Anda di halaman 1dari 1

Sinopsis b1

Kolonial
Penulis memulakan penceritaan dengan bercerita tentang seseorang yang mempunyai gelaran
yang indah-indah. Penulis turut mengatakan bahawa di Ogoshonto gelaran yang indah-indah
hanya sesuai diberikan kepada dewa-dewa. Namun, penulis juga menyatakan presiden juga turut
mempunyai gelaran lain yang diberikan oleh mereka yang tidak menyukainya. Antara gelarannya
ialah Belut Selat Morauka, Dewa Badak, dan juga kolonial.
Namun, gelaran buruk yang diberikan kepada presiden tidak pernah dicatat dalam media cetak.
Malah, ada sumber yang mengatakan bahawa presiden telah memberi imbuhan yang lumayan
kepada penulis buku biografinya. Riwayat presiden ditulis tanpa ada cacat dan cela. Penulis juga
menelusuri sejarah presiden ketika kecil. Presiden berasal dari anak luar nikah Malagana. Pada
suatu hari, ketika presiden bermain di pantai bersama-sama rakannya, dia terlihat sebuah kapal
asing. Presiden berenang ke arah kapal tersebut. Presiden secara senyap-senyap menaiki kapal
tersebut dan bersembunyi di sebalik peti-peti yang berada di atas kapal itu. Presiden tekad untuk
pergi bersama-sama kapal tersebut. Dia bersembuyi di atas kapal tersebut. Dia mencari makanan
secara senyap. Apabila tiba hari kesepuluh, dia telah diserang selesema. Akhirnya, dia ditangkap
oleh anak-anak kapal tersebut kerana terdengar bunyi bersin. Namun, kisah seperti itu tidak
dicatat dalam biografinya. Sebaliknya, yang tercatat ialah seorang nakhoda kapal Eropah sudah
lama memerhatikan kepintaran anak kecil Malagana yang pintar terbiar tanpa pendidikan itu.
Menurut catatan itu lagi, bahawa kalau si nakhoda meminta kebenaran untuk mengambil anak
kecil itu, mestilah ibunya tidak membenarkannya. Kerana, apabila anak kecil itu besar nanti, si
ibu dapat menumpang kekuatan fizikal yang ada pada anak lelakinya itu.
Apabila sampai di Eropah, dia telah dipelihara oleh kelasi tua yang mengambil keputusan
untuk tidak turun ke laut lagi. Dia telah dihantar ke sekolah. Namun, lain pula yang tercatat
dalam buku biografinya. Dia telah diambil dan dijaga oleh nakhoda sebagai anak angkat. Hal
demikian kerana, nakhoda sangat mengagumi anak kecil Malagana itu kerana sikap hendak
belajarnya yang kuat. Setelah lulus di universiti, dia telah mendapat pekerjaan di firma Eropah.
Sebelum memulakan kerja, dia dan rakan-rakannya menghabiskan masa pergi ke laut. Setelah
tiga hari berada di lautan, kapal mereka telah dibadai ombak yang kuat. Setelah berbulan di laut,
dia akhirnya terdampar ke pesisir negaranya iaitu Ogoshonto. Ramai wartawan dan juga rakyat
Ogoshonto menunggu ketibaannya. Dia akhirnya berjaya berjumpa dengan ibunya. Dia
mengambil keputusan untuk tinggal di Ogoshonto. Setelah tiga tahun setengah menceburi bidang
politik, dia akhirnya telah dilantik menjadi presiden. Dia menjadi pemimpin yang anti
penentangan. Setiap penentangan terhadapnya ditentang dengan hebat. Presiden dan rakyatnya
telah memilih pemerintahan demokrasi dan kapitalisme. Malangnya, rakyat Ogoshonto berbeza
pendapat dengan Presiden mereka.