukis
Mentafsir
Membincangkan
Menyatakan
Melaporkan

Aplikasi:
Mentafsir
Menggunakan
Mendemontrasi
Melukis
Menggambarkan

Melakar

Analisis:
Membezakan
Mengira
Mencerakinkan
Menganalisis
Menguji
Membandingkan
Menyesuaikan

Sintesis:
Merancang
Membentuk
Mengubah
Menyusun
Membuat laporan
Membentuk

Penilaian:
Membanding
Memilih
Menganggar
Menilai

Rancangan Pengajaran Harian atau ringkasnya RPH digunakan sebagai rangka


kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru-guru di
sekolah. Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen rasmi penting
kepada seorang guru profesional yang perlu disediakan sebelum sesuatu pengajaran
dilaksanakan. Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang rancangan
pengajaran yang akan dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan sesuatu
pengajaran yang disampaikan oleh guru di dalam kelas bergantung sepenuhnya
kepada kebijaksanaan guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum
memulakan sesi pengajaran. Sebagai seorang guru profesional , kemahiran
merancang dan menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan sesuai
dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah. Apabila seseorang guru dapat
membina Rancangan Pengajaran Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat
menguasai isii kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim bilik
darjah yang akan dihadapinya.

KEPENTINGAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)


1. Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan teliti agar menepati
sukatan/standard pengajaran yang ditetapkan.
2. Menggunakan masa pengajaran secara optimum.
3. Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai hasil pembelajaran
, meningkatkan kemahiran yang dikehendakki, menerap nilai-nilai murni dan proses
penilaian yang terancang.
4. Persediaan mengajar juga dapat membantu guru mengingati isi pelajaran yang
hendak disampaikan tanpa sebarang keraguan
5. Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan
sesuai dengan tahap kemahiran murid.
6. Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar, tersusun dan
sistematik
7. Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya membuat persediaan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah.

8. Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran berlangsung.


9. Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas pengajaran
dengan mudah dan berkesan.
10. Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah dapat dilaksanakan
melalui Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan secara eksplisit oleh guru
mata pelajaran .

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.

4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan
sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan
Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus
dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh
pihak yang diberi kuasa.

Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999

Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal yang berikut :

1.Skop kemahiran bagi setahun


2.Senarai kemahiran-kemahiran
3.Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
4.Rujukan sukatan pelajaran.

Persoalannya mengapakah Rancangan Pengajaran Tahuanan/Semester ini amat


penting bagi seseorang pelaksana kurikulum? Mengapakah dokumen ini amat
dititkberatkan oleh kementerian? Menjawab persoalan ini ialah :
Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam
melaksanakan sesuatu pengajaran.
Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam
sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk
memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan
kebolehan murid-murid.
Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti
menggambil alih tugas guru yang sebelumnya tanpa teraba-teraba untuk
meneruskan pengajaran.
Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga
berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan
peperiksaan.
Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru
untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih
mudah

1.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN


Defenisi Rancangan Pelajaran Harian

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan


yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana
hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai
Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa
waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci
yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan
guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :
Kumpulan sasaran (Kelas)
Tarikh dan masa
Mata pelajaran
Tema/Tajuk
Bidang pembelajaran
Tujuan
Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
Konsep utama
Bahan, pealatan dan bahan sumber.

Langkah keselamatan/berjaga-jaga
Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Penaksiran dan penilaian pembelajaran.

Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :1.

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.

2.

Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.

3.

Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang

hendak diajarkan.
4.

Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang

diperuntukkan.
5.

Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran

yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan,
kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
6.

Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih

tersusun dan bersistem.


7.

Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.

8.

Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.

9.

Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.

10. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk
menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.


1.4.1 Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.

Semasa merancang, anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan


pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah
bertujuan memastikan agar murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang
dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu
fleksibel dab boleh diubah mengikut keperluan.

Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang berikut :

Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran


Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.

Penulisan hasil pembelajaran/objektif


-

Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan

serta minat murid-murid.


-

Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat

pencapaian murid.
-

Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti

memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar.


-

Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat

seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang


betul terhadapa apa yang telah diajarkan.
-

Pernyataan objektif pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria


i.

Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau

diukur.
ii.

Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi

sesuatu tingkah laku.


iii.

Hasil yang akan murid perolehi.

Pemilihan isi pelajaran


Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat
yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya mempertimbangkan
perkara-perkara berikut :
i.

Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif

pelajaran.
ii.

Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan

yang teratur, mudah difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
iii.

Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman

sedia ada murid kepada pengalaman baru murid.


iv.
v.

Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.


Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi

masa yang diperuntukkan.


vi.

Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan

semasa.

Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau
teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri.
Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu
memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan
pengajaran yang mantap dan berkesan.

Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah


dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah
ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih
strategi pengajaran :-

i.

Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran.


ii.

Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-

murid
iii.

Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat,

keperluan dan aktiviti.


iv.

Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.


v.

Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-

kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.


vi.

Berupaya mengcakupi unsur penyerapan isi daripada

beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.