Anda di halaman 1dari 2

Penggunaan komputer Desktop atau Laptop adalah trend masa kini.

Biar pun telah lama digunakan dengan


penjagaan yang sempurna, ia seperti baru dibeli. Penjagaan komputer riba yang efektif memanjangkan jangka
hayat penggunaannya.Disertakan beberapa tips penjagaan komputer untuk panduan bersama.

-Elakkan daripada penggunaan bateri sekiranya kita mahu menggunakan laptop dalam tempoh yang panjang
seperti 3 hingga 4 jam. Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.Jika bateri sudah habis dicas,off laptop
dahulu sebelummenanggalkan bateri. digalakkan menggunakan kuasa dari adapter.Pastikan kuasa bateri berada
di bawah 10 peratus sebelum dicas semula atau tanda X kelihatan. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan
kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
- Letakkan sekeping kertas A4 di atas papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan
papan kekunci dimasuki habuk. Gunakan
papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer
riba.
-Anda jangan terlalu kerap ON dan OFF komputer.
- Elakkan komputer daripada getaran meja kerana kebanyakan komponen elektronik amat mudah rosak.
-Tempatkan komputer dibilik berhawa dingin, ditempat yang teguh dan tetap (jangan suka berpindah randah ).
-Jauhkan sebarang cecair (makanan/minuman) dari komputer kerana minuman yang tertumpah ke atas
keyboard/terkena disket masuk dalam komputer akan merosakkan komputer anda.
-Elakkan komputer dari sinaran terus cahaya matahari .
-Elakkan dari benda benda bermagnet seperti telefon, pembesar suara dan sebagainya berhampiran komputer.
Kesan magnet akan merosakkan floppy disk anda.
-Habuk adalah musuh komputer anda. Habuk halus yang masuk ke dalam motherboard akan memendekkan
jangka hayat komputer. Jika ada masa lapang, bersihkan habuk dari dalam komputer menggunakan udara
termampat yang dijual dalam bentuk tin spray penyembur.
-Habuk juga boleh memasuki disket, laser head cd-rom atau read-write headpada pemacu cakera menyebabkan
ia tidak dapat digunakan.
-Asap rokok juga mendatangkan kesan yang sama seperti habuk tadi. Ingatlah, merokok bukan sahaja tidak sihat
pada kesihatan anda bahkan jugakepada kesihatan komputer anda.
-Jangan letak komputer dalam bilik yang ada permaidani kerana permaidani (karpet) adalah penghasil cas
elektrik statik yang terbaik.Tambahkan kipas tambahan dalam komputer untuk menyejukkan komputer anda.
-Gunakan AVR Automatic Voltage Regulator. Bekalan elektrik tidak tetap 230V AC. Ini kerana, ada ketikanya
berlaku keadaan dimana terkurang/terlebihvoltage terutama apabila berlakunya petir.
-Back up semua data penting anda. Ini bagi mengelakkan berlaku kehilangan data jika harddisk komputer rosak.
-Scan harddisk sekurang kurangnya sebulan sekali untuk memastikan tiada sebarang fail bermasalah. Gunakan
aplikasi scandisk yang lazimnya terdapat dalam aplikasi Window.
-Imbas komputer dengan menggunakan perisian anti virus sekurang kurangnya sekali sebulan.

-Pengguna digalakkan untuk menggunakan 2 hard drive. Hard drive bolehdiformat kepada lebih dari satu
partition, satu untuk bekerja dan satu lagi sebagai backup.
Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 28 Ogos 2013 14:19

Anda mungkin juga menyukai