Anda di halaman 1dari 2

Terdapat satu tema dan beberapa persoalan yang boleh didapati daripada

cerpen ini. Cerpen ini adalah bertemakan kasih sayang. Di mana ia mengisarkan
tentang

pengorbanan

seorang

ibu

membesarkan

dua

anak

kembarnya

berseorangan setelah beliau kematian suami tercinta.


Manakala bagi persoalan pertama adalah kasih sayang seorang ibu kepada
anaknya. Perkara ini dapat dilihat di dalam cerpen ini apabila Mak Tijah bertungkuslumus bekerja pagi dan petang bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga
setelah kematian suaminya. Dia juga sanggup berlapar demi memberi anaknya
makanan yang mencukupi.
Persoalan kedua adalah perbuatan jahat akan menerima balasan yang
setimpal. Contoh yang sesuai bagi persoalan ini adalah apabila Jidin telah ditangkap
oleh pihak polis akibat perbuatan buruknya iaitu mencederakan ibunya sendiri serta
bermain judi.
Seterusnya, persoalan ketiga adalah anak yang mengenang jasa kedua ibu
bapanya. Ini dapat dibuktikan melalui sikap Jidan sebagai seorang anak yang
membesar dengan baik hasil didikan ibunya. Jidan senantiasa mendengar kata dan
rajin menolong ibunya kerana beliau ingin mengenang jasa arwah bapa dan ibunya
yang telah bersusah payah melahir dan membesarkan beliau.
Persoalan keempat adalah seorang anak yang menjaga amanah ibunya.
Contohnya di dalam cerpen ini, Jidan dan Jidin telah bersama-sama mengurus dan
mengerjakan sawah padi tinggalan arwah bapa mereka setelah diamanatkan oleh
arwah ibunya sebelum beliau meninggal dunia.
Persoalan terakhir adalah sifat keibuan yang sanggup memaafkan kesalahan
anak-anaknya. Sebagai contoh, meskipun telah dilayan dengan buruk Mak Tijah
tetap sayang akan anaknya Jidin. Dia juga rela memaafkan Jidin yang telah
menderhaka apabila sanggup menolak ibunya sendiri sehingga jatuh dan tercedera.

Terdapat 5 nilai murni yang boleh didapati di dalam cerpen ini. Nilai yang
pertama adalah nilai hormat-menghormati. Sebagai seorang anak, kita hendaklah
hormat kepada kedua ibu bapa kita mahupun orang yang lebih tua. Sebagai contoh,
di dalam cerpen ini JIdan hormat akan ibunya dan sentiasa menolong dan
mendengar kata ibunya.
Nilai yang kedua adalah kasih sayang. Kasih sayang seorang ibu terhadap
anak-anaknya adalah sangat besar sehinggakan kadangkala akan melebihi diri
sendiri. Sebagai contoh, setelah kematian suami Mak Tijah membesarkan anaknya
berseorangan. Beliau bekerja keras mencari wang bagi menyara keluarganya.
Selain itu, terdapat juga nilai keinsafan. Sebagai seorang manusia, kita
hendaklah merasa sesal akan perbuatan jahat yang telah kita lakukan dan insaf
serta bermuhasabah diri. Melalui cerpen ini, nilai ini telah ditonjolkan apabila Jidin
yang telah ditangkap dan dipenjarakan atas perbuatan jahatnya merasa insaf. Beliau
telah menyesal dan berkelakuan baik sehingga beliau mampu dikeluarkan awal dari
penjara.
Nilai yang keempat adalah nilai berdikari. Kita hendaklah boleh berdikari
sendiri tanpa mengharapkan orang lain supaya hidup menjadi lebih mudah. Sebagai
contoh, di dalam cerpen ini, walaupun Mak Tijah kematian suami beliau tetap tabah
membesarkan dua orang anaknya sendirian. Status balu tidak menghalang beliau
berusaha keras membesarkan kedua anak kembarnya secara bersendirian.
Akhir sekali adalah nilai kerajinan. Sebagai seorang manusia kita hendaklah
menanam sifat rajin di dalam diri kita supaya kita boleh berjaya. Di dalam cerpen ini,
Mak Tijah sangat rajin bekerja siang dan malam untuk mencari pendapatan bagi
menampung kehidupan mereka sekeluarga. Bahkan, beliau terlalu sibuk bekerja
sehingga tiada masa untuk dirinya sendiri.

Anda mungkin juga menyukai