Anda di halaman 1dari 21

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |1

UNIT 5
PENSKORAN, PENGGREDAN, PENTAFSIRAN DAN PELAPORAN
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menganalisis dan mentafsir skor.
2. Menggunakan hasil penilaian untuk menambah baik pengajaran.
3. Menghuraikan cara melapor kepada pelajar, ibu bapa dan pihak lain.

PENGENALAN

Murid takut hendak tunjukkan kad laporan kepada bapa

Rajah 5.1 Kesan gred dan pelaporan kepada murid dan bapa

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |2

Pernahkah anda berada dalam situasi murid di atas? Pernahkah juga anda merasakan bahawa
diri anda tidak cukup tepat digambarkan melalui penaksiran yang menggunakan sekeping kad
sahaja?

dakah anda tahu bahawa gred yang guru berikan kepada murid sangatlah besar kesannya kepada
pembelajaran murid. Selain gred yang terdapat di dalam kad laporan murid, bagaimana pelaporan
prestasi murid itu didokumenkan adalah penting. Adakah pelaporan itu bersifat objektif, telus dan
mempunyai kebolehpercayaan? Adakah pelaporan itu bersifat berterusan? Adakah pelaporan itu juga
bersifat professional? Iaitu bertujuan untuk menggalakkan pembelajaran terus berlaku dengan lebh maju.
Mari kita bayangkan beberapa keadaan dalam masyarakat kita. Pertama, Halim adalah seorang murid
yang pandai tetapi dia seorang yang cepat panik dan amat gementar apabila hendak menduduki
peperiksaan.bertulis. Walaupun semasa dalam kelas, Halim dapat menjawab dan mengikuti pelajaran
dengan baik tetapi keputusan gred peperiksaannya sentiasa kurang baik. Kedua, Bapa Rudy seorang
yang panas baran dan sentiasa menghendaki Rudy memperoleh gred A dalam semua mata pelajarannya
di sekolah. Ketiga, Sarah seorang yang pasif, tidak suka bercakap dan tidak mempunyai ramai kawan, dia
hanya menghabiskan masanya dengan membaca dan tidak berinteraksi dengan orang lain.
Bagaimanapun gred peperiksaan Sarah adalah cemerlang. Bila anda sudah selesai memahami ketiga-tiga
situasi berkenaan, buat refleksi dengan menjawab soalan berikut:
Adakah gred yang diperoleh menggambarkan prestasi sebenar murid-murid itu? Adakah
berkemungkinan gred yang mereka perolehi akan menimbulkan ,
kemurungan, salah laku seperti menipu dalam peperiksaan atau
kesombongan?
Adakah pelaporan gred murid-murid tersebut membantu murid belajar dengan
cemerlang dan mencapai matlamat pembelajaran untuk menghasilkan individu yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial?

ISI KANDUNGAN
Apa itu penskoran?
Sebelum kita mempelajari berkenaan penggredan, kita akan melihat dahulu apa itu penskoran. Penskoran
sangat berkait rapat dengan pengukuran. Di dalam bilik darjah, contoh pengukuran yang paling lazim ialah
apabila guru memberikan skor selepas sesuatu ujian atau kuiz dijalankan. Penskoran ialah proses
memberi skor kepada jawapan murid. Iaitu penskoran menghasilkan satu huraian prestasi dalam bentuk
numerik.
Terdapat dua kaedah penskoran iaitu penskoran holistik dan penskoran analitik. Penskoran holistik
melihat yang keseluruhan itu adalah lebih besar daripada jumlah kesemua bahagian yang terlibat. Ia
melihat hubungan dan saling kaitan di antara kesemua bahagian yang terlibat. Seandainya mana-mana

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |3

satu bahagian itu didapati sangat lemah, keseluruhan prestasi berkemungkinan akan terjejas dengan
teruk.Oleh kerana itu, penskoran holistik biasanya dilakukan selepas penskoran analitik serta memperoleh
maklumat daripada penskoran analitik. Penskoran analitik boleh membantu seseorang guru daripada
terlepas pandang akan ciri-ciri yang sepatutnya merupakan faktor penting yang patut dimasukkan dalam
penskoran holistik. Dengan lain perkataan,penskoran holistik menggambarkan pandangan keseluruhan,
misalnya sebuah karangan, dengan memberikan satu skor sahaja.
Manakala penskoran analitik melihat sebuah karangan itu terdiri daripada banyak bahagian, dan
memberikan skor berasingan bagi setiap bahagian. Penskoran analitik memberikan maklumbalas yang
mendalam untuk pelajar menambahbaik aspek berbeza dalam karangan mereka. Dengan kata
lain,penskoran analitik bermaksud menjumlahkan kesemua markah setiap satu bahagian. Penskoran
analitik mempunyai dua tujuan. Pertamanya, ia membimbing guru untuk menumpukan perhatian ke atas
perkara-perkara yang relevan. Keduanya ialah untuk menyediakan maklum balas yang spesifik kepada
pelajar untuk membantu mereka dalam membuat persediaan.

Apakah langkah-langkah untuk memastikan penskoran dibuat secara objektif?


Isikan carta alir di bawah bagi menunjukkan secara ringkas langkah-langkah untuk
memastikan penskoran dibuat secara objektif, sama ada seseorang guru menggunakan
penskoran holistik maupun analitik.

Rajah 5.2 Carta alir menunjukkan langkah-langkah utama penskoran secara objektif

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |4

Selepas mengetahui bahawa terdapat dua kaedah penskoran iaitu holistik dan analitik, mari kita melihat
jenis-jenis skor yang ada. Dua jenis skor yang dikenalpasti ialah skor mentah dan skor terbitan.
Mungkin anda pernah dengar kedua-dua istilah ini.
Oleh itu,tuliskan satu atau dua ayat sendiri, apakah yang dimaksudkan dengan skor mentah dan skor
terbitan
___________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

__________________________________________________________________________________

Perhati semula jawapan yang anda telah tulis, adakah sama dengan huraian di bawah.

Skor mentah ialah jumlah poin yang diperolehi pelajar atau bilangan jawapan yang betul. Contohnya:
1. Dua puluh huruf abjad dapat dinamakan dengan betul.
2. Empat puluh poin diperolehi dalam ujian pengetahuan am.
Skor mentah dan skor peratusan adalah sangat serupa. Contohnya:
1. Sembilan puluh peratus daripada100 soalan telah dijawab dengan betul.
2. Tujuh puluh lapan peratus daripada soalan sains itu dijawab dengan betul.
Jikalau anda menyatakan skor mentah adalah sama dengan skor peratusan, ia adalah benar bila bahan
dikenalpasti dengan jelas. Contohnya, Sam dapat menamakan semua huruf abjad dengan betul atau
Nora menjawab 80% daripada soalan matematik dengan betul.
Bagaimanapun, apabila tugasan yang perlu dilakukan dikenalpasti dengan eksplisit, skor mentah
mempunyai makna yang jelas tetapi tidak selalunya jelas bagi skor peratusan. Contohnya, Rohani
menamatkan larian 200 meter dalam 12 saat.
Skor terbitan ialah skor yang dimodifikasi atau ditukar daripada skor mentah. Kedua-dua skor mentah
dan skor peratusan tidak menunjukkan status rujukan norma. Supaya prestasi calon boleh dibandingkan
dengan kumpulan atau orang lain, skor mentah perlu ditukar kepada skor terbitan.

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |5

Skor terbitan mutlak dan skor terbitan relatif (norma) adalah dua jenis skor terbitan. Bagi skor terbitan
mutlak, lazimnya skor diberikan sebagai perbandingan prestasi murid berasaskan satu standard yang telah
ditentukan lebih awal, iaitu selalunya menggunakan sistem 100-poin. Manakala skor terbitan relatif ialah
skor yang membandingkan prestasi murid berdasarkan prestasi ahli kumpulan.
Apabila anda sudah memahami apakah itu penskoran, langkah seterusnya anda perlu memahami apakah
penggredan. Cuba anda huraikan apakah yang ada tahu mengenai penggredan dengan menulisnya di
ruangan yang disediakan.
____________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________

Apa itu penggredan?

agi menjawab soalan tersebut, mari kita mendefinisikan istilah penggredan. Penggredan ialah
proses memberi gred ke atas jawapan atau skor murid dan biasanya gred diberi dalam bentuk
abjad. Gred yang akan diberikan kepada murid sepatutnya melambangkan sejauh mana objektif
pengajaran dan pembelajaran telah dicapai, dan sepatutnya selari dengan polisi sekolah atau negara.
Jika penaksiran yang dijalankan mengandungi pelbagai kaedah seperti penaksiran konvensional dan
penaksiran autentik, maka masalah untuk menggred ialah bagaimana untuk merumuskan koleksi
maklumat-maklumat yang berbeza ini hanya dengan menggunakan satu gred huruf atau laporan ringkas
sahaja.
Tahukah anda bahawa terdapat dua jenis penggredan? Iaitu penggredan rujukan norma dan
penggredan rujukan kriteria.
Penggredan rujukan kriteria menyatakan prestasi seseorang yang dibandingkan dengan kriteria piawai
yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Misalnya,
menaip pada kadar 37 perkataan seminit .
melakukan CPR, menggunakan peralatan yang disediakan, dengan cara yang telah dihuraikan.
Supaya penggredan jenis ini berguna, kriteria yang bermaksud asas perbandingan atau pemerolehan
satu kontinum ilmu, daripada tiada kecekapan langsung kepada satu prestasi yang sempurna (Glaser,
1963, dalam Hanna & Dettmer, 2004). Ia bukan bermaksud aras pencapaian yang diperlukan. Kriteria itu
mestilah bidang kandungan atau kemahiran yang boleh dikenalpasti secara eksplisit. Bidang itu mestilah

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |6

boleh diperhalusi dan dapat ditunjukkan dengan jelas perlakuan yang bagaimana termasuk dalam bidang
tersebut dan bahagian mana yang tidak termasuk.
Penggredan rujukan norma menyatakan prestasi seseorang yang dibandingkan dengan prestasi
sekumpulan orang lain. Misalnya,
memperoleh gred ekuivalen 4.7 daripada kumpulan kebangsaan dalam ujian pemahaman.
memenangi peraduan menaip laju.
Supaya penggredan jenis ini berguna, ia mesti lah membandingkan prestasi seseorang itu dengan prestasi
kumpulan yang relevan dan betul. Kumpulan rujukan atau norma mestilah dihuraikan dengan jelas,
barulah perbandingan yang bermakna boleh dilakukan. Jadi, apabila kumpulan rujukan itu dihuraikan
dengan secukupnya dan relevan bagi tujuan pemberian makna, maka ia dapat menghuraikan status calon
secara perbandingan yang bermakna di antaranya dengan orang lain.
Bagaimanakah kedudukan murid ditentukan? Mari kita tentukannya berdasarkan penggredan rujukan
kriteria dan penggredan rujukan norma.

erdasarkan penggredan rujukan kriteria , kedudukan murid dapat ditentukan melalui berbagai cara.
Salah satunya ialah dengan mencampurkan semua skor mentah tanpa wajaran. Jikalau pemberian
gred yang lazimnya melibatkan gabungan keputusan daripada berlainan jenis penaksiran, termasuk
ujian, projek, laporan, dan kerja makmal, maka jika setiap elemen hendak dimasukkan dalam gred
berasaskan kepentingan relatif setiap elemen itu, data mestilah digabungkan dengan cara membuat
wajaran yang betul. Begitu juga skor-skor mentah dicampurkan dengan wajaran mengikut mata pelajaran
apabila melibatkan lebih daripada satu mata pelajaran. Akhirnya kita akan memperoleh skor komposit.
Rubrik iaitu panduan penskoran juga boleh digunakan. Apabila semua skor komposit bagi setiap murid
telah diperolehi, kedudukan murid akan dapat ditentukan dengan tepat.

ebelum penggredan rujukan norma digunakan untuk menentukan kedudukan murid, skor mentah
perlu ditukarkan ke skor terbitan. Untuk membandingkan prestasi di kalangan murid, semua ujian
yang diambil mereka mestilah berada pada skala yang sama. Skor-skor mentah tidak boleh
digunakan kerana ujian-ujian itu mungkin berbeza dari segi bilangan item ujian ataupun darjah kesukaran
item.

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |7

Apakah kategori skor terbitan yang utama dan selalu digunakan di sekolah?

Isikan tiga kategori utama skor terbitan ke dalam Rajah 5.4 di bawah

B
Rajah 5.3 Tiga kategori utama skor terbitan

angkat persentil (Percentile Rank) ialah suatu peratusan daripada satu kumpulan rujukan. Ia
dapat menunjukkan kedudukan relatif seseorang murid dalam satu kumpulan berasaskan peratusan
ahli-ahli kumpulan itu yang memperoleh skor pada atau di bawah skor mentah murid tersebut.
Sebagai contoh, jika skor mentah 30 bersamaan dengan persentil rank 60, itu bermakna 60 % daripada
ahli kumpulan tersebut memperoleh skor mentah sama dengan atau lebih rendah daripada 30. Dengan
menukarkan skor mentah kepada pangkat persentil , skor-skor mentah itu telah berada di atas skala yang
mempunyai makna yang sama dengan kumpulan-kumpulan yang berbeza saiz dan tempoh masa ujian
yang berbeza.
Supaya lebih jelas, mari kita kira dan bentukkan satu jadual sebaran kekerapan dan pangkat persentil
untuk satu ujian objektif yang terdiri daripada 40 item. Ikut langkah-langkah berikut:
Skor mentah disusun dari tinggi ke rendah (kolum 1).
Bilangan murid yang memperoleh setiap skor itu disenaraikan ke dalam kolum frekuensi (kolum
2).
Skor frekuensi ditambah dari bawah ke atas (iaitu dengan menambah setiap skor frekuensi
kepada jumlah frekuensi dari semua skor di bawahnya untuk memperoleh frekuensi kumulatif
(CF)(kolum 3).
Untuk memperoleh pangkat persentil (kolum 4), gunakan formula berikut:

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |8

Di mana PR = pangkat persentil


CF = frekuensi kumulatif
Untuk menunjukkan bagaimana mengira pangkat persentil, mari kira dua skor mentah berikut:

Jadual 5.1 Taburan frekuensi dan pangkat persentil untuk satu ujian objektif terdiri daripada 40 item
_____________________________________________________________________________________
1
2
3
4
Skor Ujian
Frekuensi
Frekuensi Kumulatif
Pangkat Persentil *
_____________________________________________________________________________________
37
1
30
98
36
1
29
95
35
0
28
93
34
2
28
90
33
2
26
83
32
3
24
75
31
2
21
67
30
2
19
60
29
4
17
50
28
2
13
40
27
2
11
33
26
2
9
27
25
4
7
17
24
2
3
7
23
1
1
2
________________
N = 30
_________________________________________________________________________________
* Dibundarkan kepada nombor bulat yang terdekat.
Bila mentafsir pangkat persentil, pelajar hendaklah berhati-hati, kerana pangkat persentil menghuraikan
prestasi ujian berdasarkan peratusan murid-murid yang memperoleh skor yang lebih rendah dan bukan

Penskoran, Penggredan, Pentafsiran Dan Pelaporan |9

peratusan item yang dijawab dengan betul. Peratusan skor betul ialah tafsiran rujukan kriteria manakala
pangkat persentil adalah tafsiran rujukan norma kerana ia menunjukkan satu kedudukan relatif.
Keduanya pangkat persentil sentiasa spesifik kepada sesuatu kumpulan tertentu. Sebagai contoh, pangkat
persentil 95 dalam kumpulan murid cerdik mewakili prestasi ujian yang lebih tinggi daripada pangkat
persentil 90 dalam kumpulan murid sederhana. Jadi pelajar perlu mengetahui sifat semulajadi sesuatu
kumpulan bila hendak menghuraikan kedudukan relatif seseorang murid.
Ketiganya, pangkat persentil tidak tersusun pada jarak yang sama di atas skala. Perbezaan 5 pangkat
persentil di tengah-tengah taburan skor mewakili prestasi ujian yang lebih kecil berbanding perbezaan 5
pangkat persentil di hujung-hujung taburan. Ini adalah kerana persentil rank adalah didasarkan kepada
peratus murid yang dilangkau atau dapat ditandingi. Dan terdapat peratusan murid yang lebih besar di
tengah-tengah taburan skor untuk dilangkau berbanding di hujung-hujung taburan. Misalnya, di hujung
taburan, perbezaan beberapa poin skor mentah tidak banyak mengubah pangkat persentil disebabkan
terdapat hanya sedikit sahaja skor tinggi.

kor gred ekuivalen selalu digunakan di tahap sekolah rendah. Skor mentah seorang murid
daripada satu ujian ditukarkan ke tahap gred yang sepadan dengan skor mentah purata murid-murid
di dalam kumpulan norma. Jadual di dalam manual ujian menunjukkan kolum-kolum yang selari di
antara skor mentah dengan gred ekuivalen. Pelajar hanya perlu merujuk jadual dalam manual itu dan
mendapatkan gred ekuivalen untuk mana-mana skor mentah yang diingini.
Dikatakan skor gred ekuivalen berkemungkinan merupakan skor yang paling kerap disalah tafsir. Mari kita
lihat apakah yang dimaksudkan dengan skor gred ekuivalen dan yang mana tidak. Katalah kita
memperoleh skor gred ekuivalen berikut daripada suatu ujian bateri untuk Liam, yang berada dalam
pertengahan tahun di darjah empat.
Membaca

4.5

Bahasa

6.5

Matematik

7.8

Perhatikan bahawa skor gred ekuivalen dipersembahkan berdasarkan tahap gred dan bulan dalam tahun
pengajian. Dilihat di sini bahawa skor Liam dalam membaca bersamaan dengan skor purata yang
diperoleh oleh murid-murid (daripada kumpulan norma) yang berada di pertengahan tahun di darjah empat.
Jadi dari aspek membaca, Liam ditafsirkan sebagai sederhana. Dari aspek bahasa, Liam ditafsirkan ke
hadapan dua tahun, dan dari aspek matematik, dia ditafsirkan ke hadapan lebih dari tiga tahun. Adakah itu
bermakna Liam boleh membuat kerja dan tugasan pada tahap-tahap ini?
Tidak, sebaliknya besar kemungkinan itu bermaksud yang Liam boleh melakukan tugasan gred empat
lebih cepat dan lebih cekap daripada murid darjah empat yang lain. Dalam ujian-ujian tersebut

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 10

berkemungkinan besar tiada soalan-soalan pada tahap enam dan tujuh dimasukkan. Demikian juga jika
gred ekuivalen yang rendah diperolehi, misalnya jika Sara, murid darjah empat, memperoleh skor
matemaik 3.0, itu bukan bermaksud Sara hanya dapat selesaikan tugasan matematik darjah tiga. Lebih
tepat ialah itu bermaksud sara menyelesaikan tugasan matematik darjah empat dengan lebih lambat dan
melakukan lebih banyak kesalahan berbanding murid darjah empat yang lain.
Oleh kerana itu, pelajar perlu ingat bahawa skor gred ekuivalen bukanlah satu standard yang hendak
dicapai tetapi hanyalah skor purata murid-murid dalam kumpulan norma. Juga,skor gred ekuivalen yang
terlalu tinggi atau rendah bukan indikator prestasi ujian yang boleh disandarkan sebagaimana skor gred
ujian yang berdekatan dengan tahap gred murid itu. Ini adalah kerana skor ekuivalen yang tinggi dan
rendah lazimnya diperolehi melalui proses ekstrapolasi dan tidak mewakili skor purata yang diperoleh oleh
kumpulan-kumpulan tersebut.

kor piawaian dapat menghuraikan prestasi ujian berdasarkan berapa jauh suatu skor mentah itu di
atas atau di bawah purata. Ianya dinyatakan dalam unit yang dihitung daripada min dan sisihan
piawai suatu set skor. Sebagai mana pelajar tahu min digunakan sebagai suatu purata. Iaitu
dengan menjumlahkan semua skor dan kemudian dibahagi dengan bilangan skor. Sisihan piawai
menunjukkan sebaran semua skor dalam satu set skor. Formula untuk menghitung sisihan piawai ialah

Di mana

= jumlah
X = satu skor ujian
N = bilangan skor
M = min
= punca ganda dua

Sisihan piawai sangat penting dan digunakan dengan meluas dalam pengujian. Supaya pelajar lebih
memahami min dan sisihan piawai, elok kita menggunakan keluk norma supaya lebih jelas. Rajah 5.4
menunjukkan satu contoh keluk norma. Ianya berbentuk loceng yang simetrikal. Taburan skor tertumpu
berdekatan dengan min yang berada di titik tengah dalam taburan norma. Frekuensi skor berkurangan
apabila semakin jauh daripada min. Apabila keluk norma dibahagikan ke dalam unit sisihan piawai yang
sama jaraknya sepanjang garisan dasar keluk itu, setiap bahagian di bawah keluk mengandungi peratusan
kes yang tetap. Jadi, 34 peratus daripada kes, jatuh di antara min dan +1 SD, 14 peratus di antara +1 SD
dan +2 SD, dan 2 peratus di antara +2 SD dan +3 SD. Oleh kerana hanya 0.13 peratus sahaja kes jatuh di

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 11

atas dan di bawah tiga sisihan piawai dari min, rata-rata skor taburan norma jatuh di antara -3 dan +3
sisihan piawai dari min.
Untuk membantu pemahaman maksud sisihan piawai, satu set skor mentah yang mempunyai min 40 dan
sisihan piawai 5 diletakkan di bawah garisan dasar keluk. Perhatikan bahawa min skor mentah 40
diletakkan di titik sifar dan jarak satu sisihan piawai ialah 5 poin skor mentah di merata garisan dasar lekuk.
Jadi, titik satu sisihan piawai di atas min bersamaan 45 (40 + 5) dan titik satu sisihan piawai di bawah min
bersamaan 35 (40 5). Bagi set skor ini, dianggarkan 68 peratus skornya (lebih kurang dua per tiga) jatuh
di antara 35 dan 45, dan 99.7 peratus jatuh di antara 25 dan 55.
Apabila kita mengira sisihan piawai bagi satu set skor yang bertaburan norma, kita sebenarnya
menentukan sejauh mana kita perlu pergi di atas (atau di bawah) min dalam poin skor mentah untuk
memasukkan 34 peratus dari semua kes.

Rajah 5.4 Keluk norma dengan anggaran peratus kes di dalam setiap sela (peratusan telah dibundarkan)

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 12

Apakah skor-z, skor-T, skor NCE, skor abiliti, dan stanine?

Adakah pelajar tahu yang semua skor berkenaan adalah skor piawaian? Ya, semuanya adalah skor
piawaian yang berasaskan unit sisihan piawai. Mari kita lihat satu demi satu.

kor-z ini menunjukkan berapa jauhkah suatu skor mentah berada di atas atau di bawah min, dalam
unit sisihan piawai. Skor mentah 45 dalam Rajah 5.4 yang dibincangkan tadi akan dinyatakan
sebagai satu skor-z 1.0 sebab ianya satu sisihan piawai di atas min. Skor mentah 30 pula akan
dinyatakan sebagai satu skor-z -2.0 sebab ianya dua sisihan piawai di bawah min. Formula untuk
mengira skor-z ialah:

Contohnya, skor-z untuk 47 dalam Rajah 5.4 dikira begini:

Oleh itu, skor mentah 47 ialah 1.4 sisihan piawai di atas min. Oleh kerana skor-z didapati menggunakan
titik perpuluhan dan adakalanya bertanda negatif, untuk mengelakkan kekeliruan, skor-z jarang digunakan
secara terus. Sebaliknya skor-z ditukar kepada jenis skor piawaian yang lain yang menggunakan nombor
bulat dan bernilai positif.

kor-T memiliki min 50 dan sisihan piawai 10.


menggunakan formula:

Skor-T diperolehi daripada skor-z dengan

Skor- T = 50 + 10 (skor-z )

Misalnya bila skor-z ialah 1.4, maka skor-T = 50 + 10 (1.4) = 64

Skor- T adalah mudah untuk ditafsirkan sebab skor-T sentiasa mempunyai min dan sisihan piawai yang
sama. Suatu skor-T 60 sentiasa bermaksud satu sisihan piawai di atas min dan suatu skor-T 30 sentiasa
bermaksud dua sisihan piawai di bawah min. Jadi, dengan menggunakan skor-T, prestasi seseorang
individu daripada pelbagai ujian boleh dibandingkan secara terus, dan skor-skor boleh digabung atau

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 13

dipuratakan tanpa berlakunya perubahan pada saiz sisihan piawai, tidak seperti bila menggunakan skor
mentah.
Bilamana taburan norma boleh djangkakan, skor-T boleh ditafsirkan berdasarkan persentil rank kerana
keduanya saling berhubungan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.5. Perhatikan bahawa skor-T 30
adalah bersamaan dengan persentil rank 2, skor-T 40 bersamaan dengan persentil rank 16, dan
begitulah seterusnya.
Supaya pelajar tidak keliru, perlu diingatkan bahawa walaupun kedua-dua skor-T dan persentil rank
menggunakan 50 sebagai min dan nombor dua digit, persentil rank merujuk kepada peratus individu yang
jatuh pada atau di bawah sesuatu skor, manakala skor-T merujuk kepada berapa unit sisihan piawai
sesuatu skor di atas atau di bawah min. Perhatikan juga bahawa walaupun kedua-duanya mempunyai min
yang sama, di bawah min persentil rank bernilai lebih kecil daripada skor-T dan di atas min persentil rank
lebih besar daripada skor-T. Ini adalah kerana seperti pelajar sudah tahu persentil rank bertumpu di
tengah-tengah taburan dan tersebar keluar di hujung-hujung, manakala skor-T bertabur pada unit yang
sekata di seluruh taburan skor.

kor ekuivalen keluk-norma (Normal-curve equivalent score,NCE) merupakan satu lagi skor
piawaian yang dibimbangi mengelirukan pelajar. Ini adalah kerana skor NCE juga menggunakan 50
sebagai min, tetapi sisihan piawai ialah 21.06. Ini membolehkan terbentuknya satu set skor yang
memiliki unit yang sekata, seperti skor-T, tetapi julat skornya ialah dari 1 ke 99. Julat persentil rank juga
dari 1 ke 99, tetapi persentil rank tidak berada dalam unit yang sekata. Jadi bila pelajar mentafsirkan skor
NCE, jangan keliru dengan skor-T, yang selalunya mempunyai julat yang terhad (lazimnya 20 ke 80).

Baiklah, kita akan lihat apakah pula skor abiliti dan skor stanine.

kor abiliti dahulunya dipanggil sisihan IQ. Ia selalu melibatkan penerbit ujian bateri yang
melaksanakan ujian abiliti pembelajaran, kognitif, atau kecerdasan ke atas kumpulan norma. Skor
yang diperolehi daripada ujian-ujian ini dilaporkan sebagai skor piawaian dengan minnya 100 dan
sisihan piawainya 16 atau 15. Skor ini ditafsirkan sama seperti mana-mana skor piawaian yang lain. Skor
116 bermaksud satu sisihan piawai di atas min, (Rajah 5.5).

kor stanine merupakan skor ujian yang dipersembahkan dalam bentuk satu digit. Iaitu skala
stanine menaburkan skor mentah kepada sembilan bahagian. Skor stanine yang tertinggi ialah 9,
yang terendah ialah 1, dan stanine 5 terletak di tengah tengah taburan. Setiap satu stanine, kecuali
9 dan 1, merangkum satu band skor mentah, separuh dari kelebaran satu sisihan piawai. Jadi stanine

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 14

adalah skor piawaian yang mempunyai minnya 5 dan sisihan piawainya 2. Taburan stanine dan peratusan
kes dalam setiap stanine ditunjukkan dalam Rajah 5.5.

Rajah 5.5 Hubungan persentil rank, skor-z, skor-T, skor NCE, skor abiliti, dan stanine.

Sewaktu pelajar membandingkan skor murid daripada dua ujian yang berlainan dalam satu ujian bateri,
perbezaan dua stanine lazimnya adalah signifikan. Jadi bila mentafsirkan skor-skor berikut bagi murid ini,
kita merumuskan pencapaian murid ini adalah tinggi dalam matematik tetapi tidak ada perbezaan di antara
membaca dan bahasa.
Stanine membaca = 5

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 15

Stanine bahasa

= 4

Stanine matematik = 7
Menukarkan skor mentah kepada stanine meletakkan skor daripada ujian berlainan ke atas satu skala
piawaian yang sama, dengan unit-unit yang setara. Jadi perbezaan di antara stanine 5 dan stanine 7
adalah sama seperti perbezaan antara stanine 4 dan stanine 6.

Bolehkah pelajar fikirkan apakah tujuan dan peranan penggredan? Adakah penggredan
memberikan munafaat kepada murid dan ibu bapa mereka? Adakah penggredan memberi
faedah kepada guru, sekolah dan masyarakat? Bagaimana?

Mengapa penggredan diperlukan?

agi menjawab soalan di atas, kita perlu memikirkan apakah tujuan penggredan dijalankan di
sekolah. Pada amnya penggredan adalah perlu untuk memberi gambaran atau petunjuk sejauh
mana murid-murid telah mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Namun tujuan
penggredan juga telah menjadi pelbagai disebabkan oleh tuntutan keperluan hidup. Mungkin tujuan dan
peranan penggredan boleh dikategorikan kepada tiga:
Boleh memberi faedah kepada setiap murid dan ibu bapa mereka.
Membimbing tugas guru dan sekolah.
Memenuhi keperluan masyarakat.
Adakah anda bersetuju dengan hujah ini? Mengapa?

embantu murid dan ibu bapa adalah salah satu tujuan penggredan yang utama. Markah
merupakan maklumbalas kepada murid dan ibu bapa mengenai pencapaian murid. Ibu bapa
boleh memantau usaha murid, memberi semangat dan galakan, menawarkan bantuan, serta
dapat maklumat mengenai perkembangan murid.
Maklumbalas mengenai pencapaian membolehkan murid mengetahui tentang dirinya. Gred dapat
memberikan petunjuk akan kekuatan dan kelemahan relatif intraindividu dan mengenai kebolehan dan
batasan dirinya berbanding murid lain. Maklumat ini akan membimbing murid untuk membuat keputusankeputusan penting seperti memilih bidang, pendidikan di masa depan, dan memilih karier. Dapat
mengenali konsep diri yang realistik adalah amat penting semasa murid membesar.
Maklumbalas daripada gred bagaimanapun sepatutnya disampaikan kepada murid dengan cara yang tidak
menggambarkan penilaian harga diri seseorang murid.

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 16

embantu guru dan sekolah adalah tujuan penggredan yang seterusnya. Gred membantu guru
memantau kemajuan murid. Kepada murid secara individu, guru dapat memberi arahan yang
spesifik kepada individu berkenaan. Jadi pengajaran berpusatkan individu boleh dilaksanakan.
Manakala bagi kedua-dua peringkat individu dan kumpulan, guru boleh merencana dan melaksanakan
pelbagai strategi pengajaran.
Strategi seperti mengumpul murid-murid kepada kumpulan yang homogeneous berdasarkan kelemahan
atau kekuatan mereka dalam sesuatu mata pelajaran atau satu bahagian daripada mata pelajaran
membolehkan guru memberi peneguhan dan tumpuan kepada subjek berkenaan.
Gred juga digunakan di sekolah sebagai syarat kemasukan murid ke dalam kursus atau bidang yang
memerlukan prasyarat. Misalnya, untuk mengambil mata pelajaran fizik, murid berkenaan perlulah
mendapat sekurang-kurangnya gred C untuk algebra.

emenuhi keperluan masyarakat tidak dapat dielakkan, di mana gred digunakan oleh institusi di
luar sekolah seperti kolej, universiti, matrikulasi dan seumpamanya. Sama ada sebagai rujukan
untuk syarat menerima murid di institusi berkenaan, atau menentukan kursus dan bidang yang
paling sesuai diikuti. Gred juga selalu dijadikan sebagai asas untuk menghulurkan bantuan biasiswa atau
anugerah.
Gred juga digunakan oleh bidang perniagaan, industri, dan kerajaan. Markah daripada sekolah dan kolej
yang diterima oleh murid dan pelajar memberikan kepada prospektif majikan maklumat yang sangat
berguna. Akhirnya markah terlibat dalam pemberian lesen untuk menjalankan tugas ataupun merupakan
sijil kecekapan. Ini untuk memastikan masyarakat dan orang ramai mendapat khidmat daripada petugas
dan pekerja yang sah dan berkelulusan dalam bidang pekerjaan yang dijalankannya.

Bagaimanakah pelaporan patut dilakukan?

Bagaimanakah anda akan laporkan prestasi murid anda kepada ibu bapa mereka? Bolehkah anda
namakan beberapa cara yang boleh dilakukan? Sila tuliskan idea anda di sini:
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 17

dakah anda telah menulis kaedah seperti menggunakan gred abjad, penilaian bertulis, dan
konferen? Jika itu yang anda tulis saya ucapkan syabas! Tidak boleh dipertikaikan bahawa
pelaporan yakni proses memberi maklumbalas kepada ibu bapa tentang prestasi murid mestilah
bersifat objektif, berterusan, dan ada kebolehpercayaan. Kita boleh merangkumkan kaedah menggunakan
gred abjad dan penilaian bertulis dalam kaedah konferen. Iaitu pertemuan dengan ibu bapa murid untuk
melaporkan prestasi murid.
Adakah anda perlukan sebarang kemahiran untuk konferen yang berkesan? Sudah tentu. Mana-mana
komunikasi memerlukan tiga elemen: penghantar, mesej, dan penerima. Kordinasi di antara ketiga-tiga
elemen ini adalah penting untuk memastikan kejayaan sesuatu konferen dan memerlukan langkah-langkah
asas yang berikut:

Menyediakan bahan dan maklumat untuk konferen.


Menyusun kemudahan dan aturcara.
Membentuk hubungan baik dengan ibu bapa dan menghormati kepelbagaian.
Mendengar dengan teliti dan responsif kepada ahli keluarga dan murid.
Menyampaikan maklumat secara professional dan prihatin.
Mengenalpasti masalah dan perkara yang perlu diberikan perhatian.
Menyelesaikan masalah secara berpasukan.
Menunjukkan keikhlasan dan komited terhadap perkembangan murid.
Membuat tindak ikut dan susur ikut hasil konferen.
Membuat penilaian konferen untuk penambahbaikan perjumpaan di masa akan datang.

ersediaan untuk konferen melibatkan proses memaklumkan kepada ibu bapa tujuan dan perkara
yang akan dibincangkan. Guru perlu mengumpul sampel kerja-kerja murid, yang baik dan juga
yang kurang baik untuk dilihat oleh ibu bapa dan untuk dibincangkan. Sampel sepatutnya daripada
pelbagai pemerhatian dan merupakan asas kepada markah yang murid perolehi. Ini akan meningkatkan
kebolehpercayaan pentafsiran. Kesahan akan meningkat jika penaksiran dibuat berasaskan ciri-ciri murid
yang relevan.
Untuk memastikan ibu bapa dapat memahami bahan murid , masa yang cukup perlu diperuntukkan
kepada ibu bapa. Semasa mereka membaca dan meneliti bahan murid, komunikasi tidak patut
berlangsung. Adalah penting untuk sekolah merancang aturcara dan masa yang sesuai untuk konferen ini
supaya ibu bapa dapat datang dan guru tidak terlalu penat kerana perjumpaan yang padat. Ibu bapa juga
sepatutnya berjumpa dengan guru dalam suasana yang ada privasi dan perbincangan ibu bapa dengan
guru tidak didengari oleh ibu bapa yang lain.

enjalankan konferen sebenar dengan lancar adalah penting. Dua peraturan perlu dipegang
untuk menjayakan sesuatu konferen, iaitu memulakan konferen dalam nada positif dan
menamatkannya mengikut masa yang telah ditetapkan. Mulakan dengan menceritakan apa yang
murid telah capai dan kemajuan yang telah dilakukannya. Komunikasi yang sesuai ialah mendengar

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 18

dengan responsif. Bila ibu bapa telah menjelaskan apa yang hendak dijelaskan dan menyoal soalan, guru
barulah boleh berkongsi maklumat dan memulakan proses penyelesaian masalah. Guru hendaklah jujur,
objektif dan melengkapkan diri dengan evidens kerja murid. Guru yang bijak tidak bercakap tentang guru
lain, murid lain dan ibu bapa lain.

indak ikut dan susur ikut hasil konferen adalah penting tetapi selalu diabaikan. Di penghujung
konferen, guru sepatutnya dapat melihat dengan jelas apakah rancangan yang akan dibuat di masa
akan datang. Siapa yang bertanggungjawab untuk apa? Bila? Di mana? Bagaimana keputusan itu
nanti hendak disampaikan kepada semua yang terlibat? Jadi terpulanglah kepada guru untuk menjadikan
dirinya mudah untuk dihubungi dan selalu menghubungi keluarga murid-muridnya.

enilai konferen sangat sesuai ditegaskan di sini. Guru mungkin bertanya secara tidak formal
soalan-soalan seperti, Adakah ini satu pengalaman yang baik? Adakah semua orang pulang
dengan rasa puas hati? Adakah semua orang telah mengetahui kekuatan, kelemahan, dan
keperluan murid? dan sebagainya. Namun adalah lebih baik lagi jika guru-guru mengisi rubrik atau
senarai semak yang sesuai untuk menilai konferen. Terkandung dalam rubrik itu mungkin mengenai
persiapan (agenda, portfolio, kemudahan), tujuan dan peranan setiap orang, rancangan tindakan yang
sesuai untuk akan datang, dan sebagainya. Ibu bapa juga boleh diberikan borang untuk menilai konferen.
Jika diberikan borang maka sediakan tempat untuk mengisi (misalnya di perpustakaan) dan ibu bapa
memasukkannya ke dalam kotak yang disediakan.

RINGKASAN
1. Penskoran ialah proses memberi skor kepada jawapan murid. Dua kaedah penskoran ialah

penskoran holistik dan analitik. Skor biasanya berbentuk numerik. Jenis-jenis skor ialah skor
mentah dan skor terbitan. Skor terbitan pula terbahagi dua iaitu skor terbitan mutlak dan skor
terbitan relatif.
2. Penggredan ialah proses memberi gred ke atas jawapan atau skor murid. Gred biasanya dalam

bentuk abjad. Terdapat dua jenis penggredan iaitu penggredan rujukan norma dan penggredan
rujukan kriteria. Kedudukan pelajar boleh ditentukan berdasarkan penggredan rujukan kriteria dan
juga berdasarkan rujukan norma.
3. Pelaporan ialah proses memberi maklumbalas kepada ibu bapa tentang prestasi murid.

Pelaporan gred dan pencapaian murid mestilah objektif, ada kebolehpercayaan dan berterusan.

PENILAIAN KENDIRI
1. Dengan menggunakan perkataan sendiri, huraikan apa yang membezakan penskoran holistik
daripada penskoran analitik?

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 19

2. Huraikan dengan terperinci langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan penskoran
soalan subjektif dibuat secara objektif.
3. Apakah perbezaan utama antara pensentil rank daripada skor NCE?
4. Bagaimanakah anda akan menerangkan kedudukan murid anda kepada ibu bapanya berdasarkan
persentil rank?
5. Kenapakah min dan sisihan piawai itu penting dan perlu difahami? Bagaimanakah anda akan
terangkan maksud min dan sisihan piawai? Berikan beberapa contoh kegunaan min dan sisihan
piawai.

RUJUKAN
Airasian, P. W. (2001). Classroom assessment concepts and applications. 4th Edition. New York: Mc-Graw
Hill.
Hanna, G. S. & Dettmer, P. A. (2004). Assessment for effective teaching: using context-adaptive planning.
Mexico City: Allyn and Bacon.
Gronlund, N. E. (1998). Assessment of student achievement. 6th Edition. Boston: Allyn and Bacon

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 20

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS

Selain di atas ada lagi langkah-langkah yang lain yang boleh dikenalpasti. Masa perlu disediakan untuk
menanda jawapan subjektif secara objektif.

P e n s k o r a n , P e n g g r e d a n , P e n t a f s i r a n D a n P e l a p o r a n | 21