Anda di halaman 1dari 5

14 Julai 2015

Hadirin sekalian,
Bagi memulakan majlis kita pada hari ini,
dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohd Faisal Ishak
untuk memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita
pada hari ini.. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
#########
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam AlQuran kita pada hari ini.

. .
Yang berusaha, Cikgu Samrah Hj Ag Damit, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sindumin,
Yang dihormati, Cikgu AK Jainuddin bin Ag
Wahab, Penolong Kanan Pentadbiran,
Cikgu Ummi Kalthum Sugau Abdullah, Penolong
Kanan Hal-Ehwal Murid,
Cikgu Hamri bin Hj Opon, Penolong Kanan KoKurikulum,
Rakan-rakan guru dan seterusnya
Yang dikasihi, murid-murid SK Sindumin sekalian.

....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan


menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang
Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya
jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis
Khatam Al-Quran Sempena Ramadhan 1436H
bersamaan 2015M ini. Mudah-mudahan hasrat
untuk melahirkan generasi yang cintakan alQuran dapat direalisasikan melalui programprogram sebegini.
Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,
marilah kita sama-sama menadah tangan penuh
kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd
Faisal Ishak untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.
#########
Amin..ya rabbal alamin
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. Semoga majlis kita
mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.
Hadirin dan hadirat sekalian
Marilah kita sama-sama berdiri dan mengalunkan
zikir asmaul husna dengan penuh kerendahan

hati terhadap Yang Maha Pencipta. Dengan itu,


semua hadirin dijemput berdiri.
Semoga amalan kita diterima Allah SWT.
Amiin....amiin ya Rabbal aalamiin....

Hadirin dan hadirat sekalian,


Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha
Cikgu Samrah Hj Ag Damit, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Sindumin,
untuk menyampaikan ucapan.....Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.
#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih


atas ucapan sebentar tadi.
Acara seterusnya ialah penyampaian
cenderamata kepada pelajar yang terlibat
dengan Tadarrus sepanjang Ramadhan ini.
Majlis dengan berbesar hati mempersilakan
Yang berusaha Cikgu Samrah Hj Ag Damit, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Sindumin untuk
menyampaikan cenderamata tersebut. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima


kasih kepada Yang berusaha Cikgu Samrah Hj
Ag Damit atas kesudian menyempurnakan
penyampaian sijil sebentar tadi.
Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha
Cikgu Samrah Hj Ag Damit atas kesudian
menyampaikan cenderamata dan bunga telur
sebentar tadi.
Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di
penghujungnya. Saya mewakili seluruh Ahli
Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Quran
sempena
Ramadhan
1436H,
ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada
secara langsung mahupun tidak. Moga kita
semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya,
insya Allah.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan
kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
mengacarakan majlis ini.
Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada
hari ini dengan membaca surah al-`Asr.
Sekian, salam hormat, wa bilLahit
walHidayah
wassalamu
`alaikum

Taufiq
wa

Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi


Taala wa ilal liqa, maas salamah.

Anda mungkin juga menyukai