Anda di halaman 1dari 1

WANITA DAN TEMBAKAU

1/2 Juta Kematian


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan setengah
juta wanita mati setiap tahun akibat penggunaan tembakau.

Kanser Paru-Paru
Di beberapa buah negara seperti USA dan UK, kanser paru-paru
sudah mendahului kanser payudara sebagai penyebab kematian
kanser utama di kalangan kaum wanita.

Sakit Puan
Perokok wanita menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk kanser
pangkal rahim, putus haid awal dan kemandulan.

Sakit Jantung
Wanita di bawah umur 50 tahun menghadapi risiko serangan
jantung 10 kali lebih tinggi jika mereka merokok lebih daripada
20 batang rokok sehari.

Pil Perancang, Merokok dan Strok


Pengguna pil perancang keluarga yang merokok secara aktif mahupun
pasif menghadapi lebih 30% risiko untuk serangan jantung dan
10% lebih tinggi untuk mendapat
strok berbanding dengan
wanita yang tidak
merokok.

Kanser Mulut
Wanita yang mengunyah tembakau
menghadapi risiko 45% lebih tinggi
mendapat kanser mulut
20

Anda mungkin juga menyukai