Anda di halaman 1dari 22

1.

0 Konsep profesion , etika, akauntibiliti, kesantunan, profesionalisme

dan ciri guru.

Konsep profesion.
Profesion membawa maksud pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang
penting. Dengan kata lain, profesion ialah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri
seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat
yang diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan,
mementingkan mutu perkhidmatan dan sebagainya.
Profesional adalah merupakan ciri-ciri yang terdapat dalam kalangan ahli dalam
suatu profesion. Menurut Ornstein dan Levine (1993), terdapat 4 ciri dalam suatu
profesion yang perlu dikuasai oleh seseorang individu. Ciri tersebut ialah mampu
menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam
bidang tertentu. Mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli.
Mendapat izin daripada sesuatu masyarakat untuk beroperasi dalam kalangan
masyarakat tersebut.
Jadi, persoalan yang ingin diutarakan ialah, adakah guru sebagai satu profesion?
Guru dianggap sebagai satu profesion kerana mereka berpengetahuan terhadap
mata pelajaran yang diajar dan juga terhadap pelajar mereka sendiri, dan sentiasa
melihat kepada peluang untuk meningkatkan profesionalisme perguruan kendiri.
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, kita dapat merumuskan
bahawa guru yang profesional haruslah berilmu, berkemahiran dan berketerampilan
dalam pengetahuan pedagogi, pengetahuan pedagogi dalam modul asas
kepimpinan dan perkembangan profesionalisme guru. Modul asas tersebut terdiri
daripada dua iaitu,
pengajaran dan pembelajaran, dan mempunyai sahsiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar.

Abdullah Shukor (1998) menyarankan ciri-ciri guru yang berkesan yang


selaras dengan amalan profesional guru termasuklah bersikap profesional,
mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak atas landasan
etika dan tatasusila kerja, bermoral teguh, berusaha meningkatkan kualiti hasil
pengajaran.
Manakala McEwan (2002) menyatakan, terdapat 10 trait atau ciri guru yang
amat berkesan. Menurut beliau, guru lazimya sering terdorong oleh misi dan
passionate dengan kerjayanya. Guru yang cemerlang serig didorong oleh misi
seolah-olah mempunyai passion untuk membantu pelajar untuk berkembang.
Mereka sangat hormat, menyayangi, demokratik, berpandangan positif. Mereka
mampu menjadi pemimpin dan mampu mempengaruhi pelajar untuk berubah.
Mereka juga bersedia untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan untuk
mempunyai kawalan penuh terhadap pengurusan bilik darjah, penglibatan pelajar
dan sebagainya. Guru cemerlang lazimnya mempunyai gaya yang tersendiri dan
unik. Mereka pakar dalam motivasi kerana mempunyai kepercayaan bahawa mereka
mampu mengubah kehidupan pelajar. Utuk itu, mereka mempunyai pelbagai teknik
dalam pengajaran da pembelajaran. Mereka mempunyai pengetahuan yang lengkap
tentang kandungan dan sentiasa belajar sepanjang hayat.selain itu, mereka juga
pintar dan celik minda kerana selain mempunyai pengetahuan tentang pelajar,
sekolah dan komuniti, mereka juga fokus terhadap kerja yang dilakukan.
Konsep etika.
Etika ditakrifkan sebagai satu cabang ilmu pengetahuan yang berurusan
dengan apa yang baik dan tidak baik dan dengan kewajiban dan tanggungjawab
moral (Harold Koontz & Heinz Weihrich Pengurusan terjemahan Mohd Salmi
Mohd Sohod & Siti Nadzrah Sheikh Omar DBP).
Istilah etika atau ethic berpunca daripada perkatan Greek ethos yang
bermaksud perwatakan atau keperibadian. Mengikut pengertian Kamus Dewan
(1995), etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau
kesusilaan. Pengertian dari sudut Islam pula menyatakan etika adalah akhlak.
Manakala dalam konteks pekerjaan merujuk kepada tingkah laku baik sewaktu
menjalankan setiap amanah yang dituntut oleh syarak.

Ia juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak atau
tingkah laku bagi sesuatu kumpulan atau organisasi. Sistem dasar meliputi aspekaspek moral yang baik atau buruk serta betul atau salah sebagai panduan kepada
ahli-ahli. Dalam kehidupan manusia memerlukan satu sistem atau panduan untuk
menentukan mereka bertingkah laku. Perkara ini mendasari perkembangan etika
dalam masyarakat tersebut.
Menurut sarjana barat, J.L. Mackie beliau mentakrifkan etika sebagai disiplin
yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan
garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorag. Menurut A.R. Licey
dan W.L. Reese, etika dikatakan sebagai kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan
tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang
atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dari sudut pandangan ahli
falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan
kelakuan manusia.
Etika juga dikatakan menggariskan semua panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika
Profesional mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal
yang benar-benar peribadi. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh
manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.
Oleh itu berdasarkan pengertian di atas, jelas bahawa etika berkaitan dengan
pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut
membawa seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol,
sempurna, berhemah dan berkesan. Di samping itu juga, etika melihat secara
khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan
selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat
pelbagai kaum di Malaysia.
Terdapat 3 aspek fungsi utama Kod Etika Profesion. Pertama ialah
memberikan pedoman kepada setiap ahli mengenai prinsip profesionalisme yang
dirangkakan. Kedua ialah kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang
berkaitan. Masyarakat dapat memahami kepentingan sesuatu profesion dan yang

ketiga ialah membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar
organisasi ptofesion tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.
Etika guru berkisar tentang tanggungjawab guru terhadap profesion
perguruan. Guru yang beretika lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan
pelajar dan bersikap adil terhadap semua orang pelajar. Mereka mampu
merahsiakan semua maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali mereka
yang berhak mengetahuinya. Dalam pada itu, mereka juga mampu untuk
membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau mata
pelajaran yang di ajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Selain daripada
mempengaruhi pelajar secara terus, mereka juga boleh melakukanb perkara itu
secara tidak terus seperti menjaga iomej mereka di hadapanj para pelajar. Guru yang
beretika menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada pelajar dan memelihara dan memperbaiki
kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan, dan menghadiri kursus ikhtisas,
persidangan dan sebagainya.

Selain mempunyai tanggungjawab dan layanan yang berhemah terhadap para


pelajar masing-masing, mereka juga mempunyai tanggungjawab yang tidak kurang
sama terhadap ibubapa pelajar tersebut. Guru beretika mampu menghormati
tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka dengan berusaha
mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan
dengan rumah tangga.
Mereka menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa
mengenai keadaan rumah tangga atau anak mereka sebagai sulit dan bersedia
untuk memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka
dengan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana. Walaupun mampu melaksanakan tugasan ini, mereka tetap dapat
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar selain mengelakkan diri daripada mengeluarkan katakata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap
ibu bapa atau penjaga mereka.

Etika guru tidak hanya merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar dan


ibubapa mereka sahaja. Malahan, kod etika guru juga turut merangkumi
tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Guru beretika sentiasa berusaha
untuk mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Mereka bersedia untuk memupuk dalam diri setiap pelajar
sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi
warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya
perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Memandangkan guru ialah satu imej
yang dihormati masyarakat, para guru perlu menghormati masyarakat di tempat
mereka bekhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang
warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan
masyarakat. Setiap perkara yang mereka lakukan perlulah sentiasa bertujuan untuk
menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta
institusi pendidikan dengan masyarakat. Guru beretika mampu memberikan
sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan
kecendekiaan masyarakat dan berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang
diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Selain daripada itu, mereka juga memegang tanggungjawab terhadap rakan


sejawat dan profesion keguruan. Guru sentiasa mengelakkan diri daripada membuat
sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang
guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan
maruah seseorang guru. Mereka tidak melibatkan diri dalam dalam kegiatan yang
boleh menjejaskan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan mereka
sebagai seorang guru serta berusaha dengan sepenuhnya menunaikan
tanggungjawab mereka dengan berusaha dan bersungguh-sungguh untuk
mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. Guru beretika
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam
profesion keguruan dan mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion keguruan.

Akauntabiliti dan kesantunan guru .


Akauntabiliti merujuk kepada sifat bertanggungjawab kepada seseorang atau
terhadap sesuatu tindakan, keputusan serta bersedia memberikan penjelasan dan
jutifikasi yang diperlukan. Dalam erti kata yang lain, akauntabiliti ialah tanggungjawab
guru terhadap profesionnya.
Guru mempunyai beberapa akauntabiliti. Antaranya ialah akauntabiliti
terhadap pelajar; mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian
akademik di samping membektuk potensi mereka secara menyeluruh. Selain itu,
guru juga mempunyai akauntabiliti terhadap diri sendiri; berpengetahuan luas dan
berketerampilan dalam bidang mata pelajaran yang diajar. Akauntabiliti terhadap ibu
bapa menuntut supaya guru dapat melaksanakan tugas dengan memastikan anakanak mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara manakala
akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara merujuk kepada tanggungjawab untuk
memenuhi hasrat negara sebagai rakyat Malaysia berlandaskan prinsip-prinsip yang
termaktub dalam Rukun Negara. Guru juga perlu menjalin hubungan sesama rakan
sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang
oleh mereka seperti yang dituntut dari segi akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan
profesion keguruan.
Integriti guru
Perkataan integriti bermaksud wholeness atau completeness iaitu
kesempurnaan. Tetapi ada juga yang meanggap integriti sebagai soundness of moral
principle yang merujuk kepada keikhlasan dan kejujuran (Nielsen,2004). Secara
dasarnya, integriti ialah kesempurnaan atau keikhlasan atau kejujuran.
Integriti guru pula bermaksud guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa
yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Integriti guru merangkumi
bertanggungjawab berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan
kejujuran, melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan
serta penuh kasih sayang serta mempunyai tanggungjawab dan berkewajipan
menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk pelajar.

2.0 Peranan Guru di Sekolah


Tugas guru sering disalah anggap sebagai hanya penyampai ilmu sahaja.
Namun demikian, istilah guru pada masakini sudah tidak boleh dirujuk pada definisi
konvensional lagi. Hal ini demikian kerana berdasarkan tuntutan seiring zaman,
tugas guru juga didapati telah bertambah dan menjadi semakin rumit.
Guru boleh berttindak sebagai pengamal ilmu dan kemahiran. Guru lazimnya
boleh mengamalkan pengetahuan tentangan kandungan di dalam pedagogi. Mereka
juga mempunyai peranan untuk meindahkan ilmu dan meninggikan adab para
pelajar masing-masing. Selain daripada itu, mereka boleh mempraktikkan budaya
ilmu seperti membaca, berfikir, membuat penyelidikan dan mencari idea baru.
Selain daripada menjadi pengamal ilmu dan kemahiran, guru juga ialah
pembimbing. Berdasarkan tuntutan dasar pendidikan yang baharu terutamanya pada
abad ke-20 ini, kerajaan lebih menumpukan pembelajaran berpusatkan murid. Dasar
pendidikan baru ini menuntut murid supaya lebih proaktif dalam mencari ilmu.
Manakala tugas guru pula hanyalah sebagai pembimbing yang perlu ada untuk
membimbing proses pencarianj ilmu yang telah dilakukan oleh para pelajar. Hal ini
menjadikan tugas guru lebih kepada menjadi pemerhati yang membimbing para
pelajar.
Selain itu, guru juga perlu menjadi penyelidik. Seorang guru yang proalktif dan
beretika sentiasa melihat peluang untuk menjadi lebih berpengetahuan. Hal ini lebih
diperlukan pada zaman yang serba moden ini. Dengan langkah tersebut, guru dapat
mengambil peluang ini untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dengan sumber maklumat yang hanya dibezakan dengan kewujudan
internet ini juga menjadikan tugas guru menjadi lebih mencabar. Guru perlu bersedia
dengan perlbagai jenis soalan bersifat inkuiri daripada para pelajarnya. Untuk
mengelakkan daripada suasana memalukan apabila guru gagal memberikan
jawapan yang memuaskan kepada para pelajarnya berkenaan sesuatu isu, mahu
tidak mahu guru tersebut perlulah bersedia dan sentiasa melakukan penyelidikan.

Selain itu, guru juga dapat menjadi agen sosial yang merapatkan hubungan
sosial di dalam sesuatu masyarakat. Hal ini demikian kerana imej guru ialah satu
imej yang dipandang tinggi oleh masyarakat terutamanya masyarakat pinggir bandar.
Malaha, guru boleh menjadi titik penghubung antara kelas sosial yang pelbagai di
dalam satu-satu masyarakat. Hal ini ialah kerana perbezaan kelas sosial tidak
nampak begitu ketara apabila masyarakat berkumpul di dalam sekolah. Individu
daripada latarbelakang orang berada dan pertengahan serta bawahan kelihatan
sama sahaja apabila mereka dikumpulkan di dalam satu sekolah.
Walaubagaimanapun, guru perlu bijak menyediakan layanan yang bersesuaian
agar selain dapat merapatkan jurang perbezaan antara kelas sosial tersebut, mereka
juga dapat mengelakkan terjadinya salahfaham yang lebih memburukkan keadaan
lagi. Untuk itu, guru juga sesuai untuk dijadikan agen perubahan. Hal ini kerana guru
memegang masa depan negara secara terus. Setiap dasar kerajaan yang baru
digubal perlu ditanam dalam diri tunas-tunas muda untuk kepentingan masa
hadapan. Perkara yang paling utama ialah untuk memastikan para guru memahami
terlebih dahulu apakah yang ingin dilakukan oleh kerajaan sebelum menyebarkannya
di sekolah. Sebagai contoh, untuk menyemai benih perpaduan antara kaum, segala
jenis kempen dan suntikan kewangan perlu ditumpukan pada sektor pendidikan yang
dikawal oleh guru sebagai agen yang membawa tindakan kerana pendidikan adalah
salah satu bidang yang paling berkesan untuk tujuan itu. Selain itu, usaha ini juga
ialah berkadar untuk tempoh masa yang lebih panjang.

Di sekolah, guru juga dapat menggantikan ibu bapa sebagai penjaga dan
pembentuk tingkahlaku. Seoran bertugas sebagai ibubapa dan berusaha untuk
mendapatkan kefahaman sosiobudaya anak muridnya. Seiring dengan suasana
ekonomi yang tidak menentu pada masakini, ibu bapa terpaksa mengembleng
tenaga untuk bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Keadaan ini meminggirkan
keperluan perhatian yang sangat diperlukan oleh anak-anak. Justeru, sebagai pihak
yang dapat meluangkan sebahagian besar masa mereka dengan anak-anak, guru
perlu berubah daripada sekadar menjadi guru konvensional kepada individu yang
berperanan lebih besar. Mereka dapat menjadi pembentuk tingkah laku anak-anak

muda. Untuk menjalankan tugas sebagai ibubapa, mereka perlu peka dengan emosi,
keperluan dan perubahan sikap & tingkah laku murid. Murid perlu diberi dorongan
dan bimbingan tanpa batasan pilih kasih, prejudis atau diskriminasi oleh guru
mereka.
Selain daripada itu, guru juga dituntut untuk bertindak sebagai pembentuk
tingkah laku para pelajar. Justeru itu, para guru dituntut untuk menyampaikan nilai
moral, nilai agama, nilai terminal & nilai instrumental bagi membentuk tingkah laku
pelajar masing-masing. Bilik darjah yang efektif menekankan pembentuk tingkah laku
(kesungguhan, kerajinan, ketekunan, persahabatan, toleransi dan kesabaran).
Walaubagaimanapun, tugas utama guru tetap ialah sebagai pengurus
pembelajaran. Mereka perlu sentiasa melihat peluang untuk meningkatkan
keyakinan dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik dan sosial. Selain
daripada itu, mereka perlu berupaya dan mempunyai keupayaan untuk
mempengaruhi perkembangan emosi dan sosial pelajar. Kebolehan uni juga dapat
memudahkan guru untuk mendapatkan sokongan dan kerjasama yang baik daripada
pelajar. Disamping itu juga, pelajar tidak merasakan adanya pilih kasih dan
diskriminasi oleh guru mereka. Guru juga perlu berusaha untuk memupuk nilai
persahabatan, kerjasama, toleransi dalam kalangan pelajar dan mengurus pelbagai
rutin bilik darjah dan rutin aktiviti murid. Mereka juga ditugaskan untuk menguruskan
persediaan mengajar teratur dan sistematik seperti RHP, BBM dan membuat rujukan
pada bahan lain yang terkini dan perancangan-perancangan seperti penilaian
termasuk prosedur dan BBM.

3.0

Isu-isu masakini yang menjejaskan prospek peingkatan kerjaya


guru.
Isu 1: Guru dan kerjaya sampingan.
Profesion perguruan adalah suatu profesion yang mulia, dihormati dan
disanjungi. Guru merupakan seorang yang akan dikenang jasanya oleh anak
didiknya hingga ke akhirnya. Ia adalah suatu profesion yang mempunyai etikanya
tersendiri di mana guru dianggap segala-galanya. Guru ibarat pakar rujuk dalam
setiap bidang dan menjadi orang yang dihormati serta disegani dalam masyarakat.
Walaubagaimanapun, profesion perguruan abad ini tidak terlepas daripada isu-isu
hangat yang diperkatakan seperti isu penyalahgunaan dadah, salah laku seks,
rasuah, salah guna kuasa, mendera, sakit mental dan sebagainya. Isu-isu yang
diperkatakan menjadi semakin bertambah hari demi hari yang menampakkan
keburukan serta kepincangan yang mencalar profesion perguruan itu sendiri
walaupun ianya berpunca dari individu tertentu yang bergelar guru.
Isu kebiasaannya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang diperkatakan dan
boleh menjadi sesuatu yang besar. Tidak banyak definisi isu yang dapat dinyatakan
namun menurut satu laman web (artika.com), isu adalah suatu masalah yang
dikedepankan atau diperkatakan untuk ditanggapi oleh orang ramai. Ia juga
merupakan suatu berita yang tidak jelas asal usulnya dan tidak terjamin
kebenarannya.
Guru merupakan golongan profesional yang diberi peranan penting sebagai
agen perubahan dalam masyarakat. Menurut Noriati et. al. (2010), guru yang
komited diperlukan untuk menyediakan program pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti dan berpegang teguh dengan strategi-strategi akauntabiliti yang berkesan.
Guru sebagai kakitangan sekolah pula harus memberikan sepenuh komitmen
kepada pihak pentadbiran bagi melancarkan urusan berkaitan pengurusan sekolah
selain memberikan sokongan padu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah yang
telah digariskan (Abdullah Sani et. al. 2007).
Fenomena masyarakat yang bekerja sambilan merupakan perkara asas yang
jarang diperkatakan. Namun ia bukan sesuatu yang asing dalam kalangan
masyarakat termasuk di kalangan guru pada hari ini. Guru-guru di Malaysia
umumnya tidak diketahui secara jelas sejauhmana seriusnya mereka terlibat dengan

aktiviti pekerjaan sampingan. Bahkan, untuk mengetahui statistik sebenar golongan


yang bekerja sampingan, ia tidak mudah untuk diperolehi disebabkan kebanyakan
mereka yang terlibat tidak bersedia untuk membuat pengakuan atas alasan-alasan
yang tersendiri. Walaubagaimanapun, fenomena ini dapat dilihat di kebanyakan
sekolah berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan oleh guru-guru sendiri di
sekolah masing-masing. Kerja sampingan merupakan istilah yang membawa
maksud seseorang yang melakukan sesuatu pekerjaan yang dapat menambahkan
pendapatannya walaupun memiliki kerjaya utama.
Guru perlu mempunyai sahsiah yang tinggi dan memberi komitmen yang
tinggi terhadap tugas sebagai pendidik yang baik. Media massa banyak melaporkan
pelbagai kes dan isu seperti guru memukul murid, guru menerima rasuah, guru
pecah amanah, cikgu cabul murid dan sebagainya yang menarik perhatian umum
serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Namun kes-kes seperti ini semakin
meningkat setahun demi setahun. Berdasarkan pelbagai isu yang berkaitan dengan
guru dan keguruan ini, maka saya telah memilih satu artikel yang bertajuk Guru
menjalankan kegiatan penyalahgunaan dadah sebagai kerja sambilan. Saya
berpendapat bahawa isu ini melibatkan guru dikategorikan sebagai melanggar etika
profesion perguruan.
Komitmen guru menjadi salah satu faktor yang penting dalam menentukan
kejayaan perubahan sesuatu dasar dan agen pendidikan yang dirancang. Malah ia
bukan sekadar ketika berada dalam waktu bertugas di sekolah, malah pada bila-bila
masa. Selain menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran, bidang tugas guru
turut merangkumi pelbagai perkara yang berkaitan dengan bidang pengurusan
akademik termasuk penglibatan dalam pengurusan kokurikulum, pengurusan
kebajikan murid, terlibat dalam mesyuarat serta menghadiri kursus dan sebagainya
(Burnham, 2011). Keadaan itu telah memperlihatkan kepelbagaian tugas seorang
guru dalam dunia pendidikan yang sentiasa wujud perubahan seiring dengan
keperluan semasa (Mohamad Najib, 2004).

Menurut Mariatin (2009), oleh kerana kejayaan sesebuah organisasi banyak


bergantung kepada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh kakitangan
maka, seharusnya tidak ada sebarang halangan yang dapat menyumbang kepada
kegagalan guru dalam memberikan komitmen kepada organisasinya. Ini disebabkan
komitmen semua guru diperlukan bagi memastikan pengurusan sekolah dapat
dijalankan dengan jayanya kerana guru adalah sebahagian daripada kakitangan
yang menggerakkan organisasi sekolah bagi mencapai misi dan visi yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Abdullah Sani, 2005).
Walaubagaimanapun, sebagai seorang manusia guru tetap memerlukan masa
yang perlu diluangkan untuk menguruskan hal-ehwal peribadi sama seperti individu
lain (Lambert, 2003). Ini merupakan hak guru melakukan semua perkara untuk
kepentingan dirinya di luar waktu bertugasnya di sekolah. Selain melakukan tugas
peribadi, mengurus keluarga atau terlibat dengan sebarang aktiviti komuniti
setempat, terdapat dalam kalangan guru yang mengambil inisiatif melakukan
sesuatu yang dapat menambahkan pendapatannya dengan melakukan kerja
sambilan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada situasi ini di mana
kesan-kesan yang wujud daripadanya menjadi kayu ukur kepada tahap komitmen
guru-guru yang terlibat.
Idea ini selari dengan Champion (2010), Michael (2010) dan Betts (2006) yang
menyatakan moonlighting di dalam Bahasa Melayu adalah kerja luar yang
bermaksud mempunyai dua pekerjaan atau lebih separuh masa serta pekerjaan
tambahan ini berlaku kepada seseorang yang memiliki sesebuah kerjaya yang
menjadi pekerjaan utamanya.
Kerja sambilan merupakan istilah yang diadaptasi daripada perkataan Bahasa
Inggeris iaitu moonlighting di mana perkataan ini pada asalnya diambil daripada
perkataan moonlight. Menurut kamus Oxford (2011), kerja sambilan membawa
maksud seseorang yang mempunyai pekerjaan kedua di mana kebiasaannya
dilakukan pada waktu malam secara rahsia sebagai tambahan daripada pekerjaan
utamanya. Kemudian, Pere (2007) dan Betts (2002) menyatakan istilah
moonlighting ini seerti dengan istilaah second job, part-time job, dual job,
multiple job dan seumpamanya. Kesemua ini bermaksud bahawa seseorang yang

bekerja sambilan secara separuh masa namun pada masa yang sama mempunyai
pekerjaan lain yang utama di mana ia dilakukan secara sepenuh masa.
Berdasarkan kepada definisi dan konsep kerja sambilan yang telah dihuraikan
di atas, isu ini memfokuskan kepada guru yang terbabit dengan sebarang kegiatan
atau aktiviti yang boleh mendatangkan pendapatan sampingan semasa berada di
dalam kawasan sekolah atau sebaliknya pada bila-bila masa (Parham, 2006).
Keadaan ini sama ada bekerja separuh masa secara makan gaji di tempat lain
selepas waktu mengajar, menjalankan perniagaan sendiri dengan menjual produk
atau sebagai agen jualan, penyediaan sesuatu perkhidmatan, memiliki syarikat
perusahaan sendiri atau usahasama dengan keluarga atau sebarang sumber yang
dapat menambahkan pendapatan mereka walaupun aktiviti berkenaan dijalankan
secara kecil-kecilan.
Isu berkenaan guru yang bekerja sambilan ini bukanlah satutrend atau khusus
di sesebuah tempat malahan di mana-mana tempat dan organisasi akan wujud
kakitangan yang melakukan pekerjaan sampingan. Walaupun faktor kewangan dilihat
lebih dominan dalam kalangan guru yang melakukan kerja sampingan (Livanos &
Zangelidis 2008, McClintock et. al. 2004), Robinson & Wadsworth (2007)
menyatakan ia bukan disebabkan masalah kewangan atau menerima gaji yang
rendah daripada pekerjaan utama semata-mata. Sebaliknya terdapat juga pelbagai
faktor lain yang turut menyumbang kepada seseorang itu mengambil keputusan
untuk melakukan pekerjaan sambilan yang merangkumi faktor peribadi dan faktor
kerjaya (Betts 2002).
Dickey et. al. (2011) dan Betts (2002) berpendapat seseorang yang
menjalankan kerja sampingan adalah disebabkan oleh faktor peribadi iaitu untuk
memenuhi minat serta mengisi masa lapang di luar waktu bertugas mereka. Bahkan
wujud dalam kalangan mereka untuk memenuhi kepuasan mereka dalam bekerjaya
di mana ia tidak diperolehi daripada pekerjaan utamanya (Dickey et. al. 2011, Panos
et. al. 2011) dengan melakukan sesuatu pekerjaan lain yang diminati.
Menurut Betts (2002), dalam laporannya menyatakan salah satu faktor
daripada pekerjaan sampingan itu dilakukan adalah kerana faktor peribadi.
Pandangan ini juga turut diselari dengan para pengkaji yang lain di mana kerjaya
sampingan yang dilakukan itu tidak berkaitan dengan faktor kewangan dan tidak

dipengaruhi oleh unsur lain selain atas kehendak diri sendiri semata-mata.
Kebanyakan mereka yang bekerja sambilan juga didapati sangat menyukai untuk
melakukannya tanpa terikat dengan faktor kewangan (Hipple, 2010).
Winters (2010) dalam kajiannya mendedahkan, walaupun seseorang itu
melakukan pekerjaan sampingan tetapi ia bukan atas alasan kewangan walaupun
memperolehi pendapatan kecil daripada kerjaya utamanya seperti mana yang
dijelaskan oleh Hipple (2010). Malahan kajian ke atas guru menunjukkan majoriti
daripada mereka yang terlibat mengakui mereka tetap akan melakukan pekerjaan
sampingan walaupun tangga gaji mereka sebagai guru dinaikkan (Pearson et. al.
2001). Keadaan ini menunjukkan mereka sememangnya menyukai dan gembira
dengan kerja sampingan yang dilakukan (Renna & Oaxaca 2009) walaupun terpaksa
mengorbankan masa lapang di luar waktu bekerja.
Selain itu, seseorang yang menjalankan pekerjaan lain selepas waktu
bertugas adalah bagi meningkatkan bakat dan kemahiran yang dimiliki serta
mempunyai minat mendalam terhadap aktiviti sampingan yang dilakukan. Hipple
(2010) berpendapat pekerjaan sampingan yang dilakukan seseorang adalah sebagai
cara untuk membina kemahiran baru dan menimba pengalaman lain yang berbeza
daripada pekerjaan utama sedia ada yang dimiliki (Dickey et. al. 2011, Renna &
Oaxaca 2009).
Terdapat juga dalam kalangan individu yang melakukan kerja sampingan bagi
membina rangkain hubungan sosial dengan rakan baru (Betts 2002). Salah satu
tujuannya adalah untuk mengenali seseorang yang dapat membantunya mencapai
sesuatu yang diingini seperti peluang pekerjaan baharu (Pere 2007). Kesemua
alasan-alasan berbentuk peribadi ini memperlihatkan mereka melakukan kerja
sampingan adalah atas dasar sukarela dan merasa bahagia melakukannya (Hipple
2010, Averett 2001) walaupun menyedari pelbagai kesan yang akan dihadapi
daripada tindakan melakukan pekerjaan sampingan.
Kebanyakan pengkaji mengatakan bahawa faktor ekonomi atau kewangan
merupakan penyebab utama kepada seseorang itu melakukan kerja sampingan
(Dickey et. al. 2009) termasuklah dari kalangan guru. Walaupun mempunyai
pendapatan daripada pekerjaan utama sebagai guru secara sepenuh masa, terdapat

juga di kalangan mereka yang melakukan pekerjaan sambilan bagi mengatasi


masalah kewangan yang dihadapi.
Hipple (2010) berpendapat bahawa mereka yang memiliki kerjaya lain yang
mendatangkan pendapatan adalah berpunca daripada faktor kewangan sebagai
sebab utama. Beliau turut menyebut keadaan ini adalah disebabkan mereka
mempunyai beban tanggungan hutang atau pinjaman yang perlu dijelaskan sama
seperti mana yang dilaporkan oleh Verma (2008) dan Averett (2001). Laporan
daripada Parham (2006) juga menyebutkan faktor penyebab guru menjalankan kerja
sambilan adalah kerana masalah kewangan dan ianya sukar untuk dihentikan
setelah terlibat dengan aktiviti bekerja sambilan walaupun mengetahui terdapat
kesan di sebaliknya.
Keinginan untuk meningkatkan taraf kehidupan yang lebih baik dengan
memperolehi pendapatan tambahan telah menyebabkan ramai yang mengambil
keputusan untuk bekerja sampingan. Kenyataan ini selari dengan Hyder & Ahmed
(2009), Guanglia & Kim (2004), Kimmel & Conway (2002) dan Partridge (2002) yang
mengemukakan alasan gaji atau pendapatan yang kecil daripada kerjaya utama
menjadi punca kepada seseorang itu melakukan pekerjaan sampingan.
Terdapat kajian yang menunjukkan individu menjalankan kerja sambilan
adalah disebabkan faktor kerjaya. Keadaan ini bermaksud seseorang itu
menjalankan kerja sampingan atas tuntutan yang berhubung dengan kerjaya mereka
sendiri (Dickey et. al. 2009), untuk menimba pengalaman baharu (Dickey et. al.
2011), memperolehi pengetahuan bagi memperkukuhkan kerjaya pada masa depan
dan sebagai satu cara bagi meninggalkan kerjaya perguruan (Henderson 2000) atas
pelbagai asalan.
Terdapat pelbagai kerja sambilan yang dilakukan oleh guru-guru pada masa
kini. Ada antara mereka yang mengajar di pusat-pusat tuisyen, menjadi penceramah
dalam sebarang khusus atau seminar, berniaga di pasar-pasar malam, MLM,
memandu teksi malah ada antara mereka yang mungkin turut terlibat dengan
pekerjaan jenayah yang menyalahi undang-undang negara. Jesteru, fenomena guru
menjalankan kerja sambilan telah mendapat perhatian daripada pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM). Bagi mengatasi masalah tersebut, pihak kementerian
telah mengeluarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1999 mengenai

penglibatan pegawai dan kakitangan di bawah dalam Pekerjaan Luar. Menerusi surat
tersebut, Ketua Jabatan telah diberi kuasa meluluskan permohonan dan membuat
pemantauan terhadap mereka yang berkenaan.
Pada dasarnya pegawai perkhidmatan awam dilarang melakukan pekerjaan
luar atau kerja sampingan yang mendatangkan sebarang bentuk faedah atau
keuntungan sama ada dalam bentuk upah atau keuntungan. Namun demikian, atas
keprihatinan kementerian terhadap keperluan para murid dalam mendalami ilmu dan
menguasai pembelajaran tambahan, pihak kementerian telah membenarkan para
pendidik untuk membimbing murid melalui kelas persendirian di mana-mana institusi
pendidikan swasta dengan syarat aktiviti yang dijalankan tidak bertentangan dengan
kepentingan dirinya sebagai penjawat awam.
Namun begitu, sejak kebelakangan ini banyak aduan yang telah diterima dan
dibangkitkan sama ada di media cetak mahupun elektronik mengenai salah laku
pegawai yang terlibat sebagai guru tuisyen mahupun tenaga pengajar sambilan
sama ada mereka telah diberi kebenaran atau tidak telah didapati tidak
mengutamakan tanggungjawab ke atas tugas hakiki yang disandang malahan ada
yang mengambil kesempatan menjadikan institusi pendidikan sebagai platform atau
medan perniagaan dalam mempromosi khidmat tuisyen berbayar yang berunsur
kepentingan peribadi.
Kebenaran bersyarat ini adalah sebagai alat kawalan dalaman bagi
memastikan aktiviti tersebut selaras dengan kehendak Peraturan 5, PeraturanPeraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Tujuan Surat Pekeliling
Perkhidmatan itu dikeluarkan adalah untuk memberi garis panduan yang terperinci
mengenai pengendalian dan syarat-syarat khusus kepada pekerjaan luar sebagai
guru tuisyen atau tenaga sambilan bagi anggota Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada masa yang sama, guru juga harus sentiasa mengikuti kursus-kursus dan
seminar motivasi pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelajaran,
Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah mengenai etika profesion
perguruan. Sebagai contoh, guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan
ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan. Kursus-kursus pendidikan
ini penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi
dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks selari dengan era

globalisasi kini. Oleh kerana sistem pendidikan yang dilaksanakan adalah untuk
menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan dharapkan dapat
membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasakan ilmu dan pemikiran
(Rohani Abdul Hamid, 1998) demi meletakkan nama negara setanding dengan
negara maju yang lain.

4.0 Cadangan Program Perkembangan Profesional Guru


Selain daripada itu, saya juga ingin mencadangkan supaya pihak Kementerian
Pelajaran Malaysia mempelbagaikan aktiviti dan program kepada bakal pendidik
semasa menjalani kursus latihan di institusi perguruan lagi. Contohnya, mengadakan
bengkel, ceremah, seminar, pertandingan, aktiviti sukan dan sebagainya. Di dalam
program ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan konsep sebenar berkenaan
kod etika dan akauntabiliti keguruan. Penyediaan program dan aktiviti seperti ini
akan melahirkan pendidik negara bangsa yang beretika dan mempunyai sahsiah
yang tinggi.
Seterusnya, sebagai guru terlatih kelak seharusnya menunjukkan penampilan
diri sebagai pendidik dengan mempunyai pelbagai ilmu tradisional dan moden. Guru
juga perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan aspirasi pendidikan negara
dengan jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan menunjukkan etika
cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak dapat
dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej,
gerak-geri yang elok mengikut kesesuaian semasa berinteraksi dan pergaulan
sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen pembangunan dan
pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang disenangi.
Di samping itu, berkenaan isu kegiatan guru mengedar dadah secara kerja
sambilan dengan menggunakan rangkaian pelajar sebagai orang tengah perlu
dipandang serius oleh pihak berkaitan terutamanya pihak sekolah, pihak berkuasa
dan juga Kementerian Pelajaran. Saya mencadangkan agar guru terbabit dikenakan
hukuman yang berat seperti buang kerja dan tidak dibenarkan untuk memohon
sebarang pekerjaan di bawah perkhidmatan awam kerana tindakan yang dilakukan
merupakan satu kegiatan jenayah yang bukan sahaja mencemarkan imej profesion
perguruan malah dadah adalah merupakan musuh utama negara. Pandangan saya
ini adalah selari dengan pendapat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom, yang menyatakan tindakan pentadbiran serta merta yang dikenakan
kepada guru terbabit membuktikan Kementerian Pelajaran tidak pernah bertolak
ansur kepada mana-mana pihak yang cuba mencemarkan imej profesion perguruan
di negara ini. Maka, saya sangat bersetuju dengan pendapat beliau bahawa

peraturan dan hukuman sedia ada yang telah ditetapkan perlu dilaksanakan dengan
tindakan yang tegas.
Sebagai seorang guru iaitu pendidik generasi bangsa perlu sentiasa
mendalami diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat mengimbangi
pemikiran sedar dan bawah sedarnya supaya setiap tindakan yang diambil tidak
akan menjejaskan etika profesionnya yang akan meninggalkan impak ke atas semua
pihak termasuklah dirinya sendiri. Sememangnya banyak isu yang timbul atau
ditimbulkan melibatkan guru dilihat sebagai melanggar etika perguruan seperti isu
melakukan kegiatan menyalahgunakan dadah sebagai pekerjaan sambilan. Etika
seorang guru yang perlu dipatuhi melibatkan tanggungjawabnya terhadap semua
pihak yang terlibat dengannya secara langsung atau tidak langsung. Pelanggaran
etika perguruan sebagai profesionnya akan mengakibatkannya dilabel sebagi
individu gagal dan bersahsiah negatif.
Tambahan lagi, guru merupakan golongan yang sentiasa mendapat perhatian
walau di mana mereka berada. Segala tindak tanduknya sering diperhatikan oleh
masyarakat sekeliling. Keadaan ini menjadi satu kewajipan bagi guru-guru
mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan contoh akhlak yang baik bagi
memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru ibarat idola dalam
masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan mengaplikasikan nilainilai kesantunan agar dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan yang
dihadapinya.
Secara keseluruhannya dapatlah saya rumuskan bahawa setiap individu telah
dilahirkan dengan sifat-sifat yang baik dan faktor-faktor pembelajaran, nilai,
pergaulan banyak mempengaruhi keputusan yang dibuat. Setiap isu yang timbul
melibatkan guru sebenarnya bukan menunjukkan kegagalan guru secara
keseluruhannya, namun ia hanyalah kegagalan guru terlibat secara individu
disebabkan kegagalannya menterjemahkan sesuatu keburukan yang dilakukan akan
meninggalkan impak terhadap dirinya serta banyak lagi pihak yang lain.
Kebebasannya untuk membuat sesuatu pilihan dan keputusan menyebabkannya
gagal menginterpretasikannya dalam keadaan yang betul lantaran wujud gangguan
psikologi kawalan luaran yang menghalangnya daripada membuat keputusan yang

terbaik. Semuanya adalah kerana kekurangan nilai dan moral serta akibat beberapa
keperluan asasnya tidak dapat dipenuhi dengan baik.

4.0

Rujukan

Edu 3103, Guru dan Cabaran sSemasa, Oxford Fajar, Noriiati a. Rashid, Boon Pong
Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah a. Majid, Selangor, 2010.
http://arkitekbangsaku.blogspot.com/2012/09/artikel-2-isu-guru-menjalankankerjaya.html
http://mindapendidik.blogspot.com/2011/09/isu-isu-pendidikan-antara-kerjahakiki.html
https://www.scribd.com/doc/234052832/Modul-Pembelajaran-IPG-EDU3083

INSTITUT
PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT,


JOHOR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

ASAS KEPIMPINAN DAN


PERKEMBANGAN PROFESIONAL
GURU
EDU3083

NAMA
NO. KAD

:
:

AMIRUL FAIZ BIN MOHAMMAD


920417-14-6251

PENGENALAN
KUMPULAN

PISMP (PENDIDIKAN SENI

AMBILAN

VISUAL)

JANUARI 2012
PUAN FAZIAH BINTI HASHIM

PENSYARAH
TARIKH SERAHAN

7 OGOS 2015

Anda mungkin juga menyukai