Anda di halaman 1dari 1

2.

Ulasan Jurnal

Peranan dan pengambilan bahagian kerajaan tempatan yang aktif dalam pembangunan
masyarakat semakin meningkat mutakhir ini. World Development Report (2003) dalam
laporannya amat menyokong langkah penurunan kuasa bagi memastikan penyampaian
perkhidmatan kepada golongan miskin benar-benar berjaya. Pada peringkat
antarabangsa, kerajaan tempatan sedang memperbaiki prestasi masing-masing melalui
peranan yang dimainkan dengan memberi kerjasama yang lebih baik kepada
penduduk tempatan dalam pembangunan masyarakat.
Kajian ini mengupas beberapa perkara iaitu isu-isu kerajaan tempatan dan
pembangunan masyarakat, pengembangan teori dan seterusnya rangkakerja teori.
Dalam isu-isu kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat, isu pertama yang
dibangkitkan adalah pertambahan bilangan penduduk negara yang mungkin boleh
menimbulkan beberapa set permasalahan kerana ia akan meningkatkan perbelanjaan
yang lebih tinggi untuk pelajaran, perumahan, makanan dan kesihatan. Kedua,
kerajaan tempatan di Malaysia tidak dapat lari dari mengalami masalah berkaitan
objektif dan strategi. Isu yang ketiga, kerajaan tempatan menghadapi cabaran-cabaran
berterusan dalam melaksanakan perancangan dan program pembangunan masyarakat
(Bowman & Kearney, 1996). Isu yang terakhir ialah kekurangan kuasa perundangan,
kepakaran yang sentiasa dicabari dan sumber kewangan yang tidak mencukupi.
Dalam pengembangan teori, isu-isu yan timbul dijadikan panduan dalam
mengembangkan teori dan seterusnya mewujudkan rangkakerjayang diadaptasi dari
The Community Health Exchange (2012) yang menerangkan prinsip pembangunan
sihat masyarakat dan factor untuk mengukuhkan masyarakat.
Dalam rangkakerja teori, terdapat tiga kaedah utama membentuk asas untuk
memahami pembangunan masyarakat, iaitu SERVQUAL, teori sistem dan teori
jangkaan. Instrumen SERVQUAL telah menjadi kaedah penting yang digunakan untuk
mengukur persepsi pengguna terhadap kualiti perkhidmatan (Parasuraman et al.,
1988).
SERVQUAL telah lama dikenali sebagai instrumen pengukur kualiti
perkhidmatan, dan diguna pakai secara meluas untuk mengukur kualiti perkhidmatan
dalam pelbagai industri perkhidmatan (Hsiu et al., 2010).
Sebagai ulasan kajian ini, dapat dilihat penulis menyusun dengan baik hasil
kajian mereka. Bahasa dan istilah yang digunakan juga mudah difahami. Sehubungan
dengan itu, dapat dikatakan kajian ini adalah mudah untuk difahami. Setiap fakta hasil
kajian mereka juga diperkukuhkan dengan sumber rujukan kajian yang lain.
Selain itu, objektif kajian juga tercapai bermula dengan mengenalpasti isu-isu
kerajaan tempatan dan pembangunan masyarakat, kemudian pengembangan teori dan
didokong dengan rangkakerja teori bagi menjawab persoalan kajian ini.
1

Anda mungkin juga menyukai