Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KOTA BHARU, KELANTAN


TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM: PISMP
NAMA KURSUS:
GENRE KESUSASTERAAN MELAYU
DALAM BAHASA MELAYU
KOD KURSUS: BMM3116
TARIKH MULA: 14 JULAI 2013

NAMA GURU PELATIH:

SEMESTER: 8

TARIKH
2013

HANTAR:

SEPT

Hasil Pembelajaran Kursus


1. Menjelaskan kandungan ilmu yang berkaitan dengan teks kesusasteraan
Melayu
sekolah rendah
2. Menterjemah kandungan kurikulum bahasa Melayu(sastera) sekolah
rendah;
3. Mengaplikasi pendekatan pemahaman teks sastera sekolah rendah;
4. Melaksana teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sastera
sekolah
rendah;sastera bandingan; sastera kanak-kanak dan remaja;
5. Membuat apresiasi teks sastera sekolah rendah.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2,3,4
Objektif Projek
Para pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1.
Mengumpulkan dan memahami maklumat
tentang
sastera
bandingan dan sastera kanak-kanak dan remaja
berdasarkan
perspektif dunia pendidikan dan pembelajaran teks sastera dalam
bahasa Melayu sekolah rendah daripada pelbagai sumber.
2. Mengaplikasi kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran
Kesusasteraan Melayu dalam bilik darjah.
3. Menghasilkan sebuah cerpen atau drama pendek (panjang karya
antara 7 - 10 halaman) atau tiga sajak daripada mana-mana
tema yang sesuai dijadikan sebagai teks sastera untuk pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah.

4. Membuat refleksi secara individu tentang pelaksanaan tugasan


projek.
Tugasan Projek
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu sekolah rendah
bukan sahaja mewujudkan corak pengajaran
kemahiran berbahasa yang menarik tetapi juga dapat membentuk jati diri,
meluaskan horizon pemikiran dan kreativiti murid. Oleh yang demikian guru
perlu berfikiran kritis dan kreatif untuk menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Usaha ini merupakan pemangkin bagi
menyediakan murid pada masa kini dan masa depan yang lebih mencabar
dalam menangani arus globalisasi.
Justeru, guru haruslah memanipulasi penggunaannya di bilik darjah agar
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menjadi lebih bermakna dan
signifikan.
Berdasarkan pernyataan di atas, secara berkumpulan
dikehendaki menghasilkan tugasan berikut:

dan individu anda

1. Secara kumpulan anda dikehendaki mengumpulkan dan memahami


maklumat dengan menyediakan nota tentang sastera bandingan dan
sastera kanak-kanak dan remaja berdasarkan perspektif dunia
pendidikan hari ini dalam bentuk nota grafik dan power point.
(sekurang-kurangnya sumber berlainan; buku, jurnal, majalah, modul,
nota, petikan surat khabar, bahan daripada internet, bahan audio
visual, wawancara, dan sebagainya). Bahan-bahan rujukan perlu
dinyatakan dalam senarai rujukan (30%)
2. Secara individu anda dikehendaki memilih satu kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu untuk mengajar
satu jenis genre sastera Melayu (puisi atau prosa, sama ada moden
atau tradisional) bagi murid sekolah rendah. Anda dikehendaki
menyediakan satu RPH yang sesuai untuk sesi pengajaran selama 60
minit. Persembahan multimedia untuk tujuan pembentangan
hendaklah disediakan. (30%)
3. Secara individu anda dikehendaki menghasilkan sebuah cerpen atau
drama pendek (panjang karya antara 7-10 halaman) atau tiga buah
sajak daripada mana-mana tema yang sesuai dijadikan sebagai
teks sastera untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sekolah
rendah (karya mestilah asli. Plagiat atau adaptasi manamana teks sastera tidak dibenarkan sama sekali dan akan dikenakan
denda yang berat). (30%)

4. Secara individu anda dikehendaki menulis refleksi berhubung dengan


tugasan di atas. Penulisan ini mestilah menujukkan kefahaman anda
terhadap penulisan refleksi (10%)

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan 3 orang dan individu.
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau
maklumat.
3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda
hendaklah dikemukakan
4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.
Muka depan hendaklah mengikut templet terkini
ii.
Fon Arial
iii.
Saiz huruf 12
iv.
Langkau 1.5 baris
v.
Rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)
vi.
Lampiran adalah wajib
vii.
Jawab dalam Bahasa Melayu
5. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.
6. Amalan plagiat tidak dibenarkan.
7. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh enam minggu.
8. Penghantaran tugasan dalam bentuk hardcopy dan softcopy
9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%.
Tugasan Yang baik Harus Mempunyai Kriteria-Kriteria Berikut:
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci


Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah
anda hendaklah dikemukakan
Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil
kajian dengan sokongan ilmiah
Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren
Penulisan esei/laporan/refleksi harus menunjukkan kefasihan
bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan dan
kematangan hujah
Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi
kehendak tugasan.

Tugasan disediakan oleh:

Disemak oleh:

(MUHAMAD FADZIL BIN YUSOFF)

(ISHAK BIN IBRAHIM)

Penyelaras Kes. Melayu dalam Bahasa Melayu,


Pakar Bidang(SME): Kes.
Melayu dalam
Jabatan Pengajian Melayu,
Bahasa Melayu,
IPG Kampus Kota Bharu.
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Kota Bharu.
Disahkan oleh:
(ZALEHA BINTI MOHD NOOR)
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengajian Melayu,
IPG Kampus Kota Bharu.

Anda mungkin juga menyukai