Anda di halaman 1dari 1

TEKS UCAPAN PELAJAR

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Setiap tahun beli baju raya,


Tidak lupa juga kuih raya,
Dapat duit raya dari orang kaya,
Saya nak ucapkan selamat hari raya.
Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya
Yang Dihormati Tn Hj Mohd Azha bin Hj Hussin (YDP PIBG SK 2 Petaling Jaya), Yang Berusaha Tuan
Guru Besar En Arifin B. Hj Aban, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya
Muhammad Azfar Fitri B. Md zain, wakil murid SK 2 Petaling Jaya ingin mengucapkan selamat Hari Raya
Aidilfitri. Kami menyusun sepuluh jari memohon keampunan serta kemaafan atas segala salah dan silap
telah kami lakukan. Kami sayang cikgu semua.
Hadirin sekalian saya berharap agar majlis ini akan dapat mengerat tali persaudaraan diantara kita.
Semoga sambutan hari raya ini akan meninggalkan seribu satu kenangan manis yang tidak dapat
dilupakan. Saya akhiri ucapan ini dengan dua rangkap pantun.

Gua Niah pintunya lebar,


Dayak dusun jadi penjaga,
Murid-murid tidak tersabar,
makan dan minum sudah tersedia.
Guru-guru segak dan lawa,
Tidak kurang juga murid-muridnya,
Sambutan raya sangat istimewa,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin


Sekian, Wabillihi taufiq wal hidayah.