Anda di halaman 1dari 92

FADE IN

EXT. RUMAH PO LIN - PAGI

Sebuah rumah dua tingkat tepi pantai, di sebuah bandar tepi laut.

INT. BILIK TIDUR - PAGI

Jam 7.15 pagi.. Po Lin dan Tze masih tidur..


Tze membelakangkan Po Lin yang tidur mengereng dan peluk Tze
dari belakang.. Po Lin terjaga, keluar dari selimut dengan cermat
supaya tidak ganggu tidur Tze.. Tze bergerak-gerak kemudian
sambung tidur..

Kita nampak keadaan bilik tidur bersepah dengan bungkusan


hadiah; ada yang sudah dibuka, ada yang belum.. Beberapa
jambangan bunga yang sudah kering terletak di kaki meja..
Kelihatan juga beberapa beg pakaian masih di lantai, dan pakaian
belum basuh melimpah dari beg yang terbuka.. (Keadaan ini
berlaku kerana Po Lin dan Tze baru balik dari berbulan madu..)

Telefon berdering beberapa kali..


Po Lin melaung dari dalam bilik mandi..

PO LIN (OS)
Tze..

Tze menggeliat sahaja.. Malas layan telefon.. Telefon berhenti dan


kemudian berdering semula.. Po Lin keluar dari bilik mandi sambil
gosok gigi dan terus ke meja telefon.

1
MEJA TELEFON TEPI KATIL

PO LIN
Elo..

SOLEHA (VO)
Hi pengantin..

PO LIN
Ha, Kakak Soleha..! Rindu I dengan suara tu..

SOLEHA (VO)
Rindu juga ke? Ingatkan, sebulan di great wall of
China, dah tak ingat dunia lain lagi dah..

PO LIN
Jangan bimbang, Tze dan I dah kembali normal..

SOLEHA (VO)
Ada cerita baik? Kongsilah dengan kita..

PO LIN
Er Sol, sekejap lagi Tze nak ke pejabat.. I tengah
mandi ni.. (pause) Apa kata, kalau hari ini,
temankan I ke kedai? Maklumlah kan, baru balik
bulan madu, keperluan dapur tak lengkap lagi
nampaknya tu..

SOLEHA (VO)
Okey, pukul sepuluh amacam?
CUT TO

2
INT./EXT. RUMAH PO LIN - PINTU UTAMA - PAGI

Po Lin (bawa beg bimbit Tze) iring Tze ke muka pintu.. Tze
hendak ke pejabat.. Tze peluk dan cium dahi Po Lin.. Selepas itu
Po Lin cium pipi Tze..

PO LIN
Makan tengah hari, balik tak?

TZE
Mungkin I lambat hari ini..
(Cubit dagu Po Lin)
Hmm I janji, makan malam, kita makan sama-sama,
okey?

Po Lin serah beg bimbit kepada Tze.. Tze beredar..

TZE
Bye sayang. Love you.

PO LIN
I love you too.

Tze masuk kereta dan beredar..

CUT

3
EXT. PASAR RAYA - SIANG

Soleha dan Po Lin keluar dari pasar raya, tolak troley menuju
kereta Po Lin di tempat letak kereta.. Sambil itu mereka berbual
dan berjenaka..

PO LIN
Sebulan I tak ada, ada perkara-perkara bangga yang
you dan abang Zahrin lakukan untuk negara?

SOLEHA
Hmm apa ya? Untuk negara mungkin tak ketara
sangat, tapi untuk abang Zahrin, adalah..
(Fikir sebentar dan kemudian bercakap laju)
I kemas rumah dan masak, Zahrin Yap d' boss
duduk baca surat khabar, tenguk TV dan main-main
dengan Liza.. Hujung minggu, dia bawa kami
makan luar.. dan malam tadi Zahrin cadang ajak
you dan Tze keluar sama, tapi memandangkan you
orang berdua baru balik bulan madu, kami malas
kacau..

PO LIN
Oh, sebab itulah hari ini, pagi-pagi dah kacau I?

SOLEHA
Tze macam mana? Kata hari tu, dia nak buktikan
dia sehandal maharaja Cina..

PO LIN
Maharaja Cina?

4
PO LIN (Samb..)
Hegh macam kontraktor Cina Malaysia adalah..
Ada ke patut, masa di atas tembok besar tu, dia
cerita tentang kontrek Datuk Mansur terbengkalai
sebulan?

SOLEHA
Tak patutnya dia..!

PO LIN
Melampau tau, dia..! You percaya tak, I kena buat
temujanji untuk tentukan pukul berapa dia masuk
tidur..

SOLEHA
(Perli)
Hehe seronok bunyinya tu?

[CUT TO… ]

5
EXT. BANDAR - JALAN LENGANG – DALAM KERETA TZE
(bergerak) - SIANG

Tze sedang menghampiri petak letak kereta hadapan sebuah blok


bangunan 2 tingkat..

TZE
Okey Datuk, saya janji, hari ahad siap..

Sebuah kereta (pemandu wanita) memotong kereta Tze dengan


bahaya.

TZE
Hey, “hantu ” kamu..!

DATUK (VO TELEFON)


Apa?!

TZE
(Sengeh apologetik)
Heh, bukan you Datuk.. Ada pulak awek cun nak
gesel saya sekejap tadi..

DATUK (VO TELEFON)


Ai, tengah memandu gesel-gesel apa pulak ni?
Kan baru balik bulan madu?

Kereta Tze berhenti di satu petak parking..


Tze keluar dari kereta dan kelihatan dia masih bercakap telefon
dengan Datuk..

6
TZE
Datuk, saya dah sampai pejabat Datuk.. Nanti kita
bincang perubahan yang Datuk hendak dengan lebih
terperinci, ya..
(Pause)
Ya ya.. Okey Datuk..
Ya ya, saya nampak tu..

Tze melintas jalan sambil bercakap telefon..

POV Tze:
Sebuah van yang dipandu laju menghampiri Tze..

TZE
HAH…?!

VAN tak sempat brake.. Tze dan telefon tercampak..


Van menggilis badan Tze.. Warna darah memercik di skrin kita..

DATUK (VO TELEFON)


Tze? Tze Ah Lek? Apa dah berlaku.. TZE!!?

CUT TO

7
EXT. BLOK BANGUNAN LAIN - T/HARI

Po Lin dan Soleha masih berjalan dan berbual..

PO LIN
Tze tak suka I makan pil..

SOLEHA
Tak ada benda lain ke nak makan?
Dulu kata nak anak ramai, nak beranak cepat-cepat..

PO LIN
Tze minta I bantu dia di pejabat..

SOLEHA
Malu ke, memboyot-boyot dalam pejabat?

PO LIN
You apa kurangnya Sol? Selepas berbulan madu,
you kata begitu juga..
CUT TO

EXT. JALANRAYA VAN AMBULANS - SIANG

Van ambulans sedang memecut di jalanraya..

DALAM VAN AMBULANS


Dari riak para petugas, kita tahu Tze sudah tiada harapan lagi..
Petugas mendapati Tze sudah mati, dia tutup muka Tze dengan
kain putih..
CUT TO

8
EXT. RESTORAN MAKANAN SEGERA - SIANG

Po Lin dan Soleha keluar dari restoran dengan burger masing-


masing.. Sambil berjalan mereka makan burger.. Mereka jalan ke
arah kawasan permainan kanak-kanak..

Kedengaran hingar-bingar siren dari van ambulans yang sedang


membelah kesesakan lalulintas jalanraya.. Po Lin gelisah..

SOLEHA
Po Lin?

PO LIN
Ambulans tu.. Setiap kali nampak ambulans, I
memang gelisah sikit.. Maklumlah Tze banyak
memandu masa bertugas..
(kembali tenang)
Heh lupakanlah tu..

INTERCUT TO

9
EXT. RESTORAN MAKANAN SEGERA – KAWASAN
PERMAINAN KANAK-KANAK - SIANG

Po Lin dan Soleha berada di kawasan permainan kanak-kanak..


Pada ketika itu tiada kanak-kanak menggunakan fesiliti yang ada..
Po Lin duduk di buaian.. Soleha buaikan Po Lin..

PO LIN
Bayangkan muka terperanjat Tze kalau dalam masa
terdekat ini, I umumkan I mengandung..

SOLEHA
Pasti ke nih?

PO LIN
Kalau anak tu I namakan Tze Zi Ana atau Tze Ha
Liza, amacam?
(Gelak)

SOLEHA
Kalau anak tu lelaki?

PO LIN
Pasal apa pulak lelaki?
I tak boleh buat pilihan sendiri ke?

Soleha tinggalkan Po Lin.. Po Lin kejar dari belakang.

CUT

10
INT. RUMAH PO LIN - SIANG

Telefon sedang berdering di atas meja telefon..

Dari meja telefon kita nampak pintu utama rumah..


Po Lin buka pintu dari luar.. (bersamanya ada banyak bungkusan
barang-barang dapur yang baru dibeli)..

PO LIN
Iyalah, iyalah. Tunggu sekejap tak boleh ke?

Po Lin campak semua barangan ke atas sofa.. Terkocoh-kocoh


buka kasut.. Bergegas ke telefon dan angkat telefon

PO LIN
Hello?
Ya, saya Yap Po Lin, isteri Tze Ah Lek..

Suasana hening.. Sepi..


Kemudian kita nampak telefon jatuh dari pegangan, terhantuk ke
sisi meja dan jatuh ke lantai..

CUT

11
EXT. KUBUR CINA - PETANG

Po Lin, pakaian berkabung, berjalan seorang diri untuk keluar dari


kawasan kubur.. Dia melewati pintu pagar dan terus ke kawasan
letak kereta untuk mendapatkan ahli keluarganya yang sedang
menunggu: Mdm Yap, Soleha, Liza (anak Soleha) berdiri tepi
bapanya Zahrin Yap.

Dalam keadaan empati, Mdm Yap peluk Po Lin..


Semua orang tidak dapat meluahkan perasaan mereka terhadap
kepedihan yang sedang ditanggung oleh Po Lin..

Po Lin lepaskan dirinya dari dakapan Mdm Yap..

PO LIN
Semua orang baliklah dulu, buat sementara ini, saya
nak bersendirian di rumah saya..
(kepada Soleha)
Boleh tolong hantar I balik?

Po Lin beredar bersama Soleha..

CUT

12
EXT. RUMAH PO LIN – SIANG

Kereta Soleha berhenti hadapa pagar rumah


Sebelum Po Lin keluar dari kereta, Soleha pegang tangan Po Lin..

SOLEHA
Lin.. Abang Zahrin dan I tak ada masalah, you
tinggal dengan kami.. Tentu Liza ceria, kalau you
tinggal di situ..

PO LIN
Rumah I, sini..
I tak boleh tinggalkan rumah sendiri..

SOLEHA
Hmm baiklah.. Malam nanti I telefon you, okay?

CUT TO

INT - RUMAH PO LIN - SIANG

Po Lin buka pintu dan masuk ke dalam rumah sambil melaung


seolah-olah Tze masih hidup..

PO LIN
(manja)
Tze sayang.. I dah balik..

Po Lin terkedu seketika..


Kemudian jalan ke kerusi dan termenung di kerusi..
CUT

13
EXT. BANGUNAN LAMA 2 TINGKAT – PAGI

Kita berada di hadapan sebuah blok rumah kedai (bangunan lama


dua tingkat) yang menempatkan pejabat Tze..

Po Lin tiba (memandu kereta Tze), dan berhenti hadapan bangunan


tersebut.. Po Lin, sugul, keluar dari kereta (pakaian berkabung) dan
masuk ke ruang tangga untuk ke tingkat atas..

CUT TO

INT. PEJABAT TZE – PAGI

Di pintu utama ada papan tanda “Tze Constructions & Supplies”.


Po Lin masuk ke ruang pejabat yang kelihatan lesu..

Dalam pejabat kelihatan 3 orang kerani wanita dan seorang budak


pejabat lelaki (semua berbangsa Cina).. Tanpa Tze, mereka tidak
ada kerja: Seorang baca majalah, Dua orang main Catur Cina dan
seorang lagi bergayut di telefon.. Semua “aktiviti” terhenti apabila
mereka nampak Po Lin melangkah masuk..

KERANI 1
Eh Puan Tze? Tak sangka puan datang pejabat hari
ini..

PO LIN
(Tawar)
Hi..!

Semua orang perhati Po Lin jalan ke pejabat Tze..

14
Po Lin masuk ke dalam pejabat.. Nampak gambar Tze.. Ambil
gambar, lap habuk di permukaan bingkai dan keluar dari pejabat..
Po Lin jalan semula ke meja dua kerani yang masih fikir stretegi
Catur Cina.. Kerani resah sedikit kerana Po Lin perhati mereka
main catur tanpa sebarang komen..

KERANI 2
Ada perancangan baru?
Kami bosanlah, lama tak buat kerja..

PO LIN
(Serba-salah)
Saya minta maaf, tanpa Mr Tze, awak semua
terpaksa bercuti tanpa gaji sehingga tarikh yang
ditentukan kelak.. Jika ada masalah berbangkit, sila
berurus dengan setiausaha syarikat..

CUT

15
INT. RUMAH PO LIN - DAPUR – PETANG

Po Lin barpakaian mandi, melangkah lesu ke dalam ruang dapur..


Dia buka almari dapur -- Kosong.. Buka peti ais -- Tidak ada yang
menyelerakan di dalamnya.. Po Lin keluarkan sekeping roti dan
jem.. Po Lin cari piring.. Tetapi piring tidak di tempat yang
sepatutnya.. Semua piring dan pinggan mangkuk berlonggok, lama
tidak berbasuh, dalam sinki.. Po Lin tinggalkan sinki, jalan ke
kebinet dapur, capai botol wine, gogok wine sambil makan roti
jem. Selepas itu jalan keluar dari ruang dapur
CUT TO

INT - BILIK TIDUR – PETANG

Po Lin sugul.. Duduk hadapan meja solek.. Capai botol wine, dan
tuang wine terakhir ke dalam gelas.. Selepas minum, dia sendawa..

PO LIN
(Kepada wajahnya dalam cermin)
Erk Po Lin..! Aku maafkan kau.. !
Aku tahu, kau tak bersalah dalam banyak perkara..

Dengan pakaian mandi Po Lin baring atas katil dan terlelap..

JAM MEJA
JARUM JAM berputar ligat, menandakan waktu dan hari berlalu
dan berhenti di angka 8. 15 malam..

TELEFON
Telefon berdering.. Po Lin (berbaju tidur) tersentak dari tidur..

16
PO LIN
(Jawab telefon dengan malas)
Mmm. Hello?

SOLEHA (VO)
I masak sedap hari ini..
Datanglah, kita makan sama-sama..

PO LIN
Hmm entahlah Sol, I tak sedap badanlah malam ini..

SOLEHA (VO)
Sampai bila nak memerap sahaja dalam rumah tu?
Atau you hendak I kesana dan seret you keluar dari
situ, hmm?

PO LIN
(Gelak) Hmm okey okey, dalam satu jam, I jamin I
sampai sana.. Okey?

SOLEHA (VO)
Satu jam lama tu, sejuklah kuah I nanti..

PO LIN
Heh Sol, kalau kuah you nampak keadaan semasa I,
tentu dia beku serta-merta.. Biarlah I mandi dulu..

SOLEHA (VO)
Okey, tak lebih dari satu jam tau..

CUT

17
EXT - RUMAH SOLEHA (Banglo) - MALAM

Sebuah teksi berhenti hadapan pintu pagar.. Po Lin (Berdandan ala


kadar) keluar dari teksi dan masuk kawasan banglo.. Soleha
senyum menanti di muka pintu rumah..

CUT TO

INT – MUKA PINTU - MALAM

Di muka pintu, Po Lin dan Soleha berpelukkan..

PO LIN
Hi Sol..

SOLEHA
Hello.. Naik teksi sahaja?

PO LIN
Malas nak memandu..

Soleha hidu nafas (beralkohol) Po Lin.. Po Lin faham gesture


Soleha, dan jalan untuk masuk ke dalam rumah.. Soleha pegang
bahu Po Lin dan mereka jalan berpelukan..

CUT TO

18
INT - RUANG TAMU - MALAM

Zahrin Yap sedang berbual dengan Stenly Chew, dan di masa yang
sama Liza sedang bermain-main tidak jauh dari mereka.. Po Lin
dan Soleha menghampiri Zahrin..

ZAHRIN
(Apabila nampak Po Lin)
Hi, Po Lin,
(Setelah salam Po Lin)
Er Po Lin, ini kawan abang Stenly Chew, pegawai
jualan di Mass Communications System, pelanggan
syarikat kami..
(Kepada Stenly)
Stenly, ini adik aku Po Lin.. Kau tahu pasal eksiden
suami dia, kan?

STENLY
(Hulur tangan)
Hi, Po Lin...

Po Lin salam tangan Stenly sambil jeling Soleha

CUT TO

19
INT, RUMAH SOLEHA - MEJA MAKAN - MALAM

Zahrin habiskan makanannya, letak sudu & garpu atas pinggan,


minum air.. Sambil itu, Stenly berbual dengan Zahrin.. Stenly
senyum-senyum kepada Po Lin apabila mereka bertentang mata..

ZAHRIN
(Kepada Stenly)
Max Cooperation macam mana?

STENLY
Oh yang itu.. Kami baru sahaja ikat kontrek untuk
pendigitalan sistem pentadbiran mereka..
Hmm bolehlah, bila kompeni buat duit, pendapatan
aku lumayanlah sikit..

ZAHRIN
Whoa, ramailah gadis berpotensi rebut-rebut nak
jadi setiausaha kau?

STENLY
Ramai-ramai parahlah aku.. Tapi setiausaha seumur
hidup yang berkaliber dan secucuk dengan jiwa aku
susah nak cari, kan?

Zahrin gelak sambil jeling Po Lin..


Po Lin bangun dan beredar bersama pinggan-pinggan kotor yang
telah dikumpulkan oleh Soleha..

CUT TO

20
INT. DAPUR - MALAM

Po Lin cuci pinggan.. Soleha layan Liza minum..

SOLEHA
Lepas ini sayang masuk tidur ya..
Umi dan auntie Po Lin kena layan tetamu Papa..

Setelah minum, Liza cium Soleha dan Po Lin sambil ucap “good
nite” mama dan auntie Po Lin.. Kemudian Liza berlari keluar dari
dapur.. Keadaan di dapur kelihatan tenang, Soleha mula
berbincang dengan Po Lin..

SOLEHA
Apa pendapat you?

PO LIN
Hebat.. Lama I tak makan homecooked macam ini..
Berminggu-minggu.. Oh God, berbulan rasanya..!

SOLEHA
Bukan pasal makanlah..
Maksud I Stenly.. Suka tak?

PO LIN
Oh dia ke? I rasa dia lebih faham pendigitalan dari
perasaan seorang wanita.. Tu yang leceh tu..

SOLEHA
Dia nampak macam orang baik..

21
PO LIN
(Nakal)
Apa, you nak ceraikan Abang Zahrin dan kawin
dengan dia?

SOLEHA
Ish kesitu pula dia..

Soleha sediakan minuman panas dan letak atas dulang.. Sambil


serah kepada Po Lin, Soleha sempat bergurau

SOLEHA
Anda diberi penghormatan untuk hidang minuman
kepada tetamu, sudi tak?

Sebaliknya, Po Lin tuang air untuk dirinya sendiri dan minum..

PO LIN
Ini rumah anda.. So, penghormatan sebegini saya
serah kepada anda.. Sementara itu, biar I tidurkan
Liza..

Soleha cuba berkata sesuatu.. Po Lin segera menyampuk..

PO LIN
Dipersilakan Kak Solehaku sayang..
Selepas Liza tidur, I joinlah..

Sambil bawa minuman ke ruang tamu, Soleha merungut kerana Po


Lin tidak minat dengan Stenly..

22
SOLEHA
Nak cari yang macam mana lagi Po Lin oii..
Sementara ada orang sudi tu, terima ajelah.. Besok,
bila sampai tarikh luput, jangan salahkan I tak ambil
berat pulak..!

Bila Soleha sudah beredar, Po Lin keluarkan sebotol kecil brandy


dari begnya.. Tuang dalam cawan dan minum sebanyak mungkin..

Selepas minum, Polin jalan ke peti ais dan letak botol atas peti ais..

Po Lin keluarkan sebatang rokok, hisap beberapa sedut.. Tonyoh


rokok di sinki, dan kumur-kumur sebelum keluar dari ruang dapur..

CUT TO

23
INT. RUMAH SOLEHA – BILIK TIDUR LIZA – MALAM

Liza sudah berbaju tidur.. Kita dengar pintu diketuk, Liza menoleh
ke pintu.. Po Lin melangkah masuk..

PO LIN
Tak tidur lagi?
(Bantu naikkan Liza ke katil..)

LIZA
Aunty ada cerita baru?

PO LIN
(Sambil selimutkan Liza)
Hmm, cerita apa ya?

Liza capai sebuah buku cerita kanak-kanak dari kepala katil dan
serah kepada Po Lin..

LIZA
Umi baru beli buku ini..

PO LIN
(Belek buku)
Snow White and the Seven Dwarfs? Ini cerita
kegemaran auntie masa kanak-kanak dahulu..

LIZA
Oh ini cerita dulu-dulu ya?

24
PO LIN
Iya sayang, kisah seorang puteri cantik pada zaman
dahulu.. Banyak pengajaran yang boleh kita belajar
dari cerita ini..
(Usap rambut Liza..)
Mana auntie patut mula?

LIZA
Mulalah dari Once upon a time!

PO LIN
Oh dari situ ye?
Hmm.. Once upon a time, there lived a young and
beautiful girl named Snow White ...

DISSOLVE TO:

PO LIN
(Sebak) ... and they lived happily ever after..

LIZA
Kenapa auntie nangis?
Kan, “They live happily ever after”?

PO LIN
Auntie tahulah..
Tapi setelah Snow White dikejutkan, dia dan putera
raja hidup gembira selama-lamanya..

LIZA
Tapi, kenapa auntie sedih?

25
Po Lin cuba bercakap, tetapi tangannya terketar.. Buku jatuh ke
lantai.. Po Lin rebahkan kepala ke tilam dan menangis.. Tanpa
disedari, tangan Liza gosok-gosok belakang Po Lin..

LIZA
Auntie janganlah sedih..

PO LIN
Putera idaman auntie sudah tak ada, dia pergi untuk
selama-lamanya.. Kami sepatutnya hidup bahagia
selama-lamanya..
Auntie bukan seorang permaisuri, yang bakal ada
ramai putera-puteri.. Auntie silap kerana lambat
membuat keputusan dan tindakan betul.. Semua
peluang dan harapan auntie berkecai begitu sahaja..

Liza bingung dan terkedu.. Apa yang termampu hanyalah sekadar


mengusap rambut Po Lin, sambil mengesat air mata yang mengalir
di pipinya..

LISA
(bisik ke telinga Po Lin)
Auntie orang baik..
Umi kata, orang baik tak nangis..

Po Lin berhenti menangis.. Kepalanya masih di atas tilam..


Liza masih terkebil-kebil, tidak faham apa sebenarnya masalah Po
Lin.. Po Lin terlelap..

CUT

26
INT. RUANG DAPUR - PAGI

Po Lin masuk dapur.. Soleha sedang berkemas dapur..


Po Lin terus ke meja dapur dan terus tuang minuman yang tersedia
di atas meja..

Dari meja, Po Lin nampak Soleha mendekati botol brandy yang


terletak di atas peti ais.. Soleha tidak berani usik botol brandy.. Po
Lin segera bangun dan ambil botol brandy dan masukkan ke dalam
beg yang juga tertinggal atas peti ais sejak malam tadi.. Soleha tak
tahu apa nak kata, tetapi terpaksa berkata sesuatu...

SOLEHA
Betul, you tak ada masalah yang boleh kami bantu?

PO LIN
Setakat hari ini, tak ada.. Esok-esok entahlah.. Tapi,
sepanjang yang I tahu.. (Buat gesture, bahawa dia
bosan dengan hidup) Eaarrghhh..!

SOLEHA
Malam tadi, Stenly puji you.

PO LIN
(bergurau)
Itu, penambahan atau peleraian masalah?
(pause untuk biarkan Soleha sengeh)
Walau bagaimanapun, terima kasih kerana hidangan
malam tadi dan menumpang “tertidur” di sini..

Sebelum beredar Po Lin peluk Soleha..

27
PO LIN
Lain kali, tak jemput orang luar makan sama,
boleh?

SOLEHA
Okey, no problem..! dan..

PO LIN
Hmm?!

SOLEHA
Lain kali, tak ada alkohol dalam rumah I, boleh?

PO LIN
Hehe maaf Sol, I tak sengaja..

CUT

28
INT. PASAR MINI - MALAM

Keadaan dalam pasar mini sudah lengang..


PENGUSAHA pasar mini sedang semak akaun harian..

CUT TO

INT. PASAR MINI - RUANG PAMIRAN BARANG


KEPERLUAN ORANG LELAKI - MALAM

Kelihatan Po Lin sedang tolak troley (penuh dengan barangan


keperluan) untuk ke kaunter bayaran.. Dia ternampak Barangan
Lelaki dan berhenti untuk belek set bercukur dan After Shave
lotion yang sedang terpamir..

Po Lin tergamam bila seorang lelaki yang menyerupai Tze lalu di


belakangnya.. Lelaki itu senyum.. Po Lin terkedu -- Kerana lelaki
itu adalah Tze.. Po Lin merenung Tze dengan gembira bercampur
keliru..

TZE
Hello, Po Lin. (beredar.. )

Po Lin berpusing mengikut langkah Tze.. Lidahnya kelu, tidak


dapat berkata.. Tze menghilang selepas beberapa langkah..

Po Lin masih tergamam.. Dia rebah ke atas troley.. Troley tumbang


bersama Po Lin.. Pengusaha pasar mini tersentak..

CUT TO

29
EXT. TEMPAT LETAK KERETA - MALAM

Po Lin berlari sedaya boleh, untuk ke keretanya..

Di kereta: Po Lin terkocoh-kocoh buka pintu.. Tangannya terketar-


ketar.. Dia mengerang ketakutan -- Hampir menjerit.. Mujur dia
dapat kawal perasaan..

Po Lin buka pintu dengan seluas-luasnya..


Dia tergelicik apabila cuba menghambur ke dalam kereta.. Po Lin
terjelepuk antara pintu dan tempat duduk.. Badannya kaku di
posisi itu.. Menangis perlahan, seorang diri..

CUT

30
INT . RUMAH PO LIN - RUANG DAPUR - MALAM

Po Lin duduk di meja dapur perhati Soleha buat minuman..

PO LIN
Jangan susah-susah Sol, I tak mahu minum..
Dan jangan risaulah tentang apa yang berlaku tadi..

SOLEHA
I tak faham mengapa you tak mahu I risau..

PO LIN
Senang sahaja.. Perkara ini adalah perkara yang tak
perlu dirasaukan sangat.. Jadi, janganlah risau..

SOLEHA
Oh, "janganlah risau" ya?
Ada orang telefon rumah kami, mengatakan you
kelihatan seperti orang risau yang tak boleh
memandu sendiri, kemudian I datang naik teksi,
mendapati you macam orang kehilangan roh,
terjelepuk tepi kereta, dan sekarang you mintak I
"janganlah risau"?!
(cuba kawal emosi)
You mengalami trauma kehilangan Tze.. I berhak
risau..!

Soleha bawa minuman untuk dua orang dan duduk di meja..


Po Lin bangun dan melangkah tanpa tujuan dalam ruang dapur..

31
PO LIN
So, you nak I pergi kaunseling mana-mana ya?
(sengeh sinis)
You tahu, Tanpa Tze, I menganggur kan?
Insurans Tze, setakat cukup untuk bayar hutang
rumah dan kereta sahaja.. Jangan harap I nak
habiskan duit itu untuk sesi kaunseling atau
kayakan mana-mana pakar jiwa..
(Merungut)
Dahlah bayaran yang dituntut bukan-bukan, lepas tu
mereka sekadar duduk dan tenguk I menangis dan
selongkar semua tepi kain I..
(pause)
..dan lepas itu I boleh agak apa mereka akan kata..
“Bertenang.. bersabar.. Jangan abaikan hidup kita..”
(Marah)
Hegh..!?

SOLEHA
Tapi hakikat hidup memang begitu..

PO LIN
Hakikat apa? Bertenang, bersabar, jangan abaikan
hidup kita?!
(duduk semula dan minum.. )

SOLEHA
(Fikir sebentar)
I selalu dengar nasihat you bukan?
Dan kadang-kadang tu, bila you membebel tak tentu
pasal pun, I ambil perhatian juga..

32
Po Lin senyum, tapi sorokkan senyuman dia..

SOLEHA
Baiklah, jangan minta pendapat I.. Kita dah kenal
lama, you tahu apa yang bakal I katakan.. Cuba cari
pendapat kedua dan bandingkan sama ada apa
sahaja yang I kata dan lakukan selama ini, adalah
benar untuk pertimbangan wajar pihak you..

Po Lin capai rokok dari atas meja, tarik kedua belah kaki ke atas
kerusi.. Nyalakan rokok.. Kemudian duduk menungkat dagu..
Sedut rokok dan hembus asap sambil mengeluh..

PO LIN
God, mengapalah I jadi begini?

Soleha perhati Po Lin berfikir sambil merokok..

CUT

33
EXT. JALANRAYA HUJUNG BANDAR - SIANG

Sebuah Proton Gen2 (baru), bergerak di sebatang jalanraya melalui


jalan-jalan indah menuju kawasan pantai..

PO LIN (VO)
Tiba-tiba kereta baru? Mimpi apa?

MDM YAP (VO)


Kita kan masih bernafas.. Mama tak mahu roh papa
tidak tenteram lihat mama sugul sepanjang masa..

PO LIN (VO)
Oh selepas 3 tahun baru kata begitu?

Proton Gen2 berhenti di tepi pantai..


CUT TO

EXT. TEPI PANTAI - SIANG

Po Lin keluar dari kereta, merenung jauh ke arah laut..


Mdm Yap ikut Po Lin..

MDM YAP
Selama ni mama silap.. Mama serah jiwa raga dan
diri mama, untuk orang tersayang sahaja.. Dan, bila
kehilangan dia, sebahagian diri mama hilang
bersamanya..

PO LIN
Maksud mama?!

34
MDM YAP
Po Lin, kita ada hari-hari baru di hadapan kita..
Kita sebahagian dari alam, kita mesti hidup menurut
kehendak alam.. Hidup dan mati adalah kehendak
alam.. Jangan nafi rukun alam..

PO LIN
Baiklah mama, kalau semua orang anjur saya fikir
pembaharuan, mungkin saya akan fikir sesuatu
untuk puaskan semua orang..

MDM YAP
Pembaharuan macam mana?

PO LIN
Tak tahu, belum ada lagi agaknya..

MDM YAP
(putus asa)
Okey.. No Problem.. Take your time..!

Mdm Yap bagaikan putus asa bila dengar kenyataan Po Lin..

CUT TO

35
INT. RUMAH MDM YAP – RUANG REHAT – SIANG

Po Lin, berwajah kosong.. Mdm Yap tiba dengan dulang yang ada
seteko teh cina, cawan (set tradisional) dan biskut.. Dia letak
dulang atas meja, hadapan Po Lin..

Mdm Yap tuang secawan teh untuk dirinya..

MDM YAP
Apa yang mama nak kata ini, cuma nak beri
pandangan sahaja, bukan menghukum.. Bila perlu,
kalau nak berhujah, hujahlah saranan mama..

Po Lin lebih berminat hidu aroma teh dari mendengar nasihat..

PO LIN
Teh apa tu? Menarik aromanya..

MDM YAP
Teh herba adunan sendiri.. Ada pucuk pegaga, daun
pudina dan beberapa herba lain, khas dari banjaran
Himalaya..

Po Lin rapatkan muka ke teko teh, tutup mata dan hidu asap teh..

MDM YAP
Rasalah.. Baik untuk segarkan minda..
Cubalah biskut itu sekali..

Mdm Yap tenung Po Lin ketika dia minum teh dan makan biskut..

36
MDM YAP
Kata kawan mama.. Kematian itu penggerak yang
mengajar kita tentang nilai dan nikmat kehidupan..

PO LIN
Mati maknanya mati, mama..!

MDM YAP
Tapi, bukan ke bila berdepan dengan kematian, kita
perbaiki hidup, bukan melupakannya..

Po Lin sukar untuk memahami retorik Mdm Yap..

MDM YAP
Tak menerima kematian, dan menghukum diri
sendiri, bererti kita enggan memahami intipati
keperibadian kita.. Kita enggan memahami alam
dan DIA, penciptanya.

CUT TO

37
EXT. TEPI PANTAI - TIDAK JAUH DARI RUMAH PO LIN –
MALAM.

Po Lin duduk atas batu besar di tepi pantai, memerhati ombak air
pasang menghempas batu..

Zahrin dan Mdm Yap menghampiri Po Lin.. Po Lin senyum tawar


menyambut kedatangan mereka..

PO LIN
Jangan risau mama, saya di sini untuk mengetahui
mengapa DIA ambil Tze Ah Lek dari saya.. Satu-
satunya yang indah yang pernah saya miliki..

MDM. YAP
Po Lin, sayang.. Tak kesian ke tengok mama tinggal
kesaorangan..

PO LIN
Bagaimana dengan ‘DIA’? (Tuhan di langit)
Saya ditinggalkan seorang, pernah tak DIA ambil
kira?

ZAHRIN YAP
Po Lin, kau dah dewasa dek, kenapa pertikaikan
ketentuan Tuhan..

Po Lin tidak terpujuk dengan kenyataan Zahrin..

PO LIN
Abang, saya minta maaf..

38
PO LIH (Samb..)
Di saat ini saya yang menderita.. Bukan abang..
Saya tak faham mengapa saya disiksa begini..
Kenapa? Kenapa!? Mengapaaaa..!!?

Tidak jauh dari situ kita nampak Soleha dan Liza memerhati
dengan hiba..

Po Lin pandang ke arah langit.. Matanya mencari-cari jawapan..

PO LIN
Apa salah saya untuk balasan ini? Katakanlah, biar
saya faham..! (mundar-mandir..) Mengapa mesti
saya?! Mengapa sakitkan hati saya?
Sakit.. Hati saya sakit..!
(Tumbuk batu..) Sakit! (Tumbuk batu) Sakit!!
(Tumbuk batu) Sakittt!!!

Top Shot:
Po Lin pandang ke atas dan menuding arah kamera.. Seolah-olah
"marah" kepada Tuhannya..

PO LIN
KAU..!!!
JANGAN GANGGU AKU LAGI..!!!
Mengapa lukakan hati aku? Adakah aku lahir untuk
menderita? Hah?! Cakaplah!!
(rebah ke tanah, meratap lemah)
Mengapa?

FADE TO BLACK

39
FADE UP
INT. RUMAH PO LIN - RUANG REHAT - SIANG

Po Lin mundar-mandir hadapan Soleha, yang tersandar atas kerusi


malas, di tepi tingkap.. Mata Soleha ekor pergerakkan Po Lin..

PO LIN
Sebagai seorang Islam, apa pendapat you tentang
tindak tanduk I malam tadi?

SOLEHA
Dalam salah satu Rukun Iman yang enam, kami
dilarang menafikan Qada’ dan Qadar.. Beriman
maknanya percaya.. Percaya, segala yang baik dan
buruk, adalah atas kehendak Allah..

PO LIN
Entahlah Sol, buat masa ini, tak ada satu kewajaran
pun yang berpihak dengan I.. (Pause) Jangan tuduh
I marah dan menafikan hakikat sebenar..

SOLEHA
“Maut” tidak akan terhalang melalui marah dan
penafian.. Berkompromilah sikit..

PO LIN
Sejak bila malaikat maut pandai kompromi hah?

SOLEHA
(Hampir menengking)
Berkompromi dengan diri sendirilah..!

40
PO LIN
(Sengeh apabila lihat Soleha serius..)
Eh Sol, you cantik bila marah..

Soleha bangun.. Po Lin pula duduk di kerusi malas..

SOLEHA
Po Lin, I tak pernah bantu orang tertekan.. I perlu
bantuan you, untuk belajar bantu orang sebegitu..

Soleha tersepak botol brandy kosong di lantai..


Po Lin segera kutip botol dan campak ke dalam tong sampah..

PO LIN
You nak minum? Dalam rumah ini, buat masa ini,
tak ada minuman sesuai untuk you.. Apa kata kita
minum luar?

CUT TO

41
EXT - TAMAN REKREASI - PETANG

Po Lin & Soleha bersiar-siar.. Di tangan mereka, ada tin minuman


ringan.. Sambil itu Po Lin merokok.. Soleha terbatuk bila terhidu
asap rokok..

PO LIN
I semakin keliru dan di waktu sama rindukan Tze..

SOLEHA
Jangan campuraduk rindu dan keliru..

Po Lin dan Soleha jalan ke kerusi berhampiran dan duduk di situ..


Soleha biarkan Po Lin habiskan rokok..
Po Lin rasa bersalah, lantas padamkan rokok..

PO LIN
Kalau ada yang sudi membantu, I ada satu
permintaan sahaja.. Pulangkan, masa-masa manis I
bersama Tze.. Pulangkan..!

CUT

INT. BILIK TIDUR PO LIN - MALAM

Po Lin, masih mengenakan pakaian petang tadi, kelihatan terlelap


atas katil.. Botol brandy kosong, tergolek atas lantai.. Di atas meja
solek kita nampak gambar Po Lin dan Tze – berwajah ceria..

Gambar menjadi kabur.. Po Lin BERMIMPI…


DISSOLVE

42
EXT. TAMAM IMPIAN - PAGI

Kita sedang berada di sebuah taman, pada waktu pagi (Sebuah


kawasan lanskap berhampiran sebuah kuil Buddha)..

Kelihatan Po Lin merayau dalam taman tersebut.. Sekuntum bunga


tersemat di rambut Po Lin..

Po Lin terkedu, apabila melihat Tze melangkah keluar dari


belakang pokok rendang.. Tze senyum dan melangkah segak, ke
arah Po Lin.. (Tze dan Po Lin berpakaian tradisional, warna
putih..)

Tze tiba dan sentuh pipi Po Lin.. Air mata Po Lin menitis gembira.
Tze tarik Po Lin ke dalam dakapannya dan sapu air mata Po Lin..
Po Lin gementar, tidak tahu sama ada hendak menangis atau
ketawa.. Po Lin peluk Tze..

TZE
Apa khabar?
(Po Lin cuba keluar dari dakapan Tze)
Mengapa sayang?

Po Lin berpusing.. Tze tarik Po Lin ke dalam pelukannya..

TZE
Hey, hey, kau tak yakin dengan aku lagi?

Po Lin mendongak dan tenung mata Tze sambil mengangguk-


angguk kecil.. Po Lin pejamkan mata.. Bernafas curiga.. Kemudian
buka mata semula dan Tze masih di situ..

43
PO LIN
Kau kejam, kau seksa aku..

TZE
Kan kita bersama di saat ini?

PO LIN
Kau dah mati..

TZE
Sayang, benarkan aku menatap wajah kau..

PO LIN
Wajah aku dah tak seceria dulu..

TZE
Ahh Po Lin, kau masih kelihatan seperti apa yang
aku harapkan.. Aku senang dengan kehadiran kau..

Mata Tze bersinar sebaik sahaja bertemu dengan renungan mata


Po Lin..

CUT TO

44
EXT. TEPI ANAK SUNGAI - SIANG

Po Lin dan Tze berjalan menuju tebing anak sungai..

PO LIN
Aku tidak bermimpi ketika ini, kan?

Tze kepit Po Lin dan mereka teruskan langkah-langkah mereka ke


tepi anak sungai..

PO LIN
(Was-was)
Di mana kita sekarang? Syurga?

TZE
Ini realiti kita..

Mereka tiba di tebing sungai.. Po Lin cuba yakinkan dirinya..


Setelah yakin, Po Lin duduk atas tanah.. Tze duduk rapat di
sebelah Po Lin.. Po Lin baring sambil menutup matanya.. Tangan
Po Lin cabut sejambak bunga liar yang berada di tepinya dan cium
bunga tersebut..

PO LIN (OS)
Hmm.. Ya, ini realiti..
Tze, aku rindukan kau..

Tamat mimpi Po Lin..

CUT

45
INT. BILIK TIDUR PO LIN - SIANG

Jam menunjukkan pukul 10 pagi.. Cahaya matahari menembusi


ruang tingkap.. Po Lin masih berdengkur lembut di bawah bantal
yang menutup wajahnya.. Mdm. Yap memanggil dari luar bilik..

MDM YAP (OS)


Po Lin.. Yap Po Lin.? Tak bangun lagi?

Po Lin merungut dari bawah bantal, tetapi tidak juga bergerak..


Kita nampak tangan Mdm Yap tepok bahu Po Lin..

MDM YAP
Malulah perempuan bangun lambat..
Bangun..!

PO LIN
(Menjenguk dari bawah bantal)
Ma?

MDM YAP
(membebel)
Bangun mandi cepat.. Lepas itu kita minum pagi di
tempat kegemaran kamu..
(Pause)
Tentang berkemas, jangan susah, semua dah beres..
Eee, dekat dua jam mama berkemas.. Dapur
berselerak, baju-baju bersepah satu rumah..
(menggeleng kerana tidak ada respons dari
Po Lin)

46
MDM YAP (Samb..)
Eh, Po Lin.. Dalam almari kamu, semuanya baju
lama.. Kamu nak baju baru? Mama boleh belikan..

PO LIN
Mama selongkar rumah Po Lin ya?

MDM YAP
Kamu tidur-tergolek macam orang mati..
Kalau orang lain selongkar kamu punya tergolek,
kan susah?

PO LIN
Hehe Ma..
(Baling bantal ke muka Mdm Yap)
Banyaklah mama punya tergolek..

CUT TO

47
INT. MEGA MALL - KAFETARIA - SIANG

Po Lin dan Mdm Yap sedang minum di kafeteria..


Po Lin kagum lihat fesyen rambut Mdm Yap..

PO LIN
Selepas kereta baru, hari ini fesyen rambut baru..
Ada apa-apa ke ni?

MDM YAP
Tak ada apa-apalah.. Cuma, mama teringatkan papa.
Masa hidupnya dia kerja keras untuk gembirakan
kita.. Kan baik kegembiraan yang ditinggalkannya
tak dihabiskan dengan masa bersedih dan memerap
sahaja di rumah.. Betul tak?

PO LIN
Hmm, dengan penampilan sebegini, mama boleh
dapat peminat baru.. Nanti lupa papa pulak..

MDM YAP
Kamu sahaja cari peminat baru, kan baik?

PO LIN
Yakin ke mama, saya gembira bila ada “peminat
baru”?

MDM YAP
Oh berkabung tak habis-habis boleh gembira ke?

CUT

48
EXT. JALANRAYA - SIANG

Kereta Po Lin menuju ke rumah Soleha..

MDM YAP (VO)


Kita perlu hidup Po Lin.. Keluarga perlukan kamu,
kawan-teman perlukan kamu, negara perlukan
kamu.. Dunia perlukan kamu..!

CUT TO

EXT - RUMAH SOLEHA - SIANG

Kereta Po Lin berhenti hadapan rumah Soleha.. Po Lin tidak keluar


dari kereta..

MDM YAP (VO)


Ayuh Po Lin, yakinlah dengan mama..
Katakan: "Aku ingin hidup seribu tahun lagi.."

Sekarang baru kita nampak Po Lin..


Baju baru, gaya rambut baru.. Melangkah keluar dari kereta
dengan wajah ceria dan berseri-seri ke arah pintu rumah Soleha..

CUT TO

49
INT – RUMAH SOLEHA - RUANG REHAT - SIANG

Kedengaran Po Lin ketuk pintu dari luar.. Soleha tutup majalah


yang sedang dibaca dan letak atas meja.. Pandang arah pintu..
Po Lin menjenguk masuk..

SOLEHA
Po Lin? Amboi..!?

PO LIN
Semalam mama bawa I shopping dan cadang I
jumpa Stenly Chew sekali lagi.. Ada komen?

SOLEHA
Selamat datang ke alam realiti..

PO LIN
Sebelum itu, I perlu pendapat you..

SOLEHA
Pendapat apa lagi? Dia okey, apa?

PO LIN
Itu I tahulah.. Tapi...

SOLEHA
Hah?!

Po Lin serba salah untuk mulakan kata-kata..

CUT TO

50
EXT - TAMAN REKREASI TEPI PANTAI - PETANG

Po Lin dan Soleha bersiar-siar di taman rekreasi..

SOLEHA
You mimpikan Tze?

PO LIN
Iya, Tze dan Po Lin.. Sungguh real, hidup..! Lebih
terang dan jelas dari segala pengalaman nyata..
(Malu sikit)
Er, heh.. Kami bersatu dalam mimpi itu..

SOLEHA
Ah, naturallah tu.. Mimpi kan terjemahan suara
rindu, yang melonjak-lonjak untuk diluahkan..

PO LIN
Tapi Sol..

SOLEHA
Ya ya I faham..
Sebahagian Tze masih di dalam diri you..

PO LIN
I nak kekalkan mimpi I..

SOLEHA
Hey Po Lin..!?
Mimpi adalah mimpi.. Bukan realiti..
CUT

51
EXT. ALAM MIMPI - HUTAN REKREASI - SIANG

Po Lin dan Tze baring tepi anak sungai..

PO LIN
Tze, alangkah baiknya kalau nikmat ini kekal...

TZE
Ya sayang, ia akan kekal selagi kau seru namaku..

PO LIN
Selama mana aku inginkan?

Tze tenung mata Po Lin.. Po Lin balas renungan Tze

TZE
Sayang, kalau kau pulang ke rumah itu, di sana ada
kepedihan, ada kesepian.. Lupakan rumah itu..

Po Lin mengeluh keliru..

TZE
Di sini aku setia menunggu, mengubat rindu kau
buat selama-lamanya..

Po Lin dalam dillema..

TZE
Aku tak memaksa, buatlah keputusan sendiri

CUT

52
INT. KARAOKE – KAUNTER BARTENDER - MALAM

Kita nampak gelas minuman keras, berada dalam gengaman Po


Lin.. Po Lin merenung gelas yang hampir kosong itu.. Dari wajah
Po Lin, kita tahu dia sudah banyak minum..

Tidak jauh dari Po Lin, kelihatan pengunjung lain sedang


berhibur.. Telefon bimbit Po Lin berdering… Po Lin jawab telefon
dengan nada orang mabuk..

PO LIN
Elo..

SOLEHA (VO)
You ada di dalam tu?

PO LIN
Eh Sol, you di luar ke? Masuklah..
(Pause)
Heh okey okey, sorry.. Dalam ni bukan tempat you
kan? Tapi kenapa susah-susah cari I?
CUT TO

EXT - KARAOKE - TEPI JALAN - MALAM

Soleha berada dalam kereta.. Dia padam telefon dan simpan dalam
beg, perhati arah kereta Po Lin yang barada berada di hadapan..

Soleha perhati pintu KARAOKE.. Dia nampak sekumpulan remaja


bersorak-sorai, melangkah masuk pintu karaoke.. Soleha keluar
dari kereta dan jalan arah pintu karaoke..

53
PINTU KARAOKE

Di pintu karaoke, seorang remaja menyapa Soleha, kerana hairan


dengan "penampilan" Soleha yang tidak sesuai dengan suasana
karaoke..

REMAJA
Eh Cik Kak? Cari suami ke?

SOLEHA
Wei Cik abang.. Saya tak ganggu urusan anda, anda
tak ganggu urusan saya, boleh?

Soleha masuk ke dalam dewan karaoke..

CUT TO

INT. KARAOKE - MALAM

Soleha nampak Po Lin sedang menghabiskan minumannya di


kaunter.. Soleha jalan ke sisi Po Lin.. Po Lin senyum, dan hulur
gelas kosong kepada Bartender (ROY).. Roy penuhkan gelas Po
Lin.. Po Lin minum dengan sekali teguk.. Kemudian hulur gelas
kosong kepada Roy.. Roy penuhkan gelas Po Lin sekali lagi.. Po
Lin cuba togok gelas.. Soleha tahan tangan Po Lin..

Po Lin tersentak dan tak jadi minum.. Po Lin keluarkan rokok, dan
nyalakan rokok.. Dengan tidak sengaja, Po Lin hembus asap rokok
ke muka Soleha.. Walaupun sesak nafas, Soleha biarkan asap
memenuhi ruang wajahnya..

54
SOLEHA
Jadi, dengan pengaruh sebegini, you mengharapkan
sesuatu yang terbaik untuk diri you?

Po Lin angguk dan senyum sahaja.. Soleha perhati kumpulan yang


sedang berkaraoke, berlagu dengan suara sumbang..

PO LIN
Di sini semua orang gembira..

SOLEHA
Hairan kan? Manusia boleh gembira, walau pun
bersuara sumbang.. I tak gembira kalau orang lain
tahu suara I sumbang..

PO LIN
Sol, I tanya satu perkara, boleh?

Soleha masih perhati orang yang berlagu dengan suara sumbang..


Po Lin tepuk bahu Soleha..

PO LIN
Dengarlah sini Sol, I serius ni..

SOLEHA
You serius? Dalam suasana sebegini, kita melawak
sahaja kan seronok?

Po Lin habiskan minumannya.. Sedut rokok, dan hembus asap ke


arah Soleha.. Soleha menahan batuk.. Tetapi akhirnya dia
tersedak.. Po Lin merapu macam orang mabuk..

55
PO LIN
Katalah you sudah berkahwin buat sekian lama..
Walaupun penuh pancaroba, ia tetap satu ikatan
yang bermakna, kan? Kemudian, suami you mati..
Setelah meratapi kematian itu buat beberapa waktu,
you keluar untuk mulakan kehidupan baru, kerana
ternampak sinaran cahaya di hujung laluan gelap
yang sedang you lalui..

SOLEHA
Hehe cerita lain tak ada ke?

PO LIN
Shut up dan dengar elok-elok boleh tak?

SOLEHA
Oh k k k...

PO LIN
Kemudian, suami you mula berhubung dengan you..
Dia bercerita tentang keindahan dan kedamaian di
tempat dia berada sekarang.. Dan dia mengajak you
ke sana.. Apa pendapat you?

Po Lin habiskan minuman yang masih ada dalam gelas..


Dengan wajah empati, Soleha usap bahu Po Lin..

SOLEHA
Sekarang dah lewat malam, mari kita balik..

CUT TO

56
EXT - KARAOKE - LEWAT MALAM

Po Lin dan Soleha berjalan dari karaoke menuju kereta Po Lin.. Po


Lin jalan terhoyong-hayang walaupun dalam pelukan Soleha..

SOLEHA
Boleh memandu?

PO LIN
Tak apalah, you baliklah dulu.. Bartender tadi janji
nak hantar I balik..

SOLEHA
Jangan mengada Po Lin..! Bartender tu balik rumah
dia dan you balik dengan I ke rumah you..!
Sementara itu I telefon Abang Zahrin ambik kereta
you di sini.. Dan, kalau you kesaorangan di rumah,
tidur sahaja di rumah kami..

Po Lin tidak mahu masuk kereta.. Dia keraskan badan..

PO LIN
Jangan risau sayang.. Kalau bartender tu janji nak
hantar I balik, I pastikan dia akan hantar I balik..
Nanti bila sampai rumah, I telefon you okey..

Sebaliknya, Po Lin pula yang “seret” Soleha ke keretanya dan


bantu Soleha masuk ke dalam kereta..

SOLEHA
Eh Po Lin?

57
SOLEHA (Samb..)
Tak payah tolong, I pandai masuk sendiri..!

Po Lin perhati Soleha masuk kereta dan beredar..


Setelah kereta Soleha menghilang, Bartender (Roy) muncul dan
terus menghampiri Po Lin..

ROY
(Peluk Po Lin)
Nak balik sekarang?

Po Lin terlalu pening.. Sandarkan kepalanya ke badan Roy..


Roy peluk Po Lin dan tersengeh..

PO LIN
‘Tze’.. Aku akan bermimpi selagi kau faham dan
layan mimpi-mimpi aku..

ROY
(Hairan)
Tze?!
(Setelah fikir dua kali)
Ya, Tze pun Tzelah, apa salahnya..

CUT

58
EXT/INT - RUMAH PO LIN - 10:00 PAGI

Kereta Soleha berada di hadapan rumah Po Lin.. Kereta Po Lin


tidak kelihatan.. Pintu rumah Po Lin masih berkunci. Soleha resah
tunggu lama-lama depan pintu.. Akhirnya, kereta Po Lin meluncur
masuk kawasan rumah.. Po Lin keluar dari kereta.. Dengan wajah
orang bersalah, dia melangkah ke muka pintu..

SOLEHA
Bartender kita tak sanggup hantar you balik ke?

PO LIN
Sanggup.. Tapi masa I tak sedar diri semalam, dia
sesat jalan dan terpaksalah bawa I tidur bilik dia..

SOLEHA
Berapa tips you bayar untuk perkhidmatan
sebegitu?

PO LIN
(Sambil picit dahi) Migraine I tengah menyerang ni,
janganlah tanya soalan berat-berat..

SOLEHA
Dulu tak pernah migraine..

PO LIN
Itu dulu..

Pintu terbuka, mereka masuk ke dalam..


CUT TO

59
INT. RUMAH PO LIN – DAPUR - PAGI

CEREK AIR sedang mendidih di atas dapur..


Soleha angkat cerek, tuang air panas ke dalam teko dan buat kopi..
Tidak lama kemudian, Po Lin (baru lepas mandi) tiba dan duduk di
meja dapur.. Di tangannya ada PANADOL dan AIR MINERAL..
Bersama dulang minuman Soleha duduk hadapan Po Lin, tetapi
tidak bercakap..

PO LIN
(Telan panadol dengan air mineral..)
Tentang bartender tu.. Nama dia Roy..

Soleha bersedia untuk mendengar..

PO LIN
I tak tahu apa berlaku masa I tertidur..
Tapi I rasa I mimpikan Tze..

SOLEHA
Hah?!

PO LIN
Janganlah menjerit..
Mungkin I pengsan pada ketika itu..

SOLEHA
Senang-senang you kata pengsan dan mimpikan
Tze, dalam bilik lelaki, you tak kenal? Mana dia
tinggal? Biar I ajar dia sekarang..!

60
Po Lin cuba tenteramkan Soleha..

PO LIN
Sol, perkara dah berlaku, okey?!
Mengapa gembar-gemburkan sangat?

Soleha bangun dan mundar-mandir di hadapan meja..

SOLEHA
Mana boleh okey? Po Lin, you tak okey..!
Dalam mengingati Tze, you relakan diri you kepada
orang lain..

Po Lin pekup kedua belah muka dan telinga, menangis sambil


gelengkan kepala..

PO LIN
Diam, diam, diam..!

Po Lin cuba bangkit.. Soleha tolak Po Lin supaya duduk semula..


Po Lin menangis dan pekup mukanya..
Soleha rendahkan suara, tetapi masih tegas..

SOLEHA
Po Lin, I ingin membantu, itu sahaja..

Po Lin menoleh ke muka Soleha.. Matanya berair..

PO LIN
I mengaku Sol, I memang lemah, dalam menangani
hal-hal sebegini..

61
Soleha duduk sebelah Po Lin.. Dalam kebingungan, Po Lin bangun
dan capai tisu dari atas peti ais. Lap air mata dan hembus
hingusnya.. Kemudian Po Lin jalan ke sinki untuk basuh muka
sambil hembus saki baki hingus..

PO LIN
Semua orang menekan dan anggap I macam kanak-
kanak.. Semua orang kata hidup-mati perkara biasa,
keadaan akan pulih kalau I sabar..
(hentak meja dengan kedua tapak tangan)

Sabar macammana Sol?

Soleha tersentak..

PO LIN
Ya.. I kalah dan menderita kerana kekalahan..
I tak pandai buat keputusan..! I bosan Sol.. Bosan..
Dan I harap orang lain jangan tambah kebosanan I..
Tinggalkan I seorang diri di sini..
(Penuh emosi)
TOLONG JANGAN GANGGU I LAGI..!!!

Soleha telan air liur.. Po Lin keluarkan rokok.. duduk semula di


kerusi dan nyalakan rokok dan PERHATI api lighter yang masih
menyala..

PO LIN
(Kecewa)
Doa dan keinginan kita yang baik-baik selalunya
tak pernah makbul, kan?

62
SOLEHA
(Pegang tangan Po Lin)
Kalau you tanya apa tanggapan I terhadap you..
I kata, You seorang wanita bermaruah tersendiri..
Kami semua sayangkan you..

Po Lin sengeh.. Air mata masih berlinang..


Soleha keluarkan diari dari beg, dan semak jadual hariannya..

SOLEHA
Malam besuk malam Ahad, apa kata kita makan
malam sama-sama di rumah kami? Nanti I masak
sedap-sedap untuk you..

PO LIN
Sol.. Zahrin Yap tak sepatutnya tahu perkembangan
macam ini, kan?

SOLEHA
Perkembangan apa? I tak nampak apa-apa pun..

Soleha tinggalkan Po Lin.. Lupa ambil diari..


Po Lin termenung, kemudian capai diari yang tertinggal di atas
meja dan tatap catatan "Masak sedap untuk Po Lin"..

PO LIN
(Tze masih bermain di kepala Po Lin)
Tapi Sol, mimpi I macam mana?
I berhak cari Tze di situ?

63
CUT
INT. KLINIK SWASTA - SIANG

Po Lin keluar dari bilik doktor dan terus ke kaunter ubat..


Jururawat bertugas semak priskripsi doktor..
Po Lin perhati jururawat keluarkan sebotol ubat tidur..

JURURAWAT
Masalah tidur?

Po Lin angguk

JURURAWAT
Harap-harap masalah you akan terubat..
Selamat bermimpi..

PO LIN
Terima kasih..Harap-harap begitulah..

Po Lin terima pil, bayar bil dan beredar..

CUT TO

INT. RUMAH PO LIN - SIANG

Po Lin murung di hadapan TV, menonton drama seorang wanita


sedang makan pil tidur untuk bunuh diri.. Di tangan Po Lin ada
segelas minuman keras..

CUT TO

64
EXT./INT. RUMAH SOLEHA - SIANG

Mdm Yap, Zahrin dan Soleha sedang bincang “Po Lin..”

ZAHRIN
Kalau Po Lin ingin Tze terus hidup dalam dirinya,
kenapa tak sambung perniagaan Tze yang tertinggal
tu, elok-elok.. Kan itu lebih rasional..

MDM YAP
Eh kenapa dari dulu kita tidak fikir soal ini?

ZAHRIN
Kita masih belum terlambat..
Kalau dia setuju, syarikat saya akan giatkan semula
modal pusingan dan aktiviti perniagaan Tze.. Po Lin
boleh duduk sebagai Pengarah Urusan di situ..

SOLEHA
Malam Ahad ni dia janji nak makan malam di sini,
Mama ada samalah nanti..

INTERCUT TO

EXT. RUMAH PO LIN - VARANDAH - SIANG

Po Lin duduk di kerusi malas, memerhati arah laut, sambil meng-


habiskan gelas demi gelas minuman keras..

CUT TO

65
EXT. HALAMAN RUMAH SOLEHA - SIANG

Soleha dan Zahrin temankan Mdm. Yap ke kereta..

MDM YAP
Buat dua tiga minggu ini, mama sibuk sikit..
Mungkin selepas itu mama akan beri perhatian
penuh untuk Po Lin.. Sementara itu tolong jenguk-
jenguk dia ya..

Soleha buka pintu kereta untuk Mdm. Yap..

ZAHRIN
Insya-Allah.. Tapi mama faham kan; kami pun ada
hidup sendiri untuk diatasi..

MDM YAP
(Tenung Zahrin dengan penuh harapan)
Mama tak mahu kehilangan Po Lin.. Jangan biarkan
dia kesaorangan..

SOLEHA
Jangan risau mama, Po Lin akan kembali ke
pangkuan kita, secepat mungkin.. Ini janji saya dan
abang Zahrin..
(Bantu Mdm Yap masuk kereta..)

CUT TO

66
INT. RUMAH SOLEHA – MEJA MAKAN – MALAM

Di meja makan, terhidang makanan lazat..


Soleha, Zahrin dan Liza kelihatan hampa kerana tetamu mereka
(Po Lin) tidak hadir..

LIZA
Lambatlah aunty Po Lin ni.. Liza laparlah..

SOLEHA
Sabarlah sayang.. Kejap lagi sampailah tu..
(Jeling Zahrin)
Mana tahukan, kereta dia rosak ke.. Dia pening ke,
atau ada tetamu datang rumah ke.

LIZA
Bencilah.. Aunty Po Lin ni..!

SOLEHA
(Merungut sendiri)
Po Lin ni ulang hal itu lagi tak?

ZAHRIN
Hal apa?

SOLEHA
Heh, tak ada apa-apa..

Untuk hilangkan rasa tak puas hati, Zahrin ratah lauk.. Liza ikut
ratah lauk, Soleha tepuk tangan Liza..

67
CUT
INT. RUMAH PO LIN - DAPUR - MALAM

Po Lin telan 2 biji pil tidur dan minum setegok minuman keras..
Kemudian tanda "x" di kalender bulanan dengan gincu bibir..
(Ada 7 “x” hari sejak Sabtu minggu lepas..)

CUT TO

INT. BILIK TIDUR PO LIN - MALAM

Kelihatan Po Lin (berbaju tidur) melangkah masuk sambil


menghisap rokok ke dalam bilik tidur bersama botol pil tidur, gelas
kosong dan sebotol minuman keras.. Po Lin letak perkara-perkara
tersebut atas meja solek dan kemudian duduk di bucu katil sambil
berfikir panjang..

Po Lin capai majalah yang berada di atas bantal.. Cuba baca


majalah, tetapi tidak dapat tumpu perhatian.. Letak semula majalah
atas bantal dan merenung arah botol minuman keras dan pil tidur..

Po Lin bangun dari katil.. Tuang minuman ke dalam gelas


(penuh).. Telan banyak pil dan habiskan muniman keras.. Po Lin
kembali ke katil.. Capai majalah, baring sambil selak-selak
majalah.. Kita dengar Po Lin baca tajuk..

PO LIN
"Kiasan mimpi: Sejarah dan fakta moden.."
(Pause)
Hmm, menarik juga ni..

68
DISSOLVE
EXT. TAMAN IMPIAN - SIANG

Po Lin jalan ke tebing anak sungai ke arah Tze yang sudah lama
mengelamun di situ.. Bila tiba, Po Lin bersandar manja di sisi Tze..

TZE
Banyak berfikir nampak?

PO LIN
Tze, andainya aku sedia untuk berada bersama kau
di sini, kau takkan tinggalkan aku lagi, kan?

Tze peluk Po Lin.. Po Lin alih pandangannya ke bawah..


Tze angkat dagu Po Lin dan tenung mata Po Lin..

TZE
Sayang, jawapannya ada dalam diri kau sendiri..
Carilah..!

Tidak jauh dari mereka ada titian.. Tze jalan ke titian tersebut dan
meniti ke seberang titian.. Ruang di seberang sana berkabus tebal..
Tze hilang dalam kabus tebal..

PO LIN
Tze? Mana kau Tze? TZEEE!!!

Tidak ada jawapan dari Tze.. Dengan langkah curiga Po Lin turut
meniti titian.. Kabus tebal mula menyelubungi titian.. Po Lin
berjaya melepasi titian.. Po Lin hilang ditelan kabus..

69
CUT
INT. BILIK TIDUR PO LIN - MALAM

(Po Lin sudah tertidur buat beberapa hari.. )

Po Lin tidur dalam resah.. Berpeluh..


Bantal peluk dan selimut sudah lama tercampak ke lantai..
Bilik gelap, hanya di terangi cahaya dari luar tingkap (Lampu jalan
dan cahaya bulan).. Po Lin, terjaga dari tidur.. Tangannya meraba-
raba meja di tepi katil, cuba pasang lampu meja.. Tetapi lampu
tidak menyala..

PO LIN
Tak ada elektrik ke?
CUT TO

INT. RUANG DAPUR - MALAM

Po Lin terhuyung-hayang dan meraba-raba masuk ruang dapur..


Cuba nyalakan lampu dapur, dan mengalami nasib yang sama..
Lampu tidak menyala..

PO LIN
Kenapa ni?

Po Lin jalan ke peti ais..


Buka peti ais dan mendapati lampu peti ais juga tidak berfungsi..
Kita nampak wajah Po Lin melalui cahaya yang masuk di ruang
tingkap.. Po Lin keluarkan satu tin minuman ringan.. Dan minum
persis orang kehausan, tidak minum beberapa hari.. Kita dengar Po
Lin meneguk minuman dan kemudian sendawa kuat..

70
CUT TO
INT. RUANG REHAT - MALAM

Po Lin jalan ke tingkap.. Dan hairan melihat lampu di rumah jiran-


jirannya, terang benderang..

Po Lin jalan ke meja telefon.. Dail telefon.. (Atas meja telefon ada
sekotak rokok dan lighter..)

PO LIN
Hi Sol, Po Lin ni.. Rumah I gelaplah..
Peliknya tu, rumah jiran-jiran elok pulak..

SOLEHA (VO)
You lupa bayar bil tak?

PO LIN
Oh my God, I lupa bayar ke? Ish, kenapalah
macam-macam hal berlaku pada diri I sekarang ini?

SOLEHA (VO)
You nak I bawakan torchlight ke, apa ke, ke sana?

PO LIN
Err you janji nak masak sedap-sedap untuk I, masih
on kan? I tertidurlah tadi..

SOLEHA (VO)
Po Lin sayang, janji makan malam kita, kan Sabtu
lepas? Ingat tak, bila I telefon, you kata you
letihlah, mintak batalkanlah.. Entah apa lagilah..

71
Hehe malam ini malam khamislah sayang..
PO LIN
Hah? Malam apa?

Po Lin capai kalender meja, dan semak haribulan.. Fikiran Po Lin


merewang hingga terlupa Soleha masih bercakap di telefon..

SOLEHA (VO)
Kalau you nak datang malam ini, pintu kami
sentiasa terbuka.. Liza selalu sebut-sebut nama you..
(pause)
Elo.. Elo Po Lin.. Elo, masih di situ lagi? Elo..
(line putus)

Po Lin raba lighter dan kotak rokok di atas meja telefon.. Selepas
nyalakan rokok, Po Lin gunakan lighter untuk cari lilin dalam laci
meja telefon.. Po Lin nyalakan beberapa batang lilin..
CUT TO

INT. BILIK MANDI - MALAM

Po Lin, dengan sebatang lilin, masuk bilik mandi.. Letak lilin


hadapan cermin.. Jari-jari Po Lin sentuh wajah sugulnya di
permukaan cermin.. Tiba-tiba kita dengar bisikkan Tze..

TZE (ECHO)
Po Lin…..

PO LIN
(Tercari-cari)
Huh?!

72
CUT TO
EXT. PINTU PAGAR RUMAH PO LIN - MALAM

Po Lin, masih berbaju tidur seperti adegan lepas, bergegas keluar


dari kawasan rumah.. Untuk menjejak suara Tze..

TZE
Po Lin….
CUT TO

EXT. JALANRAYA TEPI PANTAI - MALAM

Po Lin berlari-lari anak melalui beberapa kompleks perniagaan dan


kondominium di tepi laut.. Dia masih berusaha untuk menghampiri
SUARA Tze yang memanggil-manggil namanya.. Po Lin tidak
menghiraukan orang ramai dan kenderaan yang sesekali lalu dan
hampir melanggar dia.. Bisikkan suara Tze masih memanggil Po
Lin..
CUT TO

EXT. TEPI PANTAI - MALAM

Laut sedang pasang.. Angin menderu kencang.. Ombak memukul


tebing batu di tepi pantai, tempat Po Lin berdiri.. Po Lin merenung
hampa arah sebuah rumah api yang jauh di horizon sana..

PO LIN (ECHO)
Tze, apa betulkah hidupku bersinar bila bersama
kau sahaja?
(Tunggu jawapan, tetapi tiada jawapan)
Tze.. jawaplah.. Aku dah jemu bertanya..

73
CUT
INT. BEKAS PEJABAT TZE – SIANG

Po Lin berdiri di pintu yang masih memaparkan papan tanda “Tze


Construction & Supplies”

Po Lin buka pintu dan melangkah masuk dengan sedih.. Dia terus
berjalan menuju Pejabat Tze yang kelihatan suram sahaja..

Apabila sampai, Po Lin duduk di meja Tze dan perhati ruang


pejabat am dengan perasaan “serba kehilangan..” Angin meniup
masuk melalui sebuah tingkap yang terbuka..

POV Po Lin:
Ruang pejabat bersawang dan berhabuk kerana lama tidak dihuni.
Perabut dan alat kelengkapan pejabat, bersepah.. Kertas-kertas
bertaburan di atas lantai.. Tze menjelma di muka pintu dan
melambai-lambai senyum ke arah Po Lin, sebelum menghilang
semula..

CUT

74
INT. RUMAH PO LIN - TINGKAP RUANG TAMU - MALAM

Po Lin berdiri tepi tingkap, memerhati langit malam.. (Hanya


sinaran bulan dan lampu jalan yang menerangi wajah Po Lin..)
Sejurus kemudian, Po Lin labuhkan lansir: Ruang tamu gelap..

CUT TO

INT. RUMAH PO LIN - BILIK TIDUR - MALAM

Po Lin bersolek di hadapan meja solek.. Berpakaian serba putih


seolah-olah bersedia untuk memasukki alam mimpinya bersama
Tze..

CUT TO

INT. RUANG MAKAN - MALAM

Dengan pakaian serba putih, kelihatan Po Lin sedang menyediakan


meja makan dengan menggunakan set pinggan termahal yang ada
dalam kabinet dapurnya.. Ada sebatang lilin menyala di tengah
meja..

Kemudian Po Lin keluarkan satu pad kertas, pen, satu gelas


minum, sebotol brandy, dan sebotol pil tidur..

Dengan wajah kosong, Po Lin duduk, tuang brandy ke dalam


gelas, makan secubit makanan, keluarkan beberapa biji pil tidur,
telan kesemuanya dengan bantuan brandy yang telah dituangnya
tadi..

75
PO LIN termenung sebentar..
Selepas itu dia capai pen dan kertas dan mula mencatit sesuatu ke
atas kertas dengan tangan terketar-ketar..

Dengan air mata yang mengalir di pipi, Po Lin jalan ke telifon..


Apabila tiba di telefon, Po Lin dail telefon..

INTERCUT TO

INT. RUMAH MDM YAP - MEJA TELEFON - MALAM

Mdm Yap sedang kusyuk menulis.. Mdm Yap tidak hiraukan


telefon yang sedang berbunyi di sebelahnya.. Kita dengar mesin
penjawab panggilan, menjawab panggilan Po Lin..

TELEFON
(Suara Mdm Yap)
Hello, ini kediaman Madam Yap.. Saya tiada di
rumah buat ketika ini.. Jika anda tinggalkan nama
dan nombor anda, serta tinggalkan mesej anda, saya
pasti, andalah orang pertama saya akan panggil
sebaik sahaja saya tiba di rumah.. (bunyi tone)

CUT TO

76
INT. RUMAH PO LIN – MEJA MAKAN - MALAM

PO LIN termenung di meja makan.. Botol brandy dan botol pil


tidur tergolek di atas meja.. Badan serta tangan Po Lin sudah
kelihatan lesu tidak bermaya..

PO LIN (VO)
(Merintih)
Ma, jangan benci saya, saya sudah nekad.. Ini
sahaja pilihan yang boleh tenteramkan hati saya..
Buat ketika ini, saya sedang nazak.. Kalau mama
masih sayang, ini peluang mama untuk
membuktikannya..

Kamera fokus kepada kandungan NOTA yang berada atas meja..

“Tidak ada sesiapa walaupun aku,


mengerti kekosongan ini”

CUT TO

77
INT. RUMAH PO LIN - BILIK TIDUR - MALAM

Po Lin, terhoyong-hayang, melangkah masuk ke dalam bilik tidur


dan rebahkan dirinya ke atas katil.. Dengan wajah kosong Po lin
perhati siling, menunggu apa jua kemungkinan yang akan berlaku..
Selepas beberapa ketika, Po Lin pejamkan matanya..

INTERCUT TO

INT. RUMAH MDM YAP – MEJA TELEFON – MALAM

Mdm Yap selesai menulis.. Mdm Yap rebahkan dirinya di kerusi


panjang sambil merenung arah telefon.. Dia bangun untuk ke
telefon.. Mdm. Yap semak mesej di telefon..

PO LIN (VO)
Ma, jangan benci saya, saya sudah nekad..
Ini sahaja pilihan yang boleh tenteramkan
hati saya.. Buat ketika ini, saya sedang
nazak.. Kalau mama masih sayang, ini
peluang mama untuk membuktikannya..

Apabila mesej tamat, Mdm Yap gelabah dan terus dail telefon..

CUT TO

INT. RUMAH PO LIN – BILIK TIDUR - MALAM

TELEFON berdering.. Tidur Po Lin terganggu.. Po Lin gelisah,


tetapi sudah tidak berdaya utk ke telefon..

78
CUT TO
EXT. JLN RAYA – DALAM KERETA MDM YAP - MALAM

Sambil memandu laju, MDM YAP sibuk mendail telefon..

MDM YAP
Tak pernah line dia buzy macam ini..
(Dial telefon.. resah tunggu)
Ish sesiapa, jawablah panggilan ini..!
(Lega, bila panggilannya dijawab)
Hello, saya rasa anak saya dalam kecemasan.. Boleh
hantar ambulans tak, ke alamat berikut?
(Sebut alamat rumah)
Ya ya saya tunggu di situ.. Bye Terima kasih..

(Dail sekali lagi)


Come on Po Lin, jawablah cepat..! Tolong Po Lin,
jawablah..

Mdm. Yap memecut dengan laju membelah jalan raya yang tidak
berapa sibuk pada ketika itu..

CUT TO

INT. BILIK TIDUR PO LIN – LARUT MALAM

Telefon berdering.. Po Lin lena tidur..


Cahaya bulan menerangi wajah Po Lin yang sudah berubah
PUCAT..

DISSOLVE

79
INT. ALAM MIMPI – KORIDOR KUIL - MALAM

Po Lin kembali ke alam mimpinya..


Dia sedang melalui sebuah ruang koridor yang agak panjang,
bercahaya samar.. Po Lin berpakaian putih, sama dengan pakaian
sebelum dia masuk tidur..

Po Lin terus berjalan hingga sampai ke sebuah pintu.. Apabila tiba


di pintu, dia buka pintu tersebut, jenguk ke dalam dengan berhati-
hati..

Setelah yakin, Po Lin masuk ke bilik.. Dalam bilik itu ada satu lagi
pintu tertutup.. Tze menjelma di hadapan pintu..

PO LIN
Tze?!

TZE
Po Lin…

Po Lin bergegas dan terus masuk ke dalam pelukan Tze..


Mereka berpelukkan untuk melepaskan rindu..

PO LIN
Aku cintakan kau Tze..

CUT TO

80
INT. RUMAH PO LIN – RUANG TAMU - MALAM

Cahaya dalam rumah Po Lin suram.. Mdm Yap hampir tersungkur


apabila menerjah masuk ke dalam ruang tamu.. Dalam kesuraman
itu, Mdm Yap mencari switch lampu..

MDM YAP
Po Lin..

Lampu menyala.
Mdm. Yap meluru ke meja makan setelah nampak botol brandy
dan botol pil tergolek di atasnya.. Dia nampak NOTA terhimpit di
celah botol brandy dan botol pil tidur.. Mdm. Yap baca nota..

Dia terkejut.. Mata tidak berkelip.. Mulut melopong..

MDM YAP
Po Lin..! Kau mana hah?

CUT TO

INT. BILIK TIDUR PO LIN - MALAM

Bilik tidur Po Lin suram dan hening.. Dengan langkah berhati-hati


Mdm Yap masuk.. Mdm Yap nampak badan Po Lin terbujur kaku..
Mdm Yap rebah ke lantai dengan aidaian Po Lin sudah mati..

MDM YAP
Po Lin.. Tidakkk…!

81
CUT TO
INT. ALAM MIMPI PO LIN – BILIK - MALAM

Po Lin berlegar-legar dalam bilik.. Kebingungan..

PO LIN
Mana taman tempat kita mula bertemu dulu?
Sungainya, unggasnya.. Mana dia?
Bawa aku ke sana..

TZE
Itu mimpi kau sahaja.. Taman, sungai, ungas,
semuanya mimpi belaka.. Yang nyata, hanyalah
aku..

PO LIN
Tze?!

TZE
Bukankah aku yang kau kehendaki?
Jom, ikut aku ke sana..
(Tunjuk pintu yang masih tertutup)

PO LIN
(curiga dan tenung mata Tze..)
Apa di sebalik pintu tu?

TZE
Aku tak tahu.. Aku sendiri tak pernah masuk ke situ
sejak berada di bilik ini..

82
CUT TO
INT. BILIK TIDUR PO LIN

Seorang pembantu perubatan sedang periksa keadaan Po Lin


Mdm Yap risau apabila lihat dia menggeleng kepala..

MDM YAP
Anak saya.. Jangan biarkan dia mati.. Saya
tak mahu dia mati..

Pembantu Perubatan #2 tarik Mdm. Yap ke tepi untuk mudahkan


temannya bantu Po Lin..
CUT TO

INT. ALAM MIMPI - BILIK - MALAM

Po Lin melangkah marah kepada Tze..

PO LIN
Kau tipu aku..

TZE
Po Lin.. Aku bersendirian di sini.. Aku takut..

Tze peluk Po Lin.. Po Lin meronta.. Tze eratkan pelukkannya..

TZE
Ketakutan, memaksa aku mencari kau..
Temankan aku di sini, Po Lin..

83
CUT TO

INT. BILIK TIDUR PO LIN

Soleha, Zahrin dan Liza sudah berada di situ, memerhati seorang


Doktor berhempas pulas untuk selamatkan Po Lin dari koma..
Doktor menoleh kepada Mdm Yap..

DOKTOR
Anak puan dah stabil sekarang..
Walau bagaimanapun, sama-samalah kita harap, dia
tabah menghadapi apa sahaja yang sedang dia
hadapi sekarang..

Mdm. Yap meratap tepi Po Lin..

MDM YAP
Mengapa sayang, mengapa? Ini bukan peleraian..
Kalau mama bersalah, maafkan mama..
(Usap dan cium tapak tangan Po Lin..)
Tidak Po Lin, jangan mati sebelum mama.. Mama
tak benarkan.. Mama tak rela..

CUT TO

84
INT. ALAM MIMPI - BILIK

Po Lin terlepas dari pelukan Tze dan cuba berundur dari Tze..
Tze masih berusaha untuk peluk Po Lin..

TZE
Kau tak sayang aku lagi?

PO LIN
Tze, biarlah kesempatan ini aku gunakan untuk
merestukan pemergian kau..
Pergilah sayang, laluan kita sudah berbeza, kita tak
serupa.. Pergilah sayang, hidup baru kau menanti di
sana..

Po Lin pandang pintu, kemudian pandang Tze..


Tze hampir berjaya peluk Po Lin

PO LIN
Jangan paksa aku. sayang..
Bila tiba masanya, aku tetap akan ke sana untuk
bersama kau.. Percayalah, ini janji aku..

Tze melangkah-langkah hampa sambil berfikir..

TZE
Baiklah, kalau kau hendak aku lakukan begitu, aku
akan lakukan..

85
Tze menoleh ke pintu, kemudian menoleh semula kepada Po Lin..

TZE
Po Lin..

PO LIN
Hmm?

TZE
Boleh aku cium dahi kau buat kali terakhir?

Air mata Po Lin berlinang..

PO LIN
Entahlah Tze.. Aku…

Tze tenung wajah Po Lin..

TZE
Satu kucupan terakhir, setelah sekian lama, apa
salahnya?

Po Lin tarik nafas panjang, relakan dahinya kepada Tze.. Tze peluk
Po Lin dan cium dahi Po Lin untuk kali terakhir.. Tze menangis,
Po Lin turut menangis..

Pelukkan Tze semakin erat.. Po Lin cuba lepaskan dirinya dari


pelukan Tze.. Tetapi terpaksa biarkan Tze terus memeluknya..
Mereka semakin hiba.. Akhirnya, Tze longgarkan pelukan dan Po
Lin melangkah setapak ke belakang..

86
Tze menoleh dan jalan ke pintu.. Kemudian toleh semula ke arah
Po Lin.. Po Lin hadiahkan satu lambaian manja.. Walaupun sedih,
Tze balas dengan sebuah senyuman terakhir..
TZE
Sayang.. Walaupun kematian ini memisahkan kita,
aku akan sentiasa merindui kau.. Cinta aku tidak
akan luput buat selama-lamanya..

Po Lin kesat air mata yang tidak berhenti mengalir..

PO LIN
Selamat jalan sayang.

Sambil membuka pintu, Tze mengangguk.. Kemudian melangkah


gagah ke dalam bilik berkabus yang mengandungi seribu
kemungkinan itu..

CUT TO

87
INT. RUMAH PO LIN – RUANG REHAT – PAGI

Zahrin berdiri tepi tingkap.. Memerhati luar tingkap..


Soleha masih terlelap atas sofa sambil meriba Liza..
CUT TO

INT. BILIK TIDUR PO LIN - PAGI

Mdm Yap duduk meratap seorang diri, sambil merenung wajah Po


Lin yang masih koma..

MDM YAP
Po Lin, kau tahu tak, kau sebahagian hidup mama?
Po Lin, mengapa diam sahaja? Cakaplah dengan
mama..

Mdm Yap rebahkan kepalanya ke dada Po Lin; cuba mendengar


degupan jantung Po Lin..

MDM YAP
Kembalilah sayang.. Mama tak sanggup kau pergi
begitu sahaja.. Tidakk..

Suasana dalam bilik semakin hening..


Mdm Yap teresak-esak hiba..

CUT TO

88
INT. ALAM MIMPI - BILIK.

Po Lin jalan ke pintu asal, tempat dia masuk ke dalam bilik ini..
Apabila tiba di pintu, Po Lin menoleh ke Tze.. Dia nampak Tze
melangkah dan menghilang dalam kabus di bilik satu lagi..

PO LIN
(Berharap)
Tuhan, tunjukkan aku jalan pulang..

CUT TO

INT – RUMAH PO LIN – BILIK PO LIN - PAGI

Sinaran matahari menerangi bilik Po Lin..

Kita nampak Mdm Yap lena di kerusi yang terletak rapat di


sebelah katil Po Lin.. Mdm Yap terjaga, jeling Po Lin yang sedang
tidur mengereng.. Dengan mata separuh terbuka, Mdm Yap
nampak Po Lin menguap..

Buat seketika, Mdm. Yap dan Po Lin saling pandang-memandang


sesama mereka sahaja.. Po Lin senyum dan tertidur semula.. Mdm
Yap senyum dan dia juga sambung tidur.. Kemudian… Mdm Yap
serta merta terjaga dan bingkas dari kerusi, menerkam ke katil,
peluk dan dudukkan Po Lin.. Po Lin menggosok-gosok mata,
kehairanan.. Mdm. Yap terlalu gembira untuk beri penjelasan..

89
PO LIN
(Masih pening lalat)
Ma?
MDM YAP
Po Lin?

Mdm Yap terlalu gembira..

MDM YAP
PO LIN!!!!!!! Oh, ohhhhhh!!!! Oh my GOD!!!!!!!
Oh Po Lin, kau masih hidup Po Lin!!!!!!

Mdm. Yap peluk Po Lin.. Po Lin terbuai-buai ke belakang dan ke


hadapan.. Selepas itu Mdm Yap kepenatan dan bawa muka Po Lin
rapat ke mukanya.. Po Lin biarkan ibunya melakukan apa sahaja
terhadap dirinya.. Setelah Mdm Yap “pulih”..

PO LIN
Mama?

Dengan perlahan, seperti orang tidak yakin, Mdm Yap hulur


tangan untuk sentuh muka Po Lin.. Ketawa kecil Mdm Yap diikuti
dengan tangisan gembira..

Po Lin peluk Mdm Yap..

PO LIN
Ma? Betul ke saya dah balik?

Mdm. Yap tidak ada jawapan untuk Po Lin..

90
PO LIN
Ma, betul ke?

MDM YAP
(Tenang bercampur sebak)
Anak mama sayang, Apa kata kamu mandi dan
kenakan pakaian baru yang mama belikan hari itu?
Zahrin Yap, Soleha dan Liza sedang menunggu di
luar..
(Tarik tangan Po Lin..)
Cepatlah sayang..

CUT

91
INT – RUANG TAMU – PAGI

Po Lin (Sudah mandi dan berdandan serta mengenakan pakaian


baru) melangkah masuk ke ruang tamu, diikuti oleh Mdm Yap.

Zahrin masih merenung luar tingkap..


Soleha masih tidur di sofa.. Liza di riba Soleha..

Liza terjaga dan nampak Po Lin..

LIZA
Umi, aunty Po Lin..!

Liza, bingkas dari riba Soleha dan menerpa ke Po Lin..


Zahrin menoleh ke Po Lin..
Soleha terjaga, pandang arah Po Lin dan serta merta berdiri..

Tamat..

92

Anda mungkin juga menyukai